Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label PRESIDENT. Show all posts
Showing posts with label PRESIDENT. Show all posts

Monday, April 9, 2012

PIALA PRESIDEN : SDM FC 0 - 3 Kelantan, Perbaiki Kedudukan di tangga ke 4



KELANTAN menepati ramalan apabila berjaya menewaskan SDM FC 3-0 di Stadium Batu Kawan petang tadi.

Mendahului 2-0 di separuh masa yang pertama, Kelantan memaksa pertahanan SDM FC bekerja keras menangkis serangan-serangan yang dilancarkan sebaik saja perlawanan separuh masa ke 2 dimulakan.

Walaubagaimanapun, kedudukan jaringan tidak berubah sehinggalah di minit-minit akhir perlawanan.

Md Azyu Ikmal yand dibawa masuk pada minit ke 45, menggantikan Muhammad Shahiran yang mengalami kecederaan, meledak pintu gol lawan dengan jaringan ke 3 pada minit ke 90.

Keputusan muktamad perlawanan Kelantan 3, SDM FC 0.

Dengan keputusan tersebut, Kelantan memungut 30 mata untuk menduduki tangga ke 4 kumpulan A di belakang Sabah (42), Kedah (37), Sime Darby (36). T.Team berada di tangga ke 5 dengan 28 mata.

Kelantan akan bertemu T.Team pada 12 April 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Berita berkaitan
http://news.gegar.my/2012/04/piala-presiden-separuh-masa-1-sdm-fc-0.html

Penjaring gol:

25' Mohd Aris Zaidi (penalti) | SDM FC 0-1 Kelantan
35' Muhammad Azmi Hamzah | SDM FC 0-2 Kelantan
90' Md Azyu Ikmal | SDM FC 0-3 Kelantan


Pemain Kelantan:

MR RAMDHAN (PG), FAIZOL NAZLIN SAYUTI (KP), TN MUHAMAD FAIM, BAHAMAN AB GHANI, MUHD FIRDAUS NASIR, MOHAMAD ZABEEL (MUHAMMAD AKID), MD NORSYAHRUL HAWARI (MOHAMAD QAYYUM), MOHAMAD ASIF (MOHD MANAF MANSOR), MOHD ARIS ZAIDI, MUHAMAD AZMI HAMZAH (MOHAMAD NURFIRDAUS), MUHAMMAD SHAHIRAN (MD AZYU IKMAL)

Oleh Amierul Hisham

PIALA PRESIDEN : Separuh Masa Pertama SDM FC 0-2 Kelantan


KELANTAN mendahului SDM FC 2-0 di separuh masa pertama saingan Kumpulan A Pusingan ke 2 Piala Presiden 2012 yang sedang berlangsung di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang sekarang.

Gol pertama Kelantan hasil jaringan Mohd Aris Zaidi melalui sepakan penalti setelah Muhammad Shahiran dijatuhkan dalam kawasan penalti pada mini ke 25.

Muhammad Azmi Hamzah menambah jaringan Kelantan pada minit ke 35, dengan sepakan kencang menewaskan penjaga gol SDM FC dalam kotak penalti setelah mendapat satu hantaran cantik Mohamad Asif dari kawasan tengah.

Kedudukan separuh masa pertama SDM FC 0, Kelantan 2.

25' Mohd Aris Zaidi (penalti) | SDM FC 0-1 Kelantan
35' Muhammad Azmi Hamzah | SDM FC 0-2 Kelantan

Memulakan separuh masa kedua, Kelantan melakukan satu pertukaran dengan memasukkan Md Azyu Ikmal dan mengeluarkan Muhammad Shahiran.

Lapuran dari Pulau Pinang oleh Pengurus Pasukan Presiden Kelantan.

Oleh: Amierul Hisham

PIALA PRESIDEN : Bertemu SDM FC, Faizol dan Shahiran Kembali Bersama Pasukan


PENGURUSAN Skuad Senior Kelantan mengesahkan bahawa Muhammad Shahiran dan Faizol Nazlin Sayuti telah dilepaskan untuk bersama Skuad Presiden Kelantan dalam perlawanan menentang SDM FC di Stadium Batu Kawan petang ini.

Berita baik tersebut disampaikan sendiri oleh Pengurus Pasukan Presiden Kelantan, saudara Yusri.

Faizol Nazlin yang beraksi di bahagian pertahanan akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pasukan. Tugas beliau sebelum ini digalas oleh Aris Zaidi. Gandingan peledak gol Kelantan, Muhammad Shahiran dan  Aris Zaidi menjadi harapan Hashim Mustapha untuk membawa mata penuh pualng ke Kota Bharu.

Mohd Zabeel yang menjaringkan gol ketika bertemu MBJB FC di Johor Bahru ketika pusingan pertama dahulu, turut disenaraikan dalam skuad Presiden Kelantan kali ini.

Perlawanan akan berlangsung kira-kira jam 4.45 petang ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Perlawanan seterusnya: 12 April 2012, 4.45pm | Kelantan lwn T Team | SSM4 Kota Bharu

Kesebelasan Utama Pasukan Kelantan:


MR RAMDHAN (PG)
FAIZOL NAZLIN SAYUTI (KP)
TN MUHAMAD FAIM
BAHAMAN AB GHANI
MUHD FIRDAUS NASIR
MOHAMAD ZABEEL
MD NORSYAHRUL HAWARI
MOHAMAD ASIF
MOHD ARIS ZAIDI
MUHAMAD AZMI HAMZAH
MUHAMMAD SHAHIRAN

Pemain Simpanan:

MUHD FAKRUL IKRAM (GK)
MOHAMAD QAYYUM
MUHAMMAD AKID
MUHAMMAD ESKANDAR
MOHD MANAF MANSOR
MD AZYU IKMAL
MOHAMAD NURFIRDAUS

Oleh: Amierul Hisham

Sunday, April 8, 2012

PIALA PRESIDEN : SDM FC Tetap Bukan Lawan Mudah



TEWAS kepada SSTMI 0-1 di gelanggang sendiri baru-baru ini menjadi satu pengajaran yang berguna kepada Skuad Presiden Kelantan yang bertandang ke tempat lawan untuk saingan seterusnya.

Meskipun mencipta kemenangan dalam pertemuan pertama, ia tidak menjanjikan keputusan yang sama apabila bertemu sekali lagi dalam pusingan yang seterusnya. Kelantan menewaskan SSTMI 1-0 pada pertemuan pertama mereka di Johor Februari lalu.

Pengurus Pasukan, Yusri, mengingatkan pemain-pemain Kelantan supaya tidak mengambil mudah perlawanan menentang SDM FC yang bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan pada 9 April nanti.

Walaupun SDM FC berada di kedudukan tercorot dalam Kumpulan A, kesilapan-kesilapan mudah dan kegagalan Kelantan mencipta jaringan seperti yang berlaku ketika menentang SSTMI, sudah pasti akan dihukum oleh pihak lawan.

"Kita kehilangan playmaker apabila Ketua Pasukan, Faizol Nazlin Sayuti, tidak dapat diturunkan kerana beliau sedang bersama skuad senior. Keadaan tersebut membuatkan Kelantan tidak dapat membaca permainan yang ada dan kerap mensia-siakan peluang menjaringkan gol", menurut Yusri.

Dua pemain utama skuad Presiden Kelantan, Shahiran Mohd Zain dan Faizol Nazlin Sayuti disenaraikan dalam skuad senior Kelantan.

Faizol telah diturunkan oleh Bojan Hodak sewaktu pertemuan Piala AFC menentang Arema di Kota Bharu. Beliau juga mengikuti pasukan ke Sarawak untuk saingan Liga Super dan turut bersama ke Malang, Indonesia bagi pertemuan kedua menentang Arema dalam saingan Piala AFC.

Manakala, Shahiran yang kembali bersama rakan-rakan skuad Presiden menjadi harapan untuk menjaringkan gol ketika bertemu SDM FC petang esok.

"Walaupun ramai pemain kita tercedera, kita tidak punya pilihan selain daripada menang. Setiap mata adalah penting untuk menjamin Kelantan berada dalam kelompok empat pasukan teratas Kumpulan A dan mara ke suku akhir", tambah Yusri.

Kelantan menewaskan SDM FC 3-0 di Kota Bharu dalam saingan pusingan pertama 9 Februari lalu.

"Beraksi di tempat lawan sudah tentu menjadi satu cabaran. Pemain-pemain perlu segera menyesuaikan diri dan bijak mengawal tekanan", ujar beliau lagi.

Hashim Mustapha kembali melatih skuad Presiden Kelantan selepas menamatkan kursus Kejurulatihan Lesen A yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketika ditemui, Hashim berkata beberapa perubahan akan dilakukan untuk memastikan kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh anak didik beliau tidak diulangi semasa bertemu SDM FC.

"Setiap perlawanan adalah penting bagi saya, dan penting bagi pasukan yang berdepan tugas berat mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu", tegas Hashim.

Thursday, April 5, 2012

PIALA PRESIDEN : Kelantan Tewas Tipis 0-1 Kepada SSTMI


SKUAD Presiden Kelantan tewas 0-1 dalam pertemuan pusingan ke 2 Piala Presiden menentang SSTMI di Kota Bharu petang tadi.

Gol kemenangan SSTMI dijaringkan pada minit-minit akhir perlawanan oleh pemain SSTMI, Shahwan yang seterusnya melihat SSTMI pulang dengan 3 mata penuh.

Ketua Jurulatih Skuad Presiden Kelantan, Hashim Mustapha, ketika ditemui selepas perlawanan menentang SSTMI di Kota Bharu sebentar tadi berkata, Kelantan banyak mensia-siakan peluang menjaringkan gol dan banyak melakukan kesilapan di benteng pertahanan.

Beliau yang kembali mengendali skuad Presiden Kelantan selepas tamat menjalani kursus Kejurulatihan Lesen A yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), turut memuji pemain-pemain SSTMI yang beraksi lebih baik. Pertemuan pusingan pertama kedua-dua pasukan berlangsung pada 6 Februari lalu di Johor, dengan keputusan Kelantan menang 1-0.

Berkenaan kurus jurulatih yang beliau hadiri, Hashim yakin akan lulus dalam peperiksaan Jurulatih Kelas A yang dihadiri baru-baru ini.

Walau bagaimanapun beliau akui, sesi teori dan soalan berkenaan hal-hal perubatan sedikit mencabar berbanding dengan sesi praktikal atas padang.

Menurut beliau, Shahiran dan Faizol Nazlin akan mengikuti skuad Kelantan ke Sarawak untuk pertemuan Liga Super pada 7 April nanti. Shahiran turut tersenarai untuk pertemuan Piala Presiden bertemu Pulau Pinang SDM di Stadium Batu Kawan pada 9 April nanti.

"Saya lebih berharap Faizol Nazlin dapat bersama kita kerana kita perlukan barisan pertahanan yang lebih baik sekarang," menurut Hashim.

Oleh:
Amierul Hisham

STATISTIK Perlawanan


Pertukaran KELANTAN
24' MASUK Muhammad Eskandar, KELUAR Mohamad Nurfirdaus
46' MASUK Bahaman Ab Ghani, KELUAR Mohamad Noraiman
57' MASUK Muhammad AKid, KELUAR Muhamad Azmi
65' MASUK Md Azyu Ikmal, KELUAR Mohamad Asif
82' MASUK Mohamad Hairi, KELUAR Muizzuddin Narzuki

Pertukaran SSTMI 65' MASUK Muhd Shahrul, KELUAR Mohd Muzaimir
72' MASUK Mohd Aefeq, KELUAR Shahwan
86' MASUK Mohd Amin, KELUAR Muhd Arif

Kad Kuning
33' KELANTAN, Mohamad Qayyum
72' KELANTAN, Md Ramadhan (PG)
88' KELANTAN, Muhammad Akid

Jaringan GOL
90' SSTMI, Shahwan

PERLAWANAN SETERUSNYA
9.4.12, 4.45pm
P.PINANG SDM lwn KELANTAN
Stadium Negeri Batu Kawan, P. Pinang

Foto http://www.facebook.com/media/set/?set=a.383965064971269.93602.100000733376052&type=1

Friday, March 30, 2012

PIALA PRESIDEN : Kelantan Tepati Ramalan, Tewaskan MBJB 3-1


KELANTAN menepati ramalan apabila menewaskan MBJB FC 3-1 dalam saingan pusingan ke 2 Piala Presiden yang berlangsung di Kota Bhau pada 29 Mac 2012.

Kelantan melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan melalui gandingan Aris Zaidi dan Shahiran yang bermain di bahagian hadapan.

Walau bagaimanapun, serangan-serangan tersebut gagal menghasilkan gol disebabkan kawalan baik pertahanan dan penjaga gol MBJB FC, Amirul Asraf.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama oleh pihak lawan, hasil serangan balas jaringan Ridzuan Yunus pada minit ke 27, setelah menewaskan 3 pemain pertahanan pasukan Kelantan.

Keputusan kekal dengan Kelantan ketinggalan 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kelantan memulakan permainan separuh masa ke 2 dengan pergerakan yang lebih meyakinkan dengan beberapa siri percubaan oleh Shahiran dan Nurfirdaus.

Gol pertama Kelantan akhirnya diperolehi daripada percubaan oleh pemain gantian, Azyu Ikmal pada minit ke 74. Tidak menunggu lama, Kelantan menambah jaringan melalui jaringan cantik oleh Norsyahrul Hawari 3 minit selepas itu.

Kelantan dianugerahkan sepakan penalti apabila Shahiran dikasari oleh Rafef Raya dalam pergelutan di depan pintu gol MBJB FC.

Shahiran menyempurnakan sepakan tersebut dengan baik untuk gol ke 3 Kelantan pada mini ke 83. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan, Kelantan 3, MBJB FC 1.

Kelantan akan bertemu SSTMI di Kota Bharu untuk perlawanan seterusnya pada 5 April 2012.

Kesebelasan Utama Kelantan
Md Ramdhan - PG (Judtanna A/L Eh Put), Muizzuddin Marzuki, Mohamad Zabeel, Faizol Nazlin - KP, Mohamad Asif ( Muhamad Azmi Hamzah), Muhd Shahiran, Mohd Aris Zaidi (Mohd Manaf Mansor), Muhd Firdaus (Md Azyu Ikmal), Md Norsyahrul Hawari, Md Nurfirdaus, Tn Muhamad Faim

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN 29 MAC 2012

SABAH 3 - 1 PDRM
SSBJ 5 - 2 T.TEAM
SIME DARBY 1 - 1 SSTMI
KELANTAN 3 - 1 MBJB FC
KEDAH 5 - 1 SDMPP

KEDUDUKAN (sehingga 29 Mac 2012)

  1. SABAH (35)
  2. KEDAH (28)
  3. KELANTAN (27)
  4. SIME DARBY (27)
  5. T-TEAM (25)
  6. SSTMI (21)
  7. MBJB FC (16)
  8. JOHOR (15)
  9. SSBJ (15)
  10. PDRM (8)
  11. MELODI JAYA FC (8)
  12. MELAKA (6)
  13. PULAU PINANG SDM FC (4)
Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin











Wednesday, March 28, 2012

PIALA PRESIDEN : Kelantan Mahu Ulang Kejayaan di Johor Bahru


KELANTAN akan turun menentang pasukan dari selatan tanah air, MBJB FC, untuk saingan pusingan ke 2 Piala Presiden, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada jam 4.45 petang ini.

Turun sebagai pasukan pilihan, Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengulangi kejayaan menewaskan MBJB FC ketika perlawanan pusingan pertama di Johor Bahru. Dalam perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1, gol-gol jaringan Aris Zaidi dan Zabbel Mat Noor.

Dua pemain skuad Presiden Kelantan yang telah dipanggil menjalani latihan dan beraksi bersama pasukan senior baru-baru ini dijangka akan memberi suntikan baru kepada rakan-rakan pemain yang lain.

Shahiran Mohd Zain yang bermain sebagai penyerang dan Fazol Nazlin Sayuti di bahagian pertahanan telah menyertai kem latihan The Red Warriors untuk persediaan perlawanan Suku Akhir Piala FA, menentang KL SPA FC, di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu

Shahiran juga telah diturunkan untuk beraksi di dalam kedua-dua perlawanan tersebut. The Red Warriors mara ke peringkat Separuh Akhir setelah menewaskan KL SPC FC dengan agreget 5-0.

Kelantan memungut 24 mata untuk menduduki tangga ke 5 dalam Kumpulan A, di belakang Sabah, Sime Darby FC, T.Team dan Kedah, manakala MBJB FC berada di tangga ke 7 dengan pungutan 16 mata.

Memulakan pusingan baru, Kelantan akan mengorak langkah awal memastikan kutipan mata pada setiap perlawanan. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dijangka memberi ruang lebih selesa untuk Kelantan mengutip mata penuh.

Skuad Kelantan  telah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang mudah. Pemain-pemain harus bijak untuk mengawal permainan dan meletakkan lawan berada dalam keadaan tertekan sehingga mereka melakukan kesilapan.

Nafuzi Zain menggalas tugas melatih pasukan, menggantikan Ketua Jurulatih, Hashim Mustapha, yang sedang mengikuti kursus Jurulatih Lesen A anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia.

MBJB FC juga dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Kelantan di Johor Bahru baru-baru ini.

Barisan pemain-pemain Kelantan:

Kesebelasan Utama
5 Bahaman Ab Ghani
6 Faizol Nazlin (KP)
8 Mohamad Asif
9 Muhd Shahiran
12 Mohd Aris Zaidi
14 Muhd Khairudin
15 Muhd Firdaus
16 Md Norsyahrul Hawari
19 Md Norfirdaus
21 Tn Muhamad Faim
23 Muhd Syazwan (PG)

Simpanan
1 Mohd Ramdhan (PG)
3 Muizzuddin
4 Mohamad Zebeel
11 Md Qayyum
13 Md Azyu Ikmal
17 Muhd Eskandar
24 Muhd Azmi Hamzah

Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin

Monday, March 19, 2012

Johor FA Mula Langkah Awal


PENGURUSAN Skuad Presiden Kelantan sempat bersama-sama Fandi Ahmad, selepas perlawanan menentang MBJB di Padang Sri Gelam pada petang 19 Mac 2012.

Fandi yang pernah beraksi bersama pasukan Singapura, Kuala Lumpur dan Pahang sebelum ini, telah dilantik menjadi Pengurus Pasukan Johor FA oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

Dalam sesi bual bersama Pengurus Pasukan Presiden Kelantan, saudara Yusri, Fandi sempat berkongsi serba sedikit tentang pasukan Johor FA yang baru beliau kendalikan setelah diberi kepercayaan oleh YTM Tunku Ismail, Presiden PBNJ.

Tugas Fandi tidak semata-mata menguruskan pasukan, beliau turut terlibat secara langsung dalam aspek kejurulatihan. Ia tidaklah pelik memandangkan beliau merupakan di antara pemain-pemain barisan hadapan yang cemerlang sewaktu beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

Menurut Fandi, Johor FA dijangka mendapatkan khidmat Gabriel Batistuta, pemain yang berasal dari Argentina dan pernah beraksi di Fiorentina, Itali. Batistuta, atau nama panggilan biasa beliau "Batigol", dengan pengalaman yang luas sebagai pemain hadapan, dilihat akan memantapkan bahagian serangan Johor FA.

Dalam masa yang sama, menurut Fandi, Johor FA bergerak lebih awal untuk mengenal pasti pemain import mereka untuk musim hadapan. Nicolas Anelka dan Luis Fabiano yang bukan nama asing di kalangan peminat-peminat bola sepak, dijangka menyertai pasukan Johor FA pada musim hadapan.

Sesi latihan pasukan Johor FA pada petang semalam turut disaksikan oleh Presiden PBNJ, Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor. Tunku Ismail mengadakan sesi pertemuan dengan pemain-pemain pasukan Johor FA sebelum berangkat ke Argentina pada hari ini, 20 Mac 2012.

Dalam perkembangan yang lain, Johor FA juga memberi kepercayaan kepada seorang pemain yang berasal dari Kelantan, Ezri Syafizi, untuk beraksi bersama-sama pasukan.

Ezri adalah pemain tempatan terbaru yang diuji oleh pasukan Johor FA dan telah mengikuti latihan bersama pasukan sejak sebulan yang lalu.

Nota:
Artikel diterbit semula hasil perbualan bersama Pengurus Pasukan Presiden Kelantan pada 19 Mac 2012.