Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label PIALA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label PIALA MALAYSIA. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Felda United mln Kelantan


Jurulatih Felda United, E. Elavarasan berjaya membawa pasukannya ke saingan suku akhir musim ini. Jaringan satu gol yang dihasilkan oleh Farderin Kadir nyata membantu pasukan. Jaringan satu gol itu telah menambah kutipan sebanyak tujuh mata.

Felda United berjaya mencipta kemenangan besar apabila menewaskan Perak 4-2. Seri ke atas Negeri Sembilan dua kali 1-1, Sime Darby 3-3 dan Perak 2-2. Pasukan ini tewas sekali dengan Sime Darby 2-3, seterusnya menghasilkan 13 jaringan, 12 bolos.

The Red Warriors membedil Terengganu 6-1 dalam perlawanan malam tadi. Kemenangan ini dikatakan sebagai 'serangan balas dendam' ke atas skuad Penyu. Kelantan selaku juara Kumpulan B telah memintas kedudukan ATM yang menduduki tangga pertama saingan Kumpulan B. Bojan Hodak bangga dengan pencapaian anak buahnya yang mampu meneruskan saingan ke suku akhir.

Berbekalkan 11 mata, 13 jaringan dan lapan bolos cukup untuk menggerunkan lawan. Kelantan yang menang tiga kali ke atas Kedah 2-1, ATM 4-3 dan Terengganu 6-1, seri dua kali ke atas ATM 1-1 dan Kedah 0-0, kalah sekali dengan Terengganu 0-2.

Kelantan pasukan kedua terbanyak mata di peringkat kumpulan.
.

Sunday, September 16, 2012

Kalau ada rezeki, insya Allah - Afiq


Afiq Azmi di antara nama yang sering disebut-sebut penyokong Kelantan kebelakangan ini. Populariti pemain pinjaman daripada Kuala Lumpur FA tidak terhad di dalam padang. Beliau juga menjadi idola dan selebriti sukan dan sering menjadi perhatian para peminat pasukan Kelantan, tidak kira tua atau muda.

Afiq enggan mengulas tentang cadangan ramai agar beliau kekal dengan Kelantan untuk musim depan. Pada beliau, biarlah perjuangan memburu kejuaraan Piala Malaysia ini didahulukan.

Walau bagaimanapun, Afiq tidak menolak kemungkinan menyarung jersi Kelantan musim hadapan jika diberi kepercayaan.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

--

Kelantan sedia lamar Afiq
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

PENINGKATAN aksi penyerang pinjaman Kelantan, Mohamad Afiq Azmi mula mendapat perhatian pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) khususnya percaturan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim mengakui pihaknya sedang menilai prestasi Afiq dan akan berbincang mengenai masa depan penyerang Kuala Lumpur itu.

"Kita akan panggil dia untuk bincang masa depannya dan kita mempunyai banyak masa lagi sehingga berakhir Piala Malaysia," katanya semalam.

Sepanjang bersama The Red Warriors dalam kempen Piala Malaysia musim ini anak kelahiran Perlis itu berjaya menjaringkan empat gol dari enam perlawanan.

Aksi terbaik yang ditunjukkan Afiq mula meniti bibir peminat setia The Red Warriors untuk bergandingan bersama penyerang, Norshahrul Idlan Tahala.

Dalam perlawanan menentang Terengganu malam kelmarin, Afiq menjaringkan gol pertama sekali gus membakar semangat rakan sepasukan untuk menewaskan Penyu dengan jaringan besar 6-1.

Mengulas lanjut, Azman berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh Afiq dan berbeza dengan apa yang ditunjukkan ketika mewakili Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super.

"Pada saya Afiq seorang pemain berbakat, kalau kena dengan pasukan, saya percaya pemain ini mampu pergi lebih jauh. Saya harap dia dapat terus berusaha untuk meningkatkan mutu permainan di masa hadapan," katanya.

Untuk rekod, Kelantan turut menggunakan khidmat pemain pinjaman dari Kuala Lumpur Mohamed Aslam Haja Najumudeen dan pemain Sabah, Mafry Balang.
.

Saturday, September 15, 2012

Felda United mln Kelantan


Jurulatih Felda United, E. Elavarasan berjaya membawa pasukannya ke saingan suku akhir musim ini. Jaringan satu gol yang dihasilkan oleh Farderin Kadir nyata membantu pasukan. Jaringan satu gol itu telah menambah kutipan sebanyak tujuh mata.

Felda United berjaya mencipta kemenangan besar apabila menewaskan Perak 4-2. Seri ke atas Negeri Sembilan dua kali 1-1, Sime Darby 3-3 dan Perak 2-2. Pasukan ini tewas sekali dengan Sime Darby 2-3, seterusnya menghasilkan 13 jaringan, 12 bolos.

The Red Warriors membedil Terengganu 6-1 dalam perlawanan malam tadi. Kemenangan ini dikatakan sebagai 'serangan balas dendam' ke atas skuad Penyu. Kelantan selaku juara Kumpulan B telah memintas kedudukan ATM yang menduduki tangga pertama saingan Kumpulan B. Bojan Hodak bangga dengan pencapaian anak buahnya yang mampu meneruskan saingan ke suku akhir.

Berbekalkan 11 mata, 13 jaringan dan lapan bolos cukup untuk menggerunkan lawan. Kelantan yang menang tiga kali ke atas Kedah 2-1, ATM 4-3 dan Terengganu 6-1, seri dua kali ke atas ATM 1-1 dan Kedah 0-0, kalah sekali dengan Terengganu 0-2.

Kelantan pasukan kedua terbanyak mata di peringkat kumpulan.
.

Tuesday, September 4, 2012

Kelantan tetap berpeluang walau seri dengan Kedah



PIALA MALAYSIA 2012 - Kumpulan B

ATM 10 mata, 10/6 jaringan
KELANTAN 8 mata, 7/7 jaringan
KEDAH 5 mata, 4/6 jaringan
TERENGGANU 4 mata, 5/7 jaringan

Tanpa bergantung kepada keputusan perlawanan ATM dan Kedah pada 14 September ini, Kelantan perlu sekurang-kurangnya SERI dalam perlawanan terakhir menentang Terengganu untuk mara ke sukur akhir.

MENANG adalah bonus.

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

Seri dengan Kedah, Kelantan masih peluang ke suku akhir
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
4 September 2012

PERTEMBUNGAN kelima Kumpulan B, antara Kedah dengan Kelantan nyata sengit apabila berakhir dengan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Kegagalan jentera penyudah kedua-dua pasukan menyempurnakan peluang terhidang di depan gawang gol nyata menghampakan peminat kedua-dua pasukan.

Walaupun dengan keputusan tersebut, Kelantan tetap berpeluang menempah slot ke suku akhir apabila meraih lapan mata di belakang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengumpul 10 mata di Kumpulan B.

Kedah yang gagal memanfaatkan beraksi di gelanggang sendiri terpaksa akur apabila tersingkir merebut slot suku akhir.

Pada perlawanan terakhir, Kedah akan menentang ATM.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat mengamalkan corak permainan berhati hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Kedah yang beraksi dengan penuh semangat selepas seri dengan Terengganu Sabtu lalu dilihat mengatasi Kelantan namun sepakan percuma pada minit ke-39 yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar yang tertampan benteng pasukan lawan sebelum terbias dan terkena tiang gol Kelantan dan bola berjaya dikeluarkan Obinna Nwaneri.

Kelantan turut mempunyai peluang menjaringkan gol, namun gagal disudahkan oleh penyerang Kelantan yang diterajui Norshahrul Idhlan Taala, Mohd Afiq Azmi dan Indra Putra Mahyuddin.

Bermula babak kedua perlawanan, kedua pasukan dilihat tetap mengamalkan corak bertahan dengan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang dengan sesekali gerakan menyerang dilancarakan kedua-dua pasukan.

Peluang keemasan pada minit ke-66 yang gagal disempurnakan Vedran Grec ketika berhadapan dengan Khairul Fahmi Che Mat membuatkan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.

Tuesday, August 28, 2012

Kelantan di tangga kedua kumpulan setelah seri dengan ATM


Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kelantan, saya harus memberi pujian kepada pasukan ATM sekali lagi membuktikan mereka sememangnya layak bergelar Juara Liga Perdana musim ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permaianan yang agak seimbang dengan bergilir-gilir melakukan serangan ke kubu lawan. Walaupun Apex tidak berjaya menangkap bola dengan kemas, boleh dikatakan jaringan gol kedua-dua pasukan terhasil daripada kesilapan bahagian pertahanan.

Afiq sekali lagi menggunakan ketinggian beliau untuk mencabar lawan, walaupun berpeluang menjaringkan gol  daripada sepakan leret yang ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM. 

Hasil daripada larian dan hantaran Mat Yo, yang juga beberapa kali membuat percubaan tepat ke pintu gol lawan nyaris-nyaris membolos gawang ATM. Ghaddar yang menggantikan Afiq, kelihatan bersungguh dalam percubaan menjaringkan gol. Norfarhan yang baru dimasukkan nyaris meletakkan nama beliau sebagai penjaring. 

Kelantan merampas kedudukan tangga ke 2 Kumpulan B daripada Terengganu setelah pasukan tersebut tewas kepada Kedah 1-2 di Alor Setar malam tadi.

Kelantan akan bertemu ATM sekali lagi di Kota Bharu pada 1 September 2012.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

----

Seri 1-1, ATM gagal kekalkan rekod kemenangan
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
SINAR HARIAN


PASUKAN berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal mengekalkan rekod kemenangan kali ketiga apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan juara Piala FA, Kelantan dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Dengan keputusan tersebut, ATM mengutip tujuh mata untuk terus kekal selaku pendahulu Kumpulan B, sementara Kelantan berjaya menduduki tangga kedua setelah meraih empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini.

Tuan rumah yang menurunkan kesebelasan utama termasuknya penyerang prolifiknya, Marlon Alex James terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-56 hasil lorongan cantik oleh Zakuan Adha kepada Marlon yang melepaskan tendangan kaki kanan menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, pelawat meneruskan serangan dengan memasukkan Norfarhan Mohammad dan mengeluarkan Nurul Azwa Roya bagi mengempur benteng pertahanan yang dikawal rapi oleh Aidil Zafuan.

Ternyata percaturan bijak Kelantan akhirnya berjaya apabila Obina Nwaneri menyudahkan kegagalan penjaga gawang ATM mengeluarkan bola yang dirembat kencang dari luar kotak penalti oleh Shakir Shaari pada minit ke-87.

Dengan berkesudahan seri, Kelantan semakin mencerahkan laluan mereka ke suku akhir.

Sementara itu, dalam satu lagi persaingan Kumpulan B, Kedah berjaya mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan naib juara 2011, Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman.

Pasukan kelab dari selatan Johor FC gagal mengekalkan rentak kecemerlangan apabila sekadar seri 1-1 dengan PKNS dalam Kumpulan A.

Pendatang baru, Lions XII juga mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Johor FA di Stadium TSDH Hassan Yunos.

Di Stadium Tunku Abdul Rahman, juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan turut mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Perak.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan C, Sime Darby berjaya mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Felda United di Stadium Hang Jebat.

Dalam aksi Kumpulan D, Selangor mencerahkan peluang untuk ke suku akhir apabila mencatat kemenangan pertama 1-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sementara itu, Pahang terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D dengan membenam Sarawak 6-0 di Stadium Darul Makmur.

.

Sunday, August 26, 2012

Aura SSM4 Kota Bharu di bawa ke Selayang



Kehadiran puluhan ribu penyokong setia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Sabtu lalu membuktikan mereka tidak "kalah" kepada keputusan 0-2, tewas kepada Terengganu sebelum ini.

Semua pemain yang saya temui juga bersetuju senario tersebut telah menaikkan semangat mereka untuk bermain dan menjamin 3 mata penuh daripada perlawanan menentang Kedah Sabtu lalu. 

Walaupun Kelantan turun tanpa Ghaddar dan Indra Putra, tapi keyakinan pemain-pemain utama yang lain, seperti Piya, Shakir, Farhan, Awe dan Mat Yo berjaya mencetus inspirasi kepada keseluruhan pasukan. 

Afiq Azmi diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama setelah menunjukkan keserasian yang lebih baik bersama pasukan. Gol-gol jaringan beliau membantu Kelantan menewaskan Kedah 2-1, setelah Kedah terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke 5.

Mat Yo tidak menjadikan kritikan penyokong terhadap persembahan beliau di Kuala Terengganu sebagai penghalang untuk beliau bermain dengan baik. Beliau yang dikawal rapi oleh barisan pertahanan Kedah, gagal dalam beberapa menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, hasil gerakan cantik beliau telah membantu rakan sepasukan yang lain membuat percubaan dan penyudahan yang menggegar gawang lawan.

Pengurus Pasukan, Hj Azman berkata, kekalahan di Terengganu merupakan satu "wake-up call" kepada pasukan. Alhamdulillah, Kedah berjaya ditundukkan, dan pemain-pemain berazam untuk mencipta kemenangan daripada baki 4 pertemuan peringkat kumpulan.

Kelantan akan bertemu ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 28 Ogos 2012, jam 8.45 malam. Aksi Daudsu, Indra Putra dan Ghaddar dinantikan oleh penyokong-penyokong setia.

Amierul Hisham
TRW Bulletin



---

Kelantan di landasan tepat
KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


LALUAN Kelantan kembali cerah selepas mencatat kemenangan sulung 2-1 ke atas Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Kemenangan tersebut cukup bermakna selepas skuad The Red Warriors tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu pada aksi pertama di Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, keputusan positif yang dicatat pasukan itu cukup menggembirakan terutama ketika beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang.

Menurutnya, Kelantan nyata menguasai permaianan tersebut dengan melakukan asakan serta mencipta banyak peluang biarpun pasukan itu dilihat agak tempang tanpa beberapa tonggak utama.

"Saya gembira dengan keputusan ini terutamanya dalam tempoh 60 minit pertama kecuali kelalaian kita menyebabkan Kedah berjaya mencipta gol seawal minit kelima. Sepatutnya ia tidak berlaku kerana ini adalah perlawanan kedua.

"Kita melakukan asakan awal dan situasi itu menyebabkan kami agak keletihan pada penghujung perlawanan. Selain itu, kami juga membenarkan lawan menguasai permainan pada 20 minit terakhir tetapi kami mampu menyerap asakan dengan baik," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Tambahnya, selepas berjaya mendahului Kedah pada babak pertama, Kelantan bermain lebih santai dan mengawal perlawanan kecuali beberapa serangan balas pantas untuk memerangkap pemain Kedah.

"Dua perlawanan dalam tempoh tiga hari cukup memenatkan, pemain tidak boleh berlari sepanjang masa, turun dan naik. Selepas ini kita berdepan perlawanan yang cukup penting.

"Kita beraksi tanpa beberapa tonggak, Indra (Putra Mahayuddin) menghadiri perkahwinan adiknya dan ia memang dirancang sejak sekian lama dan saya tidak mempunyai pilihan kecuali memberinya pelepasan.

"Khairul Fahmi juga ada masalah kecederaan termasuk Muhammad Ghaddar dan saya tidak mahu mengambil risiko. Saya memberi mereka rehat untuk pulih sepenuhnya. Namun, keputusan ini cukup baik dan saya gembira menerimanya," ujarnya.

Mengulas mengenai pertembungan dengan ATM, Selasa ini, Hodak cukup optimis pasukannya mampu melakukan sesuatu untuk berada pada kedudukan lebih selepas melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

"Kami akan cuba menang, mereka mempunyai beberapa pemain kebangsaan tetapi kami pasukan yang baik. Mungkin sukar untuk memenangi perlawanan di tempat lawan tetapi kami mampu melakukannya di gelanggang sendiri.

"Saya perlu jujur, sebelum menentang Terengganu kita berdepan masalah besar. Enam atau tujuh pemain tidak beraksi pada perlawanan persahabatan, empat pemain baru kembali dari skuad kebangsaan dan sebahagiannya cedera.

"Saya rasa malam ini (kelmarin) kami beraksi dengan lebih baik berbanding ketika menentang Terengganu dan saya harap aksi kami akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa," jelasnya.

.

Thursday, August 23, 2012

Resepi dominasi The Red Warriors

 Kelantan - The Red Warriors




Awal bulan lepas, Kelantan telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super (MSL) buat tahun ke 2 berturut-turut sebelum menamatkan dua perlawanan berbaki apabila menewaskan Perak 6-0 di Kota Bharu. Dengan kejayaan tersebut, Kelantan merupakan pasukan ketiga dalam sejarah Liga Super Malaysia, menjadi johan berturut-turut untuk dua musim.

Kelantan meneruskan kempen mereka dalam saingan Piala Malaysia, dengan misi menjadi juara treble musim ini. Mereka berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu pada tahun 2010 setelah menunggu 66 tahun.

Banyak perkara yang menyumbang kepada kejayaan pasukan yang bergelar The Red Warriors ini. Kita lihat  lima faktor utama yang menjadi resepi Warriors.

Ketua Jurulatih



Ia suatu pandangan yang kurang tepat apabila mengatakan Bojan Hodak mewarisi pasukan yang kuat dan hanya perlu menamakan kesebelasan utama pemain-pemain untuk setiap kejayaan setiap perlawanan. Dalam pengamatan yang sebenar, pasukan Kelantan menjadi semakin baik di bawah kendalian Hodak.

Kelantan sekarang telah memperbaiki corak permainan sebagai satu pasukan dengan hantaran-hantaran bola yang lebih baik sejak Hodak mengambil alih. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada masanya apabila melihat corak permainan Kelantan ia seolah-olah melihat permainan sebuah kelab Eropah. Keupayaan Hodak menukar kebiasaan cara bermain pasukan sebelum ini harus diberi pujian.

Pengurusan



Prestasi pasukan dan masalah dalaman persatuan pernah membuatkan Kelantan "jatuh", menyaksikan pasukan tersebut hanya layak beraksi di Liga FAM pada tahun 2004.

Pengurusan persatuan kemudian diambilalih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007. Bermula dari tahun berkenaan, sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar secara aktif terlibat dalam pengambilan pemain-pemain yang berkualiti daripada pasukan lain, seperti Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam dan Indra Putra Mahayuddin.

Tan Sri Presiden juga bertindak mendapatkan penajaan untuk pasukan dan untuk musim 2012 membuat keputusan untuk melabur bagi mendapatkan perkhidmatan pemain-pemain import yang baik.

Pendekatan hubungan "ayah anak" yang beliau gunakan berkesan dalam menjaga kebajikan pemain dan pegawai pasukan. Presiden juga secara peribadi mengendalikan sesi motivasi untuk pasukan apabila keadaan memerlukan. 


Gandingan Presiden dan Pengurus Pasukan, Tuan Hj Azman Ibrahim, dalam pengurusan adalah tulang belakang kekuatan. Hj Azman dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pengurus yang sememangnya amat mencabar. 

Kepada pasukan-pasukan lain, ia merupakan contoh terbaik bagaimana untuk menguruskan sebuah organisasi sukan dan pasukan bola sepak secara profesional. Menguatkan fakta ini, ada pasukan dan kelab bola sepak yang telah memohon secara rasmi untuk meletakkan pegawai mereka di KAFA bagi mempelajari selok-belok pengurusan persatuan dan pasukan.

Ketua Pasukan



Ia menjadi tanda tanya kepada semua orang, kenapa Badri Radzi tidak terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan dalam kejohanan-kejohanan yang disertai. Walaupun kemungkinan keupayaan sebenar Badri Radzi tidak diberi pengiktirafan sewajarnya di peringkat kebangsaan, ketua pasukan Kelantan yang mesra dikenali sebagai "Piya" adalah model seorang pemain profesional yang bersikap rendah diri dan patut menjadi contoh kepada pemain-pemain muda di Malaysia.

Piya mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pemain midfield pasukan dengan keupayaan baik berkomunikasi dengan rakan pemain, skil menghantar bola dengan tepat dan membaca permainan lawan. Walaupun bermain di bahagian tengan, Piya juga sering turun mambantu barisan pertahanan pasukan, menjadikan beliau sebagai seorang ketua pasukan yang menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pasukan yang lain.

Sewaktu beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Queen Park Rangers (QPR) baru-baru ini, Piya tidak langsung kelihatan gugup dan berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Kerana itu, walaupun kalah dalam pertemuan tersebut, Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes, tidak ragu-ragu memilih Piya sebagai pemain terbaik perlawanan.

Konsisten



Kelantan hanya tewas dua perlawanan daripada 26 perlawanan Liga Super musim ini. Keupayaan memenangi 69% daripada jumlah perlawanan adalah sesuatu yang menakjubkan. Sebagai perbandingan umum, Manchester United yang memenangi kejohanan treble pada tahun 1999 hanya mencapai peratusan kemenangan perlawanan 58% daripada semua perlawanan liga mereka, menjaringkan 53 gol dan bolos sebanyak 18 gol.

Penyokong



Penyokong merupakan faktor penting dalam sukan bola sepak Kelantan. Pengaruh penyokong kepada pasukan tidak harus diperkecilkan. Walaupun tidak menerima anugerah sebagai penyokong terbaik di liga tempatan, penyokong Kelantan tidak pernah hilang keghairahan mereka untuk memberi sokongan padu kepada pasukan, penyokong yang lantang bersuara dan turun memberi sokongan dalam pelbagai cara dan corak setiap kali pasukan bermain.


Mereka mengikuti dengan teliti perkembangan pasukan dan sanggup berbelanja demi pasukan kesayangan mereka. Penyokong Kelantan juga adalah satu-satunya kumpulan yang hadir beramai-ramai ketika perlawanan berlangsung di tempat lawan, sesuatu yang jarang-jarang kelihatan dalam bola sepak Malaysia.

Dikenali sebagai "12th Warriors", sokongan mereka tidak pernah kurang, baik ketika beraksi di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad Ke IV, mahupun di gelanggang lawan.

Untuk arkib foto pasukan anda boleh kunjungi TRW Social and Online Media.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.





Tuesday, August 21, 2012

We must show that we’re the best in the country - Annuar Musa


Tan Sri Annuar Musa says Kelantan have to underline their domestic supremacy by staying undefeated in the Malaysia Cup

Kelantan supremo Tan Sri Annuar Musa wants ‘The Red Warriors’ to show the nation that they are the best team in the land by staying unbeaten all the way to the Malaysia Cup title.

Annuar highlighted the fact that his team are the sole representatives of Malaysia in the AFC Cup should mean that they are one level above the other teams in this country at least.

“We are the only team still representing the country at AFC Cup level so we shouldn’t lose to any local teams,” he told Goal.com.

The 56-year-old politician added that he believes Kelantan’s first team is strong enough to win the competition and the loan players brought in do not reflect weakness in the squad.

“Our first eleven is strong enough.”

“I don’t think players from outside can replace them. They’re not better than what we already have but at least they can provide cover in case of injuries.”

Kelantan have signed three players on loan to beef up their squad for the Malaysia Cup campaign, namely Haslam Haja Najumudeen and Afiq Azmi from Kuala Lumpur as well as Sabah’s Mafry Balang.

These signings are hoped to give head coach Bojan Hodak the option to rest key players when necessary, as Kelantan aim to be in the best shape possible for the AFC Cup quarter-final double-header with Iraq’s SC Arbil next month.

Having bagged two major trophies so far, Annuar assured the fans that Kelantan will give their all to ensure that the coveted Malaysia Cup is brought back to Kota Bharu at the end of October.

“I’m aware that the Malaysia Cup is tougher than the league and the FA Cup but we have to maintain our reputation as the number one team in Malaysia so we’ll try our best to get that treble.”

GOAL.COM
.

Butler tidak gentar temu The Red Warriors



NAIB juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu menjanjikan aksi menarik pada pertembungan musuh tradisi Kelantan dalam saingan pembukaan piala berprestij itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Pengendalinya, Peter James Butler berkata, pasukan bimbingannya bersedia berdepan pasukan The Red Warriors itu dan menjangkakan perlawanan antara dua jaguh Pantai Timur itu akan mempamerkan persaingan sengit.

Menurutnya, beliau menghormati pasukan Kelantan tetapi tidak gentar apabila berdepan dengan dua juara kempen Piala Malaysia - Piala FA dan Liga Super musim ini dan berjanji memberikan saingan kompetitif apabila masing-masing ingin meraih kemenangan dalam perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia.

“Kelantan merupakan sebuah pasukan yang kuat ketika ini, apatah lagi pemain mereka sudah lama bersama dan saling mempunyai kesefahaman tinggi antara satu sama lain.

“Saya merasakan apa yang penting pada perlawanan itu nanti adalah kemenangan dan kita akan memberikan saingan dalam setiap sudut terhadap mereka,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang kelmarin.

Butler berkata, beliau akan memastikan skuad Penyu akan bermain bersungguh-sungguh dalam meraih kemenangan dalam perlawanan menentang juara Liga Super itu.

Katanya, dia amat berpuas hati terhadap komitmen yang ditunjukkan anak buahnya sepanjang latihan pada bulan puasa, malah kecerdasan mereka bertambah baik menjelang perlawanan sulung mereka menentang Kelantan malam nanti.

“Biarpun kami berdepan sedikit kesukaran terutamanya pada bulan puasa dan kemudahan latihan yang terbatas, namun persiapan dapat dilaksanakan dengan sempurna ditambah pula dengan kesungguhan yang ditunjukkan barisan pemain yang begitu baik sekali.

“Saya kini mempersiapkan formasi terakhir dan akan memilih kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada perlawanan itu nanti kerana kami mahu turunkan pasukan yang terbaik esok (malam ini),” katanya.

Menurutnya, beliau tidak akan mengumumkan siapa yang akan diturunkan nanti sebaliknya mengakui mereka yang dipertanggungjawabkan dalam kesebelasan utama skuad Penyu adalah pemain yang betul–betul layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang latihan.

Menyentuh mengenai enam pemain muda skuad Presiden yang diserapkan dalam pasukan senior, Butler memberitahu, dia sudah melihat ada beberapa pemain yang mempunyai potensi untuk menyinar dalam kancah Piala Malaysia dan berkemungkinan akan digandingkan dalam kesebelasan utama.

“Terengganu mempunyai ramai bakat muda yang boleh diketengahkan dalam peringkat lebih tinggi malah jurulatih memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada mereka.

“Kelibat pemain muda ini sudah tentu akan digunakan dalam kancah Piala Malaysia ini dalam memberi pendedahan kepada mereka,” katanya.

Butler berkata, dia akan cuba sedaya upaya membentuk pasukan yang mampu memberi saingan dan memenangi semua perlawanan dalam saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, dia menyedari ia satu tugas berat apabila diletakkan dalam kumpulan yang sukar dan dianggap maut bersama-sama Kelantan, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, pemain berpengalaman dari Bumi Kenyalang, Joseph Kalang Tie menyifatkan penguasaan di bahagian tengah bakal menjadi penentu kemenangan dalam perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia ketika turun melayan kunjungan Kelantan malam nanti.

Joseph Kalang berkata, secara fizikal dan mental, Terengganu kini dilihat sudah bersedia untuk berdepan TRW dalam perlawanan di laman sendiri.

“Bagaimanapun, saya merasakan apa yang penting dalam perlawanan itu nanti adalah pemain perlu meletakkan mentaliti untuk meraih kemenangan.

“Kita juga perlu memastikan bahagian tengah dapat dikuasai sepenuhnya untuk mematahkan perancangan yang dirangka Kelantan pada perlawanan itu nanti,” katanya ketika ditemui sejurus tamat sesi latihan kelmarin.

Dalam pada itu, Joseph memberitahu, penguasaan di bahagian tengah memainkan peranan penting kerana ia akan menentukan keupayaan pasukan masing-masing dalam merealisasikan strategi dirangka jurulatih.

Justeru, dia mengharapkan skuad Penyu dapat mengurangkan kesilapan di bahagian tengah dalam memberi persaingan sengit kepada seteru tradisi itu.

“Siapa yang membuat banyak kesilapan di bahagian tengah pada perlawanan itu akan mengundang padah.

“Sebaliknya mereka yang dapat mengurangkan kesilapan, saya menjangkakan pasukan tersebut akan meraih kemenangan dalam perlawanan sengit lagi penuh kompetitif itu kelak,” katanya.

Sementara itu, dia turut mengakui, keseluruhannya pemain juga sudah bersedia dan akan mengikut segala perancangan jurulatih dalam mengekang jentera tengah Kelantan.

SH
.

Monday, August 13, 2012

Terlalu awal nilai prestasi pemain


PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengaku masih terlalu awal untuk menilai persembahan semua pemain dan mereka perlu berusaha lebih keras sebelum bermulanya aksi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini.

Beliau berkata, Kelantan yang diundi dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memanfaatkan sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang diatur untuk meningkatkan prestasi.

Katanya, kejayaan menewaskan Pattani FC dari Thailand, 3-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Sabtu lalu tidak boleh dijadikan pengukur kemampuan pemain.

“Saya harap pemain terus berusaha menempatkan diri dalam kesebelasan terbaik kerana peluang beraksi sentiasa terbuka berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan.

“Bagaimanapun, saya lihat petanda positif dipamerkan pemain pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan menentang Pattani FC dari Selatan Thailand,” katanya.

Azman berkata, pemain pinjaman Kelantan, Mohd Afiq Azmi juga dilihat cepat menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan ketika melayan kunjungan Pattani FC.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu anak buah jurulatih Bojan Hodak itu cepat berpuas hati dengan kejayaan itu kerana ia hanya perlawanan pemanas badan sebelum berdepan Terengganu pada saingan awal peringkat Kumpulan B di tempat lawan, 22 Ogos ini.

“Mohd Afiq bijak memanfaatkan peluang melakukan penyudah berkesan apabila mencipta hatrik untuk membantu kemenangan Red Warriors. 

“Dia mempunyai kelebihan daripada segi ketinggian untuk memantapkan jentera serangan Red Warriors, terutama membantu misi Kelantan melepasi halangan peringkat kumpulan B pada kempen Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Ismail Muhamad
sukan@hmetro.com.my

.

Obinna, Midja sertai pasukan uji T-Team


Kelantan akan turun dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 15 Ogos 2012, bertemu pasukan T-Team. Perlawanan kali ini akan turut disertai oleh Obinna dan Midja yang telah bersama pasukan semalam.

Manakala pemain Kelantan yang bersama skuad Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam dan Shakir Shaari, dijadualkan akan bertolak dari Austria pulang ke tanah air pada 16 Ogos.

Mereka mungkin tidak akan berkesempatan untuk turut serta dalam latihan terakhir pada 17 Ogos, sebelum pegawai dan pemain pasukan diberi cuti Hari Raya Aidil Fitri 2 hari (18 dan 19 Ogos).

Latihan pasukan akan disambung semula pada 20 Ogos (Hari Raya Ke 2) di SSM4 pada jam 6 petang.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.

Bojan yakin bawa Piala Malaysia pulang ke Kelantan



Bojan tetap yakin dengan pasukan bimbingan beliau yang telah menjuarai Piala FA dan Piala Liga Super musim ini, untuk meneruskan rentak juara, membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan.

Jika ia berlaku pada Oktober nanti, ia sekaligus akan menobatkan Kelantan sebagai juara treble musim ini yang belum pernah menjadi tiga Juara dalam satu musim sebelum ini.

Walau bagaimanapun, apabila Kelantan diundi dalam Kumpulan B, yang ramai memberi jolokan nama Kumpulan Maut, ia tidak menjanjikan laluan mudah untuk pasukan Kelantan yang terpaksa berdepan dengan Terengganu (Juara FA 2011), Kedah (Juara Double Treble) dan ATM (Juara Liga Perdana 2012).

Pun begitu, Bojan Hodak yang tidak gentar menyatakan pendapat beliau, mahu pemain-pemain beliau melihat keputusan undian tersebut secara positif. 

"Kita diundi dalam kumpulan yang sukar untuk Piala Malaysia. Tapi ingat, kita adalah Juara, dan saya percaya Kelantan mampu menjadi juara sekali lagi," kata Bojan.

"Lambat laun kita akan berjumpa juga dengan pasukan yang hebat. Jadi, bertemu di peringkat awal tidak ada bezanya.

"Saya selalu katakan, jika hendak jadi Juara, kita mesti kalahkan pasukan yang hebat. Dan Kelantan bersedia untuk bertemu siapa saja."

Bojan lebih bimbangkan keadaan empat pemain Kelantan yang menyertai skuad Kebangsaan; Khairul Fahmi Che Mat, S. Subramaniam, Shakir Shaari dan Norshahrul IdlanTalaha.

Keempat-empat pemain tersebut sedang bersama pasukan Kebangsaan menjalani latihan pusat di Austria dan hanya akan menyertai pasukan enam hari sebelum sepakmula Piala Malaysia 22 Ogos nanti.

Amierul Hisham, TRW Bulletin
.





Wednesday, August 8, 2012

Jawatan KFA bukan lagi automatik, perlu pemilihan


Sebarang tindakan untuk menukar kepimpinan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), yang didesak peminat supaya berundur berikutan prestasi buruk skuad Hijau Kuning itu, boleh ditentukan menerusi pemilihan.

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata berdasarkan perlembagaan baru, jawatan Presiden dan eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti dahulu iaitu Menteri Besar Kedah secara automatik adalah Presiden KFA.

"Jika dahulu presiden KFA automatik diberikan kepada Menteri Besar tetapi mulai 2010 semua jawatan dipertandingkan," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Gabungan Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah yang mahukan rombakan terhadap pengurusan KFA berikutan kemerosotan skuad Kenari musim ini terutama dalam Liga Super sehingga terjerumus ke Liga Perdana musim depan.

Hamdan berkata pengurusan KFA sama seperti peminat inginkan pasukan Kedah mencapai kejayaan dalam kancah saingan Liga Malaysia.

"Tiada persatuan inginkan kekalahan. Pengurusan pasukan daripada pengurus dan jurulatih boleh ditukar mengikut peraturan Jawatankuasa Peraturan dan Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Beliau berkata pengurusan berjanji untuk berusaha melakukan yang terbaik demi kejayaan pasukan bola sepak Kedah dan pada masa sama mengharapkan sokongan peminat kepada skuad negeri itu.

Beliau berkata KFA akan bertemu dengan wakil kelab-kelab penyokong bagi menentukan hasrat untuk melihat skuad Kenari berjaya sebelum musim depan bermula.

"Saya menerima segala cemuhan, kutukan, komentar dan cadangan peminat dengan hati terbuka. Bukan kali ini sahaja Kedah jatuh ke Liga Perdana," katanya.

Kedah pernah beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2005 dan muncul juara.

Pasukan itu kemudian mencipta sejarah apabila muncul juara tiga piala semusim iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada dua musim berikutnya.

BERNAMA
.

Ghaddar hilang tanpa berita


KETIADAAN kelibat penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar ketika sesi latihan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia mula mencetuskan kegusaran dalam kalangan peminat setia The Red Warriors.

Penyerang kelahiran Lebanon itu dikatakan gagal melaporkan diri pada 5 Ogos lalu bagi menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang bakal bermula 22 Ogos ini.

Difahamkan, ketiadaan penjaring terbanyak The Red Warriors dalam saingan Liga Super itu sedikit sebanyak relah merencatkan perancangan jurulatih, Bojan Hodak bagi membentuk pasukan yang ampuh.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ghaddar masih belum melaporkan diri seperti dijanjikan selepas aksi persahabatan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai lalu.

Katanya, Ghaddar sepatutnya melaporkan diri pada tarikh tersebut dan segala usaha telah dilakukan termasuk menghubunginya tetapi gagal.

“Kami turut menghubungi Ghaddar melalui ejennya, namun menemui jalan buntu. Buat masa ini, kami mengambil pendekatan tunggu.

“Secara jujur, kami masih menantikan maklum balas daripada Ghaddar sama ada menerusi telefon atau e-mel. Mana tahu mungkin beliau ada masalah yang perlu diselesaikan di Lubnan ketika ini,” ujar Azman kepada Kosmo! semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, Ghaddar bakal berdepan hukuman daripada persatuan sekiranya gagal mengemukakan alasan kukuh mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan pemain tersebut boleh dikira sebagai ponteng daripada menjalani latihan.

“Sama seperti pemain lain, dia juga tidak terkecuali berdepan hukuman seperti pemotongan gaji daripada pihak KAFA sekiranya didapati bersalah. Itu sudah termaktub dalam perjanjian kontrak antara kami dengannya.

“Selain Ghaddar, seorang lagi awang import, Nwaneri Obinna masih belum melaporkan diri. Bagaimanapun, dia dilaporkan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Obinna diberi cuti panjang sedikit bagi membolehkan dia menyelesaikan urusan di Switzerland. Saya percaya dia tidak menghadapi masalah untuk kembali bersama Kelantan selepas ini,” ujarnya.

Ketiadaan dua tonggak import itu menyaksikan Mijo Dadic dari Croatia dan bekas penggempur Perak, Keita Mandjou menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan lain sejak 1 Ogos lalu.

Pada kempen Piala Malaysia musim ini, Kelantan diundi dalam Kumpulan B bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah.

YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

.

Pafa harap padang segera diperbaiki



PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) berharap kerja-kerja memperbaiki padang di Stadium Perak dilaksanakan segera agar siap sebelum sepak mula Piala Malaysia 2012 bermula 22 Ogos ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata Pafa menerima arahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya permukaan padang stadium diperbaiki segera.

Berikutan itu Pafa sudah menulis surat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta pihak berkuasa tempatan itu segera melaksanakan kerja serta menutup stadium hingga 22 Ogos .

Katanya, Perak kini terpaksa berlatih di padang Sekolah Menengah (SMK) Anderson, Ipoh serta tidak dapat mengadakan sebarang perlawanan persahabatan di Ipoh.

“Stadium Perak akan ditutup hingga sebelum Piala Malaysia bermula. FAM mahu padang stadium diperbaiki.

“Saya harap MBI melaksanakan segera kerja serta menutup stadium. Kegagalan memperbaiki stadium akan menyebabkan perlawanan tidak boleh diadakan di Ipoh,” katanya.

Azwan berkata, MBI baru-baru ini melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap lampu limpah stadium.

Berikutan penutupan stadium, Perak tidak dapat mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan menentang Kedah, malam kelmarin, ATM dan Harimau Muda di Ipoh.

“Dua perlawanan diadakan di tempat lawan manakala kami menguruskan perlawanan dengan Harimau Muda di daerah lain,” katanya.

Sementara itu, pemain yang baru dipinjam, Mohd Fariss Azlan Mat Isa meminta tempoh dua minggu untuk membuktikan kemampuan sebenar kepada majikan barunya dalam kancah Piala Malaysia.

Pemain itu memberi jaminan itu ketika menyahut cabaran dilontar Azwan dalam pertemuan dengannya serta dua lagi rakan sepasukan yang turut menyertai Perak secara pinjaman iaitu kapten, Mohd Reithauddin Awang Embran dan Zuraindey Jumai.

METRO
.

Jangan mudah alpa - Daudsu



PEMAIN pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin mahu rakan sepasukan tidak memandang mudah cabaran kempen Piala Malaysia musim ini kerana diundi dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, sikap terlalu yakin boleh memerangkap The Red Warriors (TRW) yang akan memulakan saingan kempen Piala Malaysia berdepan Terengganu di tempat lawan, 22 Ogos ini.

Dia mengaku tiga pasukan lain turut memiliki kekuatan tersendiri dan mampu meranapkan peluang Kelantan andai barisan pemain TRW alpa.

Sehubungan itu, dia serta rakan sepasukan sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar bagi memastikan Kelantan yang kini gah dengan gelaran juara Piala FA dan Liga Super mampu melepasi peringkat kumpulan.

“Yang penting kita harus fokus kepada setiap perlawanan dan turun dengan komitmen tinggi bagi mencapai kejayaan.

“Pemain juga tidak mudah terperangkap dengan pujian atau komen daripada pasukan lain yang meletakkan Kelantan sebagai pasukan pilihan kerana ia boleh menjejaskan tumpuan,” katanya di Kota Bharu, semalam. Mohd Daudsu bagaimanapun optimis TRW mampu melangkah lebih jauh musim ini berbanding peringkat suku akhir Piala Malaysia musim lalu selepas dikecewakan Terengganu.

Katanya, perlawanan pertama berdepan Terengganu di tempat lawan pada 22 Ogos ini dianggap perlawanan ulangan suku akhir Piala Malaysia musim lalu.

“Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing dan saya yakin perlawanan itu berlangsung penuh dramatik,” katanya.

METRO
.

Tuesday, August 7, 2012

Gero tidak bimbang bertemu Juara


Pemain yang dikenali sebagai Gero di kalangan penyokong Hijau Kuning ini terkenal dengan keupayaan membuat larian solo dan membuat sepakan padu ke pintu gol lawan. Pemain yang berasal dari Croatia ini diharap dapat menaikkan maruah pasukan Kedah dalam Piala Malaysia, setelah tersingkir dari Liga Super musim depan.

Gero dijangka akan digandingkan dengan seorang lagi penyerang tempatan, Khyril Muhymeen, untuk bersaing dalam kempen Piala Malaysia, di bawah kendalian jurulatih baru dari Croatia, Mario Tot.

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

GERC TIDAK GOYAH

PENYERANG Vedran Gerc tidak menunjukkan reaksi bimbang berikutan Kedah berada dalam kumpulan B bersama juara Liga Super dan Piala FA musim ini Kelantan, Terengganu dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya inilah peluang terbaik bagi membuktikan kewibawaan sebenar untuk layak ke suku akhir bagi dijadikan penawar kepada ribuan peminat setia yang hampa setelah disingkirkan ke Liga Perdana musim depan.

“Kami tersingkir bukan kerana tiada kemampuan ataupun tidak memiliki barisan pemain berwibawa tetapi tidak bernasib baik.

“Saya terpaksa berehat selama sebulan setelah tapak kaki kanan retak dan hanya sekadar menjadi penonton saja ketika rakan sepasukan amat memerlukan khidmat saya.

“Saya sudah mula menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan yakin dapat beraksi pada perlawanan pertama bertemu ATM 23 Ogos ini.

“Saya juga yakin dengan kewibawaan ketua jurulatih baru, Mario Tot dari Croatia yang sudah pasti akan merubah corak dan rentak permainan Kedah,” katanya.

METRO
.

Jurulatih baru dan trio Sabah gandingan Seladang



Pasukan Perak mengesahkan kehadiran dua lagi pemain pinjaman dari Sabah untuk kempen Piala Malaysia bermula 22 Ogos nanti.

Mohd Reithauddin Awang Embran, Zuraindey Jumai dan Mohd Fariss Azlan Mat Isa kini bersama skuad Seladang yang menerima suntikan kejurulatihan daripada bekas pemain mereka, Jang Jung yang berasal dari Korea. Jang Jung telah dipilih PAFA baru-baru ini untuk menggantikan Norizan Bakar.

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

PERAK LEGA PINJAM TIGA PEMAIN SABAH

PERAK mengesahkan peminjaman tiga pemain Sabah iaitu kapten, Mohd Reithauddin Awang Embran, Zuraindey Jumai dan Mohd Fariss Azlan Mat Isa dalam usaha memperkuatkan skuad Seladang pada kempen Piala Malaysia 2012 bermula 22 Ogos ini.

Pengesahan oleh pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun (gambar) itu sekali gus menamatkan teka-teki mengenai tenaga tambahan dari pasukan lain yang akan datang ke Perak.

Reithauddin, 34 dan Fariss, 28 adalah tonggak pertahanan pasukan negeri di bawah bayu itu manakala Zuraindey, 32 pemain tengah.

Kecuali Fariss yang menyertai pasukan barunya sejak minggu lalu, Reithauddin dan Zuraindey berbuat demikian mulai kelmarin.

“Perak berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain Sabah bagi membantu kami dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) atas kesudian mereka melepaskan trio itu,” katanya.

Katanya trio itu menggantikan Chan Wing Hoong serta Mohd Badrul Azam Zamri dan Mohd Khairi Zainuddin yang disisihkan kerana kecederaan. Menurut Azwan, lima pemain skuad Piala Presiden Perak juga diuji ketua jurulatih baru, Jang Jung.

“Saya harap Jang Jung berupaya menyediakan satu pasukan mantap untuk menghadapi kempen dalam kumpulan C agar berjaya mara sejauh mungkin.

“Dia memiliki bahan yang sudah teruji kerana berjaya menduduki tangga keempat Liga Super baru lalu,” katanya.

METRO
.

Harimau Selatan janji "kejutan" November nanti


Johor FA "berahsia" dalam memperkatakan persiapan mereka untuk Piala Malaysia. Baik Gabriel Batistuta mahupun Fandi Ahmad berasa lebih selesa untuk persiapan pasukan Harimau Selatan ini tidak diberi publisiti.

YTM Tunku Presiden pula mengambil keputusan untuk menghentikan perkhidmatan sosial Twitter beliau dan lain2 laman sosial yg berkaitan.

Dalam sidang media baru-baru ini, Tunku Ismail melahirkan rasa terkejut beliau apabila kedua-dua pasukan dari Johor berada dalam kumpulan yang sama. Pertemuan awal "adik abang" yang tidak dapat dielakkan sebaliknya diharap menampikan pasukan terbaik untuk mewakili Johor ke peringkat seterusnya.

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

TUNKU ISMAIL TERKEJUT

“SAYA agak terkejut selepas pasukan Johor dan Johor FC diundi dalam satu kumpulan”.

Itu luahan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang jelas kurang bersetuju dengan undian Piala Malaysia baru-baru ini namun terpaksa menerima hakikat persaingan terpaksa diteruskan sambil menaruh harapan tinggi Johor dan Johor FC layak ke suku akhir dalam saingan Kumpulan A. 

“Peluang layak ke suku akhir tetap ada dan saya harap Johor dan Johor FC mampu beri persembahan terbaik pada saingan kumpulan yang turut membabitkan PKNS Selangor dan LionsXII. 

“Jika Johor dan Johor FC beri komitmen sepanjang saingan Piala Malaysia tidak mustahil kedua-duanya layak ke suku akhir dan ia pasti menyemarakkan lagi bola sepak negeri ini,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai dan pemain Johor dan Johor FC yang turut dihadiri lebih 200 penyokong kedua-dua pasukan.

Tunku Ismail turut mengesahkan perubahan besar bakal dilakukan bagi memantapkan skuad Johor dan Johor FC bagi menghadapi kancah Liga Malaysia musim depan dan dijangka bakal membuat pengumuman November ini.

“Sudah ada perancangan untuk memastikan aksi Johor dan Johor FC pada saingan musim depan lebih mantap. Buat masa ini biarlah kedua-dua pasukan menghabiskan saingan Piala Malaysia dan cuba beri yang terbaik untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Saya akan umumkan November ini dan ia akan membabitkan transformasi yang mampu menjelmakan skuad Johor dan Johor FC lebih digeruni musim depan,” kata Tunku Ismail.

Sementara itu, pengurus pasukan Johor, Fandi Ahmad yang baru pulang dari Jerman selepas mengikuti kursus kejurulatihan selama dua minggu di kelab FC Schalke 04 yakin pemain gantian yang bakal mengambil alih tugas Andre Francisco Da Silva pada dua aksi saingan kumpulan mampu menggalas tugas yang bakal dipikul.

“Kita ada tiga pemain yang boleh menggalas tugas selaku perancang namun saya belum putuskan lagi pemain mana akan diserapkan dan hanya diputuskan selepas dua aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan dan kelab Liga Singapura (Liga-S), Hougang United,” kata Fandi.

METRO
.

Padah untuk Amri dan Bunyamin, tuah kepada Rozaimi dan Veenod


Padah kepada orang lain, kadang-kadang menjadi tuah kepada yang lain.

Begitulah yang terjadi kepada Rozaimi, pemain pinjaman Selangor dari Sabah yang akan menggalas tugas penyerang setelah Amri Yahyah tidak dapat diturunkan kerana digantung 3 perlawanan oleh JK Tatatertib FAM.

Tuah juga bagi Veenod, pemain pasukan USM FC yang turut dipinjam Selangor kerana akan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan, menggantikan Bunyamin Umar yang turut dijatuhkan hukuman yang sama.

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

ROZAIMI ISI TEMPAT AMRI

Penyerang pinjaman, Rozaimi Abd Rahman dari Sabah akan mengisi tempat Amri Yahyah yang digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam dalam aksi awal Selangor pada kempen Piala Malaysia.

S Veenod dari USM FC pula mengambil alih posisi pemain tengah Selangor, Bunyamin Umar yang turut dikenakan hukuman sama kerana melakukan kekasaran melampau terhadap penyerang Kelantan, Muhammed Ghaddar pada aksi Liga Super, 29 Jun lalu. 

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM itu berkata, Amri, 31, dan Bunyamin, 24, tidak dapat diturunkan untuk tiga aksi pertama Kumpulan D menentang Sarawak di Kuching pada 22 Ogos, Pahang di Shah Alam (25 Ogos) dan T-Team di Kuala Terengganu (28 Ogos). 

Beliau berkata, dua pemain itu hanya akan kembali pada aksi keempat bertemu T-Team di Shah Alam pada 1 September depan.

"Saya kena terima keputusan yang dibuat. Nak rayu pun dah tak boleh. Jadi dengan ketiadaan Amri dan Bunyamin untuk tiga perlawanan awal ini, saya harap dua pemain pinjaman kami, Rozaimi dan Veenod mampu mengisi kekosongan itu," katanya.

BH
.