Padah kepada orang lain, kadang-kadang menjadi tuah kepada yang lain.
Begitulah yang terjadi kepada Rozaimi, pemain pinjaman Selangor dari Sabah yang akan menggalas tugas penyerang setelah Amri Yahyah tidak dapat diturunkan kerana digantung 3 perlawanan oleh JK Tatatertib FAM.
Tuah juga bagi Veenod, pemain pasukan USM FC yang turut dipinjam Selangor kerana akan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan, menggantikan Bunyamin Umar yang turut dijatuhkan hukuman yang sama.
Amierul Hisham, TRW Bulletin
---
ROZAIMI ISI TEMPAT AMRI
Penyerang pinjaman, Rozaimi Abd Rahman dari Sabah akan mengisi tempat Amri Yahyah yang digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam dalam aksi awal Selangor pada kempen Piala Malaysia.
S Veenod dari USM FC pula mengambil alih posisi pemain tengah Selangor, Bunyamin Umar yang turut dikenakan hukuman sama kerana melakukan kekasaran melampau terhadap penyerang Kelantan, Muhammed Ghaddar pada aksi Liga Super, 29 Jun lalu.
Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM itu berkata, Amri, 31, dan Bunyamin, 24, tidak dapat diturunkan untuk tiga aksi pertama Kumpulan D menentang Sarawak di Kuching pada 22 Ogos, Pahang di Shah Alam (25 Ogos) dan T-Team di Kuala Terengganu (28 Ogos).
Beliau berkata, dua pemain itu hanya akan kembali pada aksi keempat bertemu T-Team di Shah Alam pada 1 September depan.
"Saya kena terima keputusan yang dibuat. Nak rayu pun dah tak boleh. Jadi dengan ketiadaan Amri dan Bunyamin untuk tiga perlawanan awal ini, saya harap dua pemain pinjaman kami, Rozaimi dan Veenod mampu mengisi kekosongan itu," katanya.
BH
.
0 comments:
Post a Comment