Azraai mungkin boleh menarik nafas lega, tapi beliau perlu menghembuskannya semula untuk "terus bernyawa".
Walaupun Perak ditinggalkan oleh Cikgu Jan dan dua pasukan yang lain merupakan pasukan kelab, Negeri Sembilan selaku Juara Bertahan, perlu memperkemaskan barisan mereka setelah menunjukkan aksi-aksi kurang konsisten di penghujung liga.
Amierul Hisham
TRW Bulletin
---
JUARA bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan mampu menarik nafas lega ketika Kelantan berada dalam kumpulan maut selepas undian piala berprestij itu diadakan semalam.
Negeri Sembilan berada dalam Kumpulan C bersama Perak, Felda United dan Sime Darby.
Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, tiga pasukan itu tetap dipandang serius kerana baginya saingan Piala Malaysia adalah aksi berbeza bagi semua pasukan.
“Atas kertas memang nampak mudah namun untuk menterjemahkan tetap sesuatu yang sukar.
“Situasi juga tidak memihak kepada kami dengan empat tonggak utama kini bersama skuad kebangsaan dan hanya kembali beberapa hari sebelum sepak mula pada 22 Ogos,” katanya yang sudah tiga kali menjulang Piala Malaysia.
Andai berjaya melepasi halangan peringkat kumpulan, Negeri Sembilan akan menentang wakil Kumpulan B yang dianggap ‘Kumpulan Maut’ kali ini.
Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan mengetuai Kumpulan B di samping Terengganu, Kedah dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bagi pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, mereka perlu menghadapi setiap rintangan peringkat kumpulan sekiranya mahu melengkapkan tiga piala musim ini.
“Setiap pasukan dalam kumpulan ini mempunyai kelebihan terutamanya Tentera yang memiliki bekas jurulatih kami, B Sathianathan,” katanya.
Dua pasukan teratas daripada empat kumpulan akan layak ke suku akhir.
Sementara itu, saingan Piala Malaysia musim depan akan membabitkan 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana.
azlanmz@hmetro.com.my
.
0 comments:
Post a Comment