Urusan pendaftaran pemain-pemain pasukan untuk AFC telah selesai. Pengumpulan biodata terkini pemain-pemain dan pegawai pasukan sedang dilakukan. Dokumentasi ITC di peringkat kelab selesai dan telah dimajukan kepada FIFA.
Daripada senarai pemain pasukan AFC Kelantan, saya boleh katakan, dengan atau tanpa Ghaddar, ia tetap satu kombinasi juara. Keita Mandjou dan Midja Dadic tersenarai dalam skuad AFC Kelantan, melengkapkan senarai pemain import yang turut menyenaraikan Ghaddar dan Obinna.
Antwi, walaupun tidak akan beraksi bersama pasukan, baik di Piala Malaysia dan AFC, masih kekal sebagai pemain import Kelantan.
Skuad AFC Kelantan menerima pelawaan untuk satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam yang sedang dalam rangka persiapan menyertai pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2012.
Perlawanan persahabatan menentang skuad Tebuan dijadualkan berlangsung pada 8 September 2012 di Kota Bharu.
Skuad AFC Kelantan akan bertolak ke Arbil September untuk perlawanan suku akhir pertama pada 18 September. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Kota Bharu pada 25 September.
Amierul Hisham
TRW Bulletin
.
0 comments:
Post a Comment