Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Thursday, August 2, 2012

Rozaimi pikat Tero Sasana


Seperti nikah kahwin, kalau hati dah berkenan, semuanya akan diringkaskan. Tidak perlu risik merisik, tidak perlu bertunang. Jika layak mengikut syariah, terus kepada yang wajib, akad nikah.

Dipilih tanpa menjalani ujian pemilihan adalah sesuatu yang amt jarang berlaku dalam dunia sukan bola sepak. Tahniah kepada Rozaimi.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

PEMAIN muda negara, Rozaimi Abd Rahman terus diburu BEC Tero Sasana apabila kelab liga utama Thailand itu semalam menawarkan kontrak sebagai pemain profesional tanpa perlu menjalani ujian pemilihan.

Keputusan terbaru dilakukan BEC Tero Sasana itu berikutan rundingan mereka untuk mendapatkan pemain bintang Indonesia yang mewakili Persipura Jayapura, Titus Bonai gagal menemui jalan penyelesaian kelmarin.

Pengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed yang membantu urusan perpindahan itu berkata, beliau sudah mengemukakan surat tawaran itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Alijus Sipil, semalam.

“Saya sudah menghubungi Alijus mengenai perkara ini dan berharap Safa dapat membuat keputusan sebelum tarikh tutup esok (hari ini). Bagi saya ini peluang terbaik untuk Rozaimi kerana BEC Tero Sasana memang amat berminat untuk menggunakan khidmatnya sehingga sanggup menawarkan kontrak tanpa menjalani ujian pemilihan seperti syarat sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Berdasarkan tawaran yang dikemukakan oleh kelab naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 itu, Rozaimi, 19, ditawarkan kontrak minimum selama dua tahun dengan bayaran gaji lumayan serta yuran perpindahan kepada Safa.

Namun apa yang menyulitkan kini apabila Rozaimi sudah menandatangani kontrak bersama Selangor untuk beraksi secara pinjaman bagi kempen Piala Malaysia.

Khidmat Rozaimi amat diperlukan BEC Tero Sasana yang kini menghuni tangga keempat Liga Perdana Thailand dan masih berpeluang merebut slot ke Liga Juara-Juara Asia tahun depan.

Jurulatih kelab itu, Andrew Ord terpikat dengan kebolehan dimiliki Rozaimi, pemain kelahiran Bongawan, Sabah selepas melihat aksinya meledak 10 gol pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar bulan lalu.

METRO
.

0 comments:

Post a Comment