Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label EDITOR. Show all posts
Showing posts with label EDITOR. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

"Why always us?"


"PIALA LIGA SUPER dan LIGA PREMIER akan disampaikan kepada Kelantan dan ATM FA dalam satu majlis yang masa, tarikh dan tempatnya akan diumumkan oleh FAM."
2010, upacara penyerahan Piala Liga Super ada dibuat di venue perlawanan, selepas dokumentasi dan lapuran disahkan oleh pegawai FAM. Selangor vs Terengganu, Stadium Shah Alam.

2011 buat kat Wisma FAM, lepas JUARA (Kelantan) balik dr Sabah. 2012 nih, kat SSM4 KB tak boleh buat ke? Sempat lagi nak prepare, kalau nak.

Jgn la sampai orang kata sebab SELANGOR, sebab STADIUM SHAH ALAM, baru leh buat. FAS bukan FAM, FAM bukan FAS (walaupun org kuatnya org yg sama)

Ke Statut FAM tak benarkan sebab pasukan yang Presidennya digantung? 

Khabar kurang gembira tersebut mendapat reaksi daripada penyokong-penyokong Kelantan dan juga beberapa peminat sukan bola sepak tanah air. Ia juga mendapat reaksi Tan Sri Annuar Musa yang menulis di laman facebook beliau seperti berikut:
"Saya terkejut dan merasa amat dukacita apabila diberitahu PIALA LIGA SUPER hanya akan disampaikan pada hari jumaat 20 julai jam 3 ptg di WISMA FAM Bukan saja tarikh itu SANGAT TIDAK SESUAI MEMANDANGKAN TRW TERLIBAT DLM PERLAWANAN DGN QPR PADA HARI YG SAMA.

IA JUGA HARI TERAKHIR MENJELANG PUASA YG MENGHADKAN SEBARANG ACARA SAMBUTAN. JOHAN DAN NAIB JOHAN SUDAH DI KETAHUI SEAWAL 7HB JULAI JADI MENGAPA HARUS MENUNGGU DUA MINGGU?
PENYAMPAIAN PIALA PATUT DIBUAT DI PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER DI KOTA BHARU DAN SPORE. Hadiah lain bolehlah dikemudiankan.
SAYA TAK DAPAT MEMAHAMI KENAPA INI DILAKUKAN?..APAKAH KERANA KELANTAN YG MEMENANGINYA??WALLAHUAKLAM!!

YES.WHY ALWAYS US?? - Tan Sri Annuar Musa

Komen-komen terpilih pembaca dipaparkan di bawah.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

KOMEN PEMBACA

Shahrimin Harun molekkk jg tu ... Blh la kita pakat bawa banner besar2 minta '' Presiden FAM Sila Letak Jawatan '' n '' Azzumuddin Sila Percen Awal '' . FAM nk save budget ..kalo slangor hok dpat Piala tu confirm satu stadium FAM hias atas ehsan Hamiddin ...

Zufayri Peyi · main bola pringkat skoloh pon x bagi pialo dale dewan.. jakun sungguh puok2 farmer nih

Nick Azlan maknanya angkat piala di ofis FAM mcm thn lepas lar bro?.....hehhhehhee....biasalah bro....persatuan paling tak profesional walaupun dibawah naungan nya....

Amierul Hisham kalau dia nak sgt buat kat FAM, buatlah. Kalaulah semua penyokong TRW pakat serbu, serupa dtg stadium nk tgk bola, masa majlis kat FAM tu, baru dia tauuu.... Eh, best gak idea ni, amacam kalau pakat turun semua penyokong bagi penuh itu wisma :D :D. ‎19 Julai (kalau x silap), SUA FAM dan FAM kena jawab saman TSAM di Mahkamah Shah Alam, 20 Julai game Kel vs QPR..:D :D jeng jeng jeng

Hantu Ngail kawe duk kijo d slgr..molek bnr kalu nk kumpul biar penuh wisma fam dgn lautan merah....hehehe smbil2 tu kito pkt laung "presiden FAM sila letak jawatan"

Mey Toyo Last game ni semoleknya sambut secara meriah.. Piala tu kita buat replika dgn kertas suratkhabar.. Biar seluruh dunia tgk tahap keegoan n kebangangan FAM.

Fadly Shah kto bwt sdri lar upacara tu..biar napok ngayim skit ko fam...

Nik Nicky Nik Nawi Sebenarnya pegawai FAM x mau datang ke SSMIV.

Fei Alvin Actually I was don't knw FAM is thinking of what!!! Don't knw they really knw means of League o nt?? Than whr got de meaningful ady if they didn't host de Cup giving ceremony at game venue!! HaizZz...


Shahrul Shaari not nice. The tradition of giving away the trophy at game venue surely signifies the prestige of the competition. if i have to guess, i think its becoz the president wants to give away the trophy himself but sure as hell wouldn't want to be boo-ed by the kelantan fans, which is also sure as hell will happen if he come to kelantan. why not invite Sultan Muhamad V to do the honours? hopefully KAFA would arrange something to signifies TRW's success after the game against Swk. bakar bungo api ko, wat ddikir maso half time and akhir perlawanan, arak replica cup. they don't let us have fun, kito doli apo! 
.









Monday, June 25, 2012

Kelantan tetap Pasukan Juara


DUA perlawanan Kelantan sebelum ini saya gunakan perkataan "hambar"; "Liga Super : Hambar, tapi Menang - Kelantan 2, Kedah 1" dan "Menang, tapi masih hambar".

Perlawanan seterusnya menentang Sabah baru-baru ini, saya cuma katakan bahawa kita mampu mencipta lebih jaringan untuk keputusan perlawanan yang lebih baik, walaupun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan kemenangan 2-0, jaringan pada awal dan pada minit-minit akhir perlawanan.

Sebagai seorang yang rapat dengan pasukan, saya terpaksa memilih untuk menulis sebagaimana yang ditulis oleh sebahagian besar penyokong, atau untuk melihat situasi dalam senario yang lebih luas.

Saya bersetuju bahawa setiap penyokong, khususnya yang hadir ke stadium untuk melihat sendiri perlawanan, akan meletakkan harapan yang tinggi untuk pasukan beraksi cemerlang dan mencipta kemenangan. Pasukan-pasukan yang "lemah" pada mereka akan menjadi "lauk" kepada Kelantan. Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung hendaklah "menghiburkan".

Bermain cantik tanpa jaringan gol, tidak boleh. Bermain cantik tapi kalah, lebih-lebih lagi. Apa yang mereka harap, setiap sen yang dibelanjakan untuk datang menyokong pasukan "dibayar" semula dengan aksi-aksi hebat pasukan kesayangan. Jika Lions XII boleh tewaskan Sabah 9-0, mereka mahu Kelantan mengatasi jumlah jaringan berkenaan.

Apabila benchmark pasukan diletak begitu tinggi, dan pasukan gagal menepati kehendak mereka, rasa keseronokan menang perlawanan berkenaan tidak mampu mengatasi luahan rasa tidak puas hati atas persembahan yang mengecewakan. 

Tapi itu tidak patut menjadi sebab kenapa kita harus mengeluarkan kata-kata "pemain tidak bagus", "pasukan sedang merundum" dan ada juga yang mengungkit, mengatakan "tiket mahal".


Jangan terbawa-bawa demam Euro 2012 ke dalam liga tempatan, kerana yang beraksi di atas padang tetap pemain Kelantan. Yang di atas padang adalah Piya, Mat Yo, Norfarhan, Ghaddar; nama-nama yang sama dari awal musim hingga sekarang; mereka bukan Ronaldo, bukan Alonso, dan bukan juga Gomez. 

Jika mereka hebat seperti pemain-pemain pujaan ramai di Euro 2012, sudah tentu sekarang mereka sedang beraksi bersama kelab ternama di Eropah. Dan tidak murah untuk masuk ke stadium untuk melihat mereka beraksi.

Tidak beraksi selama tiga minggu apabila liga berehat sememangnya telah memberi kesan kepada momentum pasukan. 

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, bersetuju dengan komen yang mengatakan Kelantan menghadapi masalah penyudahan. Beliau juga bersetuju bahawa pertahanan pasukan sedikit goyah. Ditambah dengan cara permainan bertahan pasukan lawan, dengan hampir seluruh pasukan berada di depan gawang sendiri ketika Kelantan menyerang.

Dalam situasi di mana Kelantan sedang berada di kedudukan terbaik untuk mempertahakan Juara Liga yang dimenangi tahun lalu, Bojan terpaksa "membaiki kerosakan" yang ada dan dalam masa yang sama memastikan Kelantan mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan. Ia bukan suatu kerja yang mudah walaupun ia tidak mustahil.

Corak permainan mungkin hambar, saya setuju. Tetapi melihat daripada senario yang lebih luas, saya juga harus bersetuju dengan kata-kata Tuan Hj Azman Ibrahim, pengurus pasukan Kelantan, dan tidak teragak-agak menolak tepi Lions XII dan meletakkan Kelantan sebagai pasukan yang unggul walaupun sekarang berada di kedudukan ke 2 Liga Super 2012.

Kelantan tidak pernah kalah dalam perlawanan-perlawanan Piala FA. Kelantan hanya tewas sekali dalam saingan Piala AFC dan dalam saingan Liga Super setakat ini. Saya bangga apabila tiada pasukan yang mencipta deretan keputusan MENANG, sebanyak pasukan Kelantan.

Jangan silap faham, bukan bermakna pasukan tidak boleh dikritik. Saya pun biasa mengkritik pasukan. Cuma kritikan hendaklah membina dan lahir daripada fikiran yang rasional. Kritik dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh kesediaan untuk pendapat kita dikritik semula.

Sayangkan pasukan tidak "menghalalkan" kita untuk mengkritik secara terlalu emosional, meluahkan rasa tidak puas hati semahu-mahunya, sehingga kita puas hati. 

Dahulu ada ungkapan, "kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan menyokong ketika menang". Sekarang, kalau tak mampu menyokong ketika menang, apa lagi yang kita nak lakukan?

Semuga rentak pasukan bertambah baik ketika menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 26 Jun, 8.45 malam. Semuga semua pemain dapat menunjukkan aksi yang terbaik dan semuga Kelantan beroleh tiga lagi mata penuh dalam misi menjadi Juara Liga musim ini.

Gomo KELATE Gomo, Gomo Biar Sngoti!

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

REKOD KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN SEHINGGA 23 JUN 2012
(Kekalahan pasukan di tanda merah)

LIGA SUPER
23.06.2012 SL Kelantan FA 2-0 Sabah FA
19.06.2012 SL Kuala Lumpur FA 0-1 Kelantan FA
16.06.2012 SL Kelantan FA 2-1 Kedah FA
26.05.2012 SL Johor FC 0-0 Kelantan FA
12.05.2012 SL PKNS FC 0-3 Kelantan FA
04.05.2012 SL Kelantan FA 3-0 LIONSXII
17.04.2012 SL PBDKT T-Team 1-2 Kelantan FA
14.04.2012 SL Kelantan FA 1-1 PBDKT T-Team
07.04.2012 SL Sarawak FA 1-1 Kelantan FA
31.03.2012 SL Kelantan FA 5-1 Felda United
17.03.2012 SL Perak FA 0-2 Kelantan FA
04.03.2012 SL Kelantan FA 2-1 Negeri Sembilan FA
14.02.2012 SL Selangor FA 2-1 Kelantan FA
11.02.2012 SL Kelantan FA 2-1 Terengganu FA
08.02.2012 SL Sabah FA 0-0 Kelantan FA
28.01.2012 SL Kelantan FA 3-0 Kuala Lumpur FA
20.01.2012 SL Kedah FA 0-3 Kelantan FA
17.01.2012 SL Kelantan FA 2-1 Johor FC
13.01.2012 SL Kelantan FA 1-1 PKNS FC
10.01.2012 SL LIONSXII 1-2 Kelantan FA

PIALA AFC
23.05.2012 AFCC Kelantan FA 3-2 Terengganu FA
24.04.2012 AFCC Navibank Saigon 1-2 Kelantan FA
08.05.2012 AFCC Kelantan FA 1-0 Ayeyawady United
10.04.2012 AFCC Arema Indonesia 1-3 Kelantan FA
04.04.2012 AFCC Kelantan FA 3-0 Arema Indonesia
21.03.2012 AFCC Ayeyawady United 3-1 Kelantan FA
07.03.2012 AFCC Kelantan FA 0-0 Navibank Saigon

PIALA FA
19.05.2012 FAC Sime Darby 0-1 Kelantan FA
01.05.2012 FAC Kedah FA 2-2 Kelantan FA
21.04.2012 FAC Kelantan FA 1-1 Kedah FA
24.03.2012 FAC SPA FC 0-3 Kelantan FA
27.03.2012 FAC Kelantan FA 2-0 SPA FC
10.03.2012 FAC Kelantan FA 3-2 Kuala Lumpur FA
18.02.2012 FAC Kelantan FA 2-1 Sarawak FA

Sunday, June 17, 2012

TRW Paka Fan Club merintis sokongan global

Ucapan TAHNIAH kepada TRW Paka Fan Club diatas pelancaran rasmi kelab penyokong berkenaan yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Annuar Musa pada 16 Jun lalu.

Saya tidak berkesempatan memenuhi jemputan untuk ke Paka kerana kekangan tugas lain, tapi saya tumpang berbangga dengan wujudnya sebuah kelab penyokong yang aktivitinya tidak hanya dimanfaat oleh ahli, tetapi juga melibatkan masyarakat umum dan masyarakat setempat.


Program pra pelancaran yang melibatkan kunjungan dan pemberian wang zakat sumbangan ahli kelab kepada golongan kurang upaya dan juga program kesedaran sivik cegah jenayah adalah, yang dijayakan dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia dan akhbar Sinar Harian adalah sesuatu yang unik di peringkat kelab penyokong.

Pendekatan seperti ini harus diberi pujian kerana pengurusan kelab saya lihat lebih peka dengan pengisian keseluruhan program dan tidak semata-mata berharap pada gemilangnya hari pelancaran. Seperti, "nak berhari raya, kita rasakan dahulu faedahnya berpuasa."

Sebagai "duta" kepada pasukan dan pengurusan The Red Warriors, kita berharap kesinambungan program sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

Jika pencinta sukan bola sepak, tanpa mengira warna kulit, kewarganegaraan, agama dan lokasi geografi, mampu "bermati-matian" menyokong dan menyanjung pasukan kesayangan mereka yang terletak ribuan kilometer jauhnya, tidak mustahil usaha-usaha murni yang dilakukan oleh TRW Paka Fan Club mampu mencetuskan fenomena baru dalam sokongan kepada pasukan The Red Warriors, melangkau sempadan negeri, negara dan fahaman politik.

Saya percaya ramai lagi penyokong pasukan Kelantan The Red Warriors yang bukan berasal dari Kelantan, seperti saya. 

Saya juga percaya ramai pencinta sukan utama dunia ini dari negara ini, "mencintai" The Red Warriors dalam diam. Itu tidak mustahil kerana sedar atau tidak, kebelakangan ini nama The Red Warriors bukan saja selalu disebut-sebut di rantau ASEAN, malahan juga di benua Arab, di Timur Tengah, Jepun, Eropah dan banyak tempat lagi.

Tahniah sekali lagi!

Oleh Amierul Hisham, TRWFM Bulletin

Nota: Foto daripada laman Facebook TRW Paka Fan Club

Liga Super : Hambar, tapi Menang - Kelantan 2, Kedah 1


MELIHAT jurulatih pasukan, Bojan Hodak tidak senang duduk semasa perlawanan bagai menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan pasukan ketika menentang Kedah malam tadi.

Baik di hadapan, di tengah mahupun di bahagian pertahanan, seolah-olah ada kelonggaran persefahaman di kalangan pemain. Selepas berehat hampir tiga minggu, perlawanan liga super semalam seperti satu lagi perlawanan "persahabatan", yang gagal menampakkan taring pasukan.

Tiada perubahan taktikal yang dibawa oleh Bojan Hodak, dan pada pendapat saya itu adalah pilihan yang terbaik. Bojan perlu menilai kembali prestasi pemain ketika perlawanan setelah lima daripada mereka tidak bersama-sama pasukan Kelantan kerana terlibat dengan persediaan dan perlawanan persahabatan pasukan negara.

Perbezaan cara kendalian latihan di peringkat pasukan dan kebangsaan telah memberi kesan kepada corak permainan pasukan. Kenapa tidak? Bojan melatih pemain untuk beraksi dan memberi yang terbaik ketika perlawanan, tetapi di kem latihan pusat, pemain-pemain Kelantan dilatih hanya untuk memanaskan bangku simpanan, atau setidak-tidaknya beraksi "10 minit".

Mereka yang terlibat dengan pasukan Harimau Malaya dan Ghaddar yang baru-baru ini pulang untuk membantu pasukan kebangsaan Lubnan, perlu kembali menyesuaikan diri dengan cara permainan The Red Warriors, dan Bojan tidak punya ruang masa yang lama untuk "memperbaiki kerosakan" berkenaan, kerana setiap pertemuan liga super dalam bulan ini adalah penting untuk pasukan mencipta kemenangan.


Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur (19.6), Sabah (23.6), Terengganu (26.6) dan Selangor (29.6) untuk aksi-aksi liga super di bulan Jun, dan setiap pertemuan tersebut perlu dilihat sebagai "perlawanan akhir" jika Kelantan mahu mecipta kejuaraan Liga lebih awal untuk musim ini.

Pemain pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri, menjalani pemeriksaan dan penilaian di MSN hari ini. Nor Shahrul Idlan pula cedera ketika beraksi bersama Harimau Malaya. 

Sama ada mereka dapat diturunkan pada perlawanan hari Selasa menentang Kuala Lumpur akan diputuskan oleh Bojan Hodak setelah mendapat lapuran daripada jurulatih kecergasan pasukan, Rueben Jude Balraj.

Bertemu Kedah, tanpa memperkecilkan pasukan lawan, Bojan tetap menganggap lawan Kelantan sebagai pasukan yang kuat tetapi kurang bernasib baik dalam saingan musim tahun ini.

Menurut Bojan, walaupun corak permainan pasukan agak hambar dengan beberapa kesilapan yang ketara dilakukan oleh pemain, yang penting pada beliau, Kelantan berjaya menewaskan lawan.

Mendengar komen dan perancangan oleh Bojan Hodak semasa berbual bersama beliau selepas tamat perlawanan semalam, saya percaya persembahan pasukan akan lebih baik pada perlawanan selepas ini. 

- Amierul Hisham


Pertemuan liga super malam tadi di Kota Bharu menyaksikan Kelantan 
berjaya menewaskan pasukan Kedah 2-1. Video oleh MZDin

Tuesday, May 29, 2012

Your Friends Determine Your Happiness

"AWAK SUKA SAYA TAK?"

Blunt question which demand a straight forward answer.


It was the title of a novel written by Melur Jelita, and recently I was honored with an invitation to join the group special outing and gathering, named "Pertemuaan Kasih Sayang ASST 2012" held at Terengganu Equestrian Resort, 26-28 May 2012.

I am not writing a commentary on the novel, it had enough proven tracks. Eight times reprint within a period of 6 months on market and more than 50K copies sold nationwide, WOW~!

Instead, the gathering attracts me more. Novel lovers who coincidentally become close friends sharing the "Awak Suka Saya Tak" passion, the laughter and teary moments. While browsing through the photos taken during the event, suddenly is struck my mind on an article I once read, "Your Friends Determine Your Happiness".

Well, somehow it relates.

Who you are, how you feel, and what you do, all of it depends a great deal on whom you are friends with. 

It is your friends who determine how happy you are, what your weight is, how faithful you are to your spouse, and how moral or immoral you are generally. No, I am not making this stuff up. I am just extrapolating from the results of a recent survey that indicate that your happiness depends on your friends. 

No, not on how loving and supportive they are. Not even on their levels of understanding and empathy. No, your happiness depends on how much money your friends have. If they have less money than you, then you are happier than you would be if they had more money than you.

Yes, I know it isn’t exactly rocket science. 

But still, it’s nice to have some evidence to back up what we have intuitively felt for years. No matter how rich and successful you may become, it is still not enough if your friends are even richer and more successful. It doesn’t matter how much money you make; there will always be a niggling feeling of dissatisfaction if your friends have a higher disposable income than yours.

If, on the other hand, your friends are doing much worse, if their houses are in a less impressive neighborhood, their children go to cheaper schools, their car is half the size of yours, and their pay packets not nearly as large – well then, you can’t help thinking that you must be doing all right. 

Sad but true. But then, how could it possibly be otherwise? 

Peer pressure being what it is, all of us measure our success by the successes (and failures) of our friends. And as long as we are doing a tad better than them, we feel good about ourselves. After all, it’s all relative, isn’t it? 

Of course, friends do much more than provide a baseline for comparisons – financial or otherwise. They influence our thinking, shape our lives, hell, they even determine our shapes.

There is a research that shows that if your friends are fat, you are more likely to be overweight. Conversely, if your friends are thin, then the chances are that your weight will remain under control as well.

If you think about it, this makes perfect sense. If your friends are into healthy eating and exercising regularly, you will probably be shamed into doing the same. Nobody wants to be the only blimp in a group of thin people, the target of tired old jokes like “Who’s your fat friend?” 

On the other hand, if your friends gorge on vast quantities of fast food while slumped on the sofa in front of the TV, then you will also feel no embarrassment in doing the same. And then before you can say Big Mac, all of you will be shopping for elasticized trousers and extra-large T-shirts together.

I am sure you must have noticed this in your own lives as well. Go out with a friend who orders a green salad and steamed fish and invariably you will end up ordering a more healthy meal yourself. Go out with someone who gorges on fries and hoovers up the dessert and the chances are that you will stuff your face too.

Eating with greedy people triggers your greed impulse as well. On the contrary, sharing the table with disciplined eaters makes you rein in your appetite. 

That’s how fat friends make you fat while thin friends keep you thin. As if that wasn’t enough, friends also have a nasty knack of showing up all our flaws and imperfections. Tall friends make us feel short, thin friends make us feel fat, and fashionable friends make us feel dowdy in comparison. 

But it is on much deeper levels that friends really impact your life. For instance, the moral codes that we live by are also reinforced by those who are closest to us.

If your friends think nothing of cheating on their spouses – hell, they even boast about it – then you may well be more inclined to give up on marital fidelity. If your friends think nothing of taking or giving bribes, of adopting corrupt practices in their businesses, then it is that much harder for you to stay honest. 

If your friends routinely lie and cheat about matters large and small, then you are more likely to do so as well. After all, if everybody is doing it, can it really be so bad? (Short answer: yes, it can, but that, as they say, is another column altogether.)

On the other hand, if you move around in a circle where everyone takes pride in being honest, in paying their taxes on time, not being part of the black economy, trying to stay on the right side of the law, then you would probably stay on the straight and narrow as well (if only for fear of being socially ostracized).

The truth of the matter is that your friends can help you rein in your worst impulses. Or they can encourage you to give in to your basest appetites. It all depends on what kind of friends you have.

So, when it comes to choosing your friends, make sure you exercise due discretion. Remember, these people will end up controlling your life in ways that you can barely even imagine.


I can say, to be among the ASST Jelitawans, somehow put me in the right track, adjusting my life to the right mood. I'm blessed, Alhamdulillah.

It was a pure "PERTEMUAN KASIH SAYANG". The event has ended, but the experience and trill have just begun. 

Monday, May 14, 2012

KOLUMNIS : PIYA impi sarung jersi Malaysia untuk Piala AFF 2012 - DUNIA WARRIORS


Kapten Fantastik! 

Mungkin itulah ayat yang tepat bagi menggambarkan kehebatan dan pengaruh ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi atau lebih dikenal dengan gelaran Piya.


Lahir pada tanggal 2 Jun 1982 di Pengkalan Chepa, Piya mula bermain bola secara aktif sejak berumur 12 tahun. Ketika itu beliau bermain untuk Sekolah Kebangsaan Padang Garong sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putera pada tahun 1995. Menurut Piya, beliau memang dari kecil mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepak.

"Memang cita-cita saya nak jadi pemain bola sepak. Ayah saya dulu juga merupakan pemain bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu era semi-pro. Setiap kali ayah saya ada perlawanan, saya akan pergi menonton. Saya tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayah saya beraksi. Dari situlah muncul minat saya untuk bermain bola sepak," cerita Piya.

Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 di bawah bimbingan jurulatih Anizan Daud.

Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun berikutnya.

Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan menjuarai Liga FAM dan sekaligus layak ke Liga Perdana.

Permainan Piya bersama JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang kemudiannya menagih khidmat beliau, menyarung jersi pasukan PDRM pada tahun 2007, sekaligus berjaya membantu pasukan berkenaan muncul sebagai juara Liga Perdana.

Selepas beberapa tahun berkelana di negeri orang, akhirnya pada tahun 2008, ketika berusia 26 tahun, Piya telah dipanggil pulang ke Kelantan untuk menyarung jersi merah putih kebanggaan rakyat negeri Kelantan. Ketika itu beliau bermain di bawah bimbingan jurulatih Norizan Bakar dan ketua pasukan ketika itu ialah Khairul Anuar Ramli.

Pada tahun itu juga, Piya dan rakan sepasukan berjaya membawa pasukan Kelantan layak ke saungan Liga Super musim 2009.

Bermula pada tahun 2009, bermulalah kebangkitan pasukan Kelantan dari zaman malap. Ketika itu, Presiden Tan Sri Annuar Musa telah membawa masuk ketua jurulatih, Peter James Butler dan beberapa pemain baru seperti Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad untuk memantapkan lagi pasukan. Dan ketika itu jugalah Badri Radzi telah dipilih untuk mengetuai pasukan Kelantan.

"Ketika mula-mula dilantik sebagai ketua pasukan, saya menolak tawaran itu kerana masih ada pemain senior yang layak memakai lilitan ketua pasukan berbanding saya. Namun, setelah membuat undian dan ketua jurulatih, peter James Butler, berkeras mahukan saya menjadi ketua pasukan, akhirnya saya menerima tugas tersebut, bermula pada tahun 2009," menurut Piya.

Aksi cemerlang Piya bersama pasukan Kelantan sedikit terjejas selepas beliau mengalami kecederaan yang serius semasa perlawanan menentang Pulau Pinang pada tahun 2009. Kecederaan patah kaki kiri mengambil masa tujuh bulan untuk sembuh menyaksikan beliau terlepas aksi pertama final Piala Malaysia 2009 ketika era B. Sathianathan.

Piya kembali menyertai pasukan selepas Piala Malaysia tersebut.

Pada musim 2010, Piya telah berjaya pulih sepenuhnya dari kecederaan dan mula bermain dengan baik. Antara kejayaan yang dikecapi pada tahun 2010 ialah tempat kedua Liga Super dan juara Piala Malaysia 2010. Kenangan itu merupakan kenangan yang paling manis sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak.

"Kejayaan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan merupakan kenangan yang paling manis. Apatah lagi menjulang piala selaku ketua pasukan dan menjaringkan gol kemenangan, itu merupakan kenangan yang paling manis sepanjang karier saya," kata Piya.

Menceritakan kenangan pahit sepanjang karier pula, Piya menyatakan terpaksa direhatkan lama kerana kecederaan adalah kenangan pahit beliau.

"Ketika cedera di Pulau Pinang, saya berasa seolah-olah tidak akan mampu untuk bermain bola lagi. Ketika diusung keluar padang lagi saya sudah menangis mengenankan apa yang akan berlaku seterusnya. Saya terfikir adakah saya masih mempu bermain. Macam-macam perasaan yang bermain di fikiran ketika itu," cerita Piya.

Untuk musim 2012, Piya berazam untuk menjulang Piala FA serta mengekalkan kejuaraan Liga Super. Selain itu, beliau juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk saingan Piala AFC. Beliau bercita-cita untuk menyarung jersi Kebangsaan untuk Piala AFF tahun ini.

"Yang pertama, saya mahukan Piala FA, satu-satunya piala yang belum kita miliki walaupun sudah dua kali beraksi di pentas final. Yang kedua, saya mahu kekalkan kejuaraan Liga Super. Sementara dalam Piala AFC, saya akan cuba buat yang terbaik memandangkan ini kali pertama kita bermain di pentas AFC. kita sendiri tidak mampu lagi mengukur keupayaan sebenar. Pada tahun ini juga, kalau ada rezeki, saya nam merasai menyarung jersi pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF," jelas Piya.

Ditanya mengenai cabaran menjadi pemain bola sepak, Piya mengakui menjadi pemain bola sepak sememangnya banyak cabaran.

"Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Membuat silap adalah perkara biasa dalam bola sepak. Jurulatih pernah berpesan kepada saya, jika buat silap, jangan peduli apa orang kata. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa yang penting, kita sudah melakukan yang terbaik ketika berada di atas padang. Ambil kritikan itu untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik."


Apakah harapan Piya kepada penyokong?

Harapan saya kepada penyokong, kalau boleh, setiap kali perlawanan saya mahu stadium sentiasa penuh. Beri semangat kepada pemain-pemain da pemain akan berikan 120%. Biar lawan gerun untuk bermain di Kota Bharu.

Adakah Piya mengimpikan untuk bersara di Kelantan?

Soalan cepu emas yang sukar untuk dijawab buat masa sekarang. Apa yang pasti, pada musim ni, saya mahu merasai kenikmatan menjuarai Piala FA. Sudah dua kali kita layak ke final dan sudah dua kali kita tewas di final. Jadi tahun ini, saya target untuk menang Piala FA selain mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Macam mana dapat nama "Piya"?

Nama "Piya" ini sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatih semasa saya bermain di Padang Bank. Beliau dikenali dengan nama gelaran "etuk". Beliau yang beri nama "Piya" kepada saya kerana ketika itu ada seorang pemain Colombia, Faustiono Asprilla yang cukup tersohor. Beliau cakap, nama "Piya" ini sesuai untuk saya. Dan dari hari itu hinggalah sekarang, nama gelaran "Piya" itu melekat dan sinonim dengan diri saya.

Oleh : DUNIA WARRIORS, Edisi Mac/April 2012
"Dapatkan naskhah Road To Final di pasaran"

Saturday, May 12, 2012

KOLUMNIS : DJ Amierul Sham dilabel "lalang" kerana Red Warriors - DUNIA WARRIORS


Assalamualaikum buat semua pembaca. Kali ini krew "Dunia Warriors" telah menemuramah seorang lagi aktivis The Red Warriors yang telah banyak menyumbang keringat dan jasa buat pasukan Kelantan. Apa yang menarik, kali ini aktivis TRW kami bukannya orang yang berasal dari Kelantan, bukn anak jati Kelantan tidak seperti sebelum ini.

Nama Sham Lokman mungkin tidak cukup dikenali oleh sekalian penyokong. Namun dikalangan pendengar radio setia TRW.FM dan TRC Gegar, sudah pasti anda sudah sebati dengan nama "bro Sham" yang sering kali suara beliau kedengaran sebagai juruhebah di kedua-dua radio online berkenaan.

Berasal dari Johor Bahru, Sham Lokman atau lebih dikenali sebagai Amierul Hisham di laman sosial Facebook, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanutkan pelajran ke Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang pengajian perladangan. Selepas tamat belajar di ITM, Sham Lokman mencuba pula bidang kejuruteraan (A Level), menyambung pengajian di Southern Illinois Univercity dan kemudiannya berkhidmat dengan syarikat Motorola selama 4 tahun.

Mari sama-sama kita ikuti kisah seorang Johorean berjiwa pahlawan merah yang dianggap sebagai pasukan kesayangan beliau.


Bagaimana anda mula terlibat dengan pasukan Kelantan?
Pada tahun 2008, saya bermula dengan inisiatif yang dibuka oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), di mana saya terbaca Kelate.Net melancarkan laman sesawang baru mereka. Ketika itu saya menawarkan diri untuk memberri khidmat membuat siaran langsung radio online untuk perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.

Selain daripada mengendalikan radio, apa lagi yang anda lakukan?
Selain daripada mengendalikan radio, kadang kala saya dipanggil untuk mengacarakan majlis oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), dan juga turut membantu hal berkenaan teknologi maklumat untuk persatuan.

Anda berasal dari Johor, tapi kenapa sokong pasukan Kelantan?
Yang pertamanya, sebab saya berkahwin dengan orang Kelantan. Isteri saya orang Kelantan. Jadi, apa yang isteri saya suka, saya suka lah. Sebab yang kedua, kalau kita dah selalu dekat dan ambil tahu tentang pasukan, kita mula kenal penyokong-penyokong, pihak pengurusan dari bawah hinggalah ke Presiden, Tan Sri Annuar Musa, kita berasa kita lebih rapat dan komunikasi antara satu sama lain juga semakin baik, maka datanglah rasa "kecintaan" kepada pasukan. Asalkan di Kelantan, orang yang kita kenal, kita dah jadi macam satu keluarga.

Tugas rasmi anda dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)?
Saya tiada tugas sepesifik dalam KAFA. Biasanya saya akan dipanggil untuk membantu jawatankuasa pengurusan acara untuk karnival dan sebagainya. Antara karnival yang pernah saya melibatkankan diri ialah karnival di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Gua Musang dan Karnival ARMY. Saya juga pernah membantu Jawatakuasa Merchandise untuk membuat promosi elektronik. Pernah juga dipanggil oleh Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak ARMY di bawah Dato' Ismail semasa mahu melancarkan ARMY suatu ketika dulu. Dalam radio online pula, saya menjadi moderator untuk TRW.FM dan TRC Gegar. Kita tidak ada organisasi. Pada awalnya ia diuruskan oleh satu kumpulan sukarelawan sebelum diamilalih oleh sekumpulan yang lain. Saya pernah cuba mengundurkan diri dari TRW.FM tapi telah dipanggil balik untuk meneruskan khidmat.

Bagaimana pula radio online beropersi? Apakah mendapat sumbangan dan tajaan?
Dalam operasi radio, memang tiada sunbangan kewangan daripada mana-mana pihak. Semuanya dikeluarkan dari poket sukarelawan sendiri. Radio pada asasnya dianggap sebagai sau hobi. Kita lakukan sebagai hobi.  Sama seperti orang lain yang suka memancing, perlu membeli joran, umpan dan sebaginya, jadi hobi saya ialah penyiaran di mana radio merupakan medium saya. Maknanya saya tidak ralat jika menggunakan belanja sendiri untuk menampung kos operasi dan lebih baik lagi, jika dapat memuaskan hati pendengar.

Apakah radio online mendapat sambutan?
Daripada segi sambutan, Alhamdulillah. Setakat yang kita kendalikan radio sejak 2008, sambutan ketika "peak time" terutama ketika siaran langsung adalah tinggi. Dan pada waktu biasa, ia kembali normal seperti radio-radio online yang lain.

Antara cabaran dan kekangan menguruskan radio online?
Dari segi operasi, kita beroperasi dalam tanggugan sendiri. Cabarannya bila kita mampu buat sesuatu setakat yang kita mampu, tetapi mendapat permintaan tinggi. Jadi kita akan berfikir samada untuk sahut atau tidak cabaran berkenaan. Selain itu, cabaran dari segi masa di masa masa yan sepatutnya kita habiskan bersama keluarga terpaksa kita korbankan untuk berkhidmat.

Walaupun kerap kita katakan, kewujudan radio online ini merupakan inisiatif sendiri dan diberi secara percuma, masih lagi orang ada yang tidak berpuas hati. Tapi kita anggap itu sebagai satu cabaran. Orang ramai (pendengar) terbuka untuk mengkritik dan terpulang atas kebijaksanaan kita macam mana nak gunakan kritikan itu untuk membina kita atau menjatuhkan kita.

Kata-kata akhir serta harapan anda?
Setiap kali kita dah suka satu pasukan, kita akan suka. Dan bila orang bertanya kenapa anda orang Johor suka pasukan Kelanan, jawapannya mudah. Saya sudah "jatuh cinta" dengan pasukan Kelantan. Jadi apabila melihat satu perkara yang orang Kelantan sendiri buat buruk kepada pasukan mereka sendiri, saya sebagai "orang luar" anggap ia sebagai satu perkara yang menyedihkan. Tragedi tahun 2009 sebagi contohnya, Ketika saya menjalankan tugas mengulas perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan, berlaku kekecohan dan rusuhan di luar stadium seleas perlawanan. Kereta saya turut terlibat dirosakkan dan hampir terbakar menyebabkan saya menanggung kerugian. Tapi kenapa saya mash lagi sokong Kelantan? Sebab, saya sudah "jatuh cinta" dengan Kelantan.

Banyak orang cakap tentang penyokong lalalng, saya tak nak komen. Cuma cara penyokong itu terpulang pada diri masing-masing. Bentuk sokongan tak payah kita nak heboh-hebohkan. Kita yang lain pula tak perlu persoalkan apa pasukan orang kepada pasukan. Jadi bila semua tahu pucuk pangkalnya adalahThe Red Warriors, pasukan Kelantan yang satu, yang sama, kenapa kita tidak boleh BERSATU untuk beri sokongan pada yang SATU daripada puluhan ribu individu? Sedangkan kita mengharapkan pasukan yang satu ini memberi kepuasan kepada puluhan ribu penyokong.

Jadi bila kita ada isu tentang pasukan, pemain, pengurusan, bila kita baca perlu kita fikir dengan bijak sebelum kita melontar kata-kata dan "memanaskan" suasana. Bila perkara ini menimbulkan perasaan benci pada pasukan dan pemain, rasa kasih dan semangat bersatupadu mula kurang. Dan bila kita sudah tidak percaya pada pasukan, siapa lagi yang akan percayakan pasukan? Jangan buat terlalu banyak gosip yang kita sendiri tidak mampu kawal. Dalam media, kalau kita meulis sesuatu, kit kena tahu etika. Kenapa kita menulis, sebab kita menulis dan apa impak daripada tulisan kita. Kita perlu bertanggungjawab dan itu prinsip saya.

Jadi kepada penyokong Kelantan, harapan saya, walapun pada awal musim kita didatangkan dengan pelbagai masalah, bukan setakat pemain, jurulatih, malah pengurusan, kita berilah peluang kepada orang yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Nak bergosip-gosip, nak buat andaian, boleh, tapi janganlah melampau sehingga kita sendiri tidak mampu mengawalnya. Perjalanan pasukan Kelantan musim ini masih jauh, masih banyak cabaran yang perlu diharungi.

Oleh : DUNIA WARRIORS, Edisi Mac/April 2012
"Dapatkan naskhah anda di pasaran"

KOLUMNIS : Ulasan Perlawanan #16 PKNS vs Kelantan oleh Betterman


Oleh : Muhammad Hafiz @ Betterman

PERLAWANAN pemanas badan Piala Fa bagi Kelantan untuk Gameweek 16 bermula dalam cuaca yang baik dan kualiti padang yang agak baik di Stadium Mbpj Kelana Jaya menyaksi kan Kelantan turun bermain penuh berhati-hati kerana inginkan nuansa yang santai tetapi turut berjaga-jaga.

Dari Line-Up yang diterima awalnya oleh Blogger dan Jurnalis Bola Kelantan rata-rata mengatakan Bojan akan menggandingkan Obinna dengan Subramaniam, yang nyata meleset apabila terus memberi kepercayaan kepada Rizal Fahmi kemungkinan untuk memberi keyakinan dan Gain Form kepada Stopper Kelantan Fa yang bertubuh sasa itu. 

Nyata pemain ini mampu membalas kepercayaan Coach dengan memberi kerjasama sebaiknya dengan Obinna dengan membantu Obinna dalam situasi sukar sehingga Obinna dua kali bersalaman 'High Five' dengannya ketika situasi sedikit genting didalam kotak penalti Kelantan.

PKNS tanpa Attacking Midfielder import mereka dari Perancis, mengharapkan satu-satunya Import dari Brazil, Ferreira Gomes yang bermain Defensive Midfielder namun kerap naik keatas membantu pasukannya dalam melakukan serangan. 

Pasukan Middle Table seperti biasa mempunyai rentak 'skima' dalam bertahan dan serangan berorientasikan bola perlahan yang banyak berfikir sebelum menghantar bola. Gaya bolasepak mereka ada gerakan tersendiri iaitu gaya bersemangat dan nampak seperti pasukan ini diuruskan dengan teratur selain mempunyai jurulatih berpengalaman seperti Abdul Rahman Ibrahim. Meletakkan Lone Striker bekas penyerang Selangor anak kelahiran Kelantan iaitu Rudie Ramli. Pemain ini belum pernah berkhidmat untuk pasukan tanah kelahirannya.

Ketiadaan pemain sayap kreatif mereka yang pernah di panggil oleh Jurulatih pasukan kebangsaan iaitu Fauzan Dzulkifli yang juga penjaring terbanyak mereka menambah-rencatkan permainan mereka yang banyak berlegar di tengah padang sebelum membuat lambungan Bola Panjang atau sesekali mengejutkan dengan Through Pass yang pantas di baca oleh benteng Kelantan. 

Seawal permainan Rudie Ramli yang tidak terlalu bebas masuk ke dalam kotak penalti Kelantan kerana di ekori rapat oleh Obinna, melakukan satu tendangan jarak jauh secara Loap dan terkena palang. Namun Kelantan menggandakan asakan dan mendapat sepakan percuma dari jarak dekat, Piya dengan sepakan cantik mengelirukan menghantar bola mencium sudut kiri palang gol PKNS.

Selepas mendapat rentak dan keyakinan, Kelantan bermain sedikit garang merancakkan tempo pergerakan Nurul Azuan ketika sayap kanan Indra yang bergilir posisi dengan Norfarhan banyak berlegar ditengah bermain One Two Pass jarak dekat untuk melangsungkan pergerakan Norshahrul, manakala Piya sekali lagi diarahkan oleh Bojan untuk banyak turun kebawah membantu Shakir, yang kedua-duanya tampak bagus menahan asakan lawan yang diketuai bekas Bek Kanan Terengganu Helmi Rameli yang di Upgrade oleh Man Dagu sebagai pemain sayap kanan. 

Sebelum Norshahrul dapat meletakkan bola ke pukat PKNS, saya kira ada 3-4 passing cantik kepada Norshahrul dan Norfarhan yang bergilir menunggu didalam box lawan untuk menerima Through Pass dari tengah kebanyakan dari Nurul dan Indra, gagal disempurnakan dengan sebaiknya oleh kedua penyerang itu.

Norshahrul malam ini nampak kelam sedikit, walaupun ada peluang cantik dalam kotak, namun banyak mensia-siakan sedikit kerana ketika berpeluang menyepak ke gol, dia melakukan passing begitulah sebaliknya, sempat satu sama satu dengan Goalie PKNS namun sepakannya perlahan dihadang kemudian baru ditangkap oleh Goalie tersebut. 

Sehinggalah datang crossing yang banyak dilakukan dari kanan, berganda-ganda oleh Indra dan Daudsu yang banyak Overlapping, akhirnya Far Post yang ketika benteng menjaga Norshahrul dan terkeliru dan Goalie sudah sedikit tertewas, Matyo tenang menahan bola berpusing dan melalaikan Bek PKNS menunggu untuk Goalie PKNS juga merebahkan badan barulah dia menyepak ke gawang. Bersorakan PKNS yang di serikan oleh persembahan Dikir Barat selain paluan kompang oleh Kelab Penyokong.

Bermula separuh masa kedua, Daudsu yang sudah mengutip kad kuning di separuh masa pertama kerana kekasaran yang tak sempat beliau elakkan, Bojan memasukkan Farisham yang tak bermain di perlawanan sebelum ini, masuk bermain sebagai Bek Kanan yang seperti biasa agak statik, mungkin Coach mahu PKNS menyerang dulu dan Kelantan di minta bersabar dengan bermain berhati-hati. 

Bermula lah episod sedikit Boring bila Kelantan terlalu mengawal tempo lawan, Norshahrul yang banyak berlegar didepan sekali sekala mendapat bola yang terlepas dari Passing jauh bersikap sedikit berhati-hati, dengan mengurangkan gelecekan Trademark nya mungkin tidak mahu di Tackle kerana mahu beraksi cemerlang di Final, ada beberapa peluang yang biasanya jarang dilepaskan oleh Matyo, namun beliau kelihatan cekal banyak mengejar bola yang dilepaskan olehnya.

Ketika penyokong buntu dengan gerakan gagal penyerang, Kelantan diberikan satu sepakan percuma dari jarak 30 Meter dari tiang gol, Matyo yang mengelirukan lawan melarikan dirinya keseberang kiri seperti mengharapkan Badhri Radzi melorongkan bola kepadanya, Piya dengan yakin menyungkit perlahan bola ke tengah kotak, tiba Obinna yang mengekori bola kedepan gol, memanjat tinggi dan melakukan Plessing yang sangat deras ke bucu kiri gawang, satu gol setimpal tindakan yang bijak dari Masterplan Kelantan. 

Bersorakan dan suara Pendikir semakin kuat dengan lagu Ole Ole nya. Bermula dari gerakan yang tidak ada apa-apa semangat dan nekad Winning Mentality boleh datang dengan tiba-tiba, itulah kehebatan Obinna malam tadi.

Melihatkan Nurul Azuan yang keletihan kerana banyak bekerja keras mencuri bola di sudut kiri, selain itu Awe di lihat sebagai Second Striker kepada Matyo di tengah-tengah separuh masa kedua, Farhan dan Indra banyak turun kebawah ketika PKNS banyak menggerakkan bola oleh sayap kanan mereka yang memakai jersi nombor 25, Fazli Baharudin menjadi mangsa Boo oleh penyokong Kelantan kerana sedikit menunjuk cara permainannya, Bojan memasukkan Ghaddar dan mengeluarkan Awe yang diberi tepukan gemuruh oleh fans, sebagai tanda mengucapkan tahniah kepada Awe yang banyak bekerja keras, selain mengharapkan Ghaddar masuk dengan Magic nya yang tak melampau. 

Abdul Rahman Ibrahim juga mengeluarkan Fazli yang tertekan di Boo, memasukkan pemain muda Khairu Azrin yang juga di Boo manja, selain menguatkan serangan dengan mengandingkan Rudie dengan penyerang berusia Nizaruddin Yusof.

Seperti kepenatan banyak berfikir mengatur strategi dari tengah, PKNS hilang punca dan Nizar tak banyak membantu. Lain pula dengan Ghaddar yang sempat membuat skill gerakan bola laju dan gelecekannya walaupun larian solo nya tidak dipersetujui oleh Indra yang segera berhenti Follow dan berpaling muka kearah lain, Ghaddar yang terlepas dua kali dalam gerakan solo, kali ketiga mendapat peluang ketika benteng PKNS naik sedikit keatas sepakan tinggi oleh Apek ibarat satu Assist Long Ball yang berharga, seperti zaman Halim Napi membuat 'Kudaan' yang menjadikan Assist beberapa tahun dulu, Ghaddar dengan cemerlang menyambut bola dengan larian laju, meninggalkan Last Man PKNS yang juga bekas pemain Kelantan iaitu Azlan Zainal, yang tak sempat mengejar berhadapan satu sama satu dengan Goalie PKNS menewaskan dengan sepakan ketepi yang kembali menitikkan bibit-bibit cinta penyokong yang mencemuhnya.

Kecemerlangan mengalahkan pasukan terurus dan disiplin seperti PKNS ketika dilabel keletihan kerana jadual perlawanan yang rapat di banyak kejohanan disertai, walaupun bermain dengan gaya yang berbeza ketika mengalahkan LionsXii dan Ayeyawady, pemain Kelantan yang berlari kepada penyokong selepas perlawanan tamat, semuanya berpegangan tangan dan mengangkat tangan rakan-rakan nampak seperti menambah Booster dan keyakinan didalam diri masing-masing, kelihatan Khairul Fahmi sangat gembira penyokong semakin nyaring meluahkan keyakinan bahawa kita mampu menewaskan pasukan kurang terkenal di Final nanti iaitu Sime Darby.

Sedikit ruang yang ada penulis ingin mengulas bagaimana Unbelievable Final Football Match yang memberi ruang pasukan yang mungkin hanya di beri 1 sehingga 10% peluang untuk menang di pentas perlawanan akhir yang besar, mengubah kepercayaan ramai yang kejutan boleh berlaku bila-bila walaupun di Final walaupun Against All Odds. 

Perlawanan akhir Uefa Euro 2004, Greece menewaskan Portugal, pasukan yang sedang bangkit dengan aura Cristiano Ronaldo yang dianggap pemain yang bukan dilahirkan di bumi, tetapi bumi Portugal menyembah tanah apabila tersungkur kepada Greece. Pasukan Underdog yang diperingkat Saringan atau kelayakan, sekumpulan dengan Sepanyol dan Ukraine, terpaksa menghabiskan baki semua 6 perlawanan kelayakan dengan kemenangan dan mereka mampu melakukan.

Diperingkat kumpulan dalam kejohanan negara-negara Eropah itu, Greece membuat kejutan menewaskan tuan rumah iaitu Portugal. Kemudian mereka sekali lagi mengejutkan Sepanyol dengan seri 1-1 dan membuka peluang mereka ke Suku Akhir. 

Perlawanan terakhir kumpulan penuh debaran apabila mereka didahului Russia 2-0 dan menyamai keputusan 2-2 dan selepas itu sebelum perlawanan berakhir seri, Russia boleh menyingkirkan Greece jika penalti penyerang Russia masuk dan nasib mereka Russia gagal dalam sepakan penalti minit-minit akhir dan Greece layak ke Suku. Di Suku Akhir mereka menewaskan Zidane, Lizarazu dan Barthez, dan di Separuh Akhir menewaskan Karel Poborovsky, Nedved dan Rosicky. Dan sekali lagi di Final mereka menewaskan tuan rumah yang pernah di tewaskan didalam perlawanan peringkat kumpulan.

Jika anda juga ingat dan Enjoy perlawanan ini di kedai makan, anda boleh lihat dari 25 orang mungkin ada terselit seorang sahaja yang yakin Greece boleh mengalahkan Portugal. Begitu juga di Stadium Bukit Jalil nanti, mungkin dari 25000 orang ada 1000 yang harap Sime Darby menang, dari 50000 mungkin 2000 merasa Sime Darby akan angkat piala kali pertama sebagai Kelab pertama, dari 75000 orang Fullhouse Snbj, penulis rasa ada 3000 orang yang harapkan keghairahan 72000 penyokong Kelantan dilenyapkan begitu sahaja dengan perkara yang masuk akal dalam bolasepak, iaitu NASIB.

Oleh itu, penulis harap keyakinan kita harus ditakkulkan dengan timbangan yang waras, yang harapannya bergantung kepada Doa, kehendakknya berharap seberapa mampu yang mungkin namun bukanlah mengatasi langit ketujuh, mendakwa tiada apa-apa mampu menyekat kemaraan Kelantan dalam mengutip Piala yang satu-satunya didahagakan oleh seluruh rakyat Kelantan. 

Sama-sama kita merayu dengan Doa dan mengharap dengan rendah diri keangkuhan kita bukan sebenar-benarnya angkuh tetapi keyakinan biasa biasa sebagai penyokong bolasepak yang tegar, sebagai The Red Warriors yang berjiwa besar.

Muhammad Hafiz @ Betterman

Thursday, April 5, 2012

Wahai TV3, Itu Tidak Betul!


RAMAI yang terkeliru apabila mengikuti slot saya ditemuramah oleh TV3 untuk Buletin Utama baru-baru ini. Tidak kurang pula yang mengatakan saya telah dibayar untuk mengatakan apa yang dikata, dan ada juga yang berkata saya telah "beralih kem"

Mereka yang mengenali saya secara rapat tidak begitu cepat melatah dengan apa yang mereka lihat. Tetapi mereka yang "bau-bau bacang", menerima apa yang mereka lihat dan dengar "as it is", mungkin mengatakan saya "pencacai FAM".

Kerana itu pos awal saya di laman sosial sejurus selepas ditemuramah, berbunyi:

"Jika anda mengikuti komen-komen dari saya dan tiga rakan pada malam ini di Buletin Utama, itu adalah pandangan umum kami, spesifik merujuk kepada pertanyaan media. Senyum, tak perlu kata apa-apa." Selasa, 3 April 2012


Soalan media kepada saya ketika itu, "adakah tindakan penyokong Kelantan yang terang-terangan melibatkan nama "Sultan Pahang" yang disebut-sebut dalam satu sebaran video "demonstrasi" baru-baru ini mencerminkan cara aggresif penyokong yang patut disokong?"

Dan maksud jawapan saya, spesifik merujuk kepada soalan berkenaan,
Perlakuan orang-orang tertentu FAM telah menyebabkan penyokong aggresif dalam meluahkan perasaan marah mereka; ada yang terlalu marah hingga menyebut terlepas sebut "Sultan Pahang itu dan ini.."
Tetapi tindakan berkenaan tidak wajar menjadi gambaran media bahawa semua penyokong Kelantan demikian. Semua bersetuju perubahan dalaman FAM perlu dilakukan, bermula dengan kepimpinan Presiden FAM sendiri.
Dan FAM, sebagai badan bola sepak Negara yang bukan baru wujud, melalui Jawatankuasa Tatatertibnya yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Abdul Razak, harus bersikap telus dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, dalam mengadili kes Tan Sri Annuar Musa.
Kita menyokong Tan Sri Annuar Musa dan memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa Tatatertib. Jika Tan Sri Annuar Musa, sebagai orang yang kena tuduh, bersedia untuk menerima hukuman jika disabitkan kesalahan, kita sebagai penyokong wajar berbuat yang sama, menerima dan terus menyokong Tan Sri dalam membangunkan sukan bola sepak Negara.
Yang mana dalam maksud jawapan saya ini anda ikuti di siaran TV?

Apabila berlaku "cut and paste", yang panjang jadi pendek dan "storyboard"nya disesuaikan oleh Penerbit Berita Sukan TV3 untuk mencipta sensasi, hasilnya, media mengatakan saya lebih rasional, dan orang lain tidak rasional.

ITU TIDAK BETUL.

Secara "kebetulan", Presiden juga adalah Sultan Pahang. Siapa Presiden di negeri beliau, itu adalah hal peribadi dan tidak saya kisahkan. Tapi jika dirujuk sebagai Presiden FAM, itu adalah umum dan termasuk dalam apa yang saya ambil tahu.

Dan satu lagi, saya BUKAN Pegawai Media KAFA. ITU JUGA TIDAK BETUL.

Oleh:
Amierul Hisham
TANPA IZIN




Tuesday, March 27, 2012

Seronok Lihat Rakan Teruja


EMPAT orang rakan saya dari luar Kelantan turut berada di dalam SSM4 pada 27 Mac, hari perlawanan Piala FA di antara Kelantan dan KL SPA FC.

Alan dan Simon berasal dr Perak, Sirox dari Selangor. Saya terlupa bertanyakan negeri asal Ken.

Persekitaran stadium yang penuh dengan peniaga-peniaga barangan The Red Warriors dan kehadiran penyokong-penyokong yang berlegar di sekitar dataran stadium (dalam keadaan ruang yang agak terhad kerana persiapan Karnival MARA sedang dijalankan) buat mereka teruja. Setiap daripada mereka mendapatkan jersi pasukan The Red Warriors, dengan nama mereka dan nombor kegemaran dicetak di belakang jersi.

Ken adalah seorang jurufoto majlis dan studio. Pada awal beliau melibatkan diri dalam bidang fotografi, beliau sebenarnya berminat untuk menjadi jurufoto sukan, tapi kekangan masa membuat beliau lebih tertumpu kepada permintaan jurufoto majlis.

Saya bantu Ken mendapatkan pelepasan media untuk mengambil gambar di belakang pintu gol. Teruja dia pakai vest media Liga Malaysia buat pertama kali.

Selepas perlawanan, semuanya tak terkata apa-apa. 

BEST! Aura yang sangat berlainan. Mereka semua bersetuju dengan perkara tersebut.

Dan satu lagi, mereka juga bersetuju, makanan di Kelantan BEST! Sampai tak singgahpun "fast food" sejak seminggu mereka berada di Kota Bharu.

"Nasi kukus Zaeman, sambal dia, ayam goreng dia, fuhyoooo", kata Alan.

Terima kasih rakan-rakan baru saya. Sekarang anda tahu kenapa orang Johor seperti saya boleh jatuh cinta kepada pasukan The Red Warriors dan Kelantan.

-Amierul Hisham-

Sunday, March 25, 2012

Jangan Sampai Kita Terlewat


"Walaupun ia sekadar sesi latihan, tapi saya akan pastikan semua keperluan bantuan kecemasan dan perubatan ada disediakan" - Cikgu Rahim


MUNGKIN ramai yang tidak tahu, ketika perlawanan persahabatan Skuad Olimpik Malaysia dan pasukan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil sebulan yang lalu, penyerang Selangor, R. Surendran, terpaksa dikejarkan ke hospital oleh pegawai pasukan apabila beliau mengalami kecederaan bahu yang serius.

Kecuali fisio pasukan, tiada paramedik dan ambulan dilapurkan berada di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.

Ia sesuatu keadaan yang luarbiasa apabila penganjur "terlepas pandang" untuk keperluan perubatan sukan disediakan, walaupun ia hanya sekadar perlawanan persahabatan.

Datuk Dr Ramlan Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Kebangsaan, ketika dihubungi untuk mengulas perkara ini menegaskan kepentingan adanya pegawai perubatan dan sokongan bantuan kecemasan pada setiap masa, dalam apa jua pertandingan, walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.

Ketua Jurulatih Pembangunan Remaja Malaysia Majlis Sukan Negara, En Abdul Rahim Ahmad, bersetuju dengan pandangan Dr Ramlan.

"Walaupun ia sekadar sesi latihan, tapi saya akan pastikan semua keperluan bantuan kecemasan dan perubatan ada disediakan", ujar En Abdul Rahim, yang lebih mesra dipanggil Cikgu Rahim, ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kursus Jurulatih Pra Lesen C di Wisma KAFA semalam.

Insiden-insiden kecederaan dan kemalangan dalam padang yang melibatkan pemain-pemain bola sepak sepatutnya dipandang serius.

Yang terbaru melibatkan pemain tengah pasukan Bolton, Fabrice Muamba, yang tiba-tiba tidak sedarkan diri semasa perlawanan di White Hart Lane kerana serangan jantung.

Muamba dikatakan telah meninggal dunia selama 78 minit sebelum jantung beliau berdegup semula.

Kes terbaru di India, penyerang pasukan Bangalore Mars, D. Venkatesh, mengalami serangan jantung dan meninggal dunia ketika sedang memanaskan badan di tepi padang, sebelum perlawanan menentang SW Railway.

Lebih menyedihkan Venkatesh terpaksa dikejarkan menaiki "rickshaw", dimana beliau diisytiharkan telah meninggal dunia. (rickshaw - sejenis kenderaan pedati dua roda yang ditarik oleh manusia)

Anda mungkin berkata ia cuma kes terpencil yang berlaku di luar negara. Tapi, "kecuaian" di Bukit Jalil yang melibatkan Surendran membukitkan ramai yang masih ambil mudah tentang perubatan sukan. Usaha menambahbaik kemudahan perubatan di padang perlawanan juga kurang dijalankan.

Itu baru kecederaan bahu, jika terkena serangan jantung? Kita sudah bersedia?

- Amierul Hisham

Thursday, March 22, 2012

Forum Astro Arena Ditukar Tajuk?



MEMILIH tajuk untuk dijadikan perbincangan perlu dilakukan dengan hati-hati. Bukan "ikut dan" (cuba slanga Kedah).

Kelantan kerap mendapat publisiti percuma, dan setengah rakan media kata, publisiti murahan. Kali ini saya nak ucapkan terima kasih kepada rancangan FORUM terbitan Astro Arena, kerana dengan murah hati memberi peluang kepada pasukan Kelantan diketengahkan dalam arena bola sepak Asia.

Saya juga tidak jemu-jemu mengucapkan tahniah keada pasukan Kelantan dan Terengganu, mengungguli pasukan-pasukan lain, layak untuk beraksi untuk saingan Piala AFC 2012. Mungkin Terengganu akan diberi peluang pada masa-masa yang lain untuk diberi publisiti di rancangan FORUM ini.

Tanpa mengulas lebih panjang, kerana kebanyakannya telah diulas oleh rakan-rakan Pra Forum di laman FB Astro Arena Saluran 801.

Tapi sayang, intai punyai intai, korek punya korek, tajuk berkenaan telah ditukar. Terbantut hasrat nak ikuti apa yang bakal dikatakan oleh panel dan mediator FORUM tentang Kelantan. Saya tidak pasti kenapa ditukar; tapi mungkin kerana ada yang gusar, takut-takut mediator sama ada Burn (bekas peserta AF) atau Sharon Wee (bekas pemain Squash negara) tak terkendali tajuk "panas" berkenaan.

Apa pun, selamat berforum dengan tajuk baru 23 Mac 2012.







Hati-Hati di Sidang Media


DATUK Azzudin dalam Sidang Media 22 Mac 2012 menafikan FAM menganaktirikan PBSWM.

Saya berharap kandungan kenyataan tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Tan Sri Annuar Musa, selaku Pengerusi JK Bola Sepak Wanita Kebangsaan, sebelum dikongsi bersama media.

Saya tertarik dengan kata-kata SUA FAM ini, "... oleh sebab tatacara dalam FAM ini, kita perlu disembahkan kepada Presiden dan Tmbalan Presiden, baru boleh kita umum kepada media", berkenaan tawaran oleh Kelab Jepun untuk mengambil dua pemain Harimau Muda.

Minit 1:42 Rakaman Oleh SinarTV







Petikan lapuran BERNAMA


Football: Azzudin Denies FAM Marginalised Women's Football Team

SHAH ALAM, March 22 (Bernama) -- The Football Association of Malaysia (FAM) Secretary-General Datuk Azzudin Ahmad today denied that the governing body for football in the country had marginalized women's football.

Azzudin said the national women's football team under Jacob Joseph was currently undergoing centralised training in Teluk Intan, Perak since last week to prepare for the 2013 SEA Games in Myanmar.

"We do not want to overly publicize...but claims that the women's squad was not given attention is not correct," he told reporters when briefing the status of the national football teams here Thursday.