RAMAI yang terkeliru apabila mengikuti slot saya ditemuramah oleh TV3 untuk Buletin Utama baru-baru ini. Tidak kurang pula yang mengatakan saya telah dibayar untuk mengatakan apa yang dikata, dan ada juga yang berkata saya telah "beralih kem"
Mereka yang mengenali saya secara rapat tidak begitu cepat melatah dengan apa yang mereka lihat. Tetapi mereka yang "bau-bau bacang", menerima apa yang mereka lihat dan dengar "as it is", mungkin mengatakan saya "pencacai FAM".
Kerana itu pos awal saya di laman sosial sejurus selepas ditemuramah, berbunyi:
"Jika anda mengikuti komen-komen dari saya dan tiga rakan pada malam ini di Buletin Utama, itu adalah pandangan umum kami, spesifik merujuk kepada pertanyaan media. Senyum, tak perlu kata apa-apa." Selasa, 3 April 2012
Soalan media kepada saya ketika itu, "adakah tindakan penyokong Kelantan yang terang-terangan melibatkan nama "Sultan Pahang" yang disebut-sebut dalam satu sebaran video "demonstrasi" baru-baru ini mencerminkan cara aggresif penyokong yang patut disokong?"
Dan maksud jawapan saya, spesifik merujuk kepada soalan berkenaan,
Perlakuan orang-orang tertentu FAM telah menyebabkan penyokong aggresif dalam meluahkan perasaan marah mereka; ada yang terlalu marah hingga menyebut terlepas sebut "Sultan Pahang itu dan ini.."
Tetapi tindakan berkenaan tidak wajar menjadi gambaran media bahawa semua penyokong Kelantan demikian. Semua bersetuju perubahan dalaman FAM perlu dilakukan, bermula dengan kepimpinan Presiden FAM sendiri.
Dan FAM, sebagai badan bola sepak Negara yang bukan baru wujud, melalui Jawatankuasa Tatatertibnya yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Abdul Razak, harus bersikap telus dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, dalam mengadili kes Tan Sri Annuar Musa.
Kita menyokong Tan Sri Annuar Musa dan memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa Tatatertib. Jika Tan Sri Annuar Musa, sebagai orang yang kena tuduh, bersedia untuk menerima hukuman jika disabitkan kesalahan, kita sebagai penyokong wajar berbuat yang sama, menerima dan terus menyokong Tan Sri dalam membangunkan sukan bola sepak Negara.Yang mana dalam maksud jawapan saya ini anda ikuti di siaran TV?
Apabila berlaku "cut and paste", yang panjang jadi pendek dan "storyboard"nya disesuaikan oleh Penerbit Berita Sukan TV3 untuk mencipta sensasi, hasilnya, media mengatakan saya lebih rasional, dan orang lain tidak rasional.
ITU TIDAK BETUL.
Secara "kebetulan", Presiden juga adalah Sultan Pahang. Siapa Presiden di negeri beliau, itu adalah hal peribadi dan tidak saya kisahkan. Tapi jika dirujuk sebagai Presiden FAM, itu adalah umum dan termasuk dalam apa yang saya ambil tahu.
Dan satu lagi, saya BUKAN Pegawai Media KAFA. ITU JUGA TIDAK BETUL.
Oleh:
Amierul Hisham
TANPA IZIN
0 comments:
Post a Comment