Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Monday, April 16, 2012

LIGA SUPER : Bojan tak mahu pemain ulangi kesilapan


KOTA BHARU - Pengendali Kelantan Bojan Hodak mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan pusingan kedua dengan T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Peringatan tersebut diluahkan Bojan selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan T-Team pada perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Saya telah beritahu semua kesilapan yang mereka (pemain) lakukan pada pertemuan dengan T-Team tempoh hari.

“Harapan saya untuk perlawanan malam esok (hari ini) pemain tidak mengulangi kesilapan tersebut.

“T-Team sebuah pasukan yang hebat, kita tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini. Saya harap mereka dapat mempamerkan aksi terbaik dengan menyekat kemaraan pemain T-Team,” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, walaupun tampak berdepan laluan sukar, dia optimis Kelantan mampu meraih tiga mata pada perlawanan tersebut.

Juulatih kelahiran Croati itu memberitahu, perancang tengahnya, Shakir Shaari bakal kembali beraksi selepas direhatkan pada perlawanan tempoh hari.

"Kita akan rehatkan Rizal Fahmi. Perubahan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan pemain mendapat rehat secukupnya.

"Bagaimanapun, saya tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik dalam perlawanan malam esok (malam ini) dan memastikan Kelantan meraih tiga mata," ujarnya.

Oleh: Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment