Wednesday, April 11, 2012

AFC CUP : Berita Bergambar - Ketibaan Pasukan Disambut Ceria


KIRA-KIRA 100 penyokong pasukan The Red Warriors berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa petang tadi untuk menyambut ketibaan pasukan dari Kuala Lumpur.

Kumpulan penyokong daripada Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan memberi tepukan meriah apabila pemain-pemain mula keluar dari balai ketibaan pada jam 6.45 petang.


Walaupun keletihan, pemain-pemain yang tiba dengan wajah ceria tidak menghampakan penyokong yang hadir untuk beramah mesra dan bergambar bersama-sama. Ketibaan merka tanpa kelibat Muhammad Ghaddar, Khairul Fahmi Che Mat, Bojan Hodak dan Tuan Hj Azman, yang dikatakan masih berada di Kuala Lumpur.

Bojan dikatakan mengambil kesempatan untuk bersama keluarga beliau yang masih berada di Kuala Lumpur dan dijangka tiba di Kota Bharu untuk bersama-sama pasukan pada keesokan hari.

Mohd Zamri, penjaring gol ke 3 Kelantan semasa pertemuan menentang Arema di Malang dan Shahrizan, menjadi tumpuan penyokong. Para penyokong tidak putus-putus memberi ucap tahniah kepada kedua-dua pemain kerana membantu pasukan mengulangi kejayaan menewaskan Arema untuk saingan Kumpulah H Piala AFC.

Kelantan kini berkongsi kedudukan dengan Navibank Saigon dan Ayeyawady United dalam Kumpulan H, memungut 7 mata. Mereka akan bertandang ke Bandaraya Ho Chi Minh untuk pertemuan dengan Navibank Saigon pada 24 April akan datang.

Menurut Pembantu Jurulatih Kelantan, Sidek, pemain-pemain akan berehat sehari sebelum menyambung latihan pada 13 April bagi persiapan perlawanan Liga Super menentang pasukan T. Team yang akan berlangsung pada 14 April di Kota Bharu.























Oleh Amierul Hisham

0 comments:

Post a Comment