Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label MSL. Show all posts
Showing posts with label MSL. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Penyampaian Piala dan Medal Juara Liga Super 2012 di Kota Bharu Sabtu ini


Piala Liga Super dan medal akan dibawa ke Kota Bharu untuk disampaikan kepada pasukan Kelantan selaku Juara Liga Super 2012, selepas perlawanan bertemu Sarawak Sabtu ini. 

Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, dalam sidang media yang diadakan di Kota Bharu sebentar tadi memaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin telah menelefon untuk menyampaikan berita gembira berkenaan setelah mesyuarat JKPT FAM yang diadakan pada sebelah pagi tadi bersetuju menerima rayuan KAFA yang dihantar secara rasmi semalam supaya majlis berkenaan dapat diadakan di Kota Bharu.

FAM akan menyerahkan Piala beserta medal kepada Tn Hj Azman Ibrahim, SU Agong KAFA untuk dibawa ke Kota Bharu.

Menurut Hj Azman, Dato' Affendy selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM dan juga Naib Presiden FAM akan myampaikan Piala tersebut kepada pasukan Kelantan. 

Beliau juga menyampaikan harapan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) agar KDYMM Sultan Kelantan,  Sultan Muhammad V, adinda baginda YTM Tengku Mahkota Kelantan akan sudi mencemar duli untukk berangkat ke stadium menyaksikan perlawanan terakhir liga super musim ini di antara Kelantan dan Sarawak, dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Juara Liga Super 2012 kepada pegawai dan pemain-pemain pasukan Kelantan.

Presiden Kelab Penyokong TRW Kota Bharu, Mohd Zaini, dalam sidang media yang sama mengucapkan terima kasih kepada FAM bagi pihak penyokong-penyokong Kelantan yang sememangnga mengharapkan majlis tersebut dapat diadakan pada hari Sabtu ini selepas perlawanan Liga Super menentang Sarawak.



Amierul Hisham
TRWFM Bulletin.


Wednesday, July 11, 2012

Hamidin - Tidak jadi isu



"TIDAK PERLU JADI ISU"

Mudah Hamidin memberi respon kepada rintihan pasukan dan penyokong-penyokong pasukan Kelantan yang mempertikaikan tindakan FAM mengadakan majlis penyerahan Piala Liga Super di Wisma FAM, dan tidak di venue perlawanan seperti kebiasaan.

Tambahan pula, tarikh yang dicadangkan bertembung dengan tarikh pertemuan persahabatan Kelantan dan QPR. Ia bakal mengundang kesulitan logistik di pihak pasukan. Yang lebih penting, keraian penyerahan piala itu tidak akan semeriah sepatutnya, sesuai dengan kejohanan prestij yang dibanggakan oleh FAM sendiri.

Hamidin menambah, ia bukan suatu perkara yang pelik kerana Kelantan pernah menerima piala di Wisma FAM pada musim lalu. 

Bagi saya, itu cuma alasan. 

Musim lalu, sepatutnya piala tersebut diserahkan kepada Kelantan di Stadium Likas, tetapi pengurusan pasukan mengambil pendekatan berlebih kurang dengan keputusan ketika itu.

Tahun 2009 dan 2010, piala diserahkan di stadium kepada Juara selepas perlawanan, dalam upacara yang gemilang. 2011 kita bagi pengecualian, tapi kenapa 2012 diulang kembali.

Jika 2013 juaranya bukan Kelantan, adakah keputusan serah di Wisma akan dikekalkan?

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

KELANTAN SEDIH KEPUTUSAN FAM
Wan Fakhrul Bakar

Meskipun berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua berturut-turut, Kelantan dipalit rasa tidak puas hati apabila buat kali kedua juga terpaksa menjulang trofi berkenaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.

Kelantan mengesahkan kejuaraan miliknya selepas membelasah Perak 6-0 Sabtu lalu, namun majlis penyampaian trofi tidak akan dibuat pada aksi terakhir menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini, seperti diharapkan penyokong The Red Warriors. Sebaliknya FAM memutuskan majlis penyampaian trofi bagi Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diadakan serentak pada jam 3 petang, 20 Julai di Wisma FAM.

Keputusan FAM itu turut menimbulkan rasa terkejut dan dukacita Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

"Johan dan naib johan (Liga Super) sudah diketahui seawal 7 Julai (Sabtu lalu). Jadi mengapa harus menunggu dua minggu? Penyampaian piala patut dibuat pada perlawanan terakhir Liga Super di Kota Bharu. Hadiah lain bolehlah dikemudiankan.

"Saya tak dapat memahami kenapa ini dilakukan? Apakah kerana Kelantan yang memenanginya?" kata Annuar menerusi laman Facebook rasmi miliknya, semalam.

Namun Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga Naib Presiden FAM tampil membuat penjelasan berhubung hal berkenaan. 

"Tidak perlu jadi isu. Musim lalu pun trofi dan hadiah Liga Super disampaikan di Wisma FAM. Lagipun kebetulan pegawai FAM kini sibuk mengendalikan acara bola sepak SUKMA 2012 di Kuantan," kata Hamidin ketika dihubungi di Kuantan, malam tadi.

Mungkin secara kebetulan, malam selepas trofi itu disampaikan pada siangnya, Kelantan bertemu QPR pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam dan pasti pasukan itu dapat meraikannya walaupun lewat seminggu.

BERITA HARIAN
.

Tuesday, July 10, 2012

Sah! Selangor iring Kelantan ke AFC 2013


Hampir dikejutkan oleh pasukan Sabah, Selangor yang telah mendahuli dengan jaringan 3-0, terpaksa berpuashati dengan keputusan masa penuh menewaskan Sabah 3-2.

Walaupun tidak digemari oleh penyokong-penyokong Kelantan setelah pemain Selangor, Amri dan Bunyamin, terlibat dalam insiden mengasari Ghaddar Selangor tetap dilihat sebagai pasukan yang mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengesahkan tempat ke3 Liga Super musim ini.

Dengan mengesahkan kedudukan tersebut, Selangor akan mengiringi Kelantan untuk saingan Piala AFC musim depan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin.

---

SELANGOR SAH TEMPAT KETIGA

Selangor mengesahkan tempat ketiga Liga Super musim ini dan layak ke Piala AFC 2013 selepas menewaskan Sabah 3-2 pada aksi kedua terakhir liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kekalahan Sabah itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara, Andrew Majanggim kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus sah akan beraksi playoff untuk turun ke Liga Perdana musim depan. 

Pasukan tuan rumah yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan kapten, Amri Yahyah pada minit ke-15 dan tolakan Solihin Kanasian minit ke-29. 

Penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein terus tewas buat kali ketiga hanya dua minit selepas babak kedua bersambung menerusi bola lambungan menarik penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban.

Sabah bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi Brendan Gan pada minit ke-84 dan rembatan susulan Rozaimi Abd Rahman minit ke-88 selepas sepakan penaltinya ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali. 

Namun sehingga wisel penamat, Sabah gagal mendapatkan gol penyamaan.

BERITA HARIAN
.

Monday, July 9, 2012

Tempat ke 3, Selangor intai peluang iring Kelantan ke AFC 2013



Kedudukan tempat pertama dan kedua Liga Super telah dimenangi oleh Kelantan dan Lions XII. 

Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Selangor akan menggunakan dua perlawanan terakhir ini untuk memastikan tempat kedudukan pasukan masing-masing di tempat ketiga.

Tidak seperti tahun sebelumnya, pasukan yang berjaya menduduki tempat ketiga Liga Super musim ini akan berpeluang untuk beraksi dalam Kejohanan Piala AFC musim hadapan.

Untuk rekod, Kelantan (Juara Piala Liga Super 2011) dan Terengganu (Juara Piala FA) layak beraksi di Piala AFC 2012. 

Tempat kedua Liga Super yang dimenangi oleh pasukan jemputan, Lions XII, membuka ruang untuk pasukan dikedudukan ketiga mengiringi Kelantan, Juara Piala FA dan Liga Super 2012, ke saingan AFC 2013.

Selangor dilihat sebagai pencabar utama untuk kedudukan ini. Mampukah Selangor mengiringi Kelantan, mewakili negara ke AFC?

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

SAINGAN BURU SLOT KETIGA DITERUSKAN
Azlan Muhammad Zain (azlanmz@hmetro.com.my)

SAINGAN masih berterusan bagi beberapa pasukan untuk menamatkan kancah Liga Super di tempat ketiga di belakang Kelantan dan LionsXII yang sudah mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara dan naib juara Liga Super musim ini.

Ketika berbaki dua perlawanan, tempat ketiga Liga Super musim ini terus menjadi rebutan Selangor, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan bagi memastikan satu lagi tiket beraksi di Piala Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) 2013 berada dalam genggaman.

Tiket untuk beraksi di Piala AFC diberikan kepada juara Liga Super dan Piala FA namun kemampuan Kelantan meraih dua kejuaraan terbabit membuka ruang kepada pasukan ketiga terbaik dalam Liga Super selepas pasukan jemputan dari Singapura, LionsXII tidak layak menyertainya walaupun bergelar naib juara.

Selangor bagaimanapun menjadi pasukan paling cerah apabila berada di tempat ketiga ketika ini dengan mengumpul 40 mata diikuti Perak (39 mata), Terengganu (38 mata) dan Negeri Sembilan yang meraih 36 mata.

Bagi pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim, tempat ketiga memang menjadi sasaran pasukannya yang kini perlu menjaga maruah selepas gagal dalam meraih gelaran Liga Super dan Piala FA.

“Tiada cara lain dengan pemain perlu meraih mata maksimum dalam dua baki perlawanan (menentang Sabah dan Terengganu) bagi memastikan impian tempat ketiga menjadi kenyataan selain dikhabarkan turut mendapat tiket ke Piala AFC musim depan,” katanya.

Tambahnya, situasi semasa turut memihak ke Merah Kuning kerana semua pemainnya cergas sepenuhnya kecuali perancang tengah, K Gurusamy yang tersisih untuk tempoh yang lama akibat kecederaan.

HARIAN METRO
.

Kedah di saat getir elak tersingkir



Tidak banyak pilihan yang ada untuk pasukan Kedah, bangkit dalam dua perlawanan terakhir Liga Super, atau menerima risiko terpaksa beraksi di Liga Premier pada musim hadapan.

Walaupun menunjukkan prestasi tidak menentu pada musim ini, secara keseluruhan pasukan Kedah adalah di antara pasukan yang mampu mencabar pasukan-pasukan lain. 

Skuad Kedah yang dibarisi pemain skuad Kebangsaan, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, dan dua pemain import, Vedran Gerc (Croatia), Abdulfatah Safi (Peranchis) pernah dua musim berturut-turut mencapai keputusan treble apabila memenangi ketiga-tiga piala, Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Kedah yang sebelum ini dikendalikan oleh jurulatih Haji Ahmad Yusof, mendapat sentuhan bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

----

AZRAAI SIMPATI NASIB HIJAU KUNING
Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor

BEKAS Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah simpati pasukan itu kini berada di zon penyingkiran Liga Super dan hanya mampu berdoa supaya skuad Hijau Kuning bangkit pada dua perlawanan terakhir.

"Sebenarnya tidak ada perkataan sesuai untuk menerangkan perasaan ini berhubung situasi semasa pasukan bola sepak Kedah sekarang.

"Perasaan ini sedih dan simpati dan hanya iringan doa agar Kedah tidak kecundang ke Liga Perdana (musim depan)," kata pengendali semasa Negeri Sembilan itu.

Bagi rekod, Azraai pernah membimbing Kenari melalui zaman kegemilangan dan berjaya mencipta sejarah memenangi ketiga-tiga piala selama dua tahun berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Dalam pertemuan kedua pasukan di Alor Setar kelmarin, Negeri Sembilan menewaskan Kedah 2-0 sekali gus mencerahkan usaha mencapai sasaran menduduki kelompok lima terbaik liga musim ini.

SINAR HARIAN
.

Sunday, July 8, 2012

Yang salah, tetap salah, Arul minta maaf


APA sebenarnya kata-kata Ghaddar yang menyebabkan Arul gagal mengawal emosi? 

Beliau adalah seorang pemain yang baik. Dan beliau juga telah diadili dengan peraturan permainan. Mungkin, yang beliau masih tidak puas hati ialah tentang peraturan peradaban manusia. Ia menjadi terlalu sensitif dengan secara kebetulan.

Foto : Pegawai Media Kafa
Secara kebetulan juga, seperti ada keputusan pengadil yang dipertikaikan. Jika tidak, bagaimana pintu bilik persalinan pengadil yang elok sebelum perlawanan, pecah ketika diperiksa semasa waktu rehat.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin



---

KAPTEN PERAK: 'SAYA TAK AKAN MAAFKAN DIA'
Mohd Fahmi Ismail, Sinar Harian

KAPTEN Perak, Shahrulnizam Mustapha (Arul) mengakui gagal mengawal emosi sehingga dibuang padang dalam saingan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

Dia dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar terhadap Mohamad Ghaddar pada masa kecederaan sebelum tamat babak pertama.

Cerita Arul, pada mulanya dia mengasak penyerang import tuan rumah sehingga terjatuh dan kemudiannya bola itu sampai kepada Badhri Radzi.

“Tetapi, Ghaddar bingkas bangun dan saya menyatakan kepada dia you cheat (kamu berlakon). Kemudian, Ghaddar menghampiri dan mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina ibu saya sebanyak dua kali.

“Saya mohon maaf kepada semua semua pihak, termasuk rakan sepasukan, penyokong dan peminat bola sepak atas insiden kad merah itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Arul, peristiwa itu akan dijadikan pengajaran dan menjadi sejarah hitam dalam karier sebagai pemain.

“Saya kesal kerana tidak mengawal emosi dengan baik sehingga menyulitkan persiapan pasukan Perak menjelang dua baki permainan selepas ini,” katanya tegas untuk tidak memaafkan kata-kata Ghaddar yang dilemparkan terhadapnya.

Difahamkan, ketika permainan berlangsung, ibu Arul berada di hospital dan baru sedarkan diri selepas selesai menjalani pembedahan.
.

Amri dan Bunyamin diadu, tunggu tindakan susulan FAM


KELANTAN telah "diajar" melalui pengalaman beberapa kali; selagi pegawai perlawanan tidak membuat keputusan, selagi itu permainan akan diteruskan. Peraturan dan undang-undang permainan ada, penguatkuasa dan pemantau penguatkuasa pun ada.  

Tetapi jika berlaku ketidakadilan dalam mengambil tindakan dan cara pengendalian, berpandukan kepada peruntukan yang ada, persatuan tentu akan membuat aduan dan menegemukakan bukti bersama aduan tersebut.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

KAFA KEMUKA ADUAN RASMI KEPADA FAM
Norashikin Leman, Sinar Harian

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam, membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Omar ke atas pemain importnya, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super, 29 Jun lalu.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada badan induk bola sepak itu.

"Surat aduan berserta klip video perlawanan dihantar kepada FAM tadi (semalam) selepas kami mengumpul bahan bukti dan membuat analisis. Kini terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka kertas dakwaan atau tidak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan mengenai sikap Ghaddar yang dikatakan sering cuba melakukan provokasi kepada pihak lawan, Azman berkata, tidak menyedari perkara tersebut kerana pemain dari Lubnan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak persatuan mahupun rakan pasukan yang lain.

Mengakui mereka selalu berdepan dengan masalah komunikasi dengan pemain berusia 28 tahun itu, Azman bagaimanapun enggan bertindak terburu-buru untuk menghukum pemain berkenaan.

"Setakat ini Ghaddar tiada sebarang masalah dalam pasukan mahupun pihak pengurusan. Saya tidak tahu apa yang berlaku di padang, namun saya pasti masing-masing ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan.

"Sekiranya benar pemain Kafa melakukan sebarang kesalahan, kami pasti akan menyiasat kes tersebut secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka," katanya.
.

Thursday, July 5, 2012

Menjelang pertemuan dengan Perak, Bojan "pening"



KELANTAN akan bertemu Perak dalam satu lagi pertemuan Liga Super pada 7 Julai, di Kota Bharu.

Ia bukan pertemuan terakhir Kelantan dalam kempen Liga Super musim ini, tapi ia seperti satu perlawanan akhir. Tanpa mengambilkira keputusan perlawanan yang melibatkan saingan terdekat, Lions XII, Kelantan akan dinobatkan sebagai Juara Liga musim ini dengan mengumpul 57 mata ini jika berjaya menewaskan Perak, walaupun masih berbaki dua perlawanan selepas itu.

Lions XII sekarang mengumpul 50 mata dan masih mempunyai baki 2 perlawanan. Lions XII akan menutup tirai dengan jumlah mata maksimum 56 jika memenangi kedua-dua baki perlawanan tersebut.

Dalam sesi temubual bersama Ketua Jurulatih, Bojan Hodak, pengendali pasukan Kelantan tersebut tetap menghormati pasukan Perak walaupun mereka tumpas kepada PKNS baru-baru ini.

"Perak sebuah pasukan yang bagus, mereka ada kekuatan fizikal dan semangat juang yang tinggi," kata Bojan.

Perak sedang menduduki tangga ke 3 Liga dengan jumlah 39 mata. Bojan juga memuji keupayaan dua pemain import Perak, Albert Ebossé Bodjongo dari Cameroon dan Michal Kubala dari Slovakia.

"Mereka juga ada pemain tempatan yang berpengalaman yang patut diawasi, seperti Nantha (K, Nanthakumar) dan Akmal (Akmal Rizal Ahmad Rakhli)."

Menyentuh tentang persediaan pasukan Kelantan, Bojan berkata hampir semua pemain yang disenarai cedera sebelum ini akan dapat diturunkan. 

Selesai sesi latihan petang semalam, beliau mengesahkan Mohd Badri Mohd Radzi, Mohd Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya berada dalam keadaan cergas. 

Obinna yang digantung satu perlawanan sebelum ini juga akan diturunkan ketika menentang Perak Sabtu nanti.

"Shakir akan memenuhi tahap kecergasan menjelang perlawanan. Zairul Fitree beransur pulih, Chanturu akan kembali bersama pasukan dalam masa seminggu," ujar Bojan.

Walau bagaimanapun, Bojan tidak menafikan yang beliau tetap menghadapi masalah untuk memilih pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

Sambil mengerut dahi, dan tersenyum, beliau berkata (dalam bahasa Inggeris), "Indra, he scored and assist goals. And now I have Azlan, who also scored and fight."

Bojan mengharapkan penyokong-penyokong akan turun memenuhi stadium bagi memberi sokongan kepada pemain-pemain.

"The team definitely needs its supporters to be close. Come and help us win the game. It'a a final, and we'll play like one," kata beliau, menutup perbualan kami.

Semuga Kelantan akan mengekalkan kejuaraan yang dijulang musim lalu. 

Gomo Kelate Gomo! Gomo The Red Warriors Gomo!

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.

Tuesday, July 3, 2012

KAFA cari bukti sebelum kemuka aduan


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam proses mendapatkan rakaman video perlawanan sebelum membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor ketika bertemu The Red Warriors, Jumaat lalu. 

Dua pemain terbabit, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar didakwa melakukan kekasaran terhadap penyerang import Kelantan, Mohd Ghaddar, namun gagal dikesan oleh pegawai perlawanan yang bertugas pada malam berkenaan. 

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, berkata pihaknya kini sedang berurusan dengan Astro bagi membuktikan secara tepat insiden sebenar yang berlaku pada malam perlawanan berkenaan selain menghantar surat aduan terhadap kelakuan dua pemain Selangor itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  
Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selepas video dan surat aduan dihantar kepada FAM, pihaknya berharap badan induk bola sepak itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemain terbabit yang mempamerkan kekerasan melampau ketika perlawanan.

BERITA HARIAN
.

Kelantan terus cemerlang di gelanggang lawan


Aksi pemain Kelantan ketika menentang skuad Negeri Sembilan.
Kelantan menang 3-2. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor 
SUASANA di kafe seperti di dalam stadium dengan pengunjung yang hadir bertempek, bersorak menyokong pasukan yang beraksi ratusan kilometer jauhnya dari Kota Bharu.

Separuh masa yang pertama amat mendebarkan. Kelantan turun tanpa sebahagian besar pemain utama yang terlibat dengan kecederaan dan menjalani hukuman penggantungan. Barisan pelapis dan pemain sokongan dari skuad junior menjadi harapan dan sandaran.

Gol pertama pihak lawan amat menyentap perasaan. Ketika itu nama Obinna kerap disebut. Obinna dilihat sebagai benteng pertahanan utama Kelantan tetapi tidak dapat bersama pasukan kerana digantung satu perlawanan.

Keserasian pemain yang agak lama tidak beraksi dan pemain-pemain junior yang masih perlukan banyak pendedahan sememangnya amat menguji pasukan. Pemain Kelantan perlu memenangi "keampuhan" di kalangan mereka sebelum mereka boleh mengatasi pihak lawan.

Bojan Hodak tidak mudah melatah dan tidak tergopoh-gopoh menukar pemain serta mengubah corak permainan. Jurulatih tersebut membiarkan Negeri Sembilan "selesa" dengan "kelemahan" Kelantan, sebelum memasukkan Ghaddar dan Piya di separuh masa ke 2. 

Dan ketika itu, semuanya berubah. Alhamdulillah.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---



Kredit Video : Sokernet


KELANTAN KEKAL PENDAHULU LIGA SUPER
NEGERI SEMBILAN 2, KELANTAN 3


KELANTAN mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.

Penyerang skuad Rusa, Mohd Firdaus Azizul membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Mohd Azlan Ismail menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-46.

Mohammed Ghaddar Mahmoud menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-63 sebelum Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat lima minit kemudian.

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan mengurangkan defisit jaringan apabila menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.

TERENGGANU 2, KUALA LUMPUR 1

Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol skuad Penyu dijaringkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-13 dan 84 manakala gol tunggal skuad warga kota dijaringkan Emmanuel Okine pada minit ke-30.

JOHOR FC 2, SABAH 1

Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dua gol Johor FC dijaringkan Mohd Syazwan Zainon seawal minit kedua dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-45 manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.

SELANGOR 1, KEDAH 1

Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-62 sebelum Muhd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan.

PERAK 1, PKNS 2

Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

Penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol pendahuluan skuad Seladang pada minit ke-43 sebelum pasukan pelawat membalas dengan dua gol menerusi Mohd Fazli Baharuddin pada minit ke-75 dan 78.

SARAWAK 0, T.TEAM 1

Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit
ke-30. 

BERNAMA
.

Monday, July 2, 2012

Kelantan bakal bertemu barisan terbaik QPR


PENGURUSAN dan pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Queen Park Rangers mempunyai alasan mereka untuk memilih Sabah dan Kelantan dari Malaysia sebagai pasukan yang akan ditentang dalam perlawanan persahabatan bersempena "QPR Asia Tour 2012".

Pengarah Perdagangan QPR, Euan Inglis bersama
Pengurus Pasukan Kelantan, Tuan Hj Azman Ibrahim
Menurut Pengarah Perdagangan QPR, Euan Inglis, Pengerusi kelab berkenaan , Tony Fernandez, membuat keputusan memilih Sabah sebagai menyokong keperluan perkembangan dan pengukuhan perniagaan Air Asia yang mahu menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah satu hub antarabangsa syarikat penerbangan berkenaan.

Keputusan tersebut juga adalah sebagai tanda terima kasih Air Asia kepada rakyat dari negeri berkenaan yang menyokong kehadiran syarikat penerbangan tersebut dan sekaligus membuka ruang kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak Sabah untuk melihat aksi pemain-pemain mereka bersama barisan pemain antarabangsa dari kelab yang terkenal dengan nama jolokan "R".

Sidang Media di Hotel Grand Riverview
Kelantan pula, menurut Inglis, merupakan sebuah pasukan yang diiktiraf sebagai pasukan juara dalam Liga Tempatan. Keupayaan pasukan Kelantan menjuarai Piala FA dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC 2012 dilihat sebagai kekuatan yang perlu diuji QPR yang turut disertai beberapa pemain baru untuk Liga yang akan bermula Ogos nanti.

Tanpa memandang rendah pencapaian Kelantan dalam arena bola sepak rantau ini, Inglis memberi jaminan QPR akan menurunkan barisan terbaik mereka, termasuk nama-nama seperti Robert Green, Dijbril Cisse, Shaun Wrigh-Phillips, Anton Ferdinand dan Bobby Zamora.

Cenderhati daripada KAFA
Pasukan QPR yang dikendalikan oleh Mark Hughes dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Hong Kong pada 14 Julai 2012. Mereka akan mengadakan perlawanan dengan pasukan Sabah di Stadium Likas pada 17 Julai, kemudian bertemu pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012 dan mengakhiri kembara Asia mereka di Surabaya untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Persebaya pada 23 Julai 2012.

Bagi tujuan persediaan tersebut, Inglis telah mengadakan lawatan ke semua stadium perlawanan bagi memastikan ia berada ditahap yang baik bagi menjamin kelancaran perlawanan. Beliau, berharap Kembara Asia QPR 2012 ini akan mencapai matlamat seperti yang ditetapkan dan membantu kelab bersedia menentang Swansea ketika bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris pada pertengahan bulan Ogos akan datang.

Dalam perkembangan yang lain, Tan Sri Annuar Musa yang mengilhamkan perlawanan ini berkata, penyokong-penyokong pasukan Kelantan harus mengambil peluang untuk hadir dan menyaksikan perlawanan bersejarah ini.

Menurut beliau, Kelantan akan dibarisi oleh pemain-pemain sediada dan akan diperkuatkan dengan pemain-pemain hebat daripada pasukan Liga Super yang tidak layak untuk saingan Piala Malaysia. Peluang beraksi bersama pasukan ternama merupakan satu pendedahan yang amat bernilai sebelum pasukan beraksi semula pada bulan September untuk Piala AFC dan Piala Malaysia.

Tiket-tiket perlawanan persahabatan berkenaan yang berharga RM33, RM53 dan RM73 akan mula dijual secara atas talian melalui laman web AirAsia RedTix (talian hotline 03-8775 4666, 9am-6pm, kecuali pada hari minggu), juga di lokasi-lokasi Rock Corner, Victoria Music dan KL Life Center.

Manakala di Kota Bharu, tiket-tiket boleh dibeli di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan di Wisma KAFA mulai hujung minggu ini.

KLIK untuk gambar-gambar sekitar majlis Sidang Media QPR Aisa Tour 2012, di GRV Kota Bharu.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

Nota:
Saya menemuramah Euan Inglis di Lounge Cafe GRV selepas menghadiri majlis sidang media perlawanan yang diadakan di Hotel Grand Riverview Kota Bharu pada 2 Julai.
. 





Shahiran sertai pasukan senior


Penyerang pasukan bola sepak SUKMA Kelantan yang juga merupakan penyerang skuad Presiden Kelantan, Muhammad Shahiran Md Zin, akan menyertai skuad senior untuk perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan pada 3 Julai 2012.

Menurut Mohd Yusri Ismail, pengurus pasukan bola sepak SUKMA Kelantan, Shahiran akan meneruskan perjalanan dari Kuantan ke Seremban untuk membantu pasukan di bahagian serangan.

Pasukan Liga Super Kelantan berhadapan dengan masalah ketiadaan pemain apabila beberapa tunggak utamanya mengalami kecederaan. Terbaru dalam senarai kecederaan ialah Mohd Badri Mohd Radzi, Ketua Pasukan Kelantan yang terpaksa dikeluarkan semasa separuh masa pertama aksi menentang pasukan Slangor baru-baru ini.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.

Sunday, July 1, 2012

FAM tunggu aduan kes Amri


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya yang didakwa mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, Jumaat lalu. 


Kredit Video kepada Sokernet.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu. 

“Selepas menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

BERITA HARIAN
.

Saturday, June 30, 2012

Liga Super: Kedah atasi Terengganu



KEDAH melakukan kejutan apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kegembiran Terengganu yang berjaya memperolehi gol seawal minit kedua menerusi Mohd Muslim Ahamad tidak kekal lama apabila penyerang Kedah, Mohd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Badrol Bakhtiar menambah duka pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-68.

Turut mengutip tiga mata pada malam ini ialah Sarawak apabila mengalahkan Johor FC 3-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Gol Sarawak hadir pada babak kedua perlawanan apabila Yusri Derma Raju menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 diikuti dengan oleh Guy Bwele (59) dan Zamri Morshidi pada minit ke-64 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Mohd Haris Safwan pada minit ke-71.

Pasukan tercorot, Kuala Lumpur pula tewas 2-4 kepada Sabah di Stdium Likas, Kota Kinabalu.

Gol pasukan Sabah dijaringkan Razid Gapar minit ke-11, Shahrudin Yakub (53'), Radzi Mohd Hussin (77') dan Leopold Alfonso pada minit ke-88.

Manakala Zakaria Charara dan Muhd Afiq Azmi masing-masing menyumbang satu gol kepada pasukan Kuala Lumpur pada minit ke-73 dan minit ke-82.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Felda United menang tipis 1-0 kepada T-Team manakala Selangor PKNS menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 30 Jun 2012:

Sarawak 3 Johor FC 1
T-Team 0 Felda United 1
PKNS FC 2 N.Sembilan 1
Kedah 2 Terengganu 1
Kuala Lumpur 2 Sabah 4

BERNAMA
.

Liga Super: Kelantan rampas takhta


Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada penyokong-penyokong yang hadir di SSM4 Kota Bharu, yang terus memberi tekanan kepada mutu dan cara pengendalian permaianan oleh pengadil bertugas. 

Tanpa suara dan reaksi anda, Kelantan akan lebih teruk dianaiya, setelah bantahan pengurus dan jurulatih pasukan diabaikan mereka. Jika berlebih-lebihan, bimbang pengawai pasukan pula dikenakan tindakan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu malam tadi.

Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22
perlawanan.

Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.

Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.

Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol. 

Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.

Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.

Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.

Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.

Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.

Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan. 

BERNAMA
.

Monday, June 25, 2012

Kelantan tetap Pasukan Juara


DUA perlawanan Kelantan sebelum ini saya gunakan perkataan "hambar"; "Liga Super : Hambar, tapi Menang - Kelantan 2, Kedah 1" dan "Menang, tapi masih hambar".

Perlawanan seterusnya menentang Sabah baru-baru ini, saya cuma katakan bahawa kita mampu mencipta lebih jaringan untuk keputusan perlawanan yang lebih baik, walaupun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan kemenangan 2-0, jaringan pada awal dan pada minit-minit akhir perlawanan.

Sebagai seorang yang rapat dengan pasukan, saya terpaksa memilih untuk menulis sebagaimana yang ditulis oleh sebahagian besar penyokong, atau untuk melihat situasi dalam senario yang lebih luas.

Saya bersetuju bahawa setiap penyokong, khususnya yang hadir ke stadium untuk melihat sendiri perlawanan, akan meletakkan harapan yang tinggi untuk pasukan beraksi cemerlang dan mencipta kemenangan. Pasukan-pasukan yang "lemah" pada mereka akan menjadi "lauk" kepada Kelantan. Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung hendaklah "menghiburkan".

Bermain cantik tanpa jaringan gol, tidak boleh. Bermain cantik tapi kalah, lebih-lebih lagi. Apa yang mereka harap, setiap sen yang dibelanjakan untuk datang menyokong pasukan "dibayar" semula dengan aksi-aksi hebat pasukan kesayangan. Jika Lions XII boleh tewaskan Sabah 9-0, mereka mahu Kelantan mengatasi jumlah jaringan berkenaan.

Apabila benchmark pasukan diletak begitu tinggi, dan pasukan gagal menepati kehendak mereka, rasa keseronokan menang perlawanan berkenaan tidak mampu mengatasi luahan rasa tidak puas hati atas persembahan yang mengecewakan. 

Tapi itu tidak patut menjadi sebab kenapa kita harus mengeluarkan kata-kata "pemain tidak bagus", "pasukan sedang merundum" dan ada juga yang mengungkit, mengatakan "tiket mahal".


Jangan terbawa-bawa demam Euro 2012 ke dalam liga tempatan, kerana yang beraksi di atas padang tetap pemain Kelantan. Yang di atas padang adalah Piya, Mat Yo, Norfarhan, Ghaddar; nama-nama yang sama dari awal musim hingga sekarang; mereka bukan Ronaldo, bukan Alonso, dan bukan juga Gomez. 

Jika mereka hebat seperti pemain-pemain pujaan ramai di Euro 2012, sudah tentu sekarang mereka sedang beraksi bersama kelab ternama di Eropah. Dan tidak murah untuk masuk ke stadium untuk melihat mereka beraksi.

Tidak beraksi selama tiga minggu apabila liga berehat sememangnya telah memberi kesan kepada momentum pasukan. 

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, bersetuju dengan komen yang mengatakan Kelantan menghadapi masalah penyudahan. Beliau juga bersetuju bahawa pertahanan pasukan sedikit goyah. Ditambah dengan cara permainan bertahan pasukan lawan, dengan hampir seluruh pasukan berada di depan gawang sendiri ketika Kelantan menyerang.

Dalam situasi di mana Kelantan sedang berada di kedudukan terbaik untuk mempertahakan Juara Liga yang dimenangi tahun lalu, Bojan terpaksa "membaiki kerosakan" yang ada dan dalam masa yang sama memastikan Kelantan mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan. Ia bukan suatu kerja yang mudah walaupun ia tidak mustahil.

Corak permainan mungkin hambar, saya setuju. Tetapi melihat daripada senario yang lebih luas, saya juga harus bersetuju dengan kata-kata Tuan Hj Azman Ibrahim, pengurus pasukan Kelantan, dan tidak teragak-agak menolak tepi Lions XII dan meletakkan Kelantan sebagai pasukan yang unggul walaupun sekarang berada di kedudukan ke 2 Liga Super 2012.

Kelantan tidak pernah kalah dalam perlawanan-perlawanan Piala FA. Kelantan hanya tewas sekali dalam saingan Piala AFC dan dalam saingan Liga Super setakat ini. Saya bangga apabila tiada pasukan yang mencipta deretan keputusan MENANG, sebanyak pasukan Kelantan.

Jangan silap faham, bukan bermakna pasukan tidak boleh dikritik. Saya pun biasa mengkritik pasukan. Cuma kritikan hendaklah membina dan lahir daripada fikiran yang rasional. Kritik dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh kesediaan untuk pendapat kita dikritik semula.

Sayangkan pasukan tidak "menghalalkan" kita untuk mengkritik secara terlalu emosional, meluahkan rasa tidak puas hati semahu-mahunya, sehingga kita puas hati. 

Dahulu ada ungkapan, "kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan menyokong ketika menang". Sekarang, kalau tak mampu menyokong ketika menang, apa lagi yang kita nak lakukan?

Semuga rentak pasukan bertambah baik ketika menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 26 Jun, 8.45 malam. Semuga semua pemain dapat menunjukkan aksi yang terbaik dan semuga Kelantan beroleh tiga lagi mata penuh dalam misi menjadi Juara Liga musim ini.

Gomo KELATE Gomo, Gomo Biar Sngoti!

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

REKOD KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN SEHINGGA 23 JUN 2012
(Kekalahan pasukan di tanda merah)

LIGA SUPER
23.06.2012 SL Kelantan FA 2-0 Sabah FA
19.06.2012 SL Kuala Lumpur FA 0-1 Kelantan FA
16.06.2012 SL Kelantan FA 2-1 Kedah FA
26.05.2012 SL Johor FC 0-0 Kelantan FA
12.05.2012 SL PKNS FC 0-3 Kelantan FA
04.05.2012 SL Kelantan FA 3-0 LIONSXII
17.04.2012 SL PBDKT T-Team 1-2 Kelantan FA
14.04.2012 SL Kelantan FA 1-1 PBDKT T-Team
07.04.2012 SL Sarawak FA 1-1 Kelantan FA
31.03.2012 SL Kelantan FA 5-1 Felda United
17.03.2012 SL Perak FA 0-2 Kelantan FA
04.03.2012 SL Kelantan FA 2-1 Negeri Sembilan FA
14.02.2012 SL Selangor FA 2-1 Kelantan FA
11.02.2012 SL Kelantan FA 2-1 Terengganu FA
08.02.2012 SL Sabah FA 0-0 Kelantan FA
28.01.2012 SL Kelantan FA 3-0 Kuala Lumpur FA
20.01.2012 SL Kedah FA 0-3 Kelantan FA
17.01.2012 SL Kelantan FA 2-1 Johor FC
13.01.2012 SL Kelantan FA 1-1 PKNS FC
10.01.2012 SL LIONSXII 1-2 Kelantan FA

PIALA AFC
23.05.2012 AFCC Kelantan FA 3-2 Terengganu FA
24.04.2012 AFCC Navibank Saigon 1-2 Kelantan FA
08.05.2012 AFCC Kelantan FA 1-0 Ayeyawady United
10.04.2012 AFCC Arema Indonesia 1-3 Kelantan FA
04.04.2012 AFCC Kelantan FA 3-0 Arema Indonesia
21.03.2012 AFCC Ayeyawady United 3-1 Kelantan FA
07.03.2012 AFCC Kelantan FA 0-0 Navibank Saigon

PIALA FA
19.05.2012 FAC Sime Darby 0-1 Kelantan FA
01.05.2012 FAC Kedah FA 2-2 Kelantan FA
21.04.2012 FAC Kelantan FA 1-1 Kedah FA
24.03.2012 FAC SPA FC 0-3 Kelantan FA
27.03.2012 FAC Kelantan FA 2-0 SPA FC
10.03.2012 FAC Kelantan FA 3-2 Kuala Lumpur FA
18.02.2012 FAC Kelantan FA 2-1 Sarawak FA

Friday, June 22, 2012

Sabah mahu bangkit, intai peluang tunduk Juara FA


LIMA musim beraksi di Liga Perdana akhirnya melihat Sabah berjaya melangkah ke Liga Super pada tahun lalu. Walaupun Sabah sedang dilanda kemelut dalaman, mereka adalah di antara pasukan yang konsisten pada awal musim.

Sabah kini hebat dikritik kerana menjadi pasukan "belasahan" ketika bertemu Lions XII (0-9) dan ketika menentang pasukan berstatus kelab, PKNS FC (0-4). Ketua Jurulatihnya digugurkan dari tugas, dan hari ini pula presidennya, Ketua Menteri Sabah.

Walaupun begitu, Kelantan yang akan bertemu Sabah malam nanti untuk saingan Liga Super, tidak harus memandang perkara ini sebagai satu kelebihan mutlak ketika beraksi di Kota Bharu. 

Secara peribadi, saya menganggap Sabah sebuah pasukan yang masih hebat cuma kehebatan mereka sekarang dibayangi masalah dalaman. 

Jika mereka fokus dalam perlawanan menentang Kelantan, tidak mustahil Sabahawks mampu menggembirakan para Sumandak. Apa tidaknya, inilah peluang mereka untuk bingkas bangun; jika berjaya menundukkan Juara FA dan pasukan di tangga ke 2 Liga Super, memberi amaran mereka masih hebat.

Amierul Hisham, TRWFM Bulletin.

---


BOS SAFA MULA NAIK ANGIN


MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


BADAI yang melanda pasukan bola sepak Sabah kini memasuki episod baharu apabila mendapat teguran serius daripada Ketua Menteri sendiri, Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dalam nada serius mengakui cukup kecewa dengan prestasi semasa skuad yang mendapat jolokan Sabahawks itu dalam kempen Liga Super.

Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku, Musa turut mengarahkan pihak berkaitan agar menyediakan laporan lengkap mengenai kekalahan besar yang dialami Sabah ketika menentang Lions XII dan Selangor PKNS sebelum ini.

Katanya, isu kekalahan tidak harus dibiarkan berpanjangan apatah lagi ia melibatkan maruah bola sepak negeri yang mendapat perhatian sepenuhnya daripada penyokong setia Sabahawks.

"Saya sendiri telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan (JK) Safa memandang masalah ini dengan serius dalam mengenal pasti siri kekalahan itu.

“Mereka (JK) juga harus memperbaiki apa juga kelemahan atau isu yang timbul agar ia tidak berlarutan sehingga menghilangkan kepercayaan penyokong,” katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada laman sosial Facebooknya semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengeluarkan amaran tegas dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam unsur-unsur tidak sihat dalam pasukan.

"Kalau ada sesiapa yang buat, saya pasti kenakan hukuman,” jelasnya.

Jelasnya, kini bukanlah masa untuk saling menuding jari mencari kesilapan siapa sebaliknya digunakan dalam membersihkan ‘luka’ parah yang menyelubungi skuad Sabahawks.

Untuk rekod, pasukan bola sepak Sabah mula dipalit kontroversi selepas tewas besar 0-9 kepada Lions XII, Sabtu lalu sebelum dimalukan pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS 4-0 di gelanggang sendiri, kelmarin.

Dua kekalahan yang disifatkan sebagai luar biasa itu meletakkan Sabah terperosok ke tangga ke-12 liga, sekali gus mencetuskan polimik baharu dalam kalangan penyokong yang akhirnya membawa kepada desakan agar Safa dibubarkan.
.

Wednesday, June 20, 2012

Kurang Fokus Punca Penyu Dihukum Lions Di Laman Sendiri


KURANG pendahulu liga, Lions XII dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam Selasa.

Jaringan pada masa kecederaan itu nyata mengejutkan dan tidak disenangi oleh ketua jurulatih Terengganu Peter James Butler di mana anak buahnya sebelum itu berjaya mengawal permainan namun menerima padah setelah leka hingga gagal memungut satu mata (jika seri) sehingga tamat permainan.

Katanya barisan pertahanan sedikit longgar pada masa kecederaan empat minit yang diperoleh dan kealpaan itulah memberi ruang buat pasukan lawan mencuri peluang pada penghujung permainan.

"Kami berjaya mengawal perlawanan, sepatutnya kami tidak berhak untuk kehilangan tiga mata penuh," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam Selasa.

Beliau berkata semua pemain menunjukkan prestasi yang hebat sepanjang 90 minit perlawanan namun segalanya berubah pada masa kecederaan iaitu kurang fokus menyebabkan skuad bimbingannya sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas liga.

-BERNAMA
.

Tuesday, June 19, 2012

Gelora di bawah bayu, Justin Ganai digugurkan



MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my 

TEKA-TEKI mengenai masa depan ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai akhirnya terjawab apabila beliau diketepikan daripada jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu disahkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Osman Jamal dalam satu sidang akhbar lewat malam kelmarin.

Difahamkan, keputusan untuk menggugurkan Justin daripada jawatan ketua jurulatih dibuat ekoran kekalahan memalukan 0-9 Sabah kepada Lions XII, Sabtu lalu.

Menurut Osman, kekalahan kepada pasukan dari negara jiran itu merupakan sesuatu yang sukar diterima dan merupakan rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

"Kalah atau menang adalah adat pertandingan, namun tewas 0-9 merupakan satu catatan sejarah buruk bagi pasukan.

"Kekalahan itu jelas mengecewakan pihak pengurusan SAFA pada ketika segala kebajikan para pemain sentiasa diutamakan," katanya di sini semalam.

Kelmarin, sumber memberitahu bahawa jurulatih berusia 56 tahun itu telah direhatkan daripada membimbing Sabah dengan tempatnya bakal diisi sementara oleh penolong juru- latih, Andrew Manjanggim.

Dalam pada itu, Osman yang juga Naib Presiden 1 SAFA menjelaskan, posisi ketua juru- latih yang ditinggalkan Justin bakal diisi tidak lama lagi.

Enggan mendedahkan nama pengganti Justin, Osman sebaliknya mengakui satu perbincangan dalam masa terdekat akan dibuat dengan seorang jurulatih dari Semenanjung.

"Pertemuan akan dibuat pada 21 Jun ini dengan jurulatih berkenaan dan jika beliau bersetuju, maka pihak persatuan akan melantiknya untuk membimbing pasukan Sabah," ujarnya.

Osman bagaimanapun menjelaskan, jodoh Justin bersama SAFA tetap akan diteruskan apabila persatuan sedia memberikan peranan baharu kepada bekas jurulatih bagi program pembangunan.

Untuk rekod, Sabah yang pernah muncul naib juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali kini menduduki tangga ke-11 liga dengan hanya mengutip 19 mata daripada 18 perlawanan.

Kekalahan 0-9 yang dicatat di Jalan Besar, Sabtu lalu itu juga merupakan kekalahan ketiga berturut-turut yang dialami Sabah, dan kekalahan ketujuh musim ini.
.

Menang, tapi masih hambar


SEBELUM perlawanan, Bojan berharap pasukan akan beraski cemerlang dengan mencipta jumlah jaringan gol yang besar ketika bertemu Kuala Lumpur di Kota Bharu. 

Jumlah jaringan amat penting seandainya Kelantan terikat mata dengan pendahulu Liga, Lions XII selepas menamatkan kempen Liga Super musim ini. Walau bagaimanapun Bojan meletakan misi untuk menang sebagai matlamat utama pasukan.

Harapan Bojan untuk melihat gawang lawan kerap dibolosi tidak kesampaian. Menembusi kubu pasukan Kuala Lumpur tidak semudah mencongak keupayaan lawan melalui statistik perlawanan terdahulu. 

Hadiah sepakan penalti pada minit ke 60 yang disempurnakan oleh penyerang impot, Mohd Ghaddar, menyelamatkan maruah Kelantan yang beraksi di hadapan lebih kurang 15 ribu penyokong sendiri di Kota Bharu. Kelantan berjaya mengutip 3 mata dengan keputusan perlawanan menewaskan Kuala Lumpur 1-0 apabila wisel penamat ditiup pengadil.

Saya lihat keputusan ini tidak jauh bezanya dengan keputusan perlawanan 3 hari terdahulu, apabila Kelantan menewaskan Kedah dengan jaringan 2-1. Mungkin kerana corak permaianan yang sama ditunjukkan oleh pasukan. Tanpa menyentuh bab taktikal, persembahan keseluruhan pada pendapat saya masih lagi hambar, seperti hambarnya aksi "gomo" ketika bertemu Kedah.

Kelantan memiliki pemain-pemain yang mempunyai skil yang baik. Cuma setelah bercuti panjang, saya kurang nampak kepelbagaian rentak permainan yang selalunya ditunjukkan oleh pemain secara berpasukan dalam dua perlawanan ini.

Dari anjung media di astaka, saya melihat seolah-olah pasukan bermain dalam tekanan, melakukan kesilapan-kesilapan yang sebelum ini jarang dilakukan, mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol. 

"Set play" yang kurang kemas juga memudahkan pihak lawan membaca gerakan dan mengawal benteng mereka. Bahagian pertahanan juga agak goyah, mungkin dengan ketiadaan beberapa pemain "regular" yang mengalami kecederaan.

Walaupun persembahan pasukan "di luar kebiasaan", saya tetap mengatakan Kelantan adalah sebuah pasukan yang hebat. 

Kelantan adalah Juara Piala FA. Kelantan melepasi sasaran awal dan berjaya ke peringkat suku akhir Piala AFC 2012. Kelantan juga adalah juara bertahan bagi Liga Super Malaysia. 

Mereka perlu mencipta kemenangan demi kemenangan dalam baki tujuh perlawanan seterusnya. Pendahulu liga, Lions XII akan mengumpul 56 mata jika menang baki dua perlawanan mereka. Kelantan tidak boleh berpuashati dengan kutipan mata yang sama kerana Lions XII memiliki kelebihan jumlah jaringan gol.

Untuk mengekalkan kejuaraan, Kelantan yang kini mengutip 44 mata, harus memperolehi sekurang-kurangnya 57 mata daripada baki 7 perlawanan yang bakal berlangsung.

Jika pasukan tidak mahu berada dalam keadaan tertekan, kemenangan harus dicari lebih awal dalam empat perlawanan selepas ini, ketika menentang Sabah (23.6), Terengganu (26.6), Selangor (29.6) dan Negeri Sembilan (3.7).

Seandainya ada keputusan perlawanan berkenaan tidak memihak kepada Kelantan, perhitungan bertemu Perak (7.7), Felda United (10.7) dan Sarawak (14.7) adalah pertemuan-pertemuan yang getir.

Empat perlawanan yang berlangsung di gelanggang sendiri adalah bonus. Tetapi, dalam situasi sekarang, Kelantan tidak seharusnya beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri sahaja. 

Di mana sahaja, di hadapan siapa sahaja, gomo tetap gomo. Semua perlawanan adalah penting, semua perlawanan adalah perlawanan akhir.

Teruskan perjuangan The Red Warriors, Gomo Kelate Gomo! 


Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.