Piala Liga Super dan medal akan dibawa ke Kota Bharu untuk disampaikan kepada pasukan Kelantan selaku Juara Liga Super 2012, selepas perlawanan bertemu Sarawak Sabtu ini.
Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, dalam sidang media yang diadakan di Kota Bharu sebentar tadi memaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin telah menelefon untuk menyampaikan berita gembira berkenaan setelah mesyuarat JKPT FAM yang diadakan pada sebelah pagi tadi bersetuju menerima rayuan KAFA yang dihantar secara rasmi semalam supaya majlis berkenaan dapat diadakan di Kota Bharu.
FAM akan menyerahkan Piala beserta medal kepada Tn Hj Azman Ibrahim, SU Agong KAFA untuk dibawa ke Kota Bharu.
Menurut Hj Azman, Dato' Affendy selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM dan juga Naib Presiden FAM akan myampaikan Piala tersebut kepada pasukan Kelantan.
Beliau juga menyampaikan harapan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) agar KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, adinda baginda YTM Tengku Mahkota Kelantan akan sudi mencemar duli untukk berangkat ke stadium menyaksikan perlawanan terakhir liga super musim ini di antara Kelantan dan Sarawak, dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Juara Liga Super 2012 kepada pegawai dan pemain-pemain pasukan Kelantan.
Presiden Kelab Penyokong TRW Kota Bharu, Mohd Zaini, dalam sidang media yang sama mengucapkan terima kasih kepada FAM bagi pihak penyokong-penyokong Kelantan yang sememangnga mengharapkan majlis tersebut dapat diadakan pada hari Sabtu ini selepas perlawanan Liga Super menentang Sarawak.
Amierul Hisham
TRWFM Bulletin.
0 comments:
Post a Comment