Bekas pemain Manchester United yang menyertai QPR, Park Ji Sung, dipertimbangkan sebagai kapten baru pasukan.
Pengurus pasukan QPR, Mark Hughes, walaupun beliau mempunyai ramai calon yang berkredibiliti, Ji Sung dilihat sebagai calon yang paling layak untuk mengemudi pasukan QPR bagi musim baru yang akan bermula Ogos ini.
QPR akan mengadakan Kembara Asia 2012 mereka dengan persinggahan pertama ke Kota Kinabalu pada 14 Julai nanti. Pasukan yang akan tiba dari Jepun itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Sabah pada 17 Julai.
QPR juga dijadual mengadakan sesi bertemu peminat bersama pemain-pemain The Red Warrriors di Hotel Grand Riverview pada 19 Julai. Mereka dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 2 petang pada hari berkenaan dan mengadakan latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada lewat petang.
Penyokong-penyokong yang telah mendapatkan tiket perlawanan Kelantan dan QPR akan berpeluang untuk menyaksikan sesi latihan berkenaan.
Maklumat aktiviti dan tiket perlawanan telah diterbitkan dalam lapuran sebelum ini.
Amierul Hisham
TRWFM Bulletin.
----
JI SUNG CALON KAPTEN QPR
Pengurus QPR, Mark Hughes mempertimbangkan pemain tengah berpengalaman, Park Ji Sung sebagai kapten baru pasukan selepas berjaya mendapatkan bekas pemain Manchester United itu.
Hughes berjaya mendapatkan Ji Sung, 31, menerusi yuran perpindahan yang tidak didedahkan dengan pemain antarabangsa Korea Selatan itu menamatkan pencapaian cemerlangnya selama tujuh tahun di Old Trafford apabila menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Rangers.
Skuad kendalian Hughes kini tidak mempunyai kapten berikutan Joey Barton dilucutkan jawatan itu selepas dibuang padang ketika menentang Manchester City pada hari terakhir musim lalu.
Pemain tengah kontroversi itu turut digantung 12 perlawanan dan denda enam minggu gaji selepas dibuang padang kerana menyiku Carlos Tevez dan kemudiannya menendang Sergio Aguero sebelum cuba menanduk Vincent Kompany.
Hughes berkata beliau mempunyai ramai calon untuk mengambil alih jawatan kapten itu namun mengakui Ji Sung yang memenangi empat gelaran Liga Perdana, tiga Piala Liga dan Liga Juara-Juara bersama United adalah antara calon utama.
“Ji akan berada dalam pertimbangan saya untuk dilantik sebagai kapten baru kelab ini,” katanya.
“Saya akan melihat siapa yang menonjol dan bersifat semula jadi untuk tugas ini. Saya pasti ramai yang mahukan peranan ini dan perlu menunjukkan kepada saya mereka berhak untuknya termasuk Ji.
“Kami turut mempunyai pemain lain yang berpengalaman. Djibril Cisse pernah menjulang Liga Juara-Juara, jadi kami mempunyai karakter yang bagus dalam bilik persalinan untuk dipertimbangkan.”
AGENSI
.
AGENSI
.
0 comments:
Post a Comment