Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Tuesday, July 17, 2012

QPR ASIA TOUR 2012 : Rangers hiburkan peminat tempatan dengan 5 gol

SABAH XI 0 - 5 QUEEN PARK RANGERS

Mark Hughes gembira dengan persembahan pemain-pemain beliau dalam perlawanan pra-musim pertama, menewaskan Sabah XI 5-0 di Kota Kinabalu.

Bobby Zamora menjaringkan gol pertama QPR pada separuh masa pertama, manakala gol-gol dijaringkan dalam separuh masa kedua oleh Heidar Helguson, Jay Bothroyd dan duua gol dari Djibril Cisse.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Hughes berpendapat pertemuan tersebut adalah permulaan yang baik bagi QPR. Menurutnya Sabah bermain dengan menguji dengan baik keupayaan pemain-pemain R yang diturunkan malam tadi.

"Keadaan masih lagi terlalu awal, kami cuma ada 6 sesi latihan sebelum bermain malam tadi. Kerana itu saya anggap kami telah bermain dengan baik," kata Hughes.

Perlawanan tersebut disaksikan oleh lebih 20,000 penyokong kedua-dua pasukan. QPR telah menujukkan mutu permainan yang mantap dan Hughes menambah, "banyak gol telah dijaringkan untuk peminat-peminat, mereka memang penuh semangat.

"Saya harap mereka berpuashati, kami puas bermain di depan mereka dan berharap akan dapat datang sekali lagi."

Salah satu perkara yang diperkatakan malam tadi ialah penampilan pertama Park Ji Sung bersama pasukan yang berjersi biru putih tersebut. Ji Sung telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua pasukan.

"Saya fikir Ji Sung wajar menjadi ketua pasukan kerana dia amat dikenali ramai di rantau ini.

"Saya belum membuat keputusan siapa yang akan menjadi ketua pasukan, tapi ia penting untuk Ji Sung menjadi ketua pasukan malam ini (tadi).

"Ini kali pertama belia bermain bersama pasukan baru dan dia telah bermain dengan baik'

"Semua orang tahu tentang kualiti yang dimiliki oleh Ji Sung. Saya akan mendapat faedah dari situ, begitu juga pasukan. Kami gembira kerana dia bersama-sama kami. Ji Sung adalah pemain bertaraf dunia, dan dia akan menjadikan pasukan lebih baik."

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.







0 comments:

Post a Comment