Pasukan Queen Park Rangers (QPR) tiba di Kota Kinabalu pada 14 Julai selepas melalui tempoh 14 jam waktu perjalanan dengan penerbangan khas Air Asia dari London.
Mark Hughes ketika sidang media di hotel penginapan QPR semalam berkata, pemain-pemain terpaksa membiasakan diri dengan cuaca panas di Malaysia setelah menempuh waktu penerbangan yang panjang.
Media dan wartawan lebih banyak menumpukan soalan berkenaan penyertaan Park Ji-Sung, bekas pemain Manchester United, ke QPR. Sidang media tersebut turut dihadiri oleh dua pemain QPR, Clint Hill dan Jamie Mackie
CEO QPR, Philip Beard di Sidang Media sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu |
Sesi latihan QPR diadakan di Kompleks Sukan Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) pada sebelah petang.
Park Ji-Sung adalah di antara pemain yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat tempatan. Ji-Sung terpaksa diberi kawalan khas. Latihan QPR turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 500 peminat mereka yang datang dengan jersi lengkap pasukan tersebut.
Di antara yang menarik perhatian ramai ketika sesi latihan itu ialah aksi Park Ji-Sung yang membuat hantaran bola jauh kepada Bobby Zamora yang menampan dan kemudian merembat masuk ke dalam gol. Kelincahan dan ketajaman permainan yang ditunjukkan oleh Andy Johnson juga telah membuat mereka yang hadir bersorak dan bertepuk tangan.
QPR akan bertemu skuad Sabah dalam perlawanan persahabatan pertama Asia Tour 2012 pada 17 Julai 2012. Selepas itu mereka akan ke Kuala Lumpur dan Kota Bharu untuk persiapan bertemu Juara FA dan Juara Liga Super Malaysia, Kelantan.
Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.
0 comments:
Post a Comment