Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Thursday, July 26, 2012

Man City bawa ramai bintang


Tevez, Aguero, Kolo Toure, Yaya Toure dan Kompany turut serta

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City bakal tampil dengan pemain bintang antaranya Carlos Tevez, Sergio Aguero, Kolo Toure, Yaya Toure dan kapten, Vincent Kompany ketika berdepan skuad kebangsaan pada aksi persahabatan jelajah pra-musim di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Isnin ini. 

Kehadiran pertama kali City ke Kuala Lumpur itu turut disertai pemain sayap England, Adam Johnson; pakar sepakan percuma, Alexsandar Kolarov dan pemain pertahanan serba boleh, Pablo Zabaleta. 

Namun, kelibat beberapa bintang lain seperti Edin Dzeko, Gareth Barry, Samir Nasri, David Silva, Joe Hart, Nigel de Jong dan Mario Balotelli tiada dalam senarai 21 pemain City yang dikeluarkan ProEvents Group, selaku penganjur eksklusif siri Jelajah Asia City 2012, semalam. 

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam, berkata seluruh rakyat Malaysia bakal menjadi sebahagian sejarah apabila mereka berpeluang menyaksikan perlawanan sulung City di negara ini. 

Ini masa paling sesuai untuk City membuat penampilan sulung di Malaysia sebaik mereka dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris musim lalu. 

Dengan nama-nama besar yang menyertai siri jelajah ini, saya yakin perlawanan Isnin nanti bakal menjadi aksi bertaraf dunia, kata Kam, semalam. 

Tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan itu masih boleh didapati pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388 di semua cawangan Ticketpro seluruh negara. Maklumat lanjut hubungi talian 03-7880-7999 dan laman web www.ticketpro.com.my. 

Sesi latihan terbuka City bakal berlangsung di Stadium Nasional, bermula jam 5.30 petang, Ahad ini.

BH
.

0 comments:

Post a Comment