KAGAWA (tengah) menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Shanghai Shenhua 1-0 kelmarin |
Pemain baharu Manchester United, Shinji Kagawa menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama The Red Devils ketika perlawanan persahabatan menentang Shanghai Shenhua kelmarin.
Kagawa muncul pemain terbaik selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika menewaskan kelab mewah China yang beraksi tanpa kelibat pemain baharu, Didier Drogba itu dengan keputusan 1-0.
Bintang Jepun yang ditandatangani daripada Borrusia Dortmund dengan nilai £17 juta (RM85 juta) itu menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas memanfaatkan hantaran Bebe pada minit ke-68.
"Kagawa berhak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan," kata pengurus United, Alex Ferguson.
"Dia menyesuaikan diri dengan baik dan akan menjadi pemain terbaik untuk kami serta saya sangat kagum dengan persembahannya."
Dalam pada itu, Ferguson mengesahkan bahawa dia berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Brazil, Lucas Moura dan pengendali veteran itu mengakui tidak akan berputus asa untuk memperkuatkan skuadnya.
"Kami akan mencuba segala-galanya pada musim panas ini untuk menambah beberapa muka baharu dalam skuad kami.
"Kami telah berjaya mendapatkan Kagawa dan Nick Powell dan kini masih berusaha dalam satu atau dua perkara lagi.
"Namun, saya tidak akan memberitahu pemain mana yang akan menyertai kami tetapi kami berusaha untuk menambah pemain dalam pasukan ini," katanya.
AFP
.
0 comments:
Post a Comment