Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Saturday, July 28, 2012

Aslam dan Afiq sertai The Red Warriors



Skuad Kelantan pada hari ini menerima kehadiran dua pemain pinjaman dari Kuala Lumpur FA.

Kedua-dua pemain berkenaan, Aslam Najumudeen dan Afiq Azmi, tiba di Kota Bharu lewat malam tadi, bertemu Pengurus Pasukan untuk minum malam dan kemudiannya dibawa ke penginapan mereka di Kelantan Trade Center.

Menurut Aslam, beliau dan Afiq bertolak dari Kuala Lumpur dengan dua kenderaan kira-kira jam 3 petang. Oleh kerana masih tidak mahir dengan laluan ke Kota Bharu, mereka menghabiskan masa yang agak lama dalam perjalanan, mengikut Terengganu. Kedua-dua pemain ini sempat berbuka puasa di Kemaman.

Ketibaan mereka yang disambut oleh Pengurus Pasukan dan Md Zuki di Sedak Dok Dek Kopitiam Jalan Dusun Muda, di mana kedua-dua pemain ini menyertai rakan-rakan pemain The Red Warriors yang lain untuk minum dan makan "colek".

Pemain-pemain Kelantan yang turut bersama ialah Mohd Daudsu, Nor Farhan, Nurul Azuan dan Zairul Firti.

Apabila ditanya tentang kesediaan untuk berlatih dan bermain bersama pasukan Kelantan, Aslam berkata beliau berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh Kelantan untuk membantu dalam saingan Piala Malaysia nanti. Afiq, pemain yang berasal dari Kangar, Perlis pula berkata, ia merupakan satu penghargaan untuk bersama-sama pasukan yang telah bergelar Juara FA dan Juara Liga Super 2012.

Aslam dan Afiq kelihatan teruja apabila Hj Azman memberitahu mereka untuk turut bersedia bagi saingan suku akhir pertama Piala AFC, menentang Arbil FC di Iraq.

Hj Azman memaklumkan, Kelantan hanya akan menggunakan dua pemain yang dipinjam dari Kuala Lumpur FA setelah pemain yang ketiga, Mafry Balang, terpaksa diketepikan kerana tidak diberi pelepasan oleh Sabah FA.

Amierul Hisham
TRW Bulletin


0 comments:

Post a Comment