Dua pertemuan dengan kelab EPL, Arsenal FC dan Manchester City, yang diatur untuk pasukan Kebangsaan adalah sebagai sebahagian daripada persiapan mereka untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi sebelum ini.
Walaupun keputusan dua perlawanan berkenaan tidak akan mengubah kedudukan skuad Negara dalam senarai ranking FIFA, FAM optimis pendedahan bermain bersama kelab termuka Liga Inggeris tersebut mampu memberi bayangan skuad negara yang akan di bawah berlatih di Austria pada hujung bulan nanti.
Empat pemain Kelantan adalah diantara pemain-pemain yang dipanggil untuk ujian; Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari, S. Subramaniam dan Norshahrul Idlah Talaha. S. Chanturu yang sebelum ini turut tersenarai terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.
Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
---
Seramai 27 pemain dipanggil menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan ini.
Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC pada 24 Julai sebelum menentang juara Piala Barclay 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai, kata Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 9.45 malam.
FAM juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut dari 4 hingga 16 Ogos depan.
Penyerang kebangsaan yang bermain di kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Mohd Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.
Selain itu, mereka yang dipanggil menyertai latihan ialah Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam (Kelantan); Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil (Pahang); Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah); Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A); Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC).
BERNAMA
.
0 comments:
Post a Comment