Permain terbaru Queen Park Rangers, Park Ji Sung berharap R akan turun menunjukkan permainan yang menghiburkan ketika bertemu pasukan Sabah XI di Kota Kinabalu malam nanti.
Ji Sung yang memang terkenal di rantau Asia ini, menjadi ikon setelah memperolehi 100 caps mewakili Korea Selatan berkata, "saya telah ke Asia beberapa kali bersama pasukan Manchester United, ini kali pertama saya datang bersama QPR."
Pertemuan QPR dan Pilihan Sabah (Sabah XI) akan berlangsung di Stadium Likas pada jam 8.15 malam ini.
Menurut Ji Sung lagi, beliau gembira dapat bersama QPR dan peminat di Sabah yang disifatkan beliau sebagai suatu pengalaman yang amat menarik.
"Saya tak sabar untuk kembara yang berikutnya.
"Saya berharap peminat akan datang beramai-ramai ke stadium menyaksikan perlawanan ini. Kita akan memperlihatkan permainan bola sepak yang berkualiti di tahap Liga Premier (Inggeris)", katanya.
"Peminat-peminat dari Asia sememangnya bersemangat dan ia amat baik untuk mendapatkan aura sokongan daripada mereka", kata Ji Sung sebelum meninggalkan stadium selepas tamat menjalani latihan.
Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.
0 comments:
Post a Comment