Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Tuesday, July 24, 2012

Menentang Gunners, Subra janji aksi terbaik


Ketika sebahagian besar pemain-pemain Kelantan yang lain sedang menikmati cuti mereka, ada yang masih meneruskan latihan bersama-sama skuad Kebangsaan bagi persediaan beberapa perlawanan persahabatan bulan ini. 

Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari, Nor Shahrul Idlan Talaha dan S. Subramaniam berada di kem latihan kendalian Rajagobal. Malaysia akan turun berhadapan pasukan Liga Perdana Inggeris malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Bagi saya semua pemain yang mereka miliki adalah berbahaya seandainya tidak diawasi dengan sebaik mungkin. Sebagai pemain pertahanan situasi memang sukar mengekang lawan namun saya sentiasa bersikap positif bagi memberikan aksi terbaik ketika diasak lawan yang sememangnya mempunyai berada pada tahap tersendiri.” - S. Subramaniam


Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

'KIKIS SIKAP HORMATI LAWAN'

Harian Metro

SIKAP terlalu menghormati lawan perlu dikikis seandainya skuad negara mahu ‘menghadiahkan’ sesuatu kepada peminat yang hadir memberikan sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal, malam ini.

Pandangan itu disuarakan tonggak pertahanan tengah negara, S Subramaniam yang kini bersaing sengit merebut tempat bagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal yang kini dalam rangka persiapan memilih barisan pemain terbaik bagi mempertahankan Piala AFF penghujung tahun ini.

Subramaniam, antara tonggak yang memainkan peranan membolehkan Kelantan meraih kejuaraan berganda musim ini berkata adalah penting untuk skuad negara memberikan sesuatu kepada peminat.

“Arsenal hadir membuat perlawanan latihan bagi menghadapi musim baru namun kita mempunyai kepentingan tersendiri, terutamanya kepada peminat,” kata pemainnya.

Namun situasi berlainan ketika skuad negara kendalian Rajagobal apabila tunduk 0-4 kepada anak buah Arsene Wenger menerusi jaringan Aaron Ramsey, Theo Wallcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Namun barisan pemain negara kali ini yang dihimpunkan selepas diuji sejak awal tahun diharapkan mampu memberikan saingan sengit dan persembahan terpuji seandainya sekali lagi ditewaskan Gunners yang tampil dengan barisan terkuat dalam Jelajah Asia 2012.

“Bagi saya semua pemain yang mereka miliki adalah berbahaya seandainya tidak diawasi dengan sebaik mungkin. Sebagai pemain pertahanan situasi memang sukar mengekang lawan namun saya sentiasa bersikap positif bagi memberikan aksi terbaik ketika diasak lawan yang sememangnya mempunyai berada pada tahap tersendiri,” katanya.

Rajagobal dijangka menurunkan barisan campuran membabitkan pemain lama dan baru dalam membentuk kombinasi mantap terutamanya dengan kehadiran bintang baru seperti Rozaimi Abdul Rahman dan penyerang Pahang, Azzamuddin Mohd Akil yang menyinar sejak beberapa aksi persahabatan bersama skuad negara sebelum ini.

Selepas Arsenal, skuad negara bakal berdepan cabaran lebih sengit apabila dijadualkan menentang juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City yang turut memilih Malaysia sebagai destinasi Jelajah Asia 2012 sebelum terbang ke Austria bagi memantapkan lagi persiapan menjelang Piala AFF yang berlangsung di Kuala Lumpur.
.

0 comments:

Post a Comment