Lim Irwan, Pengurus Pasukan Arema bersama Zuki |
PENGURUSAN dan pemain-pemain pasukan bola sepak AREMA Indonesia selamat sampai di Kota Bharu dengan penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur jam 5 petang tadi. Ketibaan mereka di lapangan terbang Sultan Ismail Petra disambut oleh pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) .
Rombongan pasukan seramai 22 orang yang diketuai oleh Presidennya, Soetanto Tjahjo, bertolak dari Surabaya dengan penerbangan jam 9 pagi.
Menurut Pengurus Pasukan Arema, Lim Irwan, Ketua Jurulatih Arema Dejan Antonic bersama Penolong Jurulatih Darko Vargec dan dua pemain mereka akan tiba secara berasingan pada malam ini dan malam esok kerana terpaksa menguruskan hal visa di Jakarta.
Pasukan Arema menginap di Hotel Grand Riverview Kota Bharu.
Lim Irwan yang baru empat bulan mengendalikan pasukan negara jiran itu berkata, pemain-pemain Arema sekarang sedang dalam proses penyesuaian selepas berlaku aktiviti "keluar masuk" pemain baru-baru ini.
Arema di barisi oleh pemain-pemain import dari Serbia, Slovakia, Latvia dan seorang pemain import Asia dari Australia.
Keputusan perlawanan terdahulu pasukan Kelantan dan Arema dilihat seimbang. Arema seri 1-1 dengan Ayeyawady United FC dan kalah 1-3 kepada Navibank Saigon, manakala Kelantan seri tanpa jaringan dengan Navibank Saigon dan tewas kepada Ayeyawady United FC 1-3.
Sidang akhbar pra perlawanan akan berlangsung di Hotel Grand Riverview pada 3 April, jam 10.30 pagi. Arema akan menjalankan sesi latihan mereka di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada jam 8.30 malam.
Oleh:
Amierul Hisham
0 comments:
Post a Comment