BRUNEI mungkin akan menyertai Liga Malaysia pada musim hadapan, manakala permintaan Johor FA supaya dapat menghantar dua pasukan negeri dalam liga yang sama ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Jika kita nak menjadi lebih baik, kita mesti (mencari peluang bermain di Liga Malaysia). Semakin banyak terlibat dalam pertandingan di luar negara, pasukan akan menjadi semakin baik," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei (Brunei FA), Tengku Sufri Bolkiah.
Tengku Sufri berkata demikian selepas skuad B21 Brunei muncul sebagai juara Piala Hananal Bolkiah.
Setiausaha AgongFAM, Datuk Azzudin Ahmad, juga mengesahkan niat Brunei FA untuk menyertai Liga Malaysia.
"Kita ada berbincang, tetapi secara tidak rasmi. Brunei FA belum menghantar permohonan rasmi, tapi kita percaya mereka akan berbuat demikian dalam waktu terdekat," kata Azzudin baru-baru ini.
Brunai pernah menyertai Liga Malaysia dan pernah menjadi juara Piala Malaysia 1999. Mereka turut menghantar DPMM FC untuk menyertai Liga Singapura.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA) di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden, telah menghantar permohonan kepada FAM untuk membolehkan dua pasukan negeri beraksi dalam saingan musim hadapan. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak oleh FAM.
Lima pasukan yang mewakili Johor pada musim ini ialah Johor FC (Liga Super), Johor, Muar FC, Johor Bahru City Council (kesemunyanya Liga Perdana) dan Melodi Jaya (Liga FAM).
Johor FA dikatakan tidak berminat untuk menghantar banyak pasukan dari selatan tanahair berkenaan untuk bertanding dalam liga.
0 comments:
Post a Comment