JURULATIH Arema, Dejan Antonic tetap optimis untuk pasukannya ke peringkat seterusnya bagi saingan Piala AFC walaupun tewas kepada Kelantan 0-3 di Kota Bharu baru-baru ini.
Walaupun Arema kini berada di kedudukan corot peringkat kumpulan dengan mengutip satu mata, Dejan menaruh keyakinan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk 2 perlawanan berikutnya mampu merapatkan jurang mata dengan Kelantan dan Ayeyawady United FC.
Arema akan lebih berhati-hati ketika bertemu Kelantan dalam perlawanan ke 4 Kumpulan H pada 10 April di Stadium Gajayana, Malang.
Ketika ditemui semasa sesi latihan di Singosari, Dejan berkata Arema mempunyai lebih daripada 6 peluang untuk menjaringkan gol.
"Pemain-pemain gagal mencetak gol walaupun defend lawan telah tewas, dan itu akan kami baiki dalam laga ulang di Gajayana esok di depan penyokong-penyokong Arema", ujar Dejan yang fasih berbahasa Indonesia.
Dejan dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Kelantan di Kota Bharu.
Sementara itu, dalam sesi temubual di hotel penginapan pasukan Kelantan pagi tadi, Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, berkata Kelantan tidak boleh berasa selesa walaupun berjaya menewaskan Arema di Kota Bharu dengan jaringan yang agak besar.
"Kita baru bertemu Sarawak 2 hari lalu dan akan bertemu Arema esok selepas mengharungi perjalanan yang jauh. Pemain-pemain masih keletihan."
"Kali ini Kelantan bukan bermain di Kota Bharu. Kita di tempat lawan. Arema akan mengambil peluang beraksi di depan penyokong sendiri untuk mengalahkan Kelantan", ujar Bojan.
Menurut Bojan lagi, beliau terpaksa membuat beberapa pertukaran pemain sebagai persediaan menentang Arema esok. Mohd Badhri Radzi akan direhatkan dan tugas sebagai Ketua Pasukan akan dipikul oleh pemain tengah Kelantan, Mohd Shakir Shaari. Beliau juga akan membuat beberapa penyesuaian di bahagian serangan dan pertahanan Kelantan.
Menurut Bojan lagi, beliau terpaksa membuat beberapa pertukaran pemain sebagai persediaan menentang Arema esok. Mohd Badhri Radzi akan direhatkan dan tugas sebagai Ketua Pasukan akan dipikul oleh pemain tengah Kelantan, Mohd Shakir Shaari. Beliau juga akan membuat beberapa penyesuaian di bahagian serangan dan pertahanan Kelantan.
"Arema seperti singa yang tercedera, dan tentu mereka akan bermain untuk 'membalas dendam' kekalahan yang lepas. Kita harus berdepan dengan mereka dan balik ke Kota Bharu selepas ini untuk perlawanan Liga Super. Kita tidak mahu menjadi seperti Terengganu", tambah Bojan.
Dalam perlawanan Liga Super pada 7 April lalu, Kelantan seri dengan Sarawak di Kuching. Kelantan bertemu Arema untuk perlawanan ke 4 peringkat Kumpulah H Piala AFC di Stadium Gajayana jam 3 petang waktu tempatan, sebelum kembali ke Kota Bharu untuk berdepan T.Team bagi satu lagi perlawanan Liga Super.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam Kumpulan H:
Kelantan FA 0-0 Navibank Saigon FC
Ayeyawady United FC 3-1 Kelantan FA
Kelantan FA 3-0 Arema FC
Arema FC 1-1 Ayeyawady United FC
Navibank Saigon FC 3-1 Arema FC
Kelantan FA 3-0 Arema FC
Oleh: Md Zuki & Amierul Hisham
0 comments:
Post a Comment