Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Thursday, April 5, 2012

AFC CUP : Arema Tewas Di Kota Bharu, Kelantan FA 3 - 0 Arema


AREMA tumpas 0-3 kepada Kelantan dalam saingan peringkat Kumpulan H, Piala AFC yang berlangsung di Kota Bharu pada 4 April yang lalu, hasil jaringan hatrik oleh penyerang import, Mohammad Ghaddar, pada minit ke 23, 48 dan 88.

Walaupun turun tanpa dibarisi pemain-pemain tunggak seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk menggempur kubu pertahanan pasukan pelawat. Shahrizan yang beraksi sebagai penjaga gol juga bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Andrew Barisic dan Legimin.

Pertahanan pasukan Arema yang cemerlang di awal permainan menyukarkan Antwi dan Ghaddar untuk menembusinya. Hermawan dan Fariz serta penjaga gol pelawat, Deniss, beberapa kali mematahkan percubaan dan menyelamatkan gawang mereka dibolosi penyerang Kelantan.

Kedudukan Kelantan 1, Arema 0, hasil jaringan Ghaddar pada minit ke 23, kekal hingga tamat perlawanan separuh masa pertama. Dua pemain Arema, Andrew Barisic dan Hermawan telah dilayangkan kad kuning pada minit ke 34 dan 45 oleh pengadil perlawanan, Kim Sang Woo, yang berasal dari Korea.

Kelantan meneruskan serangan sebaik saja wisel dibunyikan untuk separuh masa ke dua perlawanan.

Tidak menunggu lama, Ghaddar berjaya menambah jaringan Kelantan dan jaringan peribadinya pada minit ke 48 apabila tandukan beliau gagal diselamatkan oleh Dennis.

Arema hampir memecah kebuntuan mencari gol apabila tendangan Roman Chmelo terkeluar selepas terkena palang gol Kelantan. 

Perlawanan terus berlangsung panas dengan beberapa insiden memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada Nurul Azwan Roya (50'), Fariz Bagus (54') dan Ghaddar (73').

Ghaddar melengkapkan hatrik beliau dengan jaringan ke 3 untuk Kelantan pada minit ke 88.

Keputusan penuh, Kelantan 3, Arema 0. Dalam perlawanan yang lain dari kumpulan yang sama, Ayeyawady United FC tumpas 1-4 kepada Navibank Saigon yang kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan memungut 4 mata.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Arema,  Dejan Antonic, beranggapan pelawanan agak seimbang dan kesilapan pertahanan mereka menyebabkan gawang Arema bolos untuk tiga gol Kelantan.

Bojan Hodak, Ketua Jurulatih Kelantan berpendapat, Kelantan telah bermain dengan baik, walaupun pemain-pemain agak keletihan selepas bersaing dalam Liga tempatan. Beliau berkata, pasukan telah bermain untuk Tan Sri Annuar Musa dan penyokong Kelantan dan menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hadiah pasukan kepada Tan Sri Annuar Musa.

Bojan optimis Kelantan akan mengutip mata penuh di gelanggang lawan untuk pelawanan seterusnya.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 10 April di Malang, Indonesia.

KELANTAN
Mohd Shahrizan (PG), Subramaniam, Nwaneri Obinna, Shakir Shaari, Nurul Azwan (Indra Putra), Mohd Daudsu (Shahrul Azim), Badhri Radzi (KP), Rizal Fahmi, Mohamad Ghaddar (Faizol Nazlin)
Ketua Jurulatih : Bojan Hodak
Pengurus Pasukan : Azman Bin Ibrahim

AREMA
Fariz Bagus Dhinata, Roman Chmelo (Herman Rhomansyah), Andrew Barisic, Hermawan, Irfan Raditya, Putut Waringin Jati (Ahmad Amiruddin), Gunawan Dwi Cahyo, Legimin Raharjo (KP), Talaohu AbdulMushafry, Deniis Romanovs (PG), Marko Krasic (Anggo Yulian)
Ketua Jurulatih : Dejan Antonic
Pengurus Pasukan : Winarso

PEGAWAI PERTANDINGAN
Pengadil : Kim Sang Woo (Korea)
Pen Pengadil 1 : Kwang Yeol (Korea)
Pen Pengadil 2 : Kim Sung Il (Korea)
Pegawai ke 4 : Abdul Hannan Miron (Bangladesh)

KOMISIONER PERLAWANAN
Chen Yong Liang (China) 

Oleh:
Amierul Hisham


0 comments:

Post a Comment