PASUKAN Kelantan menjalani latihan seperti biasa pada petang semalam di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Bojan Hodak.
Hampir semua pemain turun menjalani latihan kecuali Azizi yang mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan di antara Skuad Presiden dan Skuad Belia B19 Kelantan beberapa hari yang lalu.
Ketika di temui, Azizi melahirkan rasa kecewa beliau kerana terpaksa sekali lagi berehat kerana kecederaan berkeenaan.
Sepanjang musim ini, Azizi hanya sempat beraksi sekali dengan pasukan, ketika perlawanan Piala Sumbangsih Januari lalu. Sebelum itu, beliau juga turun beraksi bersama pasukan dalam siri perlawanan persahabatan pra musim yang diadakan pada penghujung tahun 2011.
Azizi dikatakan akan menjalani rawatan susulan di Kuala Lumpur minggu hadapan.
Dalam temubual yang diadakan selepas sesi latihan, Bojan berkata beliau agak lega kerana tiada pemain utama yang cedera.
Kelebihan beraksi di tempat sendiri dan dengan keadaan stadium yang penuh dengan penyokong membantu pasukan untuk beraksi lebih baik, sebelum ke tempat lawan pada 1 Mei akan datang.
Bojan nyata gembira dengan persembahan Ghaddar yang kembali bersama skuad Liga Super Kelantan. Menurut Bojan, Ghaddar mampu mencipta jaringan ketika bertemu Kedah Sabtu nanti.
Norshahrul Idlan Talaha pula katanya, menjadi gandingan yang baik untuk Ghaddar.
Ikuti temubual ringak bersama Bojan Hodak melalui klip video di bawah:
0 comments:
Post a Comment