SAYA mengajak anda mengimbau kembali lapuran media selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Eksekutif 2010-2014 FAM diadakan Ogos 2010.
Lapuran mengesahkan "lantikan DiRaja" seperti yang saya sebut dalam artikel LEVERAGE sebelum ini. Tiada perbincangan, cuma pengumuman. Dan apa yang diusahakan oleh TSAM melalui Kertas Cadangan beliau diketepikan.
Untuk rekod, inilah satu-satunya mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden sehingga sekarang.
Sultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (29 undi)
Tan Sri Annuar Musa (23 undi)
Naib Presiden
Datuk Subahan Kamal (29 undi)
Datuk Hamidin Mohd Amin (28 undi)
Datuk Afandi Hamzah(19 undi)
Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim(19 undi)
Ahli Jawatankuasa Eksekutif
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Astaman Abdul Aziz
Mejar Rani Abdul Rahim
S.Sivasundram
Datuk Hamdan Mohamad Khalib
Rosmadi Ismail
Datuk Osman Salleh
Datuk Jeffery Low Han Chau
Saya tertarik pada kata-kata Tengku Abdullah selepas mesyuarat berkenaan yang meminta semua pihak bersabar untuk melihat berlakunya perubahan positif dalam semua jawatankuasa tetap FAM itu.
"Beri kami masa. Ini baru hari pertama semua ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM ini diberikan tugas masing- masing. Selepas mesyuarat pertama ini, kami akan mengadakan mesyuarat kedua pada minggu pertama Oktober depan," katanya.
Sekarang dah April 2012, setakat mana POSITIF yang boleh dilapurkan?
Nota:
Senarai Pengerusi Jawatankuasa Tetap pula seperti laporan arkib berita di bawah.
Oleh Amierul Hisham (TANPA IZIN)
--------------
ARKIB : Mesyuarat Pertama JK Eksekutif 2010-2014 FAM
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bagi menggantikan Datuk Che Mat Jusoh.
Pengumuman senarai pengerusi bagi 19 jawatankuasa tetap FAM itu telah dibuat sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
JKPT dianggap sebagai jawatankuasa paling popular dan sibuk di FAM kerana peranannya dalam menguruskan perjalanan saingan liga bola sepak tempatan yang merangkumi Liga Super, Liga Perdana, Liga FAM dan Piala Presiden.
Che Mat tidak dapat mempertahankan jawatan tersebut setelah tewas pada pemilihan 31 Julai lalu dan pemilihan Hamidin dianggap tepat berdasarkan pengalamannya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Dengan pelantikan tersebut, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai yang dipegang Hamidin, 45, sebelum ini kini diberikan kepada seorang lagi Naib Presiden FAM, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim.
Dua lagi Naib Presiden FAM iaitu Datuk Subahan Kamal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam manakala Datuk Afandi Hamzah mengekalkan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan.
Sementara itu, Sultan Ahmad Shah sendiri memegang dua portfolio iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan & Pengurusan.
Anakandanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Presiden FAM dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa.
Seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pula diberi peranan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dan Pengerusi Jawatankuasa Liga Super Malaysia (MSL).
Bagi lapan anggota Exco FAM pula, hanya empat dari- pada mereka dipilih untuk menjadi pengerusi jawatankuasa iaitu Datuk Astaman Abdul Aziz (Jawatankuasa Pengadil), Datuk Takiyuddin Hassan (Jawatankuasa Status Pemain), S. Sivasundaram (Jawatankuasa Tiket & Pintu) dan Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Jawatankuasa Perubatan Sukan).
Baki empat lagi Exco iaitu Mejar Rani Abdul Rahim, Rosmadi Ismail, Datuk Jeferey Low Han Cha dan Datuk Osman Salleh hanya dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan mungkin juga menjadi timbalan pengerusi jawatankuasa yang akan ditentukan kemudian.
Tengku Abdullah pada sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut berkata, semua pihak diminta bersabar untuk melihat berlakunya perubahan positif dalam semua jawatankuasa tetap FAM itu.
"Beri kami masa. Ini baru hari pertama semua ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM ini diberikan tugas masing- masing. Selepas mesyuarat pertama ini, kami akan mengadakan mesyuarat kedua pada minggu pertama Oktober depan," katanya.
--------------
Hamidin bos baru JKPT FAM

0 comments:
Post a Comment