Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Sunday, April 1, 2012

AFC Rombak Sistem Penilaian Kelab


KESATUAN Bola Sepak Asian (AFC) dijangka mengadakan rombakan sistem penilaian kelab bola sepak di rantau ini untuk membolehkan lebih banyak pasukan yang layak dari negara-negara Asia menyertai kejohanan di peringkat Antarabangsa.

Menurut Stuart Ramalingam, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MSL, yang kini berkhidmat dengan AFC yang berpengkalan di Bukit Jalil, sistem penilaian yang berpandukan kepada gred Liga utama negara menyebabkan banyak kelab bola sepak yang baik tidak dapat diketengahkan untuk aksi-aksi diperingkat yang lebih tinggi.

Stuart menggantikan seorang pegawai AFC dari Jepun yang bersara pada bulan lalu.

Untuk rekod. Liga Malaysia berada di taraf Gred D penilaian AFC, manakala negara-negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand berada di penilaian yang lebih baik. Lebih mengejukan Liga India diberi Gred B, jauh lebih baik daripada Liga Malaysia.

Banyak kriteria yang perlu diambil perhatian dalam usaha untuk memperbaiki penilaian berkenaan. Di antara yang penting adalah seperti aspek pengurusan Liga, kewangan, promosi dan kelab penyokong tempatan.

Menurut Stuart, kelemahan dalam pengurusan dan pentadbiran Liga tempatan telah menyebabkan banyak pasukan yang hebat "tersekat".

Dalam rombakan penilaian untuk penyertaan kejuaraan anjuran AFC, satu mekanisma baru akan digunakan untuk membuat penilaian terus ke atas kelab-kelab bola sepak tempatan. Kelab-kelab bola sepak yang memenuhi kriteria baru ini akan layak untuk berkasi di dalam kejohanan seperti ACL, walaupun kedudukan gred Liga tempatan tidak memenuhi piawaian AFC.

"Tidak adil untuk menafikan peluang kelab bola sepak yang baik, semata-mata kerana Liga yang mereka sertai tidak menapai tahap yang ditentukan," kata Stuart.

Jika perkara ini dapat direalisasikan, mungkin akan lebih banyak kelab-kelab bola sepak tempatan akan layak untuk pertandingan yang lebih tinggi, dan secara tidak langsung akan memeriahkan lagi kejohanan-kejohanan di peringkat Asia, bersesuai dengan tema AFC yang berbunyi, " The Future Is Asia".

Oleh Amierul Hisham

0 comments:

Post a Comment