Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Thursday, August 2, 2012

Format kempen Piala Malaysia diubah tahun depan


Apabila semakin banyak pasukan yang bertanding, secara rasional semakin hebat persaingan Piala Malaysia musim hadapan. 

Saya menyeru kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM supaya lebih menitikberatkan soal penjadualan pertandingan yang tentunya akan memakan masa yang lebih lama, supaya tidak bertindih dengan jadual pertandingan tempatan dan antarabangsa yang turut disertai oleh pasukan-pasukan berkenaan.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

FORMAT 16 pasukan yang bersaing dalam kempen Piala Malaysia musim ini akan menjadi yang terakhir apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan kesemua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bertarung.

Sistem itu akan digunakan mulai musim 2013 hingga 2016.

Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah, kejohanan 2012 bakal tinggal dalam lipatan sejarah kerana setiap pasukan layak menyertainya.

“Selepas ini, format 16 pasukan seperti sekarang sudah tinggal kenangan. Mulai tahun hadapan, pertandingan Piala Malaysia disertai 24 pasukan hasil gabungan dua liga utama negara.

“Untuk kempen kali ini, kejohanan ini akan dijadualkan bermula pada 25 Ogos 2012,” katanya selepas Majlis Undian Piala Malaysia di Dewan Merak Kayangan Felda di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, Afandi turut mengumumkan bahawa mulai musim depan tiada lagi status pemain pinjaman akan dibenarkan seperti yang berlaku ketika ini.

“Status pemain pinjaman juga dimansuhkan mulai tahun hadapan bagi kempen Piala Malaysia.

"Ini kerana kesemua pasukan layak beraksi dan tidak memungkinkan mereka bermain bersama pasukan lain,” katanya.


NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH, SINAR HARIAN
.

0 comments:

Post a Comment