Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Tuesday, August 7, 2012

Tiga jam bersidang untuk jatuh hukuman


Jawatankuasa Tatatertib FAM hari ini menjatuhkan hukuman kepada dua pemain Selangor, Amri dan Bunyamin yang didapati bersalah (walaupun mereka dah mengaku salah) mengasari pemain Kelantan, Ghaddar ketika pertemuan Liga Super di Kota Bharu.
  • Amri dan Bunyamin telah membuat pengakuan bersalah melalui jawapan bertulis.
  • Jawatankuasa Tatatertib bersidang selama tiga (3) jam.
  • Amri dan Bunyamin dihukum gantung 3 perlawanan dan denda RM1,500 setiap seorang.
  • Amri dan Bunyamin tidak boleh mengemukakan rayuan.
Kalau dah mengaku salah pun mengambil masa selama tiga jam untuk JK bersidang. Tak tahulah nanti berapa lama masa yang diambil untuk mendengar, mengadili dan menjatuh hukum (jika ada) kes Ghaddar.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

AMRI, BUNYAMIN DIGANTUNG TIGA PERLAWANAN

DUA pemain Selangor iaitu Bunjamin Umar dan ketua pasukannya, Amri Yahya digantung tiga perlawanan serta denda RM1,500 selepas mengaku bersalah berkelakuan ganas dan tiada semangat kesukanan terhadap pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar ketika saingan Liga Super baru-baru ini.

Hukuman gantung tiga perlawanan dan denda ke atas dua pemain berkenaan akan berkuat kuasa apabila bermulanya saingan Piala Malaysia 2012.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa kedua-dua pemain tersebut tidak boleh mengemukakan rayuan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang berkata, hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati kedua-dua pemain menghantar Borang A iaitu mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, perbicaraan Mohammad Ghaddar yang dituduh di bawah akta yang sama akan dibicarakan pada 10 Ogos.

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
SINAR HARIAN
.

0 comments:

Post a Comment