Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Tuesday, August 7, 2012

Hormati keputusan Rozaimi - Hamidin



SU Agung Persatuan Bola Sepak Selangor kata keputusan untuk menyertai Selangor dibuat oleh Rozaimi sendiri dan FAS telah mendapatkan Rozaimi melalui saluran yang sah.

Cuma saya tertanya-tanya, apabila Rozaimi turut menerima tawaran daripada Tero Sasana, selepas beliau diikat bersama Selangor utnuk kempen Piala Malaysia, adakah Datuk Hamidin, yang juga adalah "orang kuat" FAM secara proaktif tampil menerangkan kepada Rozaimi situasi berkenaan, atau sekadar berkata pada semua, "Rozaimi Selangor Al-Bab yang punya".

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

ENTAH di mana silapnya, kehadiran bintang muda, Rozaimi Abdul Rahman bersama Selangor sebagai pemain pinjaman bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini bagaikan tidak direstui banyak pihak.

Selain dianggap menutup ‘periuk nasi’ Rozaimi bagi menyarung jersi kelab Thailand, BEC Tero Sasana, skuad Gergasi Merah juga dikritik kerana tidak meminjam peledak berbisa negara, Mohd. Safee Sali.

Ia kerana khidmat Safee ketika ini tidak diperlukan kelabnya, Pelita Jaya sebaik saingan Liga Super Indonesia (ISL) 2012 berakhir baru-baru ini.

Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mempunyai jawapan berhubung perkara itu.

Menurut beliau, isu sebegini tidak wajar disensasikan memandangkan Rozaimi sendiri mahu membantu Selangor mengharungi Piala Malaysia, selain pihaknya juga mendapatkan khidmat penyerang muda Sabah itu mengikut saluran yang sah.

“Tuan punya badan sendiri (Rozaimi) sudah sahkan (mahu beraksi bersama Selangor), jadi semua pihak sewajarnya menghormati keputusan Rozaimi,” katanya semalam.

Tero Sasana sebelum ini dilaporkan mahu menawarkan kontrak secara tetap kepada Rozaimi ekoran usaha mendapatkan penyerang Indonesia, Titus Bonai menemui jalan buntu.

Namun, ia tidak semudah yang dijangka ekoran Rozaimi terlebih dahulu ‘diikat’ Selangor menerusi pinjaman bagi mengharungi Piala Malaysia bermula 22 Ogos ini, selain hasrat itu tidak mendapat pelepasan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, pihaknya juga tidak boleh mendapatkan khidmat Safee menerusi pinjaman gara-gara termaktub dalam undang-undang yang digariskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Mana-mana pasukan hanya dibenarkan meminjam pemain yang beraksi dalam negara bagi saingan Piala Malaysia, sebab itu kami tidak boleh mendapatkan khidmat Safee,” jelasnya.

Hamidin turut mengesahkan yang Rozaimi bakal menyarung jersi No. 33, signifikan dengan misi Selangor memburu Piala Malaysia ke-33 kali ini.

“Ia sebenarnya secara kebetulan memandangkan nombor tersebut (33 hingga 35) sememangnya dikhaskan untuk pemain pinjaman bukan sahaja untuk Sela- ngor tetapi juga mana-mana pasukan.

“Jadi, saya harap kehadiran Rozaimi kali ini dapat membantu Selangor berdepan ‘Misi 33’ dengan penuh membara,” katanya.

KOSMO

0 comments:

Post a Comment