Thursday, August 2, 2012

Skuad bola sepak IPT negara sasar emas pada AUG 2012 di Laos


Negeri Sembilan dan Sime Darby FC bakal diuji oleh Skuad IPT Negara dalam perlawanan persahabatan pada 4 Ogos (Paroi) dan 6 Ogos (UiTM) depan.

Semuga skuad IPT negara beroleh pengalaman yang berharga ketika berdepan dengan juara Piala Malaysia 2011 dan Naib Juara Piala FA 2012.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

Skuad bola sepak institusi pengajian tinggi negara menyasar untuk mendapat pingat emas pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 di Laos pada Disember ini, kata jurulatihnya Azman Eusoff.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya akan menyediakan pasukan yang mantap dengan menguji pemain melalui perlawanan persahabatan sebagai persiapan awal, menentang Negeri Sembilan di Paroi Sabtu ini dan Sime Darby FC di Stadium UiTM, Shah Alam Isnin ini.

"Saya mahu mendapatkan satu kombinasi pasukan yang mantap dan pasukan yang ada nanti dapat menunjukkan permainan setaraf pemain kebangsaan," katanya kepada Bernama.

Pada AUG 2008 di Kuala Lumpur, pasukan negara berjaya meraih pingat perak, bagaimanapun terkandas setakat peringkat kumpulan pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand.

Azman berkata pasukannya juga dijangka menggunakan khidmat empat pemain kebangsaan iaitu Mahalli Jasuli, S.Subramaniam, Mohd Bunyamin Umar dan Amir Ridzuan Taj Tajuddin.

Namun perkara itu belum dapat diputuskan kerana kedua-dua kejohanan AUG dan Piala AFF Suzuki yang melibatkan pemain kebangsaan itu akan berlangsung akhir tahun, katanya.

BERNAMA
.

0 comments:

Post a Comment