Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, March 24, 2012

Sarawak Jinakkan Harimau Malaya

SELAIN daripada perlawanan-perlawanan Suku Akhir Piala FA yang berlangsung pada 24 Mac 2012, bertempat di Stadium Sarawak di Kuching, berlangsung satu perlawanan persahabatan di antara pasukan Kebangsaan di bawah kendalian Datuk K Rajagobal dengan pasukan Sarawak.

Perlawanan yang bermula pada jam 8.00 malam terikat tanpa jaringan pada separuh masa yang pertama. Kesungguhan Sarawak turun memberi tentangan hebat kepada pemain-pemain ujian Harimau Malaya ternyata tidak memberi ruang untuk pasukan Kebangsaan mendahului dalam 45 minit pertama perlawanan.

Gol maruah pasukan Kebangsaan akhirnya berjaya diperolehi hasil jaringan Azmi Muslim dalam separuh masa yang kedua.

Kesilapan Azmi Muslim di bahagian pertahanan dihukum apabila Sarawak berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui pemain import mereka sebelum babak ke 2 perlawanan di tamatkan.

Sarawak beraksi dalam Liga Perdana pada musim lepas, berjaya melayakan diri untuk beraksi dalam Liga Super Musim 2012.

Keputusan penuh, Malaysia 1, Sarawak 1.

Oleh Amierul Hisham

FA CUP : Kelantan Terlalu Kuat Buat SPA, Bojan Puji Aksi Nwoha


STATUS selaku ‘giant-killer’ gagal membantu pasukan KL SPA meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala FA, apabila tewas 0-3 kepada finalis musim lalu, Kelantan, dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Meskipun berupaya menyaingi kehebatan Kelantan yang menurunkan kesebelasan utama mereka dari segenap sudut pada satu ketika, faktor kurang pengalaman nyata menjadi pemisah antara dua pasukan berbeza taraf ini.

Apapun, jurulatih KL SPA, Nizam Jamil gembira dengan permainan ditunjukkan anak buahnya, dan menyifatkan tiada apa untuk dihairankan dengan keputusan 3-0 kerana ia sudah dijangka, lebih-lebih ini kali pertama pasukannya beraksi disaksikan hampir 10,000 penyokong.

“Tiada apa yang mengejutkan, keputusan ini sudah dijangka, SPA dan Kelantan dua pasukan berbeza taraf. Memang kecewa 45 minit pertama kita bertahan dan menyerang dengan baik, tapi bolos seminit di masa kecederaan, tapi ia sudah dijangka, ini biggest game bagi kami, saya sudah jangka.

Apa yang saya gembira attitude pemain, mereka tidak takut, tidak terlalu hormati lawan, mereka cipta peluang, 2 percubaan kena tiang, overall kita bagus, kita lawan team bukan calang-calang, pasukan berpengalaman, pergerakan dan serangan Kelantan cukup tersusun, kita pula cuba sesuaikan diri dengan suasana permainan, ini juga kali pertama mereka main disaksikan hampir 10ribu penyokong, kita lawan pasukan kuat, ada 2 import, jadi saya tak boleh minta lebih daripada ini dari pemain saya, perlawanan ini bagi saya akan memberi pengalaman berguna kepada pasukan” – Nizam Jamil.

Nizam juga berpendapat pasukannya tidak mempunyai sebarang peluang mencipta kejutan pada aksi timbal balik di Kota Bharu Selasa ini, namun mengharapkan pemainnya mempamer komitmen dan menunjukkan semangat yang sama ditunjukkan seperti perlawanan pada malam ini.

Sementara itu di kem Kelantan, Ketua Jurulatih TRW, Bojan Hodak berpuas hati dengan kemenangan selesa yang dirakamkan hasil jaringan masa kecederaan babak pertama kapten pasukan, Badri Razi serta dua gol jaringan Norfarhan Mohd pada minit ke-54 dan 77.


“Saya akui pada awal permainan saya agak risau kita gagal jaringkan gol, ia memang biasa, dalam saingan Piala FA, pasukan yang lemah sentiasa berpeluang mencita kejutan ke atas pasukan kuat, ia masalah motivasi. Dan saya gembira akhirnya perlawanan berpihak kepada kami. Secara jujur, saya rasa kita boleh menang dengan jaringan lebih besar, tetapi menang 3 gol, kita dah cukup selesa kerana kita main di tempat lawan. Perlawanan kedua di tempat sendiri, jadi saya berpuas hati, yang penting kita menang dan ada kelebihan.

Saya rasakan di Kota Bharu juga kita tiada masalah untuk menang, tapi pemain saya perlu laksanakan tugas dengan baik, saya akan merehatkan beberapa pemain dan gilirkan dengan pemain lain, jadual kita agak padat dan pemain agak keletihan, semua pemain diberi peluang untuk buktikan sesuatu”.

Bojan juga memuji aksi penyerang importnya, Nwoha Onyekachi yang menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, dan melabel pemain itu sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada malam ini.

“Ya, memang dia belum bernasib baik untuk jaringkan gol, tapi malam ini dia mempamer aksi lebih baik berbanding sebelum ini. Dia melakukan beberapa percubaan, dan dia assist untuk gol pertama, kedua, dan ketiga. Farhan jaringkan dua gol, dan Nwoha pula assist 3 kali, jadi bagi saya Nwoha adalah pemain terbaik perlawanan”.


Ringkasan Perlawanan :

Minit 8 : Penjaga gol SPA, Mohd Nuraizat menyelamatkan percubaan kencang Indra Putra dan follow up Norfarhan.

Minit 9 : Rembatan S.Chanturu diselamatkan Nuraizat.

Minit 10 : Tandukan Indra Putra hasil sepakan sudut Piya sedikit tersasar.

Minit 13 : Percubaan Nwoha hanya sedikit tersasar di kanan gawang Nuraizat.

Minit 15 : Rembatan kencang Nwoha diselamatkan Nuraizat, tiada pemain untuk buat follow up.

Minit 32 : Sepakan percuma Piya dari luar kotak penalti diselamatkan Nuraizat.


Minit 41 : Peluang pertama buat SPA, kesilapan Obinna memberi ruang kepada Mohd Shafiq melakukan percubaan diselamatkan Shahrizan Ismail.

Minit 43 : Percubaan Khairol Azry yang terlepas dari kawalan Farisham Ismail, terkena tiang gol.

Minit 45+1 : GOL jaringan Piya, rembatan dari luar kotak penalti. 1-0.

Minit 47 : Norfarhan melakukan percubaan depan gol, diselamatkan Nuraizat sekali lagi.

Minit 54 : GOL. Nwoha membawa masuk bola ke dalam kotak penalti, dan melorongkan kepada Norfarhan, Farhan mudah menyepak masuk. 2-0.

Minit 56 : Tandukan Obinna hasil sepakan sudut Piya dikeluarkan di atas garisan gol oleh Sazali Suwandi.

Minit 60 : Percubaan kencang Muhd Nur Saiful dari luar kotak penalti mengegar tiang gol Kelantan ketika Shahrizan sudah tertewas.

Minit 77 : GOL. Percubaan Nwoha digagalkan Nuraizat, Norfarhan follow-up untuk gol ketiga. 3-0.

Artikel oleh: 
Aiman Aminul @ Suarasukan1mas

LIGA KELAB KAFA | Keputusan 23 Mac dan Jadual 24 Mac




FOTO : Sekitar Kursus Jurulatih Pra Lesen C


Di antara rakaman foto, sekitar aktiviti kursus yang diadakan di Padang Mardi dan Wisma KAFA.




VIDEO FA CUP QF1 | KL SPA FC 0-3 KELANTAN

Keputusan penuh masa, KL SPA FC 0 - 3 Kelantan. Gol-gol Kelantan hasil jaringan Badhri Radzi pada minit ke 45 dan dua gol daripada Nor Farhan pada minit ke 56' dan 81'


Kredit Video : http://www.facebook.com/SpeedGoalMalay


Artikel sebelum ini:

PIALA FA | KL SPA FC 0-3 KELANTAN

FA CUP : KL SPA FC 0-3 KELANTAN


RENTAK menyerang Kelantan diteruskan sebaik saja wisel dibunyikan untuk memulakan separuh masa ke 2 perlawanan. Bojan Hodak membuat pertukaran pemain pertama dengan memasukkan Nurul Azuan Roya, menggantikan S. Chanturu.

KL SPA FC dilihat cuba menyusun kembali jentera serangan mereka setelah dikejutkan oleh jaringan gol pertama Kelantan oleh Badhri Radzi pada mini ke 45 separuh masa yang pertama. SPA FC ternyata gagal mengimbangi kecemerlangan lawan apabila pemain import Kelantan, Nwoha, mengawal kemas hantaran bola kepadanya sebelum sekali membuka ruang, kali ini kepada Nor Farhan untuk menjaringkan gol pada minit ke 56.

Dua pertukaran susulan oleh Kelantan, memasukkan Zamri, menggantikan Zairul Fitree dan penampilan sulung penyerang skuad Presiden Kelantan, Shahiran, yang dibawa masuk untuk menggantikan ketua pasukan, Badhri Radzi.

Dalam keadaan SPA FC cuba mencari rentak permainan, Nwoha mencipta "hatrick" tersendiri apabila sekali lagi membuka ruang kepada Nor Farhan untuk menambah jaringan Kelantan pada minit ke 81.

Percubaan Nurul Azuan Roya hasil hantaran lintang Nwoha, hampir menambah jaringan Kelantan pada minit-minit akhir perlawanan.

Keputusan penuh masa, KL SPA FC 0 - 3 Kelantan. Gol-gol Kelantan hasil jaringan Badhri Radzi pada minit ke 45 dan dua gol daripada Nor Farhan pada minit ke 56' dan 81'

Dua lagi perlawanan Piala FA Suku Akhir I menyaksikan Kedan dan T.Team seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman, manakalan aksi panas di SSINS, Terengganu menang tipis 1-0, menewaskan Lions XII yang terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Ketua Pasukan merka dilayangkan kad merah.

Perlawanan seterusnya, Kelantan akan bertemu KL SPA FC di Kota Bharu pada 27 Mac 2012, bagi Suku Akhir ke II.

Kesebelasan utama Kelantan:
Shahrizan (GK), Daudsu, Obinna, Farisham, Zairul Fitri (Zamri), Shakir Shaari, Badri Radzi (C) (Shahiran), Indra Putra, Nor Farhan, Chanturu (Nurul Azuan), Nwoha

Artikel sebelum ini:
PIALA FA | KL SPA FC lwn KELANTAN - 45 minit pertama

Oleh Amierul Hisham

FA CUP : KL SPA FC lwn KELANTAN - 45 minit pertama



SERANGAN bertali arus oleh pasukan Kelantan sejak awal permainan gagal diterjemahkan menjadi jaringan gol walaupun memperolehi banyak peluang keemasan.

Di minit-minit awal, Chanturu hampir menjaringkan gol tapi telah ditampan keluar untuk sepakan sudut. Nwoha mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang di depan gol tapi tidak dimanfaatkan dengan baik.

Keadaan ini membuatkan KL SPA berkampung di kawasan sendiri dan menyukarkan pergerakan serangan pasukan Kelantan.

Satu serangan balas KL SPA setelah percubaan Daudsu gagal, hampir memberi kejutan kepada Kelantan apabila percubaan tersebut diselamatkan oleh tiang gol. Satu lagi percubaan berbahaya KL SPA dapat diselamatkan oleh Shahrizan selaku penjaga gol utama pada malam ini.

Kelantan akhirnya memecah kebuntuan pada minit-minit akhir separuh masa pertama perlawanan apabila lorongan yang dibuat oleh Nwoha disambar oleh Badhri Radzi yang merembat kencang dari luar kotak penalti KL SPA, menewaskan penjaga gol lawan.

Keputusan separuh masa pertama, KL SPA FC 0 - 1 Kelantan. Gol jaringan Badhri Radzi pada minit ke 45. Satu layangkan kad kuning kepada pemain Kelantan, Daudsu Jamaluddin.