Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 14, 2012

Suku akhir Piala AFC: Laluan Kelantan getir


Kenyataan TEKS dan VIDEO Pengurus Pasukan Kelantan, Tuan Haji Azman Ibrahim, selepas selesai proses undian Piala AFC 2012, di AFC House Bukit Jalil 14 Jun lalu.

Amierul Hisham
.
---


KELANTAN bakal berdepan dengan laluan getir dalam saingan suku akhir Piala AFC apabila diundi bertemu kelab dari Iraq, Arbil.

Saingan suku akhir bermula September ini.

Wakil tunggal negara itu akan memulakan aksi saingan suku akhir pertama di tempat lawan pada 18 September sebelum beraksi di gelanggang sendiri untuk aksi timbal balik pada 25 September.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, beraksi dalam saingan suku akhir AFC satu pengalaman berharga dan pendedahan kepada barisan pemain Kelantan.

"Kita menyedari kehebatan pasukan lawan, yang sememangnya hebat dan berpengalaman.

"Namun semua itu bukanlah penghalang kepada Kelantan untuk meneruskan saingan sekiranya pemain memberikan komitmen sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama, meskipun beraksi di tempat lawan dalam saingan suku akhir pertama merupakan satu kelebihan kepada Kelantan, namun itu tidak membuatkan The Red Warriors menarik nafas lega.

"Bagi pasukan yang berkualiti dan hebat, soal beraksi di tempat lawan atau sebaliknya bukan menjadi ukuran kejayaan sesebuah pasukan.

"Namun, bagi Kelantan sudah tentu kita menyasarkan keputusan seri dengan jaringan di tempat lawan untuk bekalan dalam saingan timbal balik di Kota Bharu," kata beliau yang ditemui pada Majlis Undian AFC di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang ini.

Selain Kelantan dan Arbil yang akan beraksi dalam saingan suku akhir, enam lagi pasukan akan turut mempamerkan kehebatan masing-masing.

Kelab dari Kuwait, Kuwait SC bakal bertemu Al Wehdat (Jordan) manakala wakil Indonesia, Arema Indonesia berhadapan Al Ettifaq (Arab Saudi).

Wakil Thailand, Chomburi pula menjadi tuan rumah untuk aksi pertama menentang kelab dari Syria, Al Shorta.

Saingan separuh akhir pertama dijadualkan pada 2 Oktober diikuti aksi timbal balik pada 23 Oktober dan final 3 November.

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
SINAR HARIAN
.

Nazmi Faiz teruja galas cabaran di Portugal


Pemain muda ini akan menandatangi kontrak secara rasminya untuk bermain bersama Beira-Mar pada 17 Ogos, selepas usia beliau genap 18 tahun.

Selamat berjaya Nazmi. Kita nanti kehadiran Ramli pula di Man U selepas ini.

Amierul Hisham
.
----
PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sudah bersedia untuk memperlihatkan aksi dan cabaran terbaik apabila menyarung jersi Beira-Mar bulan depan.

Nazmi yang muncul sebagai pemain pertama negara beraksi di Liga Portugal berkata, persiapan dari segi fizikal dan mental bertambah baik sambil mengakui teruja untuk beraksi bersama kelab Portugal tersebut.

Katanya, dia optimis mampu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Eropah berbekalkan pengalaman menjalani sesi pemilihan pemain Beira-Mar bulan lalu.

"Selepas menjalani ujian tersebut, saya yakin tiada masalah berhubung penyesuaian diri dari faktor cuaca, pemakanan dan corak permainan di sana.

"Fokus utama saya adalah memberikan aksi terbaik ketika beraksi di Portugal kelak.

"Selain itu, saya juga mahu menumpukan perhatian bersama skuad Harimau Muda yang akan menentang Qatar bawah 22 tahun pada Ahad ini," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada majlis kesyukuran di Lembah Keramat, Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, bapa Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu bahawa anaknya bakal menandatangi kontrak secara rasmi bersama Beira-Mar pada 17 Ogos ini.

Jelasnya, Nazmi akan ditemani kakaknya, Dr. Nazirah Farhah yang dilihat langkah terbaik untuk memberikan sokongan dari ahli keluarga terdekat.

Malah, Mansor yakin kehadiran Nazirah mampu menyuntik motivasi pemain itu untuk memberikan persembahan mantap ketika bersama Beira-Mar.

"Nazmi bakal menandatangani kontrak pada 17 Ogos ni secara rasmi selepas usia Nazmi genap 18 tahun.

"Ejen Nazmi bersama jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee akan menyelesaikan urusan berkait dengan permit kerja dan sebagainya bersama kedutaan Malaysia di sana.

''Saya juga berdoa supaya dia berjaya di sana dan mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong karier Nazmi.

"Dan, saya yakin dengan kehadiran ahli keluarga ketika Nazmi berada di Eropah mampu memberikan semangat lebih kepada Nazmi nanti," katanya.

Pemain berusia 18 tahun itu berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal tersebut.

Kejayaan Nazmi itu hadir sejurus pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya menarik perhatian pihak pengurusan Biera-Mar pada ujian pemilihan pemain pada Mei lalu. 


MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
SINAR HARIAN
.

'Kehilangan' Forkey Doe jadi tanda tanya skuad Terengganu


Ini kisah tentang seorang pemain import yang "hilang" setelah diberi pelepasan untuk membantu pasukan negara asalnya dalam satu perlawanan antarabangsa.

Hilang dan Jumpa (lost and found) sekarang bukan sesuatu yang aneh dalam sukan bola sepak tanah air. Suatu ketika dulu, pernah dikhabarkan seorang jurulatih "menghilangkan" diri dan apabila muncul semula, beliau meninggalkan pasukan.

Kisah yang sama untuk Francis Forkey Doe? Harap-harapnya tidak.

Amierul Hisham
.
---

KUALA TERENGGANU - Kehilangan penyerang berbisa Francis Forkey Doe menjadi tanda tanya kepada jurulatih Terengganu, Peter Butler ketika melakukan percaturan pemain bagi menghadapi pasukan T-Team pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam esok.

Pemain berusia 26 tahun dari Liberia itu, yang menjadi idola peminat skuad Penyu itu, masih belum pulang ke pangkuan pasukan selepas menggalas misi antarabangsa bersama pasukan negaranya.

Kegagalan Forkey Doe pulang ke Terengganu tanpa sebarang berita telah menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan kepada Butler yang terpaksa berdepan dengan masalah tiga lagi pemain tonggak yang masih belum pulih daripada kecederaan.

"Beliau sepatutnya kembali pada 4 Jun lalu tetapi belum lagi...beliau juga tidak menghubungi saya atau pihak pengurusan untuk menjelaskan perkara sebenar," kata Butler kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya amat kecewa dengan kelakuannya...kita mahukan pemain yang komited dan dia tidak menunjukkan apa-apa komitmen kepada saya atau pasukan," jelasnya.

Selain Forkey Doe yang 'hilang' tanpa berita, ketua pasukan Marzuki Yusof, Ashaari Shamsudin dan pemain import Erison Da Silva dari Brazil masih belum pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, Butler menegaskan bahawa pasukannya mempunyai pemain yang mampu merobek gawang lawan bagi mengumpul mata penuh pada aksi menentang pasukan yang berstatus kelab itu.

Jelasnya kedudukan itu tidak mencacatkan barisan penyerang apabila Abdul Manaf Mamat telah kembali untuk meneruskan pertarungan walaupun masih belum pulih 100 peratus daripada kecederaan selepas menjalani pembedahan di bahagian buku lali, awal bulan lepas.

Sementara itu jurulatih T-Team Yunus Alif berkata pihaknya kehilangan kapten Zairo Anuar Zailani yang mengalami kecederaan pangkal paha serta penyerang Brazil, Marco Tulio, yang mengalami ketegangan otot betis.

"Kehilangan kedua-dua pemain itu adalah satu tamparan besar kepada kami tetapi kami mempunyai Faiz Subri dan Fadzli Shaari yang boleh meningkatkan
serta mengerakkan jentera pasukan.

Terengganu kini menghuni tangga keenam dengan mengumpul 27 mata dalam saingan Liga Super manakala T-Team di tangga keempat dengan kutipan mata yang sama namun berbeza dari segi jaringan. 

- Bernama

Arsenal turun skuad terbaik hadapi Malaysia 24 Julai



Ia satu perlawanan elit, Malaysia bertemu Arsenal. Sayangnya, impresi pertama pengendalian sidang media tidak mencerminkan gah perlawanan ini. Terlalu santai, seperti sedang menunggu teh tarik dan roti canai sampai, seperti Bola Mamak.

Amierul Hisham
.
---

KELAB gergasi England, Arsenal menjanjikan skuad terbaik pada pertemuan menentang pasukan kebangsaan sempena jelajah pramusim mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Julai ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Gonella yang membayangkan bintang-bintang utama The Gunners seperti Robin Van Persie, Theo Walcott, Mikel Arteta dan pemain yang baru ditandatangani, Lukas Podolski dijangka beraksi menentang Harimau Malaya.

Malah, Gonella menyifatkan Arsenal begitu teruja untuk kembali beraksi menentang skuad kendalian Datuk K. Rajagobal, buat kali kedua, selepas kali terakhir The Gunners menewaskan Malaysia 4-0, Julai lalu di Stadium Bukit Jalil.

Beliau percaya dengan para penyokong setia The Gunners mampu memenuhi stadium menjelang perlawanan nanti.

"Suasana penyokong-penyokong setia The Gunners di sini begitu menakjubkan. Kami sangat berbesar hati kerana dapat beraksi kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil dan saya yakin perlawanan kali ini begitu mendebarkan.

"Arsenal akan menurunkan pemain-pemain utama antaranya Robin Van Persie, Mikel Arteta, Tomas Rosicky dan pemain baru, Lukas Podolski serta lain-lain.

"Saya percaya mereka mahu beraksi di hadapan penyokong-penyokong setia The Gunners di negara ini sebagai balasan untuk membalas budi mereka kerana sentiasa memberikan sokongan kepada kelab ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran penjualan tiket Arsenal menentang Pilihan Malaysia di Jalan Telawi 2, Bangsar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents, Julian Kam menjangkakan kehadiran penyokong akan meningkat berbanding tahun lalu.

"Kami menjangkakan kehadiran jumlah penyokong-penyokong akan meningkat berbanding tahun lalu, 65,000 orang," jelasnya.

Sidang media tadi turut dihadiri Naib Presiden dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masing-masing Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Azzuddin Ahmad.

Tiket-tiket akan dijual di kedai barangan sukan Nike yang terpilih mulai 15 Jun sehingga 21 Jun ini, pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388.


MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN 
SINAR HARIAN
.

Annuar Musa saman FAM


Dalam lapuran berita KOSMO ini, dikatakan FAM memberi pengesahan telah menerima saman pemula yang dikemukakan oleh Tan Sri Annuar Musa kepada FAM selaku defenden pertama dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebagai defenden kedua.

Walau bagaimanapun, penulis mungkin khilaf apabila menyebut "Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan...." dengan merujuk kepada Tan Sri Annuar Musa. 

Tan Sri Annuar Musa MASIH Presiden KAFA, dan MASIH Timbalan Presiden FAM.

Amierul Hisham
.
---

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima saman daripada Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa pada Jumaat lalu.

Annuar yang digantung selama dua tahun enam bulan, telah memfailkan saman pemula terhadap badan induk bola sepak negara itu berhubung kes penggantungannya pada 7 Jun lalu.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu digantung selepas melanggar statut FAM iaitu artikel 88 yang mana beliau tidak dibenarkan memberikan kenyataan umum kepada pihak media pada 4 April lalu.

Annuar didakwa mengkritik skuad kebangsaan secara terbuka dan melanggar arahan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Namun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan bahawa tindakan saman tersebut bukan untuk mencabar proses penggantungannya tetapi sebaliknya berkait dengan perlanggaran undang-undang yang dibuat terhadap hukuman ke atas beliau.

Mengulas isu tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihak FAM akan menjalani prosedur undang-undang sebagaimana saman yang dinamakan ke atas FAM sebagai defendan pertama dan beliau sebagai defendan kedua.

Katanya, kes pengurusan akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 19 Jun ini.

“Sebagaimana yang dititahkan oleh Sultan Ahmad Shah, kita dapat mengesahkan telah menerima saman daripada Tan Sri Annuar Musa dan kita akan ikut proses undang-undang untuk menyelesaikannya.

“FAM akan mengikuti prosedur biasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam sistem perundangan kita,” katanya kepada pemberita majlis pelancaran tiket Arsenal menentang Malaysia XII di Bangsar Baru, Kuala Lumpur semalam.

Ditanya mengenai alasan saman tersebut, Azzuddin enggan mengulas lebih lanjut dan tidak mahu membincangkan perkara itu sebelum diputuskan oleh pihak mahkamah.

Sementara itu, Azzuddin turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden media yang tidak dibenarkan memasuki kawasan kerja di Stadium Shah Alam ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Singapura, Selasa lalu.

Jelasnya, meskipun memahami peranan penting media, namun beliau berharap agar petugas-petugas media dapat memahami peraturan-peraturan ketika berada di kawasan stadium.

“Daripada apa yang saya baca pada laporan media, ia memohon kelonggaran daripada pihak FAM.

“Namun, FAM dengan dukacitanya dan memohon maaf kerana tidak dapat melonggarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Oleh kerana ini satu perlawanan antarabangsa ketika menentang Singapura, tiap-tiap peraturan yang digariskan oleh FIFA dalam panduan media FIFA, FAM terpaksa patuh dan akur,” ujarnya.

AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
.

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia Catat Kemenangan Selesa 2-0 Ke Atas Singapura Pada Perlawanan Persahabatan


Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Singapura pada perlawanan persahabatan timbal balik di Stadium Shah Alam Selasa malam.

Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 2-2 pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lepas.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing Datuk K. Rajagobal membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi tandukan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd Ali hasil hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri padang.

Kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim cuba menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-34 namun ditepis keluar penjaga gol lawan, Mohamed Hyrulnizam Jumaat.

Usaha bertali skuad pelawat yang dibimbing jurulatih dari Serbia Radojko Avramovic mencari gol penyamaan tidak kesampaian apabila benteng pertahanan negara dikawal ketat oleh Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Skuad Harimau Malaya berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-61 menerusi Mohd Safiq yang melakukan sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Perlawanan malam ini turut menyaksikan pemain tengah Singapura Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain tengah Harimau Malaya, Mohd Bunyamin Umar pada minit ke-68.

Sementara itu, Ketua Jurulatih negara, K.Rajagobal berkata beliau berpuas hati dengan kejayaan malam ini dan ia menunjukan semua pemain bermain dengan bersungguh-sungguh.

"Saya puji mutu persembahan semua pemain yang dapat kekal dalam tempo tinggi sehingga ke akhir perlawanan dan ia adalah satu peningkatan bagi skuad Harimau Malaya," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

-- BERNAMA
.

Perlawanan persahabatan: Rekod tanpa kalah Singapura lebur


SKUAD Harimau Malaya akhirnya mempamerkan taring sebenar apabila meleburkan rekod tanpa kalah selama lapan tahun apabila menewaskan Singapura 2-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Harimau Malaya yang beraksi di hadapan 25,000 para penyokong mempamerkan aksi mantap serta beberapa percubaan mereka gagal menembusi sasaran.

Penyerang Negeri Sembilan yang sedang meningkat naik, Ahmad Shakir Ali berjaya memecah kebuntuan dengan menanduk masuk bola hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Malaysia dilihat banyak mendominasi babak pertama perlawanan dan melancarkan serangan berbahaya ke gawang Singapura.

Serangan skuad Singapura pula berjaya dipatahkan oleh gandingan pertahanan, Aidil Zafuan dan Amiridzwan Taj Tajudin serta ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada aksi babak kedua, Harimau Malaya mempamerkan aksi yang serupa untuk menambah gol.

Jentera tengah yang diketuai Safiq Rahim juga banyak mendominasi berbanding Singapura.

Namun, Malaysia banyak membuat serangan melalui pemain sayap.

Gerakan menarik menerusi pemain sayap, S. Kunalan dan Azamuddin Akil juga berjaya mengucar-kacirkan benteng Singapura.

Kapten pasukan, Safiq Rahim berjaya menambah gol kedua pasukan selepas membuat sepakan percuma cantik menewaskan penjaga gol, Hyrulnizam Juma'at pada minit ke-61.

Selang empat minit kemudian, penyerang sensasi, Safee Sali dibawa masuk untuk menguatkan lagi jentera serangan dengan menggantikan penjaring gol pertama, Shakir Ali.

Pada minit ke-67, insiden kekasaran berlaku, pemain Singapura, Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah selepas mengasari Norshahrul Idlan.

Malaysia mengawal tempo permainan dengan baik sehingga tambahan masa empat minit pada waktu kecederaan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Pada pertemuan di Stadium Jalan Besar Jumaat lalu, pasukan Harimau Malaya mencatat keputusan seri 2-2, walaupun berjaya mendahului dengan kelebihan dua gol.

Sebelum ini, Malaysia tewas di tangan Singapura menerusi agregat 4-2 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lepas.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang ialah pada 12 Julai 2004, ketika itu dikendalikan oleh Allan Harris. Skuad Harimau menang 2-0 pada perlawanan persahabatan.


Senarai kesebelasan utama:

Malaysia:

22. Khairul Fahmi Che Mat
5. Bunyamin Omar
7. Aidil Zafuan
11. Amiridzawan Taj Tajudin
27. Fadhli Shas
15. K.Gurusamy
8. Safiq Rahim (k)
6. Azamuddin Akil
16. S.Kunalan
20. Shakir Ali
9. Norshahrul Idlan Talaha

Jurulatih: Datuk K.Rajagobal

Singapura:

18. Hyrulnizam Juma'at
4. Isa Abdul Halim
5. Baihakki Khaizan (k)
15. Mustafic Fahrudin
13. Raihan Rahman
8. Shahdan Sulaiman
19. Irwan Shah Arismail
16. Bennett Daniel Mark
10. Firdaus Kasman
25. Qiu Li
9. Alexander Duric

Jurulatih: Radojko Avramovic


MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
SINAR HARIAN
.