JANGAN terlalu bermegah dengan kejayaan menewaskan Sri Lanka. Demikian nasihat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada barisan pemain skuad senior negara yang membenam 6-0 lawan menduduki ranking ke-181 dunia itu, minggu lalu.
Bukan tidak berasa bangga dengan kemenangan itu, sebaliknya Tengku Abdullah, berkata kejayaan membenam Sri Lanka adalah satu episod kemenangan saja, apatah lagi ia hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.
“Saya rasa kita tidak haruslah berasa terlalu bermegah kerana ia adalah perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF tidak lama lagi.
“Banyak lagi perlawanan yang akan dihadapi skuad negara pada masa akan datang. Apa yang penting ialah kita perlu mempamerkan aksi sama pada perlawanan-perlawanan selepas ini.
“Inilah (kemenangan) apa yang dimahukan oleh setiap peminat bola sepak. Untuk itu, saya harap mereka (pemain) sedar kehendak semua pihak,” katanya pada sidang media semalam.
Tambah Tengku Abdullah lagi, kejayaan itu juga diharap dapat memberi suntikan semangat kepada setiap pemain untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu, skuad negara dilihat mudah membenam Sri Lanka dengan menyaksikan kecemerlangan pemain muda termasuk Ahmad Hazwan Bakri yang meledak hatrik.
Namun di sebalik kemenangan itu, ada yang menganggap kejayaan skuad negara tidak memberi sebarang makna kerana sekadar bertemu lawan yang berada pada ranking lebih rendah berbanding 156 yang dihuni oleh anak buah K Rajagobal.
Ia adalah aksi antarabangsa kelas A kedua Harimau Malaya tahun ini selepas sekadar seri dengan Filipina 1-1 di Manila, Februari lalu yang menyaksikan skuad negara menerima kritikan hebat selepas itu.
Antaranya termasuklah isu ranking dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal tidak panik dengan kedudukan terbaru Malaysia di tangga ke-156 dunia, penurunan paling buruk sejak Januari lalu, berbanding 148 apabila menganggap ranking tidak penting kerana ia tidak menggambarkan kekuatan sebenar Harimau Malaya.
Namun pendirian dua individu berkenaan bercanggah dengan Tengku Abdullah yang sebelum ini menyatakan semua pemain dan pihak pengurusan perlu sedar betapa kedudukan Malaysia dalam ranking Fifa memberi implikasi kepada perkembangan bola sepak tanah air.

saifulaffendy@hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment