Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, March 31, 2012

Isu FAM: Ada usaha cantas Annuar



KELAB Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan menyifatkan kemelut yang dihadapi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa adalah usaha mencantas beliau untuk berada di peringat lebih tinggi dalam persatuan.

Pengerusinya, Yahya Jamada Ali mendakwa, terdapat pemimpin persatuan yang dilihat tidak senang dengan pandangan positif daripada Annuar untuk melihat mutu persembahan pasukan bola sepak.

Yahya turut mempersoalkan, mengapa wujudnya usaha mencantas Annuar, sedangkan lontaran pandangan berkenaan perlu dinilai daripada sudut positif demi masa depan pasukan bola sepak negara.

"Adakah dengan ini adalah cara untuk menyekat Annuar, sedangkan beliau mempunyai kewibawaan dan wawasannya dalam arena bola sepak negara.

"Mungkin ada yang takut apabila melihat Annuar berani memberikan idea sebenar dan inilah yang akhirnya dihadapi oleh beliau," katanya.

Yahya menyifatkan Annuar sangat cemerlang dan menonjol dalam membawa pasukan bola sepak Kelantan dan beliau mempunyai hala tuju untuk melihat kualiti persembahan kumpulannya.

Yahya turut membayangkan kemungkinan Annuar akan menerima nasib sama seperti bekas Naib Presiden, Allahyarham Datuk Basri Akil yang lantang bersuara mengkritik FAM.

"Bagi saya tidak ada siapa yang berani bersuara dan membuat teguran di dalam mesyuarat dengan kehadiran pucuk pimpinan tertinggi persatuan, jadi pandangan Annuar adalah positif," katanya.

Beliau tidak bersetuju tindakan FAM membawa Annuar ke Jawatankuasa Disiplin, sebaliknya sepatutnya dibincangkan dengan rasional.

"Adakah FAM ini kebal, tidak ada sesiapa boleh menyuarakan pandangan untuk kebaikan bola sepak negara," katanya.


Oleh Sinar Harian

Friday, March 30, 2012

LIGA SUPER : Kelantan Tekad Kekal Kedudukan Pendahulu Liga



SEKALI lagi, Kelantan akan turun menentang pasukan Felda United dalam saingan Liga Super tanpa tunggak utama mereka.

Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada 30 Mac 2012 mengesahkan Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi, Azizi, Subramaniam, Mat Aziz, Farisham dan Ramzul berada dalam senarai pemain yang tercedera.

Keadaan itu memaksa Bojan menggunakan pemain gantian untuk diserapkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 31 Mac 2012.

Bojan optimis Kelantan mampu mengutip 3 mata penuh daripada perlawanan menentang Felda United. Beliau percaya Nwoha yang bakal diturunkan sebagai penyerang bergandingan dengan Norfarhan mampu meletakkan Kelantan di kedudukan yang selesa.

"Jadual perlawanan yang terlalu rapat menyebabkan pemain-pemain keletihan," ujar Bojan.

"Pemain terpaksa bersedia untuk bersaing dalam 3 kejohanan, Liga Super, Piala FA dan Piala AFC. Kita perlu semua pemain sedia untuk diturunkan kerana dua perlawanan di tempat lawan (Sarawak dan Indonesia) sebelum bertemu Kedah untuk Separuh Akhir Piala FA memerlukan kita bertukar-tukar pemain, " sambung beliau.

Menjawab soalan tentang Norshahrul yang telah lama direhatkan kerana kecederaan, Bojan yakin pemain penyerang itu dapat beraksi semula pada perlawanan menentang Kedah di Kota Bharu, 21 April nanti.

Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin

PIALA PRESIDEN : Kelantan Tepati Ramalan, Tewaskan MBJB 3-1


KELANTAN menepati ramalan apabila menewaskan MBJB FC 3-1 dalam saingan pusingan ke 2 Piala Presiden yang berlangsung di Kota Bhau pada 29 Mac 2012.

Kelantan melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan melalui gandingan Aris Zaidi dan Shahiran yang bermain di bahagian hadapan.

Walau bagaimanapun, serangan-serangan tersebut gagal menghasilkan gol disebabkan kawalan baik pertahanan dan penjaga gol MBJB FC, Amirul Asraf.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama oleh pihak lawan, hasil serangan balas jaringan Ridzuan Yunus pada minit ke 27, setelah menewaskan 3 pemain pertahanan pasukan Kelantan.

Keputusan kekal dengan Kelantan ketinggalan 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kelantan memulakan permainan separuh masa ke 2 dengan pergerakan yang lebih meyakinkan dengan beberapa siri percubaan oleh Shahiran dan Nurfirdaus.

Gol pertama Kelantan akhirnya diperolehi daripada percubaan oleh pemain gantian, Azyu Ikmal pada minit ke 74. Tidak menunggu lama, Kelantan menambah jaringan melalui jaringan cantik oleh Norsyahrul Hawari 3 minit selepas itu.

Kelantan dianugerahkan sepakan penalti apabila Shahiran dikasari oleh Rafef Raya dalam pergelutan di depan pintu gol MBJB FC.

Shahiran menyempurnakan sepakan tersebut dengan baik untuk gol ke 3 Kelantan pada mini ke 83. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan, Kelantan 3, MBJB FC 1.

Kelantan akan bertemu SSTMI di Kota Bharu untuk perlawanan seterusnya pada 5 April 2012.

Kesebelasan Utama Kelantan
Md Ramdhan - PG (Judtanna A/L Eh Put), Muizzuddin Marzuki, Mohamad Zabeel, Faizol Nazlin - KP, Mohamad Asif ( Muhamad Azmi Hamzah), Muhd Shahiran, Mohd Aris Zaidi (Mohd Manaf Mansor), Muhd Firdaus (Md Azyu Ikmal), Md Norsyahrul Hawari, Md Nurfirdaus, Tn Muhamad Faim

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN 29 MAC 2012

SABAH 3 - 1 PDRM
SSBJ 5 - 2 T.TEAM
SIME DARBY 1 - 1 SSTMI
KELANTAN 3 - 1 MBJB FC
KEDAH 5 - 1 SDMPP

KEDUDUKAN (sehingga 29 Mac 2012)

  1. SABAH (35)
  2. KEDAH (28)
  3. KELANTAN (27)
  4. SIME DARBY (27)
  5. T-TEAM (25)
  6. SSTMI (21)
  7. MBJB FC (16)
  8. JOHOR (15)
  9. SSBJ (15)
  10. PDRM (8)
  11. MELODI JAYA FC (8)
  12. MELAKA (6)
  13. PULAU PINANG SDM FC (4)
Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin











Thursday, March 29, 2012

Presiden FAM, berundurlah


SAYA mengambil masa yang agak lama kali ini untuk menulis tentang senario terkini melibatkan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, yang dituduh telah melanggar peraturan FAM.

Kenyataan Presiden FAM yang diterbitkan oleh BERNAMA buat saya tertanya-tanya bagaimana pendekatan integriti diamalkan oleh badan bola sepak induk negara itu. 


Presiden FAM, dengan secara terbuka telah menyatakan "pendapat" baginda bahawa Tan Sri Annuar Musa telah melakukan kesalahan yang amat besar. 

Merujuk kepada dua pertuduhan yang dikenakan kepada Tan Sri Annuar Musa, Presiden FAM, ketika sidang media menyifatkan tindakan Timbalan Presiden tersebut sebagai "bodoh", jelas menyalahi peraturan persatuan dan patut dikenakan tindakan.

Tanpa mempersoalkan pertuduhan yang dikenakan ke atas Tan Sri Annuar Musa (walaupun masih banyak yang boleh dipersoalkan), saya berasa sedikit janggal apabila kenyataan Presiden FAM tersebut diterbitkan  oleh media.

You are GUILTY unless you prove yourself to be otherwise.


Presiden FAM, sebagai "orang lama" di dalam persatuan, sepatutnya "lebih arif" untuk tidak mengulas perkara yang sekarang di dalam kuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, sebuah jawatankuasa yang dikatakan terdiri daripada mereka yang "berkecuali". 

Tindakan Presiden FAM membuat kenyataan seperti yang diterbitkan oleh media arus perdana bertarikh 29 Mac 2012, ternyata suatu tindakan yang dilihat secara terang, cuba mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM, di mana baginda sendiri tidak ada kuasa di dalamnya.


Malang sungguh bagi seorang Presiden yang telah lama memimpin dengan "cemerlang" badan induk bola sepak negara ini tidak bijaksana apabila bertitah (merujuk kepada laporan media berkenaan). Sepatutnya, pada pendapat saya, Presiden FAM menggunakan pendekatan berkecuali apabila ditanya tentang sesuatu kes yang "dalam perbicaraan mahkamah".

Kertas pertuduhan telah disiapkan pleh Jawataknkuasa Tataterib FAM dan telah diserahkan kepada Orang Kena Tuduh (OKT). OKT pula telah menjawab pertuduhan terhadap beliau, dengan menyertakan dokumen pembelaan diri, seperti yang disyaratkan dalam surat pertuduhan berkenaan. Sesi pendengaran pula telah ditetapkan pada 4 April 2012 (tarikh pasukan bola sepak bimbingan OKT bertemu dalam saingan penting AFC).

Semuanya telah dibuat mengikut prosidur dan masing-masing menunggu 4 April 2012 bagi kertas pertuduhan dibaca dan pembelaan dibuat.

Malangnya secara tiba-tiba, Presiden FAM telah mendahului, sama ada secara sedar atau tidak, "jatuh hukum" melalui titah seperti laporan media. Tidak salah saya katakan, titah tersebut akan sedikit sebanyak mempengaruhi "keputusan penghakiman".

Saya ucap syabas kepada Presiden FAM yang "tahu" hal semasa walaupun berada di luar negara sewaktu perkara ini berlaku.

Apa yang telah Presiden FAM dengar? Siapa dan bagaimana taklimat berkenaan hal ini disampaikan kepada Presiden? Adalah Presiden menjawab pertanyaan media berdasarkan apa yang dilaporkan media? Atau SU Agong telah secara terperinci memaklumkan senario yang melibatkan Tan Sri Annua Musa? Adakah Presiden FAM juga dimaklumkan tentang kes-kes yang "terlepas", termasuk yang melibatkan SU Agong sendiri?

Apabila ramai pencinta sukan bola sepak tanah air menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap FAM dan kepada Presiden FAM, saya mengambil pendekatan berkecuali. 

Tetapi sesudah membaca laporan media dan berfikiran semalaman sebelum menulis, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan, Presiden FAM telah hilang kredibiliti untuk memimpin badan bola sepak negara, dan wajar untuk baginda mengundurkan diri.
Transformasi persatuan WAJIB dijalankan dengan segera. Dasar integriti yang dipelopori FAM melalui orang yang kena tuduh, Tan Sri Annuar Musa, WAJIB dilaksanakan. Mereka di dalam persatuan yang berkepentingan peribadi dan tidak menyumbang kepada keutuhan persatuan dan pembangunan bola sepak negara WAJIB disingkirkan.

Saya secara terbuka memberi sokongan kepada Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa. Beliau pernah berkongsi kata sewaktu dicalon sebagai Tmbalan Presiden ketika Kongres FAM sebelum ini,

"Di Kelatan, saya boleh melakukan sesuatu mengikut citarasa saya, mengikut keperluan persatuan, kerana saya adalah Presiden KAFA. Tapi, di FAM, jika dilantik, saya cuma seorang Timbalan Presiden yang menjalankan tugas berpandukan apa yang dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif dan apa yang dititah Presiden".



Tidak mampu untuk buat, tapi menghalang orang lain untuk buat. Satu tindakan hipkorit yang teramat bodoh.


Presiden FAM bercita-cita tinggi berhasrat membangunkan sukan bola sepak di peringkat Asean.

Nasihat saya, insan kerdil seperti Hang Nadim, perbetulkan apa yang ada dalam negara, bangunkan apa yang kita punya, insya Allah, akar yang sihat akan menerbitkan dahan yang tegap, daun yang hijau, buah yang enak, bunga yang berwarna-warni dan berbau harum.

Presiden FAM, berundurlah.

- Amierul Hisham -






Presiden FAM: Kesalahan Annuar Musa 'amat besar'


KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berkata timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.

Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.

"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.

Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.

Baginda bertitah, Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM. - Bernama

Wednesday, March 28, 2012

PIALA PRESIDEN : Kelantan Mahu Ulang Kejayaan di Johor Bahru


KELANTAN akan turun menentang pasukan dari selatan tanah air, MBJB FC, untuk saingan pusingan ke 2 Piala Presiden, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada jam 4.45 petang ini.

Turun sebagai pasukan pilihan, Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengulangi kejayaan menewaskan MBJB FC ketika perlawanan pusingan pertama di Johor Bahru. Dalam perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1, gol-gol jaringan Aris Zaidi dan Zabbel Mat Noor.

Dua pemain skuad Presiden Kelantan yang telah dipanggil menjalani latihan dan beraksi bersama pasukan senior baru-baru ini dijangka akan memberi suntikan baru kepada rakan-rakan pemain yang lain.

Shahiran Mohd Zain yang bermain sebagai penyerang dan Fazol Nazlin Sayuti di bahagian pertahanan telah menyertai kem latihan The Red Warriors untuk persediaan perlawanan Suku Akhir Piala FA, menentang KL SPA FC, di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu

Shahiran juga telah diturunkan untuk beraksi di dalam kedua-dua perlawanan tersebut. The Red Warriors mara ke peringkat Separuh Akhir setelah menewaskan KL SPC FC dengan agreget 5-0.

Kelantan memungut 24 mata untuk menduduki tangga ke 5 dalam Kumpulan A, di belakang Sabah, Sime Darby FC, T.Team dan Kedah, manakala MBJB FC berada di tangga ke 7 dengan pungutan 16 mata.

Memulakan pusingan baru, Kelantan akan mengorak langkah awal memastikan kutipan mata pada setiap perlawanan. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dijangka memberi ruang lebih selesa untuk Kelantan mengutip mata penuh.

Skuad Kelantan  telah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang mudah. Pemain-pemain harus bijak untuk mengawal permainan dan meletakkan lawan berada dalam keadaan tertekan sehingga mereka melakukan kesilapan.

Nafuzi Zain menggalas tugas melatih pasukan, menggantikan Ketua Jurulatih, Hashim Mustapha, yang sedang mengikuti kursus Jurulatih Lesen A anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia.

MBJB FC juga dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Kelantan di Johor Bahru baru-baru ini.

Barisan pemain-pemain Kelantan:

Kesebelasan Utama
5 Bahaman Ab Ghani
6 Faizol Nazlin (KP)
8 Mohamad Asif
9 Muhd Shahiran
12 Mohd Aris Zaidi
14 Muhd Khairudin
15 Muhd Firdaus
16 Md Norsyahrul Hawari
19 Md Norfirdaus
21 Tn Muhamad Faim
23 Muhd Syazwan (PG)

Simpanan
1 Mohd Ramdhan (PG)
3 Muizzuddin
4 Mohamad Zebeel
11 Md Qayyum
13 Md Azyu Ikmal
17 Muhd Eskandar
24 Muhd Azmi Hamzah

Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin

Cubs Earn Their Wings


Young team getting the experience they sorely need

KELANA JAYA : Harimau Muda coach Ong Kim Swee has no qualms about releasing Wan Zaharulnizam Zakaria and Wan Zack Haikal Wan Zakaria for trials with Okinawa-based club FC Ryukyu.
However, Kim Swee was quick to say that if both players are snapped up by the Japanese outfit, they must be made available for any international assignments as the national side gear up for the AFC U-22 Asian Cup qualifiers from June 23-July 3.
“I have no problems … in fact, I want them to go and I hope they get a place there,” said Kim Swee.
“But at the same time they should be available when I need them. Also, I was made to understand that the transfer window (in Japan) is around July so perhaps the timing may be just nice.”
Malaysia are in Group G with South Korea, Vietnam, Myanmar, Taiwan and the Philippines.
Kim Swee added that negotiations were still going on to ensure Wan Zaharulnizam and Wan Zack will be released.
Mailsport revealed the Japanese adventure on March 12 after Wan Zaharulnizam caught the attention of talent agency Japan Dream FA during the Olympic qualifying match between Japan and Malaysia at the Tosu Stadium in Japan last year.
Kim Swee then suggested Wan Zack follow his teammate for a stint there.
Ryukyu competes in the Japan Football League — the third tier after the J-League and the J-League Division 2.
Meanwhile, Kim Swee added playing in the S-League was beneficial as they were able to gel together and spend more time as a unit.
“At first I was looking at a top five finish. Now, I would like us to go all the way (to the top),” said Kim Swee.
“We are able to connect well as we spent much time together and we will be able to gauge ourselves sometime in mid-season as Singapore have several good teams such as Home United, Singapore Armed Forces and Balestier Khalsa.
“Having said that, we still need competitive matches abroad. We still need to play with international teams to further prepare ourselves.”
Kim Swee was met during Nike’s The Chance Press conference at Wisma FAM yesterday.
The Chance is a global football talent search, providing young amateur footballers a chance to prove their worth on the international stage.
Last edition’s winner Zaky Zulkifli had the opportunity to play in front of Arsene Wenger at the global finals in London. He now plays for Premier League outfits Johor.

by Haresh Deol, Malay Mail

Azzuddin Let Off The Hook


FA of Malaysia (FAM) general-secretary Datuk Azzuddin Ahmad will not face disciplinary action for criticising the national Olympic team in an interview on television.

According to FAM disciplinary board chairman Datuk Taufik Abdul Razak, Azzuddin, as the general-secretary, is allowed to make press statements on local football.

"Article 88 of FAM's statute (2010/14) states that only the president and secretary-general can make statements," said Taufik after chairing a disciplinary meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya yesterday.

"We viewed the videos and after deliberating on the evidence, we found that Azzuddin was not painting a bad image of FAM but merely making a general statement.

"We will not take action against Azzuddin and as far as we are concerned, this matter is closed."

The board also agreed to a request from FAM deputy president Tan Sri Annuar Musa to postpone his hearing from Thursday to April 4.

"Annuar requested for the postponement as he has to attend an official matter in Kelantan in regard to his commitments as chairman of the Kemubu Agricultural Development Authority.

"We could have gone on with the hearing without Annuar but felt it was improper."

Annuar has been charged by the board for his comments in the media which went against the national body's ethical and disciplinary codes.

The Kelantan FA president, however, has chosen to remain defiant and wants to defend himself against those allegations in a hearing.

Annuar had submitted evidence and other documents to the board on March 23.

The board, however, could be violating its own code-and-conduct as an independent body of FAM. It is learnt that the wife of a board member is an employee of FAM, and thus it could be considered a conflict of interest.

Meanwhile, Negri Sembilan striker Jean-Emmanuel Effa Owona was handed a two-match ban and fined RM3,000 by the board for manhandling Felda United players during a Super League match in Paroi on Jan 21.

By Ajitpal Singh NST

Azzuddin Lepas, Annuar Sangkut


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu.

Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.

“Merujuk kepada Artikel 88 bagi peraturan 2010-2014 FAM yang hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung boleh membuat kenyataan, kita tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadap Datuk Azzuddin.

“Kami sudah berbincang dan meneliti kenyataan yang dibuat Datuk Azzuddin dan ternyata kenyataannya tidak melanggar kod Tatatertib 4.5.8 FAM.

“Kenyataan beliau tidak menjurus kepada unsur-unsur menghina atau menjejaskan imej Persatuan Bola Sepak Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini jawatankuasa itu didesak supaya berlaku adil dengan mengkaji untuk membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin yang mengkritik kegagalan skuad Olimpik negara pada 16 Mac lalu selepas Annuar disabitkan dengan dua pertuduhan kerana mengkritik kemerosotan prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun kes Annuar tetap dibicarakan dengan pihak Jawatankuasa Tatatertib sedia menangguhkan hari perbicaraan yang sepatutnya diadakan esok bagi memberi ruang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu membuat pembelaan.

“Tan Sri Annuar sudah menghantar surat meminta menangguhkan perbicaraan itu kerana tidak dapat hadir atas sebab perlu menghadiri satu majlis bersama Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) jadi kami setuju menunda kepada 4 April.

“Sebenarnya kami boleh meneruskan perbicaraan itu tanpa memanggilnya kerana beliau sudah menjawab surat pembelaan namun kami masih bertimbang rasa dan tetap memberi peluang kepadanya untuk hadir pada hari perbicaraan,” kata Taufek.

Namun ketika ditanya, adakah kehadiran Annuar diperlukan kerana hujah pembelaannya dalam surat yang dihantar sebelum ini tidak boleh diguna pakai, Taufek menjawab: “Saya tidak boleh komen perkara itu, tunggu 4 April, jawatankuasa akan menilainya.”

Taufek kemudian turut ditanya adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin akan dibicarakan kerana secara lantang bersuara supaya FAM bersikap lebih terbuka tapi beliau menjelaskan kenyataan Zainol itu sekadar pandangan peribadi serta tidak perlu dikenakan tindakan.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib semalam turut membicarakan kes salah laku pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM3,000 atas kesalahan menarik telinga penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad dan menolak pipi S Sivanesan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Super pada 21 Januari lalu.

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Kim Swee Beri Restu



HASRAT kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu mendapatkan khidmat dua tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bakal menjadi kenyataan.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, buat masa ini perbincangan mengenai perkara itu sudah memasuki fasa akhir dan kedua-dua pemain berkenaan dijangka menyertai kelab tersebut selewat-lewatnya Julai depan jika tiada sebarang perkara lain berbangkit.

Sebagai jurulatih katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pemain menimba pengalaman di mana-mana kelab luar yang dilihat mampu membantu meningkatkan tahap permainan mereka.

“Saya merestui pemergian mereka untuk menimba pengalaman di luar negara dengan syarat pemain itu bersedia dipanggil pulang mewakili pasukan kebangsaan pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam.

Media sebelum ini melaporkan hasrat FC Ryukyu yang berminat mendapatkan khidmat kedua-dua pemain tersebut bagi memperkuatkan pasukan mereka ketika aksi divisyen tiga Liga Jepun yang dijangka bermula Julai depan.

Kim Swee berkata, mengikut perbincangan awal, FC Ryukyu mahu menandatangani kedua-dua pemain itu akhir bulan ini.

“Begitupun, saya khuatir ia akan mengganggu persiapan pasukan menjelang kelayakan Piala AFC yang dijadualkan bermula 23 Jun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga berpuas hati dengan kemampuan pasukannya yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah serta menduduki tangga kedua Liga Singapura (Liga S) dengan 11 mata selepas lima perlawanan setakat ini.

“Ia satu keputusan yang memberangsangkan, terutamanya beraksi tanpa tenaga pemain import berbanding pasukan lain dalam Liga S, dan saya rasa pasukan kita berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran menamatkan saingan liga di tangga kelima.

“Namun, masih terlalu awal untuk berasa selesa. Tambahan pula, matlamat asal menyertai liga tersebut adalah untuk membentuk persefahaman antara pemain bagi menempuh kejohanan berskala lebih besar selepas ini.

“Disebabkan itu, saya lebih gemar menurunkan pemain muda sebagai langkah pendedahan dalam Liga S. Hanya Affizie (Faizal Mamat) sahaja yang berusia 23 tahun selebihnya baru berusia 22 tahun.” katanya. Harimau Muda bakal berdepan dengan Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang, Ahad ini.

Kim Swee memberitahu, antara pemainnya yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini termasuklah Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Nazirul Naim Che Hashim, Irfan Fazail dan Mohamad Amer Saidin.

Oleh : 
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

FA CUP : Gagal di Piala FA, T-Team arah fokus terhadap Liga Super


KUALA TERENGGANU - Setelah gagal menempah tiket separuh akhir Piala FA malam tadi, T-Team kini beralih arah dengan berazam memberikan fokus terhadap saingan Liga Super untuk mengakhiri lima pasukan teratas carta liga musim ini.

Skuad Penyu muda terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Kedah dengan agregat 1-2 dalam perlawanan timbal balik suku akhir kedua malam tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sebelum ini kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama Sabtu lepas.

Dengan kemenangan Kedah malam tadi, skuad Kenari akan bertemu Kelantan yang mudah menjinakkan pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan agregat 5-0 dalam saingan separuh akhir bermula 21 April.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata kegagalan pasukan T-Team mengukir kejutan di laman sendiri sangat mengecewakan dan dilihat mempamerkan persembahan buruk dan hambar bertemu lawan.

"Saya terpaksa terima hakikat kekalahan anak didik saya dengan hati terbuka.

Misi kami tidak akan terhenti dan akan terus berjuang dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yunus berkata kelemahan paling ketara pasukan T-Team malam tadi ialah di bahagian tengah yang gagal menyokong dan membantu barisan hadapan memberikan lorongan bola yang baik.

T-Team kini menduduki tangga keempat dengan 19 mata dalam carta Liga Super di belakang 'abangnya' Terengganu yang berkelebihan satu mata manakala Kelantan terus mengungguli peneraju liga dan Lions XII dari Singapura di tempat kedua.

Oleh Bernama

Tuesday, March 27, 2012

Terengganu, Kelantan, Kedah And Sime Darby Make Last Four



KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) - Defending champions Terengganu are among four teams that booked tickets to the FA Cup semi-finals after the second leg quarter-final matches Tuesday night.

Terengganu are through with 1-0 aggregate at the expense of Lions XII from Singapore even though they drew goalless in the first leg quarter-final match at Jalan Besar Stadium, Singapore.

In the first leg quarter-final match on Saturday, the squad of coach Mat Zan Mat Aris won 1-0 at Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, Kuala Terengganu. Terengganu's only goal was scored by Joseph Kalang Tie.

Neighbours Kelantan laso made it after winning 2-0 over SPA FC at Sultan Muhammad IV Stadium, Kota Bharu.

Kedah also qualified for the FA Cup semi-final after edging T-Team 2-1 at Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, Kuala Terengganu.

Premier League side Sime Darby scored an upset to reach the last four for the first time after beating Super League side Johor FC 5-3 on aggregate.

The match at Pasir Gudang Stadium saw Sime Darby winning 2-1.

Sime Darby under coach Zakaria Ismail won 3-2 over Johor FC in the first leg quarter-final match at Selayang Municipal Council Stadium on Saturday.

The semi-finals matches on home and away basis will be played on April 21 and May 1.

By BERNAMA

Seronok Lihat Rakan Teruja


EMPAT orang rakan saya dari luar Kelantan turut berada di dalam SSM4 pada 27 Mac, hari perlawanan Piala FA di antara Kelantan dan KL SPA FC.

Alan dan Simon berasal dr Perak, Sirox dari Selangor. Saya terlupa bertanyakan negeri asal Ken.

Persekitaran stadium yang penuh dengan peniaga-peniaga barangan The Red Warriors dan kehadiran penyokong-penyokong yang berlegar di sekitar dataran stadium (dalam keadaan ruang yang agak terhad kerana persiapan Karnival MARA sedang dijalankan) buat mereka teruja. Setiap daripada mereka mendapatkan jersi pasukan The Red Warriors, dengan nama mereka dan nombor kegemaran dicetak di belakang jersi.

Ken adalah seorang jurufoto majlis dan studio. Pada awal beliau melibatkan diri dalam bidang fotografi, beliau sebenarnya berminat untuk menjadi jurufoto sukan, tapi kekangan masa membuat beliau lebih tertumpu kepada permintaan jurufoto majlis.

Saya bantu Ken mendapatkan pelepasan media untuk mengambil gambar di belakang pintu gol. Teruja dia pakai vest media Liga Malaysia buat pertama kali.

Selepas perlawanan, semuanya tak terkata apa-apa. 

BEST! Aura yang sangat berlainan. Mereka semua bersetuju dengan perkara tersebut.

Dan satu lagi, mereka juga bersetuju, makanan di Kelantan BEST! Sampai tak singgahpun "fast food" sejak seminggu mereka berada di Kota Bharu.

"Nasi kukus Zaeman, sambal dia, ayam goreng dia, fuhyoooo", kata Alan.

Terima kasih rakan-rakan baru saya. Sekarang anda tahu kenapa orang Johor seperti saya boleh jatuh cinta kepada pasukan The Red Warriors dan Kelantan.

-Amierul Hisham-

Azzuddin Bebas Dari Tuduhan Hina Skuad Negara



PETALING JAYA - Jawatankuasa Tata Tertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bebas daripada tuduhan mengkritik secara terbuka prestasi skuad Olimpik negara menerusi media baru-baru ini.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Taufik Abdul Razak berkata rakaman video dan laporan akhbar yang diteliti mendapati Azzuddin tidak bersalah dan hanya mengeluarkan kenyataan secara umum sahaja.

"Panel jawatankuasa ini juga berpuas hati yang kenyataan Azzuddin tidak bercanggah dengan perkara 4.5.8, Kod Tata Etika FAM 2011 di mana kenyataan itu tidak menghina skuad olimpik negara mahupun FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

"Sebagai Setiausaha Agung FAM, Azzuddin mempunyai kuasa untuk membuat teguran dan mengeluarkan kenyataan kepada media bagi mewakili FAM seperti mana yang diperuntukan pada Artikel 80," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Wisma FAM hari ini.

Taufik juga menjelaskan jawatankuasa itu bukan sengaja lewat membuka kertas siasatan terhadap Azzuddin.

Media sebelum ini mendakwa jawatankuasa itu sepatutnya membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin kerana mengkritik kegagalan skuad Olimpik 16 Mac lepas namun sengaja melewat-lewatkanya.

Sementara itu, Taufik mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat membela diri daripada Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang dikepilkan bersama Borang B iaitu borang membukti dirinya tidak bersalah terhadap pertuduhan mengkritik prestasi skuad kebangsaan baru-baru ini.

"Bagaimanapun kes itu, yang sepatutnya dibicarakan pada Khamis ini (29 Mac) terpaksa ditunda ke 4 April kerana Annuar perlu mengahadiri majlis di Kelantan," katanya.

Annuar didakwa melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar di mana hanya Presiden FAM Sultan Ahmad Shah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM, sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Feb lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Selain itu, Jawatakuasa Tatatertib FAM menggantung dua perlawanan Liga Malaysia dan mendenda RM3,000 terhadap pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona.

Taufik berkata pemain berasal dari Cameroon itu didapati sengaja mengasari pemain Felda United dalam pertemuan Liga Super pada 21 Jan lepas.

Oleh BERNAMA

Tangguh? Terima kasih; 4 April? Kenapa???


SEMALAM saya diminta oleh Astro Awani untuk memberi komen berkenaan keputusan JK Tatatertib FAM menangguhkan kes perttuduhan kepada Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM. Apabila diberitahu komen tersebut hendaklah dalam nada memihak kepada FAM, saya tersenyum.

Maaflah, saya hanya boleh berikan komen yang seimbang jika ia berkenaan satu isu yang spesifik. Saya tidak diberi "hint" yang baik rujukan dan tujuan soalan berkenaan, jadi saya kongsi semula pendapat saya.

Merujuk kepada laporan media yang diterbitkan semalam, yang mengatakan Jawatankuasa Tatatertib FAM mengambil keputusan untuk menangguhkan sidang untuk membincangkan pertuduhan terhadap Tan Sri Annuar Musa ke suatu tarikh lain.

Saya telah maklum lebih awal, TSAM terlibat dalam satu majlis yang akan dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 29 Mac. Penangguhan tersebut dibuat untuk memberi ruang kepada TSAM berada di Kota Bharu.

"Baguslah kerana JK tersebut telah beri pertimbangan dan bertolak ansur dalam hal berkenaan. Terima kasih FAM."

Itu komen saya untuk Astro Awani.

Tapi kenapa ditangguh kepada 4 April? 4 April juga ada antara tarikh-tarikh penting dalam kalendar TSAM; SFC di Kota Bharu, Kelantan bertemu Arema Indonesia.

Tarikh ini dipilih mengikut kesesuaian atau ikut suka?

-Amierul Hisham-

Sunday, March 25, 2012

Rusa Ikat Persebaya



NEGERI Sembilan berjaya mengimbangi kehebatan Persebaya FC apabila mencatatkan keputusan seri 2-2- dalam perlawanan persahabatan pertama Siri Nusantara, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama tidak menghalang pemain skuad Rusa untuk bangkit menyamakan kedudukan dan ayam tambatan Jean-Emmanuel Effa Owona muncul penyelamat pasukan itu.

Begitupun persembahan pemain Persebaya nyata memukau kira-kira 10,000 penonton menerusi aksi lincah dan kawalan bola yang baik pemain skuad Liga Perdana Indonesia itu jelas gagal disaingi skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah apabila mereka dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan.

Sebaik saingan bermula, M Khalil hampir memecah benteng Negeri Sembilan pada minit ke-5 tetapi gerakan solonya berjaya dipatahkan pertahanan Negeri Sembilan, Marian Farbak.

Namun gerakan Persebaya tidak terhenti sebaliknya misi memburu gol bertali arus dan kubu Negeri Sembilan tersentak apabila Mario Karlovic menjaringkan gol pertama pelawat pada minit ke-9 selepas menerima hantaran lintang Fernando Soler untuk menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Badrul Zaman Abdul Halim.

Negeri Sembilan yang tidak dapat menurunkan dua tonggak berpengalaman Shukor Adan dan Norhafiz Zaman Misbah, dilihat kucar kacir apabila barisan depan Persebaya yang diterajui Andik Vermanshah bertali arus melakukan serangan.

Malah larian pantas yang dipamerkan pemain pelawat menyukarkan pemain Negeri Sembilan untuk menyekat keghairahan Persebaya.

Peluang Negeri Sembilan menyamakan kedudukan diperoleh pada minit ke-20 menerusi sepakan sudut tetapi tandukan Jean-Emmanuel Effa Owono tidak menepati sasaran.

Usaha Negeri sembilan untuk menembusi benteng pelawat terus tidak kesampaian sebaliknya M Khalil menambah derita tuan rumah apabila menyudahkan hantaran lintang Mario untuk menjaringkan gol kedua Persebaya seminit sebelum tamat separuh masa pertama.

Tertekan dengan misi mempertahankan maruah pasukan, persembahan separuh masa kedua sedikit berubah apabila Negeri Sembilan memperkemaskan barisan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Effa pada minit ke-52.

Begitupun, Persebaya terus berusaha menambah jaringan namun penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias yang masuk pada separuh masa kedua diuji beberapa kali untuk menyelamatkan kubu Negeri Sembilan.

Effa membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan gol cantik menerusi tendangan bebas dari jarak kira-kira 25 meter untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-73.

Keputusan seri 2-2 itu kekal hingga wisel penamat.

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my 

Perlu Idea Konkrit


JANGAN sekat ahli gabungan bersuara! 

Begitulah pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang berharap badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap lebih terbuka.

Bagi Zainol Fadzi, ahli gabungan perlu diberi peluang memberikan pandangan agar berlaku percambahan idea konkrit dan bersepadu demi kemajuan sukan bola sepak tanahair.

Tanpa berniat menyalahkan sesiapa, Presiden Pafa itu berkata langkah menghalang ahli gabungan dan pegawai persatuan daripada mengutarakan cadangan dan memberi pendapat tidak boleh membawa sebarang kebaikan.

“Sebagai ahli gabungan, persatuan negeri juga mempunyai peranan dalam memajukan sukan bola sepak. Justeru pegawai persatuan sepatutnya dibenarkan bersuara dan menyatakan pandangan.

“Bagi saya pandangan berbeza dan tidak selari bukan bererti penentangan sebaliknya adalah teguran untuk membina.

“Jika berlaku persengketaan maka ia boleh diselesaikan melalui perbincangan. Jangan cepat melatah,” katanya.

Beliau memberi reaksi sedemikian sebagai mengulas tindakan FAM mengheret Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa ke Jawatankuasa Disiplin kerana memberikan pendapat ke atas prestasi hambar skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal.

Kecelaruan berlaku apabila Annuar yang juga Timbalan Pengurusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan Senior dianggap sudah melanggar peraturan FAM. Tiga pertuduhan dikenakan beliau.

Sebaliknya Setiausha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang memberi reaksi kecewa atas kegagalan skuad Olimpik negara tidak dikenakan sebarang tindakan sehingga sekarang.

Kesalahan Azzuddin itu jelas bertentangan dengan peraturan badan induk itu kerana beliau hanya seorang pegawai pengurusan organisasi.

Lebih celaru apabila Pengerusi Jawatankusa Disiplin, Datuk Taufik Abdul Razak sendiri mengambil masa lama untuk menyiasat kenyataan media Azzuddin itu.

Inilah yang menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.

Zainol Fadzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri berpendapat sebarang pandangan, teguran dan kritikan boleh dijadikan sebagai pandangan ‘kedua’ tanpa perlu dijadikan isu besar.

Dalam perkembangan lain, Perak yang sedang mencari pengganti Lazar Popovic menunjukkan minat terhadap pemenang kasut emas 2006, Keita Manjou yang menawarkan khidmatnya kepada Seladang.

Oleh :
Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my 

KFA Cadang Gugur Hamidan



TIDAK berpuas hati dengan prestasi awang import dari Ghana, Hamidan Mohamed, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menggesa pemain itu digugurkan selepas beraksi hambar sejak menyertai skuad Kenari sejak dua bulan lalu.

Hamidan yang diharapkan dapat menjulang prestasi Kedah, gagal menyumbatkan sebarang gol sehingga menyebabkan kedudukan skuad itu dalam Piala FA tergugat selepas hanya seri tanpa jaringan dengan T-Team di suku akhir, kelmarin.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, berkata KFA akan mengalami kerugian jika masih menyimpan pemain yang tidak memberangsangkan.

“Sebagai penyerang import dia sepatutnya memberi sumbangan besar tapi keadaan sebaliknya.

“Kita sedang meneliti beberapa pemain import lain bagi mengantikan pemain Ghana itu,” katanya di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas prestasi Kedah yang kurang menyerlah pada musim ini, biarpun mempunyai pemain import.

Dr Hamdan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain import yang sedang diintai itu, kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor.

“Kita mengambil pemain import melalui agensi dan memilih pemain terbaik dengan gaji sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan.

“Dengan gaji sebanyak itu sudah pasti kita mahukan mereka menjulang semula Kedah,” katanya.

Beberapa pemain sudah diuji bagaimanapun KFA setakat ini masih belum membuat keputusan.

Dr Hamdan berkata, prestasi pasukan Kedah yang menurun sebelum ini kemungkinan berpunca dari beberapa sebab, termasuk kes pengantungan jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan menyebabkan emosi kebanyakan pemain agak terganggu selain ketidakserasian pemain import.

Oleh:
Oleh Rahmat Othman
am@hmetro.com.my

Hodak puji pengaruh Onyekachi


JURULATIH Kelantan Bojan Hodak memuji penyerang Nwoha Onyekachi atas peranan pentingnya dalam kemenangan 3-0 ke atas KL SPA FC dalam perlawanan Piala FA.

Penyerang dari Nigera yang dikiritk ramai itu bermain dengan baik dalam perlawanan menentang KL SPA dengan membantu pasukannya menjaringkan tiga gol - membantu Mohd Badri Radzi untuk membuka jaringan pada minit ke-46 dan Mohd Norgarhan menjaringkan dua gol pada minit ke-54 dan ke-77.

Walau bagaimanapun, kemarau gol Onyekachi berterusan kerana beliau masih belum menjaringkan gol walaupun bermain dalam empat perlawanan terakhir Kelantan sejak menyertai pasukan pantai timur itu pada bulan Februari.

"Begitu malang beliau tidak dapat menjaringkan gol tetapi bantuannya untuk pemain lain menjaringkan gol sama penting kepada kami, dan bagi saya, beliau adalah pemain terbaik perlawanan," kata Hodak.

"Onyekachi bermain dengan lebih baik dengan setiap perlawanan ... dia akan menjaringkan gol tidak lama lagi. Sebelum ini, penyokong-penyokong kami mengutuknya tetapi sekarang mereka bersorak untuknya. Itu dengan jelas menunjukkan dia perlahan-lahan akan bermain dengan prestasi yang tinggi sekali lagi.

"Biasa bagi penyerang untuk hilang keyakinan apabila mereka tidak menjaringkan gol dalam masa yang lama dan Onyekachi tidak berbeza. Tetapi sumbangan beliau amat penting bagi kami."

Hodak mengakui beliau bimbang apabila pasukannya gagal untuk menembusi benteng pertahanan KL SPS dalam peringkat awal perlawanan.

"Kami berusaha sedikit sebelum gol pembukaan tetapi saya fikir kami boleh menang dengan lebih banyak," kata Hodak.

"Kami selesa menuju ke perlawanan kedua dan saya yakin kami boleh menang perlawanan di Kota Baru itu. Saya juga boleh menukar pemain saya dan rehatkan beberapa pemain kerana kami mempunyai perlawanan-perlawanan yang susah akan datang."

Schoolboys get expert coaching from Cardiff City



SITIAWAN (March 25, 2012) : Passion for football was evident at the Astaka Stadium here on Saturday when 420 boys from 30 primary schools around the Manjung district gathered to take part in the first ever 1Malaysia Cardiff City (1MCC) Football Festival.

By invitation of the Manjung District Education Office, each school in the district brought over 14 of their best players to participate in friendly 7-a-side matches, each lasting 20 minutes.

"We are indebted to 1MCC for choosing Sitiawan and the Lumut Parliamentary area as the inaugural location to hold the festival. This festival will instil the passion of playing football in the hearts of our youths," said Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha who launched the event.

Of the 30 elementary schools that participated on Saturday, three were from Tamil schools and four from Chinese schools. The diversity of races in attendance makes the festival a 1Malaysia event, remarked Kong, who is also Lumut MP.

"They are all winners here today; they (the kids) will each receive a medal and a certificate for participating. Our goal is for them to have fun, and to give them exposure and experience to football at a level that they may not be used to," said 1MCC Operations Manager Cameron Ng.

To accommodate the games, the newly inaugurated Astaka Stadium was divided into five smaller fields. Each field was equipped with inflatable goal posts that were brought by 1MCC straight from the UK.

With teachers and parents on tow, every boy had a big smile on his face and played to his best.

To the children, this is the closest they have ever got to playing football at a professional level.

"I am having a lot of fun. Me and my friends get to train with Cardiff Coaches like Robert Eshun. I always see him on TV. If they do this again next year I will definitely join," said Benjamin Washington, 10, from SJK (T) Ladang Walbrook.

A true sportsman, Laurance Dang Ke Yu, 11, from SJK(C) Eng Ling plays many sports including badminton and basketball but football is his favorite. He hopes that future events will be open to students 12 and under so that he could participate next year.

"This is a great event by the 1MCC. The festival is not over yet but there's already teachers and students asking when will the next festival be held," said Manjung District Football Organisation (PBDM) development and technical bureau chairman Ranjit Singh.

In support, PBDM provided 10 officials to referee the festival.

Watching over the kids at play were nine coaches led by 1MCC's own Technical Coaching Coordinator, Matthew Holland.

"We (the coaches) are going to choose 40 kids based on their performance. These kids will then get to train with us in a special session tomorrow. We can see that there are some talented payers here," said Holland.

At the end of the festival on Saturday, eight lucky boys got to play a friendly match against the Cardiff City coaches.


By: 
Azizul Rahman Ismail
newsdesk@thesundaily.com

S LEAGUE : Harimau Muda 3-1 Courts Young Lions


Malaysians stage stunning comeback to upset their Singapore counterparts. Second-half goals from Nazmi Faiz and Ahmad Hazwan cancel out early strike from Jonathan Toto.


A second-half comeback saw the Tigers emerge 3-1 victors in a thrilling encounter against the Young Lions at Yishun Stadium.

The win sees them climb to second in the table with a game in hand, while it leaves the Young Lions, who have been winless all season, sitting precariously at the bottom of the table.

The first chance of the game fell to the visitors, when in the 8th minute a delicate back-heel by Jonathan Toto found Benjamine Lee on the left flank.

Lee whipped in a cross that was met by Faris Ramli, but the latter’s looping header drifted just over the bar.

Harimau Muda responded almost immediately when Wan Zack Haikal cut in onto his left foot, deceived his defender, and teed a shot for Irfan Faizal, but his shot was deflected off target.

It was not long before a moment of individual brilliance broke the deadlock.

Fifteen minutes into the game, Jonathan Toto stole the ball from midfield, skipped past a few defenders and unleashed a left-footed piledriver into the top corner from 25-yards out giving the Young Lions the lead.

The goal brought more urgency and adventure to the game and Harimau Muda had a glorious chance to cancel out Toto’s opener almost immediately when in the 18th minute, a long pass from Fadhli Sais eluded a ball-watching Young Lions defence to find Wan Zack Haikal.

But the unmarked winger scuffed his shot to the disappointment of the vociferous Harimau fans.

Coach Ong Kim Swee made two bold tactical substitutions late into the first-half bringing on Nazmi Faiz and Syahrul Azwari in a bid to claw a goal back, but the Tigers failed to capitalise on their chances.

The home team started the second-half the brighter of the two and within three minutes, reaped the dividends of their persistence. A mixture of fortune and shoddy defending saw Nazmi Faiz pounce onto a loose ball to slot home the equaliser.

The next fifteen minutes were marred by a series of stoppages as the game became more physical as tempers and tackles were flying in all directions.

Fifteen minutes from time, Fadhli Shas rattled the bar with a powerful header and the loose ball fell to Ahmad Hazman, who gave the home side the lead.

The home team refused to sit back and defend their lead and six minutes later were rewarded for their bravado when Nazmi Faiz scored his second goal of the game from a snapshot just off the edge of the box, that deflected off a defender, sending the Tigers fans into delirium.

By Goal.Com

Jangan Sampai Kita Terlewat


"Walaupun ia sekadar sesi latihan, tapi saya akan pastikan semua keperluan bantuan kecemasan dan perubatan ada disediakan" - Cikgu Rahim


MUNGKIN ramai yang tidak tahu, ketika perlawanan persahabatan Skuad Olimpik Malaysia dan pasukan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil sebulan yang lalu, penyerang Selangor, R. Surendran, terpaksa dikejarkan ke hospital oleh pegawai pasukan apabila beliau mengalami kecederaan bahu yang serius.

Kecuali fisio pasukan, tiada paramedik dan ambulan dilapurkan berada di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.

Ia sesuatu keadaan yang luarbiasa apabila penganjur "terlepas pandang" untuk keperluan perubatan sukan disediakan, walaupun ia hanya sekadar perlawanan persahabatan.

Datuk Dr Ramlan Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Kebangsaan, ketika dihubungi untuk mengulas perkara ini menegaskan kepentingan adanya pegawai perubatan dan sokongan bantuan kecemasan pada setiap masa, dalam apa jua pertandingan, walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.

Ketua Jurulatih Pembangunan Remaja Malaysia Majlis Sukan Negara, En Abdul Rahim Ahmad, bersetuju dengan pandangan Dr Ramlan.

"Walaupun ia sekadar sesi latihan, tapi saya akan pastikan semua keperluan bantuan kecemasan dan perubatan ada disediakan", ujar En Abdul Rahim, yang lebih mesra dipanggil Cikgu Rahim, ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kursus Jurulatih Pra Lesen C di Wisma KAFA semalam.

Insiden-insiden kecederaan dan kemalangan dalam padang yang melibatkan pemain-pemain bola sepak sepatutnya dipandang serius.

Yang terbaru melibatkan pemain tengah pasukan Bolton, Fabrice Muamba, yang tiba-tiba tidak sedarkan diri semasa perlawanan di White Hart Lane kerana serangan jantung.

Muamba dikatakan telah meninggal dunia selama 78 minit sebelum jantung beliau berdegup semula.

Kes terbaru di India, penyerang pasukan Bangalore Mars, D. Venkatesh, mengalami serangan jantung dan meninggal dunia ketika sedang memanaskan badan di tepi padang, sebelum perlawanan menentang SW Railway.

Lebih menyedihkan Venkatesh terpaksa dikejarkan menaiki "rickshaw", dimana beliau diisytiharkan telah meninggal dunia. (rickshaw - sejenis kenderaan pedati dua roda yang ditarik oleh manusia)

Anda mungkin berkata ia cuma kes terpencil yang berlaku di luar negara. Tapi, "kecuaian" di Bukit Jalil yang melibatkan Surendran membukitkan ramai yang masih ambil mudah tentang perubatan sukan. Usaha menambahbaik kemudahan perubatan di padang perlawanan juga kurang dijalankan.

Itu baru kecederaan bahu, jika terkena serangan jantung? Kita sudah bersedia?

- Amierul Hisham

Popovic Disingkir, Mandjou Kembali

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan menghantar jawatankuasa pemilihan ke India hujung bulan ini bagi menilai prestasi bekas ayam tambatan mereka iaitu Keita Mandjou yang kini beraksi dengan Pune FC.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pemain kelahiran Guinea itu telah menghubungi salah seorang pegawai persatuan menyatakan kesudiannya untuk pulang semula menyertai Perak.

“Walaupun Mandjou masih mempunyai kontrak bersama Pune FC sehingga bulan Jun ini, tetapi beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia dan menyatakan Sukad Seladang menjadi pilihan utamanya.

“Tetapi apa pun keputusan akan bergantung kepada laporan pegawai teknikal yang ke India hujung bulan ini bagi menyaksikan perlawanan yang melibatkan Mandjou yang dijadual 1 April ini,” katanya kerana Mandjou sepatutnya menyertai empat pemain import lain berlatih dengan pasukan Perak bulan ini, tetapi tidak dapat hadir di saat akhir kerana terpaksa membuat persiapan untuk satu perlawanan penting yang lain.

Mandjou berusia 32 tahun mengikat perjanjian dengan pasukan Perak pada September 2004 dan meninggalkan pasukan pada 2007 disebabkan masalah keluarga.

Sementara itu, Zainol berkata, pemain import dari Serbia, Lazar Popovic akan digugurkan dari skuad Seladang selepas Pafa mendapatkan pemain import lain.

“Surat bagi menamatkan kontrak beliau sedang diuruskan dan jawatankuasa pengurusan sedang mencari pemain import baru bagi memenuhkan kuota yang dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Oleh www.sinarharian.com.my

FA CUP : Kedah Will Miss Khyril Muhymeen Against Terengganu On Tuesday


ALOR SETAR, March 25 - Kedah will be playing without their key striker, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, in the second leg of the FA Cup quarterfinals against the T-Team at the Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu on Tuesday as he had been suspended for one match for receiving two yellow cards.

In addition, the poor performance shown by Kedah's 22-year-old import from Ghana, Hamidan Mohamed, has weakened the Kedah attack in their efforts to qualify for the semi-finals.

Kedah's chief coach Wan Jamak Wan Hassan said he would look again at the performance of all the players during the training sessions in the next two days and decide whether Hamidan could be fielded in the first eleven.

"I have given Hamidan a chance to improve his game but the trust that the fans and I have given to him had been wasted as he had not put in his best effort," he said when met after the match against the T-Team last night.

Wan Jamak said, nevertheless, he was satisfied with the performance of his wards last night although the team only managed to draw 0-0 against the T-Team.

By BERNAMA

FA CUP : Terengganu berada di jurang bahaya


KUALA TERENGGANU - Terengganu berada di jurang bahaya apabila bertemu Lion XII FC di perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Singapura Selasa ini sekalipun mempunyai kelebihan satu gol.

Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris berkata ini kerana perlawanan itu akan menentukan kedudukan Terengganu yang juga juara Piala FA 2011 sama ada hidup atau mati dalam kejohanan kali ini.

Beliau berkata kunjungan Terengganu ke Singapura merupakan satu misi yang amat sukar, lebih-lebih lagi dengan modal yang amat tipis.

"Memang kita tidak selamat dengan kelebihan satu gol, tetapi kita akan mempertahankan kemenangan itu sehingga ke wisel penamat," katanya kepada pemberita di sini.

Terengganu mengalahkan Lion XII FC 1-0 dalam pertemuan pertama mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi hasil jaringan pemain tengah Joseph Kalang Tie pada minit ke 65 separuh masa kedua.

Mat Zan berkata apapun yang penting Terengganu ada modal untuk dijadikan semangat untuk berkunjung ke Singapura nanti.

Bekas jurulatih pasukan Pos Malaysia itu berkata beliau yakin Terengganu akan berjaya menghadapi rintangan yang bakal dihadapi di Singapura nanti dan sekaligus melangkah ke pusingan separuh akhir.

"Kita tidak akan menggunakan corak permainan bertahan ketika bertemu pasukan dari Pulau Temasik itu, sebaliknya kita akan menyerang seperti biasa," katanya.

Mat Zan berkata beliau akan merubah sedikit posisi pemain bagi mengemaskan lagi pasukan dalam perlawanan itu untuk memburu gol.

Dalam pertemuan malam tadi, beliau berkata sepatutnya Terengganu memperoleh lebih banyak gol tetapi tidak bernasib baik kerana sama ada bola terkena palang atau dapat diselamatkan pihak lawan.

Lion XII FC malam tadi terpaksa bermain dengan 10 orang apabila ketua pasukan Hariss Harun di layangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar kerana mengasari penyerang Terengganu Forkey Doe.

Saturday, March 24, 2012

Kelantan Tidak, Harimau Malaya Yang Bermasalah

DALAM pertemuan persahabatan pra musim, Malaysia (beberapa tunggak Kelantan beraksi dalam pasukan Kebangsaan) berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan 5-0, pasukan yang setelah 1/4 musim mengekalkan tempat di tangga teratas Liga Super dan kini beraksi di peringkat Suku Akhir Piala FA.

Tapi sebaliknya Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Sarawak, pasukan dari Liga Perdana yang kini beraksi dalam saingan Liga Super.

Apa masalahnya?

Pada saya, ia sesuatu yang amat merisaukan. Ia memperlihatkan prestasi pasukan Kebangsaan yang dibarisi pemain-pemain ujian Datuk K Rajagobal yang masih tidak konsisten.

Tidak konsisten adalah perkara yang merbahaya, dan tiada jaminan "4 tahun" ia akan jadi pasukan yang hebat.

Menang dengan pasukan yang "hebat" dan cuma mampu seri dengan pasukan "biasa-biasa", TANPA IZIN, meminjam kata-kata Fin Nasron.

VIDEO : Sekitar Kursus Jurulatih Pra Lesen C di Wisma KAFA



FA CUP : Advantage Terengganu and Kelantan


A Joseph Kalang Tie deflected goal gave defending champions Terengganu a slight advantage after edging 10-men Singapore LionsXII 1-0 in an FA Cup quarter-final first leg yesterday while Kelantan moved a step closer to the last four with a comfortable win.

Francis Doe twice struck the woodwork while a host of chances went begging as Terengganu were left to rue their failure to put LionsXII, with their talisman Shahril Ishak on the bench, away with the second leg in Jalan Besar looming on Tuesday.

Liberian Doe hit the post in the seventh minute and the crossbar in stoppage time besides having a scissor kick saved by Hyrulnizam Juma'at but it was not until Hariss Harun was given a straight red in the 54th minute for taking a swing at Doe did Terengganu find a breakthrough.

It came in the 65th minute when Joseph's shot from distance deflected off defender Sevki Sha'ban to wrongfoot Hyrulnizam.

LionsXII almost grabbed an equaliser in the 88th minute when Madhu Mohana forced Terengganu goalkeeper Sharbini Allawee Ramli into a flying save and from the resulting corner, Khairul Nizam Mohammad teed up a spectacular bicycle kick which smashed into the bar.

Kelantan effectively ended the fairytale run of FAM League club Public Service Commission (SPA) with a 3-0 win at the National Stadium in Bukit Jalil with Norfarhan Mohammad scoring twice.

Despite dominating the first half with nine attempts on goal but only had captain Badhri Radzi's stoppage-time strike from the edge of the area to show for their efforts at half-time.

SPA could have taken a shock lead just minutes earlier but Khairol Azry Abdul Rahman's shot hit the post to the frustration of the club side.

Kelantan eased through the second half with Norfarhan's brace, scoring from a cross by Onyekachi Nwoha in the 54th minute before sealing the win 13 minutes from time.

Kedah and Kuala Terengganu T-Team have it all to play for after a 0-0 draw in Alor Star.

On Friday, Premier League side Sime Darby upset Johor FC 3-2 in Selayang.


By http://www.nst.com.my

Annuar Jawab Tuduhan


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sudah menjawab surat pertuduhan semalam dengan memberikan hujah berhubung kenyataannya mengenai skuad negara, minggu lalu.

Katanya, hanya dua tuduhan yang dikenakan terhadapnya iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran dan melanggar titah seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bukannya tiga seperti dilapor media sebelum ini.

Untuk tuduhan membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran, Anuar berkata: “Saya melakukannya dalam majlis rasmi FAM di mana saya dijemput ke sana atas tugas saya selain sidang media yang dipanggil FAM, tidak timbul saya membuatnya tanpa kebenaran.

“Bagi titah Tengku Abdullah pula, beliau berkata ia bukan keputusan mesyuarat, ia cuma ucapan alu-aluan. Kandungan titah ucapan dengan kenyataan saya tidak bercanggah. Saya tidak mempertikai dasar atau keputusan FAM manakala pandangan saya adalah mengenai skuad negara,” katanya.

Annuar sebelum ini dikenakan pertuduhan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak negara selepas membuat kenyataan mengenai prestasi skuad negara selepas majlis penutupan Bengkel Pemasaran & Pembangunan Penyokong Kelab, Selasa lalu.

“Saya percaya dengan kewibawaan Jawatankuasa Disiplin dan sudah menunaikan peraturan untuk memberikan jawapan pada masa yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai pertimbangannya untuk mengupah peguam, Annuar berkata: “Terpulang kepada keadaan, pagi tadi (semalam) pun saya ada berbincang dengan peguam yang mempunyai pengalaman luas dalam AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang banyak memberikan nasihat dan pandangan.

“Kita tengok dulu perkembangannya, namun buat masa ini kita pergi selangkah demi selangkah. Untuk tahap ini saya hanya perlu jawab mengikut masa ditetapkan”.

Menurutnya lagi, keutamaan baginya adalah menjalankan tugas dengan cara terbaik untuk bola sepak yang difikirkan betul mengikut peraturan sedia ada.

“Tugas saya sebagai orang nombor dua adalah mempertahankan dasar FAM dan memastikan kebajikan dijaga,” katanya.

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my