Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, June 30, 2012

Liga Super: Kedah atasi Terengganu



KEDAH melakukan kejutan apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kegembiran Terengganu yang berjaya memperolehi gol seawal minit kedua menerusi Mohd Muslim Ahamad tidak kekal lama apabila penyerang Kedah, Mohd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Badrol Bakhtiar menambah duka pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-68.

Turut mengutip tiga mata pada malam ini ialah Sarawak apabila mengalahkan Johor FC 3-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Gol Sarawak hadir pada babak kedua perlawanan apabila Yusri Derma Raju menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 diikuti dengan oleh Guy Bwele (59) dan Zamri Morshidi pada minit ke-64 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Mohd Haris Safwan pada minit ke-71.

Pasukan tercorot, Kuala Lumpur pula tewas 2-4 kepada Sabah di Stdium Likas, Kota Kinabalu.

Gol pasukan Sabah dijaringkan Razid Gapar minit ke-11, Shahrudin Yakub (53'), Radzi Mohd Hussin (77') dan Leopold Alfonso pada minit ke-88.

Manakala Zakaria Charara dan Muhd Afiq Azmi masing-masing menyumbang satu gol kepada pasukan Kuala Lumpur pada minit ke-73 dan minit ke-82.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Felda United menang tipis 1-0 kepada T-Team manakala Selangor PKNS menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 30 Jun 2012:

Sarawak 3 Johor FC 1
T-Team 0 Felda United 1
PKNS FC 2 N.Sembilan 1
Kedah 2 Terengganu 1
Kuala Lumpur 2 Sabah 4

BERNAMA
.

Liga Super: Kelantan rampas takhta


Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada penyokong-penyokong yang hadir di SSM4 Kota Bharu, yang terus memberi tekanan kepada mutu dan cara pengendalian permaianan oleh pengadil bertugas. 

Tanpa suara dan reaksi anda, Kelantan akan lebih teruk dianaiya, setelah bantahan pengurus dan jurulatih pasukan diabaikan mereka. Jika berlebih-lebihan, bimbang pengawai pasukan pula dikenakan tindakan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu malam tadi.

Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22
perlawanan.

Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.

Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.

Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol. 

Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.

Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.

Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.

Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.

Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.

Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan. 

BERNAMA
.

Rozaimi tunjuk belang lagi


Rozaimi dikhabarkan mendapat perhatian jurulatih luar dan akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab luar negara dalam masa terdekat. Syabas, asal Rozaimi dilayan aja bah!

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

Penyerang Sabah, Rozaimi Abd Rahman sekali lagi membuktikan ketajaman apabila hatriknya membantu skuad B-22 negara menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi keempat Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, Yangon petang semalam. 

Korea Selatan kini berkongsi 10 mata dengan Myanmar ma nakala Malaysia ketiga (9 mata). Malaysia wajib menewas kan Myanmar pada aksi terakhir, Selasa ini untuk layak selaku dua pasukan teratas Kumpulan G. Jika seri, Myanmar mara. Namun Rozaimi, 20, yang kini mendahului senarai penjaring dengan sembilan gol memberi amaran untuk meledak hatrik ketiganya apabila berdepan Myanmar nanti. 

“Saya cukup gembira dapat buat hatrik kedua (selepas empat gol bertemu Filipina),” katanya yang baru menerima tawaran berlatih dengan kelab luar. 

“Rehat dua hari akan saya gu nakan sebaiknya untuk memas tikan kesakitan pangkal paha ini hilang kerana saya cukup teruja untuk bertemu Myanmar dan mahu hatrik lagi.” 

Gol pertama Rozaimi hadir pada minit ke-52 hasil hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor sebelum pemain berasal dari Bongawan, Kota Kinabalu itu menambah dua lagi gol pada ma sa kecederaan. 

Sementara itu, jurulatih, Ong Kim Swee mengesahkan Rozaimi bakal mengikut jejak Nazmi Faiz Mansor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab luar negara.

BERITA HARIAN
.

Monday, June 25, 2012

Kelantan tetap Pasukan Juara


DUA perlawanan Kelantan sebelum ini saya gunakan perkataan "hambar"; "Liga Super : Hambar, tapi Menang - Kelantan 2, Kedah 1" dan "Menang, tapi masih hambar".

Perlawanan seterusnya menentang Sabah baru-baru ini, saya cuma katakan bahawa kita mampu mencipta lebih jaringan untuk keputusan perlawanan yang lebih baik, walaupun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan kemenangan 2-0, jaringan pada awal dan pada minit-minit akhir perlawanan.

Sebagai seorang yang rapat dengan pasukan, saya terpaksa memilih untuk menulis sebagaimana yang ditulis oleh sebahagian besar penyokong, atau untuk melihat situasi dalam senario yang lebih luas.

Saya bersetuju bahawa setiap penyokong, khususnya yang hadir ke stadium untuk melihat sendiri perlawanan, akan meletakkan harapan yang tinggi untuk pasukan beraksi cemerlang dan mencipta kemenangan. Pasukan-pasukan yang "lemah" pada mereka akan menjadi "lauk" kepada Kelantan. Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung hendaklah "menghiburkan".

Bermain cantik tanpa jaringan gol, tidak boleh. Bermain cantik tapi kalah, lebih-lebih lagi. Apa yang mereka harap, setiap sen yang dibelanjakan untuk datang menyokong pasukan "dibayar" semula dengan aksi-aksi hebat pasukan kesayangan. Jika Lions XII boleh tewaskan Sabah 9-0, mereka mahu Kelantan mengatasi jumlah jaringan berkenaan.

Apabila benchmark pasukan diletak begitu tinggi, dan pasukan gagal menepati kehendak mereka, rasa keseronokan menang perlawanan berkenaan tidak mampu mengatasi luahan rasa tidak puas hati atas persembahan yang mengecewakan. 

Tapi itu tidak patut menjadi sebab kenapa kita harus mengeluarkan kata-kata "pemain tidak bagus", "pasukan sedang merundum" dan ada juga yang mengungkit, mengatakan "tiket mahal".


Jangan terbawa-bawa demam Euro 2012 ke dalam liga tempatan, kerana yang beraksi di atas padang tetap pemain Kelantan. Yang di atas padang adalah Piya, Mat Yo, Norfarhan, Ghaddar; nama-nama yang sama dari awal musim hingga sekarang; mereka bukan Ronaldo, bukan Alonso, dan bukan juga Gomez. 

Jika mereka hebat seperti pemain-pemain pujaan ramai di Euro 2012, sudah tentu sekarang mereka sedang beraksi bersama kelab ternama di Eropah. Dan tidak murah untuk masuk ke stadium untuk melihat mereka beraksi.

Tidak beraksi selama tiga minggu apabila liga berehat sememangnya telah memberi kesan kepada momentum pasukan. 

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, bersetuju dengan komen yang mengatakan Kelantan menghadapi masalah penyudahan. Beliau juga bersetuju bahawa pertahanan pasukan sedikit goyah. Ditambah dengan cara permainan bertahan pasukan lawan, dengan hampir seluruh pasukan berada di depan gawang sendiri ketika Kelantan menyerang.

Dalam situasi di mana Kelantan sedang berada di kedudukan terbaik untuk mempertahakan Juara Liga yang dimenangi tahun lalu, Bojan terpaksa "membaiki kerosakan" yang ada dan dalam masa yang sama memastikan Kelantan mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan. Ia bukan suatu kerja yang mudah walaupun ia tidak mustahil.

Corak permainan mungkin hambar, saya setuju. Tetapi melihat daripada senario yang lebih luas, saya juga harus bersetuju dengan kata-kata Tuan Hj Azman Ibrahim, pengurus pasukan Kelantan, dan tidak teragak-agak menolak tepi Lions XII dan meletakkan Kelantan sebagai pasukan yang unggul walaupun sekarang berada di kedudukan ke 2 Liga Super 2012.

Kelantan tidak pernah kalah dalam perlawanan-perlawanan Piala FA. Kelantan hanya tewas sekali dalam saingan Piala AFC dan dalam saingan Liga Super setakat ini. Saya bangga apabila tiada pasukan yang mencipta deretan keputusan MENANG, sebanyak pasukan Kelantan.

Jangan silap faham, bukan bermakna pasukan tidak boleh dikritik. Saya pun biasa mengkritik pasukan. Cuma kritikan hendaklah membina dan lahir daripada fikiran yang rasional. Kritik dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh kesediaan untuk pendapat kita dikritik semula.

Sayangkan pasukan tidak "menghalalkan" kita untuk mengkritik secara terlalu emosional, meluahkan rasa tidak puas hati semahu-mahunya, sehingga kita puas hati. 

Dahulu ada ungkapan, "kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan menyokong ketika menang". Sekarang, kalau tak mampu menyokong ketika menang, apa lagi yang kita nak lakukan?

Semuga rentak pasukan bertambah baik ketika menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 26 Jun, 8.45 malam. Semuga semua pemain dapat menunjukkan aksi yang terbaik dan semuga Kelantan beroleh tiga lagi mata penuh dalam misi menjadi Juara Liga musim ini.

Gomo KELATE Gomo, Gomo Biar Sngoti!

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

REKOD KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN SEHINGGA 23 JUN 2012
(Kekalahan pasukan di tanda merah)

LIGA SUPER
23.06.2012 SL Kelantan FA 2-0 Sabah FA
19.06.2012 SL Kuala Lumpur FA 0-1 Kelantan FA
16.06.2012 SL Kelantan FA 2-1 Kedah FA
26.05.2012 SL Johor FC 0-0 Kelantan FA
12.05.2012 SL PKNS FC 0-3 Kelantan FA
04.05.2012 SL Kelantan FA 3-0 LIONSXII
17.04.2012 SL PBDKT T-Team 1-2 Kelantan FA
14.04.2012 SL Kelantan FA 1-1 PBDKT T-Team
07.04.2012 SL Sarawak FA 1-1 Kelantan FA
31.03.2012 SL Kelantan FA 5-1 Felda United
17.03.2012 SL Perak FA 0-2 Kelantan FA
04.03.2012 SL Kelantan FA 2-1 Negeri Sembilan FA
14.02.2012 SL Selangor FA 2-1 Kelantan FA
11.02.2012 SL Kelantan FA 2-1 Terengganu FA
08.02.2012 SL Sabah FA 0-0 Kelantan FA
28.01.2012 SL Kelantan FA 3-0 Kuala Lumpur FA
20.01.2012 SL Kedah FA 0-3 Kelantan FA
17.01.2012 SL Kelantan FA 2-1 Johor FC
13.01.2012 SL Kelantan FA 1-1 PKNS FC
10.01.2012 SL LIONSXII 1-2 Kelantan FA

PIALA AFC
23.05.2012 AFCC Kelantan FA 3-2 Terengganu FA
24.04.2012 AFCC Navibank Saigon 1-2 Kelantan FA
08.05.2012 AFCC Kelantan FA 1-0 Ayeyawady United
10.04.2012 AFCC Arema Indonesia 1-3 Kelantan FA
04.04.2012 AFCC Kelantan FA 3-0 Arema Indonesia
21.03.2012 AFCC Ayeyawady United 3-1 Kelantan FA
07.03.2012 AFCC Kelantan FA 0-0 Navibank Saigon

PIALA FA
19.05.2012 FAC Sime Darby 0-1 Kelantan FA
01.05.2012 FAC Kedah FA 2-2 Kelantan FA
21.04.2012 FAC Kelantan FA 1-1 Kedah FA
24.03.2012 FAC SPA FC 0-3 Kelantan FA
27.03.2012 FAC Kelantan FA 2-0 SPA FC
10.03.2012 FAC Kelantan FA 3-2 Kuala Lumpur FA
18.02.2012 FAC Kelantan FA 2-1 Sarawak FA

Kurang publisiti, bukan kurang populariti


ANDA akan kata pasukan Filipina tidak cemerlang atau, anda sepakat bersetuju pasukan B22 negara terlalu hebat untuk pihak lawan?

Seperti yang saya nukilkan sebelum ini, saya percaya skuad baru Malaysia ini mampu membuat kejutan dalam kejohanan Kelayakan Piala AFC B22 yang sedang berlangsung di Myanmar sekarang. Mencipta jaringan pemula ketika bertemu Korea Selatan seperti satu amaran awal mereka tidak sepatutnya dinilai seperti pasukan senior kendalian Datuk K. Rajagobal.

Walaupun tewas kepada Korea Selatan 2-3 sebelum ini, pasukan yang dididik Ong Kim Swee telah membuka mata ramai pemerhati bahawa kehadiran mereka dalam kejohanan sulong ini bukan sekadar mahu menimba pengalaman.

Pasukan ini mungkin kurang mendapat publisiti sebelum ini, tapi itu bukan mereka tidak popular di kalangan penyokong Malaysia. 

Kepada anak-anak muda Malaysia ini, saya ucapkan tahniah. Anda mampu mengubah ranking negara bila tiba masanya nanti, walaupun pada mata orang yang lain, "ranking tidak penting".

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

HARIMAU ROBEK FILIPINA 7-0

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Jun 2012

HARIMAU Muda A mencatat kemenangan pertama Kelayakan Piala Asia B22 menewaskan Filipina 7-0 dalam perlawanan kedua kumpulan G di Stadium Aung San, Myanmar petang ini.

Gol Malaysia yang dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman (m-3, 35, 62, 74), Fandi Othman (33), Wan Zaharulnizam (40) dan D Saarvindran (92) melengkapkan pesta gol skuad kendalian Ong Kim Swee.

Harimau Muda yang sebelum ini tewas 2-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama Sabtu lalu, bermula garang, dengan jaringan seawal minit ke-3 sebelum menambah tiga lagi jaringan pada babak pertama.

Filipina terus dirundung malang apabila Rozaimi sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada babak kedua minit 62 dan 74 sebelum D Saarvindran melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia pada minit 92.

Malaysia kini berada di kedudukan keempat dalam kumpulan selepas dua perlawanan dengan mengutip tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kalah.
.

Friday, June 22, 2012

Sabah mahu bangkit, intai peluang tunduk Juara FA


LIMA musim beraksi di Liga Perdana akhirnya melihat Sabah berjaya melangkah ke Liga Super pada tahun lalu. Walaupun Sabah sedang dilanda kemelut dalaman, mereka adalah di antara pasukan yang konsisten pada awal musim.

Sabah kini hebat dikritik kerana menjadi pasukan "belasahan" ketika bertemu Lions XII (0-9) dan ketika menentang pasukan berstatus kelab, PKNS FC (0-4). Ketua Jurulatihnya digugurkan dari tugas, dan hari ini pula presidennya, Ketua Menteri Sabah.

Walaupun begitu, Kelantan yang akan bertemu Sabah malam nanti untuk saingan Liga Super, tidak harus memandang perkara ini sebagai satu kelebihan mutlak ketika beraksi di Kota Bharu. 

Secara peribadi, saya menganggap Sabah sebuah pasukan yang masih hebat cuma kehebatan mereka sekarang dibayangi masalah dalaman. 

Jika mereka fokus dalam perlawanan menentang Kelantan, tidak mustahil Sabahawks mampu menggembirakan para Sumandak. Apa tidaknya, inilah peluang mereka untuk bingkas bangun; jika berjaya menundukkan Juara FA dan pasukan di tangga ke 2 Liga Super, memberi amaran mereka masih hebat.

Amierul Hisham, TRWFM Bulletin.

---


BOS SAFA MULA NAIK ANGIN


MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


BADAI yang melanda pasukan bola sepak Sabah kini memasuki episod baharu apabila mendapat teguran serius daripada Ketua Menteri sendiri, Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dalam nada serius mengakui cukup kecewa dengan prestasi semasa skuad yang mendapat jolokan Sabahawks itu dalam kempen Liga Super.

Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku, Musa turut mengarahkan pihak berkaitan agar menyediakan laporan lengkap mengenai kekalahan besar yang dialami Sabah ketika menentang Lions XII dan Selangor PKNS sebelum ini.

Katanya, isu kekalahan tidak harus dibiarkan berpanjangan apatah lagi ia melibatkan maruah bola sepak negeri yang mendapat perhatian sepenuhnya daripada penyokong setia Sabahawks.

"Saya sendiri telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan (JK) Safa memandang masalah ini dengan serius dalam mengenal pasti siri kekalahan itu.

“Mereka (JK) juga harus memperbaiki apa juga kelemahan atau isu yang timbul agar ia tidak berlarutan sehingga menghilangkan kepercayaan penyokong,” katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada laman sosial Facebooknya semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengeluarkan amaran tegas dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam unsur-unsur tidak sihat dalam pasukan.

"Kalau ada sesiapa yang buat, saya pasti kenakan hukuman,” jelasnya.

Jelasnya, kini bukanlah masa untuk saling menuding jari mencari kesilapan siapa sebaliknya digunakan dalam membersihkan ‘luka’ parah yang menyelubungi skuad Sabahawks.

Untuk rekod, pasukan bola sepak Sabah mula dipalit kontroversi selepas tewas besar 0-9 kepada Lions XII, Sabtu lalu sebelum dimalukan pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS 4-0 di gelanggang sendiri, kelmarin.

Dua kekalahan yang disifatkan sebagai luar biasa itu meletakkan Sabah terperosok ke tangga ke-12 liga, sekali gus mencetuskan polimik baharu dalam kalangan penyokong yang akhirnya membawa kepada desakan agar Safa dibubarkan.
.

Jika Kelantan boleh, kenapa tidak Malaysia?


SAYA ucapkan selamat berjuang kepada skuad muda didikan Ong Kim Swee yang kini berada di Myanmar untuk perlawanan peringkat Kelayakan Piala AFC B22.

Aksi menundukkan Qatar 2-0 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini adalah langkah pemula yang baik, walaupun sedikit tercalar dengan insiden kad merah yang dilayangkan kepada Nazmi Faiz.

Berlainan dengan komen-komen saya terhadap pasukan senior kebangsaan, saya lebih menaruh keyakinan kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee untuk membuat kejutan dalam siri perlawanan kejohanan yang baru diperkenalkan oleh AFC ini. Anak-anak muda ini punya bakat yang besar dan yang penting, bakat-bakat tersebut masih boleh dibentuk dan diasuh sesuai dengan acuan untuk menempa kejayaan.

Biar begitu, Ong Kim Swee diharap akan bertindak bijak untuk meredakan situasi "perang psikologi" yang mungkin dihadapai oleh tunas-tunas muda Malaysia ini. Ketahanan mental dan fizikal hendaklah kental sepanjang tempoh perlawanan dan kejohanan.

Skuad B22 Malaysia bermain baik secara pasukan, dan tidak mustahil skuad ini akan menjadi sandaran untuk mewakili negara di kejohanan-kejohanan antarabangsa yang lain. Semuga berjaya Harimau Muda!

Jika Kelantan boleh, kenapa tidak Malaysia? Insya Allah, amin.

Amierul Hisham, TRWFM Bulletin

---

'JANGAN TEWAS SEBELUM BERJUANG'

NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my 

BUKAN masalah permukaan padang mahupun terpaksa beraksi pada waktu petang yang membimbangkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi Kumpulan G kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) yang bakal membuka tirainya esok.

Sebaliknya, Kim Swee mahu kesemua pemainnya bersedia daripada aspek mental dan fizikal selain mengelak daripada terlampau yakin sehingga menjerat diri.

Diundi bersama gergasi Asia iaitu Korea Selatan, ancaman pasukan lain seperti Taiwan, Filipina, Vietnam dan tuan rumah, Myanmar juga tidak mahu dipandang sebelah mata oleh anak-anak buah beliau.

"Saya enggan memikirkan faktor lain seperti cuaca, stadium, permukaan padang mahupun terpaksa beraksi pada waktu petang kerana beranggapan kesemua pasukan juga berdepan masalah yang sama.

"Paling penting, setiap pemain jangan tewas sebelum berjuang dan menganggap kesemua perlawanan seperti final tidak kira ketika menentang Korea Selatan, Vietnam mahupun Myanmar," kata Kim Swee.

Semalam, skuad Harimau Muda yang berlepas ke Myanmar bakal membuka tirai kumpulan menentang Korea Selatan di Stadium Thuwunna (Pusat Latihan Belia) Yangon petang esok.

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Mengulas pertemuan menentang Korea Selatan, Kim Swee menjelaskan moral pasukannya kini berada pada tahap terbaik terutamanya selepas menewaskan Qatar 2-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir di Stadium Shah Alam Ahad lepas.

"Secara realistik, kredibiliti Korea Selatan sememangnya tidak boleh dipertikai.

"Jadi sasaran kita sudah tentu untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata, cuma ia pasti lebih bermakna jika kita berjaya melakar kejutan sekali gus mengurangkan tekanan dalam perlawanan-perlawanan lain.

"Saya juga mungkin mengekalkan kesebelasan utama semasa menentang Qatar ketika berdepan Korea Selatan (esok), selain ketiadaan Wan Zack Haikal Wan Noor yang digantung perlawanan juga tidak begitu membimbangkan kerana saya masih banyak pilihan lain.

"Cuma, kehilangan Mohd. Fadhli Mohd. Shas di bahagian pertahanan mungkin menyebabkan saya terpaksa menggandingkan Fandi Othman dan Syahrul Saad memandangkan Mohammad Amer Saidin masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan," katanya.

Dalam pada itu, kapten pasukan, Mohd. Irfan Fazail juga berazam mempamerkan persembahan terbaik ketika menentang Korea Selatan kelak.

"Kami lebih selesa dianggap sebagai pasukan underdog serta akan berusaha sedaya-upaya bagi mencapai sasaran untuk muncul naib juara kumpulan," katanya.
.

Kelantan mahu cipta sejarah di AFC


KELANTAN serius dalam meneruskan saingan mereka dalam Kejohanan Piala AFC 2012 dan akan kembali beraksi di peringkat suku akhir pada bulan September nanti dengan beberapa muka baru dalam pasukan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, pasukan akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain baru dari luar dan liga tempatan menjelang pertemuan suku akhir pertama menentang Arbil FC di Iraq.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, peraturan AFC membenarkan pasukan membuat pendaftaran pemain baru  yang akan diturunkan mulai bulan September nanti. Menyedari bahawa Arbil FC bukan calang-calang pasukan, Kelantan berharap ruang yang ada sebelum perlawanan berlangsung dapat digunakan untuk memperkemaskan pasukan.

Arbil FC merupakan bekas juara liga Iraq yang berada dalam kedudukan yang baik untuk menjuarai Liga tersebut musim ini. Mereka juga adalah pasukan yang telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2011.

Dalam perkembangan yang lain, Persatuan Bola Sepak Kelantan dikatakan masih belum menerima RM300,000 hasil daripada jualan tiket perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini. Punca kelewatan pengagihan berkenaan tidak dijelaskan tapi sewajarnya di pandang serius oleh pengurusan FAM. 

Sebagai badan induk sukan bola sepak negara, kita berharap FAM akan menjelaskan hak-hak berkenaan kepada pasukan yang bertanding, Kelantan dan Sime Darby FC, dengan secepat mungkin. Jika FAM tidak "berkemampuan" untuk mengendalikan jumlah wang yang besar, wajarlah dilantik akauntan dan audit luar yang telus untuk menguruskannya.

Jangan sampai dikata orang, "belanja untuk sendiri mudah dilulus, tapi hak untuk badan gabungan puluh-puluh kali ditapis."

Amierul Hisham TRWFM Bulletin

----



KELANTAN BURU IMPOT BARU
Oleh SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Wakil tunggal negara dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan bercadang untuk membawa masuk beberapa muka baru bagi memantapkan pasukan menjelang pertemuan dengan wakil Iraq, Arbil pada saingan suku akhir kejohanan 15 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut dibuat selaras dengan peraturan yang digubal oleh AFC dimana pasukan yang layak ke saingan suku akhir boleh mendaftarkan pemain baru sebelum bulan Ogos nanti.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk mengambil beberapa pemain tempatan yang tidak terlibat dalam saingan Piala Malaysia dan pihaknya sedang mengenal pasti pemain itu.

“Sekarang ini, Keita Mandjou menjadi pemain import baharu The Red Warriors untuk saingan AFC dan beliau akan menjalani latihan bersama pasukan bermula 25 Jun ini serta akan beraksi menentang kelab Liga Perdana Inggeris Queen Park Rangers (QPR) nanti.

“Selain itu, saya meminta ketua jurulatih, Bojan Hodak untuk mencari seorang lagi pemain import dan tidak salah Kafa mengeluarkan sedikit belanja bagi memperkuatkan pasukan dalam mengharungi saingan AFC,” katanya.

Menurutnya, secara tidak langsung Kelantan dapat mengimbangi kekuatan wakil dari Iraq itu yang begitu berpengalaman dalam saingan berkenaan.

Mengulas mengenai peluang pasukannya pada pertandingan tersebut, Annuar memberitahu pihaknya meletakkan sasaran untuk meraih keputusan seri pada perlawanan pertama di Iraq dan menang di Kota Bharu.

“Ini peluang terbaik kita untuk mencipta sejarah dengan layak ke saingan separuh akhir dan ia perlu digunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima wang RM300,000 dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hasil jualan tiket ketika perlawanan akhir Piala FA.

“Jadi wang tersebut belum diagihkan kepada pemain, bagaimanapun, bonus berjumlah RM200,00 yang dijanjikan dalam bentuk pelancongan itu akan diberikan pada 20 November ini.

“Kesemua pemain akan dibawa melancong ke Eropah sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan tersebut,” katanya.

.

Thursday, June 21, 2012

Philippines to play four friendlies in United States


MANILA (20 June 2012) – The Philippines Football Federation (PFF) have arranged four friendly games for their national side in the United States this August as part of their preparation for the AFF Suzuki Cup 2012. 

The PFF stated that among the possible teams they will be playing against in their 15-day training camp in the US would be against Chicago Fire and US Virgin Islands. 

"The 15-day training camp and the friendly matches are good opportunities for our team because it will make them tougher," said Mariano Araneta, the president of the PFF. "The AFF Suzuki Cup is the most competitive tournament in ASEAN, so we need to prepare seriously."
.

Malaysia, Thailand as co-hosts for 2012 edition


The group stages of the next tournament will be played in Malaysia and Thailand, the Asean Football Federation (AFF) have confirmed. 

Malaysia won the AFF Suzuki Cup 2010 title for the first time last December thanks to a 4-2 aggregate victory over Indonesia in the two-legged final. 

The tournament was rated a huge success with big crowds and massive television viewership for the group matches in Vietnam and Indonesia and the semi-finals and final. 

Malaysia last hosted the Asean Football Championship alongside Vietnam in 2004 while Thailand co-hosted with Indonesia in 2008.
.

Harimau Malaya ke Eropah


PENGURUS Pasukan, Datuk Subahan Kamal mengesahkan bahawa Jurulatih Datuk K. Rajagobal telah mengenal pasti Austria atau Hungry sebagai kem latihan Harimau Malaya untuk persediaan kejohanan AFF Suzuki 2012 selepas bertemu Arsenal dan Man City.

Menurut beliau, Eropah dipilih sebagai destinasi pasukan setelah pengurusan pasukan mengambikira pandangan jurulatih dan setelah Manchester United dikhabarkan tidak akan ke Malaysia.

Tiada jadual perlawanan persahabatan yang dirancang setakat ini ketika Malaysia berada di sana.

Manakala skuad Filipina pula diberitakan akan mengadakan empat perlawanan persahabatan ketika berkunjung ke Amerika Syarikat. Vietnam pula akan menanti kehadiran Mozambique di Stadium Thing Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh untuk pertemuan persahabatan.

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 peringkat kumpulan akan diadakan di Malaysia dan Thailand sebagai tuan rumah bersama.

- Amierul Hisham
.






Wednesday, June 20, 2012

Kurang Fokus Punca Penyu Dihukum Lions Di Laman Sendiri


KURANG pendahulu liga, Lions XII dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam Selasa.

Jaringan pada masa kecederaan itu nyata mengejutkan dan tidak disenangi oleh ketua jurulatih Terengganu Peter James Butler di mana anak buahnya sebelum itu berjaya mengawal permainan namun menerima padah setelah leka hingga gagal memungut satu mata (jika seri) sehingga tamat permainan.

Katanya barisan pertahanan sedikit longgar pada masa kecederaan empat minit yang diperoleh dan kealpaan itulah memberi ruang buat pasukan lawan mencuri peluang pada penghujung permainan.

"Kami berjaya mengawal perlawanan, sepatutnya kami tidak berhak untuk kehilangan tiga mata penuh," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam Selasa.

Beliau berkata semua pemain menunjukkan prestasi yang hebat sepanjang 90 minit perlawanan namun segalanya berubah pada masa kecederaan iaitu kurang fokus menyebabkan skuad bimbingannya sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas liga.

-BERNAMA
.

FAM, Azzuddin diarah fail pembelaan

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam memerintahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Tan Sri Annuar Musa terhadap mereka pada awal bulan ini.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Ain Hamzah turut menetapkan 19 Julai ini untuk pengurusan kes semasa kes saman itu disebut di hadapan beliau hari ini.

Pada prosiding semalam, Annuar diwakili peguam Kamaruddin Abdullah dan Jasswant Singh, manakala tiada wakil daripada pihak defendan hadir.

Annuar memfailkan saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Jun lalu bagi menuntut 10 perisytiharan berhubung pengantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM termasuk pertuduhan persatuan itu terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac lalu adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Begitu juga perbicaraan tatatertib pada 4 April lalu dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya yang didakwa tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Mengikut pernyataan tuntutan, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM telah bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Katanya, Azzuddin yang dinamakan sebagai defendan kedua, dalam surat bertarikh 2 April lalu juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Ia dilakukan dengan alasan defendan itu sendiri yang akan mewakili plaintif, sedangkan defendan kedua tidak sepatutnya menjadi wakil plaintif kerana Azzuddin adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu, Annuar memohon mahkamah mengisytiharkan kesemua tindakan yang membawa kepada pengantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Turut dimohon adalah perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bolasepak.

Annuar dalam kenyataan kepada media pada 7 Jun lalu memberitahu, tindakan saman itu dibuat bukan untuk mencabar hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, tetapi ia berkaitan dengan perlanggaran undang-undang yang dibuat dalam menjatuhkan hukuman tersebut.

Annuar digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM sejak 4 April lalu oleh Jawatankuasa Jatatertib persatuan itu setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Bagi pertuduhan pertama, Annuar digantung selama dua tahun sementara enam bulan lagi untuk pertuduhan kedua selepas didapati melanggar Artikel 88 Status FAM edisi 2010-14 di bawah Perkara 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III).

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
.

Tuesday, June 19, 2012

Bukan bermakna tidak bagus



NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my 

ADA mesej yang mahu disampaikan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee kepada empat pemain beliau yang bakal 'tercicir' menjelang kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) yang bakal membuka tirainya di Yangon, Myanmar esok.

Mengakui sudah membayangkan 'wajah-wajah' 23 pemain yang bakal dibawa 'terbang' ke Myanmar berbanding 27 pelatih ketika ini, Kim Swee begitupun tidak mahu mana-mana pemain yang 'tercicir' berasa kecewa kerana terpaksa dipinggirkan kali ini.

"Digugurkan bukan bermakna mereka tidak bagus. Jika boleh, saya mahu membawa kesemua 27 pelatih ke sana tetapi kita hanya boleh bawa 23 pemain sahaja.

"Takkan saya mahu membawa tiga penyerang dan hanya satu sahaja pemain pertahanan kerana setiap posisi perlu ada pengganti yang sesuai.

"Buat masa ini, saya akan membuat penilaian terakhir bagi mengenal pasti senarai akhir pemain sebaik latihan tamat (semalam) dan nama kesemua 23 pemain yang akan dibawa ke Myanmar bakal diketahui esok (hari ini).

"Ketika ini empat pemain yang digugurkan ialah Wan Amirzaran Wan Nadris, Syazwan Tajuddin, Zubir Azmi dan Mohd. Raphie Azizan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, skuad B-22 negara bakal membuka tirai menentang Korea Selatan di Stadium Thuwunna (Pusat Latihan Belia) Yangon, Sabtu ini.

Selain Korea Selatan, turut diundi bersama Malaysia sepanjang kelayakan itu ialah Taiwan, Vietnam, Filipina dan juga tuan rumah, Myanmar.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Mengulas lanjut, Kim Swee bersama anak-anak buahnya yang hanya akan 'terbang' ke Myanmar pukul 10 pagi esok memberitahu, beliau enggan pemainnya bersikap terlalu yakin sehingga 'memakan diri' sepanjang kelayakan itu nanti.

"Kita sedar Korea Selatan sememangnya pasukan yang kuat, namun ia tidak bermakna kita bakal mendapat laluan mudah muncul naib juara kumpulan kerana perlu berwaspada dengan ancaman Vietnam dan juga tuan rumah (Myanmar).

"Selain itu, saya juga enggan memikirkan masalah remeh seperti faktor cuaca dan lokasi stadium kerana beranggapan kesemua pasukan juga berdepan masalah yang sama," katanya optimis.
.

Gelora di bawah bayu, Justin Ganai digugurkan



MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my 

TEKA-TEKI mengenai masa depan ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai akhirnya terjawab apabila beliau diketepikan daripada jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu disahkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Osman Jamal dalam satu sidang akhbar lewat malam kelmarin.

Difahamkan, keputusan untuk menggugurkan Justin daripada jawatan ketua jurulatih dibuat ekoran kekalahan memalukan 0-9 Sabah kepada Lions XII, Sabtu lalu.

Menurut Osman, kekalahan kepada pasukan dari negara jiran itu merupakan sesuatu yang sukar diterima dan merupakan rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

"Kalah atau menang adalah adat pertandingan, namun tewas 0-9 merupakan satu catatan sejarah buruk bagi pasukan.

"Kekalahan itu jelas mengecewakan pihak pengurusan SAFA pada ketika segala kebajikan para pemain sentiasa diutamakan," katanya di sini semalam.

Kelmarin, sumber memberitahu bahawa jurulatih berusia 56 tahun itu telah direhatkan daripada membimbing Sabah dengan tempatnya bakal diisi sementara oleh penolong juru- latih, Andrew Manjanggim.

Dalam pada itu, Osman yang juga Naib Presiden 1 SAFA menjelaskan, posisi ketua juru- latih yang ditinggalkan Justin bakal diisi tidak lama lagi.

Enggan mendedahkan nama pengganti Justin, Osman sebaliknya mengakui satu perbincangan dalam masa terdekat akan dibuat dengan seorang jurulatih dari Semenanjung.

"Pertemuan akan dibuat pada 21 Jun ini dengan jurulatih berkenaan dan jika beliau bersetuju, maka pihak persatuan akan melantiknya untuk membimbing pasukan Sabah," ujarnya.

Osman bagaimanapun menjelaskan, jodoh Justin bersama SAFA tetap akan diteruskan apabila persatuan sedia memberikan peranan baharu kepada bekas jurulatih bagi program pembangunan.

Untuk rekod, Sabah yang pernah muncul naib juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali kini menduduki tangga ke-11 liga dengan hanya mengutip 19 mata daripada 18 perlawanan.

Kekalahan 0-9 yang dicatat di Jalan Besar, Sabtu lalu itu juga merupakan kekalahan ketiga berturut-turut yang dialami Sabah, dan kekalahan ketujuh musim ini.
.

Tugas mencabar menanti Izham


Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
.

SELEPAS sering dibayangi kehebatan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat, peluang kini terbuka buat Mohd Izham Tarmizi Roslan untuk membuktikan dirinya layak beraksi di pentas antarabangsa.

Kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22 Tahun (B-22) di Myanmar bermula Sabtu ini bakal menjadi ujian getir buat Tarmizi yang kini menjadi calon utama di posisi penjaga gol selepas Khairul Fahmi terpaksa diketepikan kerana sudah berusia 23 tahun.

Sebelum ini Khairul Fahmi atau turut dikenali sebagai Apek menjadi pilihan jurulatih Ong Kim Swee untuk menjaga gawang untuk skuad Olimpik negara pada pusingan kelayakan Olimpik London dan skuad juara Sukan Sea 2011 sekali gus menyaksikan Tarmizi terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Namun semangat Tarmizi, 21, tidak pernah luntur sebaliknya mengaku banyak belajar daripada ketenangan milik Apek sepanjang bersama dalam skuad.

“Kejohanan kelayakan di Myanmar akan menjadi peluang terbaik untuk saya beraksi dalam skuad utama. Memang sebelum ini peluang saya terhad di peringkat antarabangsa dan cuma beraksi dalam Liga Singapura bersama Harimau Muda A.

“Bagi saya Apek pemain yang bagus, dia memberi tunjuk ajar kepada saya. Bagi saya dia seorang penjaga gol yang cukup tenang di padang,” katanya.

Tarmizi beraksi dalam kesebelasan utama skuad B-22 negara ketika menewaskan Qatar B-22, 2-0 pada aksi pemanas badan terakhir di Stadium Shah Alam sebelum berlepas ke Myanmar Khamis ini.

Bagaimanapun pemain kelahiran Terengganu itu tidak mahu cepat mendabik dada sebaliknya perlu bersaing lebih gigih untuk memastikan kedudukannya dalam skuad yang turut dibarisi Mohd Farhan Abu Bakar dan Muhamad Ilham Amirullah Razali.

“Masih ada kelemahan perlu saya perbaiki, saya kena fokus dalam permainan. Saya tidak boleh cepat puas hati,” katanya yang menjadikan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas sebagai idola.

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-22 Kumpulan G dengan menentang Korea Selatan Sabtu ini sebelum berdepan Filipina (25 Jun), Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai).
.

Menang, tapi masih hambar


SEBELUM perlawanan, Bojan berharap pasukan akan beraski cemerlang dengan mencipta jumlah jaringan gol yang besar ketika bertemu Kuala Lumpur di Kota Bharu. 

Jumlah jaringan amat penting seandainya Kelantan terikat mata dengan pendahulu Liga, Lions XII selepas menamatkan kempen Liga Super musim ini. Walau bagaimanapun Bojan meletakan misi untuk menang sebagai matlamat utama pasukan.

Harapan Bojan untuk melihat gawang lawan kerap dibolosi tidak kesampaian. Menembusi kubu pasukan Kuala Lumpur tidak semudah mencongak keupayaan lawan melalui statistik perlawanan terdahulu. 

Hadiah sepakan penalti pada minit ke 60 yang disempurnakan oleh penyerang impot, Mohd Ghaddar, menyelamatkan maruah Kelantan yang beraksi di hadapan lebih kurang 15 ribu penyokong sendiri di Kota Bharu. Kelantan berjaya mengutip 3 mata dengan keputusan perlawanan menewaskan Kuala Lumpur 1-0 apabila wisel penamat ditiup pengadil.

Saya lihat keputusan ini tidak jauh bezanya dengan keputusan perlawanan 3 hari terdahulu, apabila Kelantan menewaskan Kedah dengan jaringan 2-1. Mungkin kerana corak permaianan yang sama ditunjukkan oleh pasukan. Tanpa menyentuh bab taktikal, persembahan keseluruhan pada pendapat saya masih lagi hambar, seperti hambarnya aksi "gomo" ketika bertemu Kedah.

Kelantan memiliki pemain-pemain yang mempunyai skil yang baik. Cuma setelah bercuti panjang, saya kurang nampak kepelbagaian rentak permainan yang selalunya ditunjukkan oleh pemain secara berpasukan dalam dua perlawanan ini.

Dari anjung media di astaka, saya melihat seolah-olah pasukan bermain dalam tekanan, melakukan kesilapan-kesilapan yang sebelum ini jarang dilakukan, mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol. 

"Set play" yang kurang kemas juga memudahkan pihak lawan membaca gerakan dan mengawal benteng mereka. Bahagian pertahanan juga agak goyah, mungkin dengan ketiadaan beberapa pemain "regular" yang mengalami kecederaan.

Walaupun persembahan pasukan "di luar kebiasaan", saya tetap mengatakan Kelantan adalah sebuah pasukan yang hebat. 

Kelantan adalah Juara Piala FA. Kelantan melepasi sasaran awal dan berjaya ke peringkat suku akhir Piala AFC 2012. Kelantan juga adalah juara bertahan bagi Liga Super Malaysia. 

Mereka perlu mencipta kemenangan demi kemenangan dalam baki tujuh perlawanan seterusnya. Pendahulu liga, Lions XII akan mengumpul 56 mata jika menang baki dua perlawanan mereka. Kelantan tidak boleh berpuashati dengan kutipan mata yang sama kerana Lions XII memiliki kelebihan jumlah jaringan gol.

Untuk mengekalkan kejuaraan, Kelantan yang kini mengutip 44 mata, harus memperolehi sekurang-kurangnya 57 mata daripada baki 7 perlawanan yang bakal berlangsung.

Jika pasukan tidak mahu berada dalam keadaan tertekan, kemenangan harus dicari lebih awal dalam empat perlawanan selepas ini, ketika menentang Sabah (23.6), Terengganu (26.6), Selangor (29.6) dan Negeri Sembilan (3.7).

Seandainya ada keputusan perlawanan berkenaan tidak memihak kepada Kelantan, perhitungan bertemu Perak (7.7), Felda United (10.7) dan Sarawak (14.7) adalah pertemuan-pertemuan yang getir.

Empat perlawanan yang berlangsung di gelanggang sendiri adalah bonus. Tetapi, dalam situasi sekarang, Kelantan tidak seharusnya beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri sahaja. 

Di mana sahaja, di hadapan siapa sahaja, gomo tetap gomo. Semua perlawanan adalah penting, semua perlawanan adalah perlawanan akhir.

Teruskan perjuangan The Red Warriors, Gomo Kelate Gomo! 


Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.


Shebby Singh dilantik pengarah bola Blackburn

Kadang-kadang "orang luar" lebih nampak kehebatan seseorang daripada "orang sendiri". Akhirnya yang akan rugi adalam "orang sendiri" kerana mereka ini tidak tahan berdepan dengan kritikan profesional. 

Tidak boleh salahkan mereka juga kerana mungkin pada mereka profesional itu pada nama jawatan, atas jenama pakaian, bukan ternilai daripada perbuatan. "Ranking" tidak penting.

- Amierul Hisham

---

BEKAS pemain pertahanan negara, Serbegeth Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak Blackburn Rovers.

Serbegeth "Shebby" Singh
Laporan Daily Mail UK berkata, pemilik Blackburn yang berasal dari India, Venky telah mengesahkan Serbegeth, yang turut dikenali sebagai Shebby, diberikan tanggungjawab itu.

Salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah untuk Venky dan Steve Kean, walaupun masa depan pengurus itu masih tidak menentu selepas tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Shebby tidak pernah surut idea untuk memberikan komen dan itu yang membuatkan beliau cemerlang untuk Liga Perdana ketika bertindak sebagai pengulas bola sepak televisyen di Asia.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia dari 1978 hingga 1996.

Shebby juga merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur dan membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Sunday, June 17, 2012

Bukan faktor rasuah



ENJIN yang direka dengan kekuatan empat silinder, perlukan keempat-empat silinder berkenaan untuk berfungsi pada setiap masa enjin dihidupkan. Jika ada satu silinder yang kata "I give up" kerana "piston" telah bengkok, tentu enjin akan "knocking", kenderaan "bergetar" dan tiada daya dipacu.

Justin perlu "overhaul" pasukan dengan ketiadaan pemain utama Sabah akibat kecederaan sebelum mereka turun menentang PKNS FC esok dan Kelantan pada hujung minggu ini. Pada saya pemain utama skuad pelapis Sabah (skuad Presiden) patut diberi peluang.

-Amierul Hisham
.
MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my
.
LUKA ‘dikerjakan’ Lions XII 0-9 dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin sememangnya cukup parah buat peminat Sabah.

Apa tidaknya, ia merupakan rentetan kekalahan ketiga berturut-turut buat Sabah selepas dibenam oleh pasukan Sarawak 1-0 dan T-Team 2-1 sebelum ini.

Lebih mengecewakan, ia merupakan kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepak pasukan yang turut dikenali sebagai Sabahawks sehingga timbul spekulasi terdapat unsur rasuah dalam perlawanan itu, namun ia segera disangkal jurulatihnya, Justin Ganai.

Menurut Justin, faktor kecederaan yang membelenggu beberapa pemain utama dilihat sebagai punca utama kepada episod sedih tersebut.

Jelasnya, antara pemain yang mengalami kecederaan termasuklah kapten pasukan, Mohd. Reithaudin Awang Emran dan tiga tonggak tengah, Mohd. Fariss Azlan Mat Isa, Sumardi Hajalan dan Zuraindey Jumai.

“Kalah besar bukan bermakna ada unsur rasuah, sebaliknya kami sendiri tempang sebelum perlawanan apabila kehilangan beberapa pemain yang tercedera.

“Sumardi sendiri terpaksa dikeluarkan setelah 17 minit beraksi akibat kecederaan buku lali, selain penyerang utama, Bobby Gonzales yang baru pulih daripada kecederaan lamanya,” kata Justin kepada Kosmo! semalam.

Sabahawks kini menduduki tangga ke-11 Liga Super apabila sekadar mengutip 19 mata selepas 18 perlawanan.

Enggan menjadikan itu sebagai alasan, Justin tetap menghormati Lions XII yang disifatkannya sebagai sebuah pasukan hebat.

Ketika mengulas mengenai pertemuan menentang PKNS di laman sendiri malam esok, Gustin menggesa pemainnya agar bangkit daripada kekecewaan dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi.
.

TRW Paka Fan Club merintis sokongan global

Ucapan TAHNIAH kepada TRW Paka Fan Club diatas pelancaran rasmi kelab penyokong berkenaan yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Annuar Musa pada 16 Jun lalu.

Saya tidak berkesempatan memenuhi jemputan untuk ke Paka kerana kekangan tugas lain, tapi saya tumpang berbangga dengan wujudnya sebuah kelab penyokong yang aktivitinya tidak hanya dimanfaat oleh ahli, tetapi juga melibatkan masyarakat umum dan masyarakat setempat.


Program pra pelancaran yang melibatkan kunjungan dan pemberian wang zakat sumbangan ahli kelab kepada golongan kurang upaya dan juga program kesedaran sivik cegah jenayah adalah, yang dijayakan dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia dan akhbar Sinar Harian adalah sesuatu yang unik di peringkat kelab penyokong.

Pendekatan seperti ini harus diberi pujian kerana pengurusan kelab saya lihat lebih peka dengan pengisian keseluruhan program dan tidak semata-mata berharap pada gemilangnya hari pelancaran. Seperti, "nak berhari raya, kita rasakan dahulu faedahnya berpuasa."

Sebagai "duta" kepada pasukan dan pengurusan The Red Warriors, kita berharap kesinambungan program sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

Jika pencinta sukan bola sepak, tanpa mengira warna kulit, kewarganegaraan, agama dan lokasi geografi, mampu "bermati-matian" menyokong dan menyanjung pasukan kesayangan mereka yang terletak ribuan kilometer jauhnya, tidak mustahil usaha-usaha murni yang dilakukan oleh TRW Paka Fan Club mampu mencetuskan fenomena baru dalam sokongan kepada pasukan The Red Warriors, melangkau sempadan negeri, negara dan fahaman politik.

Saya percaya ramai lagi penyokong pasukan Kelantan The Red Warriors yang bukan berasal dari Kelantan, seperti saya. 

Saya juga percaya ramai pencinta sukan utama dunia ini dari negara ini, "mencintai" The Red Warriors dalam diam. Itu tidak mustahil kerana sedar atau tidak, kebelakangan ini nama The Red Warriors bukan saja selalu disebut-sebut di rantau ASEAN, malahan juga di benua Arab, di Timur Tengah, Jepun, Eropah dan banyak tempat lagi.

Tahniah sekali lagi!

Oleh Amierul Hisham, TRWFM Bulletin

Nota: Foto daripada laman Facebook TRW Paka Fan Club

Liga Super : Hambar, tapi Menang - Kelantan 2, Kedah 1


MELIHAT jurulatih pasukan, Bojan Hodak tidak senang duduk semasa perlawanan bagai menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan pasukan ketika menentang Kedah malam tadi.

Baik di hadapan, di tengah mahupun di bahagian pertahanan, seolah-olah ada kelonggaran persefahaman di kalangan pemain. Selepas berehat hampir tiga minggu, perlawanan liga super semalam seperti satu lagi perlawanan "persahabatan", yang gagal menampakkan taring pasukan.

Tiada perubahan taktikal yang dibawa oleh Bojan Hodak, dan pada pendapat saya itu adalah pilihan yang terbaik. Bojan perlu menilai kembali prestasi pemain ketika perlawanan setelah lima daripada mereka tidak bersama-sama pasukan Kelantan kerana terlibat dengan persediaan dan perlawanan persahabatan pasukan negara.

Perbezaan cara kendalian latihan di peringkat pasukan dan kebangsaan telah memberi kesan kepada corak permainan pasukan. Kenapa tidak? Bojan melatih pemain untuk beraksi dan memberi yang terbaik ketika perlawanan, tetapi di kem latihan pusat, pemain-pemain Kelantan dilatih hanya untuk memanaskan bangku simpanan, atau setidak-tidaknya beraksi "10 minit".

Mereka yang terlibat dengan pasukan Harimau Malaya dan Ghaddar yang baru-baru ini pulang untuk membantu pasukan kebangsaan Lubnan, perlu kembali menyesuaikan diri dengan cara permainan The Red Warriors, dan Bojan tidak punya ruang masa yang lama untuk "memperbaiki kerosakan" berkenaan, kerana setiap pertemuan liga super dalam bulan ini adalah penting untuk pasukan mencipta kemenangan.


Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur (19.6), Sabah (23.6), Terengganu (26.6) dan Selangor (29.6) untuk aksi-aksi liga super di bulan Jun, dan setiap pertemuan tersebut perlu dilihat sebagai "perlawanan akhir" jika Kelantan mahu mecipta kejuaraan Liga lebih awal untuk musim ini.

Pemain pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri, menjalani pemeriksaan dan penilaian di MSN hari ini. Nor Shahrul Idlan pula cedera ketika beraksi bersama Harimau Malaya. 

Sama ada mereka dapat diturunkan pada perlawanan hari Selasa menentang Kuala Lumpur akan diputuskan oleh Bojan Hodak setelah mendapat lapuran daripada jurulatih kecergasan pasukan, Rueben Jude Balraj.

Bertemu Kedah, tanpa memperkecilkan pasukan lawan, Bojan tetap menganggap lawan Kelantan sebagai pasukan yang kuat tetapi kurang bernasib baik dalam saingan musim tahun ini.

Menurut Bojan, walaupun corak permainan pasukan agak hambar dengan beberapa kesilapan yang ketara dilakukan oleh pemain, yang penting pada beliau, Kelantan berjaya menewaskan lawan.

Mendengar komen dan perancangan oleh Bojan Hodak semasa berbual bersama beliau selepas tamat perlawanan semalam, saya percaya persembahan pasukan akan lebih baik pada perlawanan selepas ini. 

- Amierul Hisham


Pertemuan liga super malam tadi di Kota Bharu menyaksikan Kelantan 
berjaya menewaskan pasukan Kedah 2-1. Video oleh MZDin

Thursday, June 14, 2012

Kim Swee pertahan Wan Zack

MUSIBAH yang melanda bintang dalam pembikinan negara, Wan Zack Haikal Wan Nor ketika ini jelas mengundang resah majoriti peminat bola sepak tempatan.

Apa tidaknya, pemain sayap berusia 21 tahun itu ketika ini masih bergelut dengan kecederaan hamstring pada kaki kanan sehingga terpaksa melupakan hasrat membantu skuad kebangsaan dalam tiga siri perlawanan persahabatan antarabangsa baru- baru ini.

Malah, Wan Zack juga hanya boleh beraksi dalam dua perlawanan terakhir bersama Harimau Muda pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun (B-22) di Myanmar bermula 21 Jun ini.

Ia ekoran Wan Zack kini menjalani penggantungan tiga perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Bahrain dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia awal tahun ini.

Justeru, ada segelintir pemerhati bola sepak yang berasakan kehadiran Wan Zack di Myanmar nanti tidak memberikan sebarang makna, namun ia pantas disangkal jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Menurut beliau, meskipun belum membuat keputusan mengenai senarai akhir pemain yang bakal dibawa ke Myanmar nanti, Kim Swee tetap percaya dengan impak yang boleh dicetuskan Wan Zack dalam skuad Harimau Muda.

"Benar, Wan Zack hanya boleh beraksi dalam dua perlawanan terakhir di Myanmar nanti tetapi saya percaya dua perlawanan tersebut dilihat cukup penting bagi menentukan kedudukan Harimau Muda dalam kejohanan tersebut.

"Pada masa sama, saya juga perlu memikirkan mengenai kecederaan serta kehilangan beberapa pemain gara-gara layangan kad kuning dan merah, jadi saya tidak menganggap kehadiran Wan Zack satu kerugian buat kita," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan G bakal membuka tirai saingan menentang Korea Selatan pada 23 Jun ini sebelum berdepan Filipina dua hari kemudian.

Mereka kemudiannya bakal berdepan Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) sebelum aksi terakhir menentang pasukan tuan rumah, Myanmar pada 3 Julai.

Terdapat 41 pasukan yang dibahagikan kepada tujuh kumpulan dalam aksi yang julung-julung kali diadakan itu, yang mana dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan bakal mara ke pusingan akhir bermula tahun depan.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa beliau menuntut persembahan bertenaga daripada anak-anak buahnya menjelang aksi persahabatan menentang skuad B-22 Qatar di Stadium Shah Alam petang Ahad ini.

"Aksi menentang Qatar nanti dilihat sebagai penilaian terakhir saya bagi mengenal pasti senarai akhir 23 pemain ke Myanmar berbanding 27 pelatih ketika ini, malah moral pemain juga berada pada tahap terbaik sebaik tamat siri persahabatan di Eropah dan China baru-baru ini," katanya.


NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
.