Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, August 28, 2012

Kelantan di tangga kedua kumpulan setelah seri dengan ATM


Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kelantan, saya harus memberi pujian kepada pasukan ATM sekali lagi membuktikan mereka sememangnya layak bergelar Juara Liga Perdana musim ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permaianan yang agak seimbang dengan bergilir-gilir melakukan serangan ke kubu lawan. Walaupun Apex tidak berjaya menangkap bola dengan kemas, boleh dikatakan jaringan gol kedua-dua pasukan terhasil daripada kesilapan bahagian pertahanan.

Afiq sekali lagi menggunakan ketinggian beliau untuk mencabar lawan, walaupun berpeluang menjaringkan gol  daripada sepakan leret yang ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM. 

Hasil daripada larian dan hantaran Mat Yo, yang juga beberapa kali membuat percubaan tepat ke pintu gol lawan nyaris-nyaris membolos gawang ATM. Ghaddar yang menggantikan Afiq, kelihatan bersungguh dalam percubaan menjaringkan gol. Norfarhan yang baru dimasukkan nyaris meletakkan nama beliau sebagai penjaring. 

Kelantan merampas kedudukan tangga ke 2 Kumpulan B daripada Terengganu setelah pasukan tersebut tewas kepada Kedah 1-2 di Alor Setar malam tadi.

Kelantan akan bertemu ATM sekali lagi di Kota Bharu pada 1 September 2012.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

----

Seri 1-1, ATM gagal kekalkan rekod kemenangan
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
SINAR HARIAN


PASUKAN berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal mengekalkan rekod kemenangan kali ketiga apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan juara Piala FA, Kelantan dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Dengan keputusan tersebut, ATM mengutip tujuh mata untuk terus kekal selaku pendahulu Kumpulan B, sementara Kelantan berjaya menduduki tangga kedua setelah meraih empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini.

Tuan rumah yang menurunkan kesebelasan utama termasuknya penyerang prolifiknya, Marlon Alex James terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-56 hasil lorongan cantik oleh Zakuan Adha kepada Marlon yang melepaskan tendangan kaki kanan menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, pelawat meneruskan serangan dengan memasukkan Norfarhan Mohammad dan mengeluarkan Nurul Azwa Roya bagi mengempur benteng pertahanan yang dikawal rapi oleh Aidil Zafuan.

Ternyata percaturan bijak Kelantan akhirnya berjaya apabila Obina Nwaneri menyudahkan kegagalan penjaga gawang ATM mengeluarkan bola yang dirembat kencang dari luar kotak penalti oleh Shakir Shaari pada minit ke-87.

Dengan berkesudahan seri, Kelantan semakin mencerahkan laluan mereka ke suku akhir.

Sementara itu, dalam satu lagi persaingan Kumpulan B, Kedah berjaya mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan naib juara 2011, Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman.

Pasukan kelab dari selatan Johor FC gagal mengekalkan rentak kecemerlangan apabila sekadar seri 1-1 dengan PKNS dalam Kumpulan A.

Pendatang baru, Lions XII juga mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Johor FA di Stadium TSDH Hassan Yunos.

Di Stadium Tunku Abdul Rahman, juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan turut mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Perak.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan C, Sime Darby berjaya mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Felda United di Stadium Hang Jebat.

Dalam aksi Kumpulan D, Selangor mencerahkan peluang untuk ke suku akhir apabila mencatat kemenangan pertama 1-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sementara itu, Pahang terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D dengan membenam Sarawak 6-0 di Stadium Darul Makmur.

.

Sunday, August 26, 2012

Aura SSM4 Kota Bharu di bawa ke Selayang



Kehadiran puluhan ribu penyokong setia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Sabtu lalu membuktikan mereka tidak "kalah" kepada keputusan 0-2, tewas kepada Terengganu sebelum ini.

Semua pemain yang saya temui juga bersetuju senario tersebut telah menaikkan semangat mereka untuk bermain dan menjamin 3 mata penuh daripada perlawanan menentang Kedah Sabtu lalu. 

Walaupun Kelantan turun tanpa Ghaddar dan Indra Putra, tapi keyakinan pemain-pemain utama yang lain, seperti Piya, Shakir, Farhan, Awe dan Mat Yo berjaya mencetus inspirasi kepada keseluruhan pasukan. 

Afiq Azmi diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama setelah menunjukkan keserasian yang lebih baik bersama pasukan. Gol-gol jaringan beliau membantu Kelantan menewaskan Kedah 2-1, setelah Kedah terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke 5.

Mat Yo tidak menjadikan kritikan penyokong terhadap persembahan beliau di Kuala Terengganu sebagai penghalang untuk beliau bermain dengan baik. Beliau yang dikawal rapi oleh barisan pertahanan Kedah, gagal dalam beberapa menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, hasil gerakan cantik beliau telah membantu rakan sepasukan yang lain membuat percubaan dan penyudahan yang menggegar gawang lawan.

Pengurus Pasukan, Hj Azman berkata, kekalahan di Terengganu merupakan satu "wake-up call" kepada pasukan. Alhamdulillah, Kedah berjaya ditundukkan, dan pemain-pemain berazam untuk mencipta kemenangan daripada baki 4 pertemuan peringkat kumpulan.

Kelantan akan bertemu ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 28 Ogos 2012, jam 8.45 malam. Aksi Daudsu, Indra Putra dan Ghaddar dinantikan oleh penyokong-penyokong setia.

Amierul Hisham
TRW Bulletin



---

Kelantan di landasan tepat
KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


LALUAN Kelantan kembali cerah selepas mencatat kemenangan sulung 2-1 ke atas Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Kemenangan tersebut cukup bermakna selepas skuad The Red Warriors tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu pada aksi pertama di Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, keputusan positif yang dicatat pasukan itu cukup menggembirakan terutama ketika beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang.

Menurutnya, Kelantan nyata menguasai permaianan tersebut dengan melakukan asakan serta mencipta banyak peluang biarpun pasukan itu dilihat agak tempang tanpa beberapa tonggak utama.

"Saya gembira dengan keputusan ini terutamanya dalam tempoh 60 minit pertama kecuali kelalaian kita menyebabkan Kedah berjaya mencipta gol seawal minit kelima. Sepatutnya ia tidak berlaku kerana ini adalah perlawanan kedua.

"Kita melakukan asakan awal dan situasi itu menyebabkan kami agak keletihan pada penghujung perlawanan. Selain itu, kami juga membenarkan lawan menguasai permainan pada 20 minit terakhir tetapi kami mampu menyerap asakan dengan baik," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Tambahnya, selepas berjaya mendahului Kedah pada babak pertama, Kelantan bermain lebih santai dan mengawal perlawanan kecuali beberapa serangan balas pantas untuk memerangkap pemain Kedah.

"Dua perlawanan dalam tempoh tiga hari cukup memenatkan, pemain tidak boleh berlari sepanjang masa, turun dan naik. Selepas ini kita berdepan perlawanan yang cukup penting.

"Kita beraksi tanpa beberapa tonggak, Indra (Putra Mahayuddin) menghadiri perkahwinan adiknya dan ia memang dirancang sejak sekian lama dan saya tidak mempunyai pilihan kecuali memberinya pelepasan.

"Khairul Fahmi juga ada masalah kecederaan termasuk Muhammad Ghaddar dan saya tidak mahu mengambil risiko. Saya memberi mereka rehat untuk pulih sepenuhnya. Namun, keputusan ini cukup baik dan saya gembira menerimanya," ujarnya.

Mengulas mengenai pertembungan dengan ATM, Selasa ini, Hodak cukup optimis pasukannya mampu melakukan sesuatu untuk berada pada kedudukan lebih selepas melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

"Kami akan cuba menang, mereka mempunyai beberapa pemain kebangsaan tetapi kami pasukan yang baik. Mungkin sukar untuk memenangi perlawanan di tempat lawan tetapi kami mampu melakukannya di gelanggang sendiri.

"Saya perlu jujur, sebelum menentang Terengganu kita berdepan masalah besar. Enam atau tujuh pemain tidak beraksi pada perlawanan persahabatan, empat pemain baru kembali dari skuad kebangsaan dan sebahagiannya cedera.

"Saya rasa malam ini (kelmarin) kami beraksi dengan lebih baik berbanding ketika menentang Terengganu dan saya harap aksi kami akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa," jelasnya.

.

Jawatan Kosong - SPN Kerajaan Negeri Kelantan


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

  1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
  2. PENOLONG PEGAWAI TANAH
  3. RENJER HUTAN
  4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT
  5. PELUKIS PELAN
  6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  7. PENGAWAS HUTAN
[Muat turun Iklan Jawatan Kosong disini]


CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, taraf jawatan dan lain-lain lagi, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan : www.spn.kelantan.gov.my

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.

Sebelum atau pada : 09 SEPTEMBER 2012

UMUR :
  1. Calon-calon lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun.
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
AM :
  1. Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2009 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2011. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.
  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Paspot, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen /testimonial yang berkaitan. 
  3. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.
  4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  5. Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada Surat akan dihantar.
  6. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
.

Thursday, August 23, 2012

Resepi dominasi The Red Warriors

 Kelantan - The Red Warriors




Awal bulan lepas, Kelantan telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super (MSL) buat tahun ke 2 berturut-turut sebelum menamatkan dua perlawanan berbaki apabila menewaskan Perak 6-0 di Kota Bharu. Dengan kejayaan tersebut, Kelantan merupakan pasukan ketiga dalam sejarah Liga Super Malaysia, menjadi johan berturut-turut untuk dua musim.

Kelantan meneruskan kempen mereka dalam saingan Piala Malaysia, dengan misi menjadi juara treble musim ini. Mereka berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu pada tahun 2010 setelah menunggu 66 tahun.

Banyak perkara yang menyumbang kepada kejayaan pasukan yang bergelar The Red Warriors ini. Kita lihat  lima faktor utama yang menjadi resepi Warriors.

Ketua Jurulatih



Ia suatu pandangan yang kurang tepat apabila mengatakan Bojan Hodak mewarisi pasukan yang kuat dan hanya perlu menamakan kesebelasan utama pemain-pemain untuk setiap kejayaan setiap perlawanan. Dalam pengamatan yang sebenar, pasukan Kelantan menjadi semakin baik di bawah kendalian Hodak.

Kelantan sekarang telah memperbaiki corak permainan sebagai satu pasukan dengan hantaran-hantaran bola yang lebih baik sejak Hodak mengambil alih. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada masanya apabila melihat corak permainan Kelantan ia seolah-olah melihat permainan sebuah kelab Eropah. Keupayaan Hodak menukar kebiasaan cara bermain pasukan sebelum ini harus diberi pujian.

Pengurusan



Prestasi pasukan dan masalah dalaman persatuan pernah membuatkan Kelantan "jatuh", menyaksikan pasukan tersebut hanya layak beraksi di Liga FAM pada tahun 2004.

Pengurusan persatuan kemudian diambilalih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007. Bermula dari tahun berkenaan, sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar secara aktif terlibat dalam pengambilan pemain-pemain yang berkualiti daripada pasukan lain, seperti Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam dan Indra Putra Mahayuddin.

Tan Sri Presiden juga bertindak mendapatkan penajaan untuk pasukan dan untuk musim 2012 membuat keputusan untuk melabur bagi mendapatkan perkhidmatan pemain-pemain import yang baik.

Pendekatan hubungan "ayah anak" yang beliau gunakan berkesan dalam menjaga kebajikan pemain dan pegawai pasukan. Presiden juga secara peribadi mengendalikan sesi motivasi untuk pasukan apabila keadaan memerlukan. 


Gandingan Presiden dan Pengurus Pasukan, Tuan Hj Azman Ibrahim, dalam pengurusan adalah tulang belakang kekuatan. Hj Azman dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pengurus yang sememangnya amat mencabar. 

Kepada pasukan-pasukan lain, ia merupakan contoh terbaik bagaimana untuk menguruskan sebuah organisasi sukan dan pasukan bola sepak secara profesional. Menguatkan fakta ini, ada pasukan dan kelab bola sepak yang telah memohon secara rasmi untuk meletakkan pegawai mereka di KAFA bagi mempelajari selok-belok pengurusan persatuan dan pasukan.

Ketua Pasukan



Ia menjadi tanda tanya kepada semua orang, kenapa Badri Radzi tidak terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan dalam kejohanan-kejohanan yang disertai. Walaupun kemungkinan keupayaan sebenar Badri Radzi tidak diberi pengiktirafan sewajarnya di peringkat kebangsaan, ketua pasukan Kelantan yang mesra dikenali sebagai "Piya" adalah model seorang pemain profesional yang bersikap rendah diri dan patut menjadi contoh kepada pemain-pemain muda di Malaysia.

Piya mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pemain midfield pasukan dengan keupayaan baik berkomunikasi dengan rakan pemain, skil menghantar bola dengan tepat dan membaca permainan lawan. Walaupun bermain di bahagian tengan, Piya juga sering turun mambantu barisan pertahanan pasukan, menjadikan beliau sebagai seorang ketua pasukan yang menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pasukan yang lain.

Sewaktu beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Queen Park Rangers (QPR) baru-baru ini, Piya tidak langsung kelihatan gugup dan berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Kerana itu, walaupun kalah dalam pertemuan tersebut, Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes, tidak ragu-ragu memilih Piya sebagai pemain terbaik perlawanan.

Konsisten



Kelantan hanya tewas dua perlawanan daripada 26 perlawanan Liga Super musim ini. Keupayaan memenangi 69% daripada jumlah perlawanan adalah sesuatu yang menakjubkan. Sebagai perbandingan umum, Manchester United yang memenangi kejohanan treble pada tahun 1999 hanya mencapai peratusan kemenangan perlawanan 58% daripada semua perlawanan liga mereka, menjaringkan 53 gol dan bolos sebanyak 18 gol.

Penyokong



Penyokong merupakan faktor penting dalam sukan bola sepak Kelantan. Pengaruh penyokong kepada pasukan tidak harus diperkecilkan. Walaupun tidak menerima anugerah sebagai penyokong terbaik di liga tempatan, penyokong Kelantan tidak pernah hilang keghairahan mereka untuk memberi sokongan padu kepada pasukan, penyokong yang lantang bersuara dan turun memberi sokongan dalam pelbagai cara dan corak setiap kali pasukan bermain.


Mereka mengikuti dengan teliti perkembangan pasukan dan sanggup berbelanja demi pasukan kesayangan mereka. Penyokong Kelantan juga adalah satu-satunya kumpulan yang hadir beramai-ramai ketika perlawanan berlangsung di tempat lawan, sesuatu yang jarang-jarang kelihatan dalam bola sepak Malaysia.

Dikenali sebagai "12th Warriors", sokongan mereka tidak pernah kurang, baik ketika beraksi di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad Ke IV, mahupun di gelanggang lawan.

Untuk arkib foto pasukan anda boleh kunjungi TRW Social and Online Media.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.





Wednesday, August 22, 2012

Vacancy : Air Asia Cabin Crew


Want to paint the skies RED with us at 35000ft above sea level? If you’re ready to serve with the Allstar hospitality, and have a great attitude to boot, then WE WANT YOU!

Come and join our Cabin Crew walk-in interview at Berjaya Plaza, Kuala Lumpur on the 8 September 2012!

Registration: 9am – 3pm

Venue: 
1st floor, Berjaya Plaza,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Opposite Berjaya Times Square).

Minimum Criteria:
  • Malaysian Citizen (Bring original and copy of Malaysian I/C or Passport)
  • Male and female age between 20 and 35 years old
  • Height (ladies): minimum 157cm, maximum 170cm barefoot
  • Height (men): minimum 170cm, maximum 180cm barefoot
  • SPM with Credit in English and Bahasa Malaysia or equivalent
  • TOEIC test score of 600 & above valid for 2 years http://www.toeicmalaysia.com/airasia-toeic-lr-test/
  • Speaks and writes fluent English and Bahasa Malaysia
  • Has good communication skills
  • Possess a positive attitude and ability to work within a team environment and dealing with people from all cultures.
  • Experienced crew is encouraged to apply
  • Graduates from any disciplines are encouraged to apply

Dress Code:
  • Gentlemen- Smart casual and stylish
  • Ladies- Smart casual - strictly knee length skirt only and full make-up.

Application Details:
  • Interested applicants please download and complete this http://www.airasia.com/FA-application/index.html
  • Completed application form
  • Original and copies of NRIC & Passport 
  • Original and copies of higher Education or other certificates
  • TOEIC with 600 score and above (valid for 2 years from the date of interview) http://www.toeicmalaysia.com/airasia-toeic-lr-test/
  • 1 latest full body photo (postcard size)
  • 1 latest passport size photograph (head and shoulder)
  • Latest resume
  • Send reply for registration to: noorasuffaabijamrah@airasia.com
*Position is based in LCC Terminal, Sepang, Malaysia.

All the best and See you there!
.

Tuesday, August 21, 2012

We must show that we’re the best in the country - Annuar Musa


Tan Sri Annuar Musa says Kelantan have to underline their domestic supremacy by staying undefeated in the Malaysia Cup

Kelantan supremo Tan Sri Annuar Musa wants ‘The Red Warriors’ to show the nation that they are the best team in the land by staying unbeaten all the way to the Malaysia Cup title.

Annuar highlighted the fact that his team are the sole representatives of Malaysia in the AFC Cup should mean that they are one level above the other teams in this country at least.

“We are the only team still representing the country at AFC Cup level so we shouldn’t lose to any local teams,” he told Goal.com.

The 56-year-old politician added that he believes Kelantan’s first team is strong enough to win the competition and the loan players brought in do not reflect weakness in the squad.

“Our first eleven is strong enough.”

“I don’t think players from outside can replace them. They’re not better than what we already have but at least they can provide cover in case of injuries.”

Kelantan have signed three players on loan to beef up their squad for the Malaysia Cup campaign, namely Haslam Haja Najumudeen and Afiq Azmi from Kuala Lumpur as well as Sabah’s Mafry Balang.

These signings are hoped to give head coach Bojan Hodak the option to rest key players when necessary, as Kelantan aim to be in the best shape possible for the AFC Cup quarter-final double-header with Iraq’s SC Arbil next month.

Having bagged two major trophies so far, Annuar assured the fans that Kelantan will give their all to ensure that the coveted Malaysia Cup is brought back to Kota Bharu at the end of October.

“I’m aware that the Malaysia Cup is tougher than the league and the FA Cup but we have to maintain our reputation as the number one team in Malaysia so we’ll try our best to get that treble.”

GOAL.COM
.

Butler tidak gentar temu The Red Warriors



NAIB juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu menjanjikan aksi menarik pada pertembungan musuh tradisi Kelantan dalam saingan pembukaan piala berprestij itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Pengendalinya, Peter James Butler berkata, pasukan bimbingannya bersedia berdepan pasukan The Red Warriors itu dan menjangkakan perlawanan antara dua jaguh Pantai Timur itu akan mempamerkan persaingan sengit.

Menurutnya, beliau menghormati pasukan Kelantan tetapi tidak gentar apabila berdepan dengan dua juara kempen Piala Malaysia - Piala FA dan Liga Super musim ini dan berjanji memberikan saingan kompetitif apabila masing-masing ingin meraih kemenangan dalam perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia.

“Kelantan merupakan sebuah pasukan yang kuat ketika ini, apatah lagi pemain mereka sudah lama bersama dan saling mempunyai kesefahaman tinggi antara satu sama lain.

“Saya merasakan apa yang penting pada perlawanan itu nanti adalah kemenangan dan kita akan memberikan saingan dalam setiap sudut terhadap mereka,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang kelmarin.

Butler berkata, beliau akan memastikan skuad Penyu akan bermain bersungguh-sungguh dalam meraih kemenangan dalam perlawanan menentang juara Liga Super itu.

Katanya, dia amat berpuas hati terhadap komitmen yang ditunjukkan anak buahnya sepanjang latihan pada bulan puasa, malah kecerdasan mereka bertambah baik menjelang perlawanan sulung mereka menentang Kelantan malam nanti.

“Biarpun kami berdepan sedikit kesukaran terutamanya pada bulan puasa dan kemudahan latihan yang terbatas, namun persiapan dapat dilaksanakan dengan sempurna ditambah pula dengan kesungguhan yang ditunjukkan barisan pemain yang begitu baik sekali.

“Saya kini mempersiapkan formasi terakhir dan akan memilih kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada perlawanan itu nanti kerana kami mahu turunkan pasukan yang terbaik esok (malam ini),” katanya.

Menurutnya, beliau tidak akan mengumumkan siapa yang akan diturunkan nanti sebaliknya mengakui mereka yang dipertanggungjawabkan dalam kesebelasan utama skuad Penyu adalah pemain yang betul–betul layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang latihan.

Menyentuh mengenai enam pemain muda skuad Presiden yang diserapkan dalam pasukan senior, Butler memberitahu, dia sudah melihat ada beberapa pemain yang mempunyai potensi untuk menyinar dalam kancah Piala Malaysia dan berkemungkinan akan digandingkan dalam kesebelasan utama.

“Terengganu mempunyai ramai bakat muda yang boleh diketengahkan dalam peringkat lebih tinggi malah jurulatih memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada mereka.

“Kelibat pemain muda ini sudah tentu akan digunakan dalam kancah Piala Malaysia ini dalam memberi pendedahan kepada mereka,” katanya.

Butler berkata, dia akan cuba sedaya upaya membentuk pasukan yang mampu memberi saingan dan memenangi semua perlawanan dalam saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, dia menyedari ia satu tugas berat apabila diletakkan dalam kumpulan yang sukar dan dianggap maut bersama-sama Kelantan, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, pemain berpengalaman dari Bumi Kenyalang, Joseph Kalang Tie menyifatkan penguasaan di bahagian tengah bakal menjadi penentu kemenangan dalam perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia ketika turun melayan kunjungan Kelantan malam nanti.

Joseph Kalang berkata, secara fizikal dan mental, Terengganu kini dilihat sudah bersedia untuk berdepan TRW dalam perlawanan di laman sendiri.

“Bagaimanapun, saya merasakan apa yang penting dalam perlawanan itu nanti adalah pemain perlu meletakkan mentaliti untuk meraih kemenangan.

“Kita juga perlu memastikan bahagian tengah dapat dikuasai sepenuhnya untuk mematahkan perancangan yang dirangka Kelantan pada perlawanan itu nanti,” katanya ketika ditemui sejurus tamat sesi latihan kelmarin.

Dalam pada itu, Joseph memberitahu, penguasaan di bahagian tengah memainkan peranan penting kerana ia akan menentukan keupayaan pasukan masing-masing dalam merealisasikan strategi dirangka jurulatih.

Justeru, dia mengharapkan skuad Penyu dapat mengurangkan kesilapan di bahagian tengah dalam memberi persaingan sengit kepada seteru tradisi itu.

“Siapa yang membuat banyak kesilapan di bahagian tengah pada perlawanan itu akan mengundang padah.

“Sebaliknya mereka yang dapat mengurangkan kesilapan, saya menjangkakan pasukan tersebut akan meraih kemenangan dalam perlawanan sengit lagi penuh kompetitif itu kelak,” katanya.

Sementara itu, dia turut mengakui, keseluruhannya pemain juga sudah bersedia dan akan mengikut segala perancangan jurulatih dalam mengekang jentera tengah Kelantan.

SH
.

Tuesday, August 14, 2012

Had jawatan presiden dua tahun

Jika gagal bawa perubahan dalam tempoh itu, mereka perlu lepas jawatan

Pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata sudah tiba masanya setiap persatuan sukan di negara ini mengamalkan sistem ‘uji untuk tempoh dua tahun’ bagi jawatan presiden. 

Beliau berkata, melalui sistem itu, setiap pemegang jawatan yang dipilih atau dilantik diuji dalam tempoh dua tahun dan andai tiada peningkatan, mereka wajib melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada muka baru. 

“Pendekatan itu wajar dilaksanakan persatuan andai mahu melihat kemajuan dan perkembangan positif sukan negara dicapai,” katanya yang mengulas niat Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang menyatakan hasrat meletak tampuk diterajui sejak 12 tahun lalu, Mei tahun depan. 

Sikap diambil Nadzmi itu seharusnya dijadikan iktibar kepada persatuan lain yang tidak mempamerkan perkembangan seperti diharapkan peminat sukan tanah air.

Sebagai contoh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang turut dikecam supaya presidennya meletak jawatan sebelum ini. 

Katanya, andai tiada peningkatan dalam tempoh masa diberikan itu, setiap presiden yang dipilih dan dilantik itu wajib melepaskan jawatan berkenaan dan memberi ruang kepada muka baru menonjolkan kebolehan. 

“Mulai sekarang saya rasa lebih baik kita tekankan sistem ini yang mana setiap pemegang jawatan itu yang dipilih atau dilantik itu diuji untuk tempoh dua tahun. 

“Untuk setahun dua dalam tempoh itu dia perlu tonjolkan kemampuan dia sebagai presiden. 

“Jika tidak ada hasil atau keputusan yang baik dalam tempoh itu, dia (presiden) perlu ditukar dan bagi kepada muka lain pula menerajui persatuan,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk persatuan sukan di negara ini mengamalkan sistem ini jika mahu melihat badminton atau apa juga sukan di negara ini menghasilkan sesuatu. Namun, ada penggal pemegang jawatan tertinggi persatuan sukan kebangsaan ditetapkan dalam tempoh dua dan tiga tahun berdasarkan perlembagaan masing-masing. 

Sebelum ini, Nadzmi mengeluarkan kenyataan enggan bertanding lagi pada pemilihan depan kemungkinan selepas menerima desakan bertubi-tubi daripada peminat, bekas pemain dan juga bekas presiden selepas skuad badminton negara mempamerkan prestasi hambar di Piala Thomas dan juga gagal menepati sasaran emas di Sukan Olimpik.

BH
.

Ghaddar oh Ghaddar



Dalam kita sibuk membantu pengurusan menyediakan bahan multimedia dan foto untuk dijadikan bukti pembelaan kes beliau di FAM 16 Ogos nanti, yang dibantu pula berbuat onar.

Setiap kali tamat latihan, ketika bersembang bersama Pengurus Pasukan Kelantan, Tuan Hj Azman Ibrahim, nama Ghaddar tanpa gagal, akan terselit dalam perbualan.

Bukan hanya penyokong-penyokong Kelantan yang tertanya-tanya, Hj Azman sendiri pun sama. Kerana itu, kita mengambil sikap tunggu dan lihat.

Dalam kita sibuk membantu pengurusan menyediakan bahan multimedia dan foto untuk dijadikan bukti pembelaan kes beliau di FAM 16 Ogos nanti, yang dibantu pula berbuat onar.

Kami sependapat, sehebat mana seorang pemain sekalipun, jika ia tidak berdisiplin, pemain tersebut tidak bagus. Dan kita juga sependapat, teladan yang tidak baik bagi seorang yang dikategorikan sebagai pemain profesional, mampu menjadi virus dan menjangkiti orang lain.

Isitlah AWOL (Absent Without Leave) kita gunakan bila timbul isu Ghaddar. Seorang askar jika "ponteng" dalam tanggung jawab, boleh memberi malapetaka pada keselamatan negara.

Tidak kurangnya seorang pemain bola sepak utama pasukan, ia mampu merencatkan misi yang dicita.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---


KAFA TETAP MAHU HUKUM GHADDAR
Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG import Kelantan, Mohammad Ghaddar yang sebelum ini gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan bersama The Red Warriors bakal dihadap- kan ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil selepas Ghaddar melanggar peraturan dengan mengambil cuti tanpa kebenaran seperti yang telah diberikan kepadanya sebelum ini.

Menurutnya, Ghaddar yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, akan berlepas dari Beirut, Lebanon malam ini dan dijangka tiba di Kota Bharu kira-kira pukul 1.50 petang esok.

"Sejurus tiba, dia (Ghaddar) akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin KAFA. KAFA akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan dia perlu menjawab mengapa dia tidak melaporkan diri pada 5 Ogos lalu.

"Disiplin tetap disiplin, tiada istilah pemain emas atau sebaliknya. Peraturan tetap perlu dikuat kuasa," kata Annuar semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kegusaran penyokong The Red Warriors berikutan kegagalan Ghaddar hadir pada sesi latihan persiapan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 22 Ogos ini.

Annuar memberitahu, tonggak utama skuad kebangsaan Lebanon itu bakal berdepan latihan intensif dalam usaha untuk mengembalikan semula kecergasannya selepas berehat lebih sebulan tanpa sebarang aksi kompetitif.

"Kita mahu dia (Ghaddar) mengemba- likan prestasinya menjelang saingan Piala Malaysia nanti.

"Jikalau dia gagal mengembalikan semula kecergasannya, dia pasti akan berada di bangku simpanan, begitu juga dengan pemain-pemain lain.

"Hukuman itu sudah menjadi amalan pasukan dan kita tidak mahu terlalu bergantung harap kepada seorang pemain sahaja memandangkan Kelantan mempunyai 30 pemain yang boleh diturunkan pada bila-bila masa," ujarnya.

Selain berdepan dengan tindakan KAFA, Ghaddar juga berkemungkinan tidak terlepas daripada hukuman Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan membicarakan kesnya esok.

Ghaddar didakwa bertelagah dengan pemain pertahanan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar pada aksi Liga Super di Sta- dium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Selain Bunyamin yang didakwa telah menumbuk Ghaddar sebanyak dua kali, kapten Selangor, Mohd. Amri Yahyah di- laporkan telah memijak belakang pemain import itu.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang minggu lalu menghukum Bunyamin dan Amri dengan mengenakan denda RM1,500 serta digantung tiga perlawanan sebaik kempen Piala Malaysia bermula.
.


DUNIA WARRIORS Edisi Juara Liga Super di pasaran!


Anda boleh mendapatkan keluaran terbaru DUNIA WARRIORS Edisi Khas Juara Liga Super 2012 yang telah berada di pasaran sekarang.

Edisi ini memuatkan koleksi ekslusif foto-foto Juara FA dan Juara Liga Super 2012, di samping artikel-artikel menarik berkenaan keluarga The Red Warriors.

REVIEW

Bicara TSAM

Salam Ramadhan
Tan Sri Annuar Musa di antara lainnya mengucapkan rasa syukur kerana pasukan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan merangkul Piala FA pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Isu Utama

TRW Selangkah Di Hadapan
Wawan Faiz mengimbas kembali perjalanan The Red Warriors ketika saingan Piala FA dan Liga Super serta mencongak kebarangkalian Kelantan dinobat sebagai Juara Treble musim ini.

RANGKUMAN LIGA SUPER

Imbasan perlawanan
Koleksi cerita dalam gambar berwarna perlawanan-perlawanan yang berlangsung serta keputusan-keputusannya.

Sambutan Kejuaraan Liga
Aksi menjulang Piala Liga Super di SSM IV Kota Bharu

Sambutan Piala Liga

Kawasan Rantau Panjang dan Kolej Masterskill
Koleksi cerita dalam gambar berwarna sambutan Piala Liga Super di Rantau Panjang dan Kolej Masterskill. Kehadiran pemain-pemain The Red Warriors disambut meriah di kedua-dua lokasi berkenaan.

MINI POSTER

Mini poster TRW Juara Liga Super 2012

AKSI PENTAS FINAL

Gambar Aksi Pemain Ketika Final Piala FA 2012

HARIMAU MALAYA

Final Piala KAFA

Imbasan Kejohanan Piala KAFA 2012
Perlawanan akhir di antara Gua Musang Felda Kelantan dan Kota Bharu AFH Synergy

Tahukah Anda?

Mat Che Su
Menyingkap sejarah Legasi Mat Che Su, lagenda bola sepak Kelantan, yang nama beliau diabadikan dalam lagu Dikir diberi tajuk Legasi Mat Che Su.

Info Ringkas

Keita Mandjou
Maklumat tentang pemain import terbaru pasukan Kelantan, Keita Mandjou yang akan bertindak sebagai penggempur.

Khairul Izuan Rosli
Iwe seli, seorang yang mahir dalam membuat sepakan percum dan rembatan deras dari lua kotak penalti

Mijo Dadic
Profil pemain tinggi lampai berbangsa Croatia yang menyertai pasukan sebagai pemain pertahanan

Antarabangsa

Kelantan temui Arbil FC di suku akhir Piala AFC
Perlawanan kalah mati di antara Kelantan dan Terengganu serta rangkuman majlis pengundian dan Piala AFC 2012

Wanita & Bola sepak

Peranan WAGS dalam kehidupan pemain bola sepak
Cik Kuku Besi Penumbuk berkongsi tetang peranan isteri dan teman wanita seorang pemain bola sepak yang mampu membantu perkembangan dan kejayaan pemain tersebut

Naskah ini boleh dibeli di kedai-kedai buku sekitar Kota Bharu. Untuk pertanyaan anda boleh berhubung dengan Sidang Editor di laman FACEBOOK DUNIA WARRIORS.

DAPATKAN SEKARANG.

Nota: Foto oleh Dunia Warriors
.

Peraduan : SIAPA ANDA?

MOMENT TO CAPTURE 



Jika anda adalah orang yang digambarkan dalam foto ini
kami ucapkan TAHNIAH!

Anda baru saja memenangi SATU (1) Tiket ASTAKA dan DUA (2) Tiket Terbuka untuk perlawanan persahabatan Kelantan lwn T.Team pada 15 Ogos, 10.30 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Anda hendaklah:
  1. Menjawab diruang komen gambar ini "GOMO KELATE GOMO!", 
  2. Menghubungi nombor telefon 0109244007 atau emel trwonlinemedia@gmail.com sebelum jam 6 petang, 15 Ogos 2012, untuk menuntut hadiah-hadiah tersebut.
Wakil tidak dibenarkan dan tiada tuntutan boleh dibuat selepas jam 6 petang 15 Ogos 2012.

Nota
  • Jika ia bukan gambar anda, tetapi anda mengenali pemenang, sila sampaikan berita ini kepada beliau.
  • Hadiah-hadiah tajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan dan TRW Social and Online Media.
TRW Bulletin
.

Monday, August 13, 2012

Terlalu awal nilai prestasi pemain


PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengaku masih terlalu awal untuk menilai persembahan semua pemain dan mereka perlu berusaha lebih keras sebelum bermulanya aksi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini.

Beliau berkata, Kelantan yang diundi dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memanfaatkan sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang diatur untuk meningkatkan prestasi.

Katanya, kejayaan menewaskan Pattani FC dari Thailand, 3-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Sabtu lalu tidak boleh dijadikan pengukur kemampuan pemain.

“Saya harap pemain terus berusaha menempatkan diri dalam kesebelasan terbaik kerana peluang beraksi sentiasa terbuka berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan.

“Bagaimanapun, saya lihat petanda positif dipamerkan pemain pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan menentang Pattani FC dari Selatan Thailand,” katanya.

Azman berkata, pemain pinjaman Kelantan, Mohd Afiq Azmi juga dilihat cepat menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan ketika melayan kunjungan Pattani FC.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu anak buah jurulatih Bojan Hodak itu cepat berpuas hati dengan kejayaan itu kerana ia hanya perlawanan pemanas badan sebelum berdepan Terengganu pada saingan awal peringkat Kumpulan B di tempat lawan, 22 Ogos ini.

“Mohd Afiq bijak memanfaatkan peluang melakukan penyudah berkesan apabila mencipta hatrik untuk membantu kemenangan Red Warriors. 

“Dia mempunyai kelebihan daripada segi ketinggian untuk memantapkan jentera serangan Red Warriors, terutama membantu misi Kelantan melepasi halangan peringkat kumpulan B pada kempen Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Ismail Muhamad
sukan@hmetro.com.my

.

Obinna, Midja sertai pasukan uji T-Team


Kelantan akan turun dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 15 Ogos 2012, bertemu pasukan T-Team. Perlawanan kali ini akan turut disertai oleh Obinna dan Midja yang telah bersama pasukan semalam.

Manakala pemain Kelantan yang bersama skuad Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam dan Shakir Shaari, dijadualkan akan bertolak dari Austria pulang ke tanah air pada 16 Ogos.

Mereka mungkin tidak akan berkesempatan untuk turut serta dalam latihan terakhir pada 17 Ogos, sebelum pegawai dan pemain pasukan diberi cuti Hari Raya Aidil Fitri 2 hari (18 dan 19 Ogos).

Latihan pasukan akan disambung semula pada 20 Ogos (Hari Raya Ke 2) di SSM4 pada jam 6 petang.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.

AFC : Kelantan bakal uji Tebuan dalam pertemuan persahabatan



Urusan pendaftaran pemain-pemain pasukan untuk AFC telah selesai. Pengumpulan biodata terkini pemain-pemain dan pegawai pasukan sedang dilakukan. Dokumentasi ITC di peringkat kelab selesai dan telah dimajukan kepada FIFA.

Daripada senarai pemain pasukan AFC Kelantan, saya boleh katakan, dengan atau tanpa Ghaddar, ia tetap satu kombinasi juara. Keita Mandjou dan Midja Dadic tersenarai dalam skuad AFC Kelantan, melengkapkan senarai pemain import yang turut menyenaraikan Ghaddar dan Obinna. 

Antwi, walaupun tidak akan beraksi bersama pasukan, baik di Piala Malaysia dan AFC, masih kekal sebagai pemain import Kelantan. 

Skuad AFC Kelantan menerima pelawaan untuk satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam yang sedang dalam rangka persiapan menyertai pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2012. 

Perlawanan persahabatan menentang skuad Tebuan dijadualkan berlangsung pada 8 September 2012 di Kota Bharu.

Skuad AFC Kelantan akan bertolak ke Arbil September untuk perlawanan suku akhir pertama pada 18 September. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Kota Bharu pada 25 September.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.

Azizan harus bertanggungjawab - Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizian Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keyakinan penyokong terhadap pasukan bola sepak Kedah.

Menurut beliau, selaku Presiden KFA, Azizan perlu bertindak segera membaiki keadaan setelah pasukan Kedah terkeluar daripada saingan Liga Super dan terpaksa beraksi di Liga Perdana musim depan.

Mahdzir yakin kelemahan pengurusan menjadi faktor utama kenapa prestasi Kedah musim ini hambar.

Prestasi buruk pasukan Kedah juga menyebabkan Ketua Jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan terpaksa meninggalkan pasukan sebelum aksi Piala Malaysia. KFA membuat keputusan untuk menggantikan Wan Jamak dengan jurulatih dari Croatia, Mario Tot.

Mahdzir berkata kecemerlangan Kedah sebagai juara trebel berganda tercalar apabila menduduki tangga ke 12 Liga Super musim ini. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Kedah hanya layak beraksi di Liga Perdana setelah tewas kepada Pahang 2-3 melalui penentuan tendangan penalti dalam perlawanan playoff memburu slot terakhir Liga Super.

Menurut Mahdzir lagi, yang penting sekarang ialah bola, bukan KFA.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.

Pafa nafi kaut untung jual sampul duit raya


Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dilaporkan kecewa kerana ada pihak tertentu menggunakan logo persatuan berkenaan untuk tujuan perniagaan dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan menjelang perayaan Aidil Fitri.

Setiausahanya, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menegaskan logo persatuan berkenaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya bagi tujuan perniagaan.

Dalam siasatan yang mereka jalankan, Pafa dapati logo persatuan berkenaan telah dicetak pada sampul duit raya oleh sebuah kelab penyokong yang dijual kepada orangramai dengan harga RM10 bagi satu ikatan 5 pek, dengan 10 sampul dibalut dalam setiap pek.

Kelab penyokong berkenaan juga diberitakan menyediakan kemudahan tempahan melalui sistem pesanan ringkas yang nombornya dipaparkan di laman web kelab berkenaan.

Abdul Aziz berkata, tindakan menggunakan logo Pafa seolah-olah memberi gambaran Pafa terlibat secara langsung dengan perniagaan tersebut yang secara terang menyalahi undang-undang pertubuhan.

Abdul Aziz berharap penjelasan yang beliau berikan akan membersihkan nama Pafa yang dituduh cuba mengaut keuntungan.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

Ini balasan saya terima - Mat Zan


SAYU hati bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris, mengenangkan nasib malangnya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ketika menandatangani kontrak dua tahun sebagai ketua jurulatih akhir tahun lalu, sedikit pun tidak terlintas di fikirannya yang beliau akan kehilangan jawatan dua bulan sebelum tibanya Ramadan tahun ini.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun itu, kepulangannya ke Terengganu untuk mengambil tempat Irfan Bakti bagaikan mimpi menjadi kenyataan kerana pada 2001, dia pernah mengecapi saat manis menjulang Piala Malaysia sebagai jurulatih pasukan Penyu.

“Ini akhirnya balasan ke atas saya,” kata jurulatih kelahiran Melaka yang meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih Pos Malaysia untuk kembali melatih Terengganu buat kali kedua.

Mimpi indah Mat Zan tidak kekal lama apabila direhatkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) awal Mei lalu selepas tersingkir daripada saingan Piala FA apabila kecundang di suku akhir kepada Sime Darby.

Pada masa itu, Terengganu masih berada di tangga ketiga Liga Super di samping berpeluang mara ke peringkat kedua dalam saingan Piala AFC.

“Mungkin pihak pengurusan rasa Terengganu, sebagai juara bertahan Piala FA, tidak sepatutnya tewas kepada pasukan yang bermain dalam Liga Perdana seperti Sime Darby,” katanya.

Selama dua minggu, tugasnya diambil alih oleh Khalid Mat Dahan, sebelum pengurusan PBSNT membuat keputusan mengikat Peter Butler sebagai jurulatih baru Terengganu.

“Mereka menawarkan pampasan dua bulan gaji untuk penamatan awal kontrak, namun saya meminta supaya mereka melunaskan gaji saya sehingga akhir tahun kerana sukar buat saya mencari pekerjaan baru di pertengahan musim,” katanya.

Perbincangan penamatan kontraknya berterusan sehingga dia menyerahkan semula rumah dan kereta kepada pihak pengurusan PBSNT hampir sebulan kemudian.

“Saya menerima gaji bulan Mei seperti biasa dan beranggapan mereka akan terus membayar gaji saya seperti diminta kerana mengikut terma kontrak, saya masih lagi ketua jurulatih pasukan.

“Namun ternyata mereka lebih licik kerana akhirnya saya menerima surat penamatan kontrak daripada PBSNT kerana tidak hadir bekerja selepas tempoh saya direhatkan tamat sedangkan pada masa itu mereka sudah mengambil Butler sebagai jurulatih,” katanya.

Selepas perundingan dengan PBSNT menemui jalan buntu, Mat Zan, baru-baru ini mengambil langkah lain dengan mengadu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya dapat dirujuk kepada jawatankuasa timbang tara.

“Namun saya dinasihatkan supaya menghantar tuntutan saya sekali lagi kepada PBSNT dan memberi tempoh sewajarnya kepada mereka untuk memberi pertimbangan sewajarnya.

“Saya sudah pun menghantar tuntutan bayaran enam bulan gaji kepada PBSNT dan saya berharap mereka dapat melunaskan semuanya dalam masa terdekat dan kalau boleh sebelum tibanya Aidilfitri,” katanya.

Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my
.

Bojan yakin bawa Piala Malaysia pulang ke Kelantan



Bojan tetap yakin dengan pasukan bimbingan beliau yang telah menjuarai Piala FA dan Piala Liga Super musim ini, untuk meneruskan rentak juara, membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan.

Jika ia berlaku pada Oktober nanti, ia sekaligus akan menobatkan Kelantan sebagai juara treble musim ini yang belum pernah menjadi tiga Juara dalam satu musim sebelum ini.

Walau bagaimanapun, apabila Kelantan diundi dalam Kumpulan B, yang ramai memberi jolokan nama Kumpulan Maut, ia tidak menjanjikan laluan mudah untuk pasukan Kelantan yang terpaksa berdepan dengan Terengganu (Juara FA 2011), Kedah (Juara Double Treble) dan ATM (Juara Liga Perdana 2012).

Pun begitu, Bojan Hodak yang tidak gentar menyatakan pendapat beliau, mahu pemain-pemain beliau melihat keputusan undian tersebut secara positif. 

"Kita diundi dalam kumpulan yang sukar untuk Piala Malaysia. Tapi ingat, kita adalah Juara, dan saya percaya Kelantan mampu menjadi juara sekali lagi," kata Bojan.

"Lambat laun kita akan berjumpa juga dengan pasukan yang hebat. Jadi, bertemu di peringkat awal tidak ada bezanya.

"Saya selalu katakan, jika hendak jadi Juara, kita mesti kalahkan pasukan yang hebat. Dan Kelantan bersedia untuk bertemu siapa saja."

Bojan lebih bimbangkan keadaan empat pemain Kelantan yang menyertai skuad Kebangsaan; Khairul Fahmi Che Mat, S. Subramaniam, Shakir Shaari dan Norshahrul IdlanTalaha.

Keempat-empat pemain tersebut sedang bersama pasukan Kebangsaan menjalani latihan pusat di Austria dan hanya akan menyertai pasukan enam hari sebelum sepakmula Piala Malaysia 22 Ogos nanti.

Amierul Hisham, TRW Bulletin
.





Thursday, August 9, 2012

Tony nak wujud Liga ASEAN


Pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes berhasrat mewujudkan Liga Bola Sepak Asia Tenggara (ASEAN) seperti Liga Juara-Juara Eropah.

Tony yang juga pemilik syarikat penerbangan, AirAsia menjelaskan idea itu sudah lama menjadi impiannya untuk merealisasikan seperti liga bola keranjang serantau yang diasaskannya sebelum ini.

“Saya sentiasa bercita-cita untuk Liga Bola Sepak ASEAN. Saya akan sediakan wang untuknya,” katanya yang juga principal pasukan Formula Satu (F1), Caterham. Beliau berkata, dengan penubuhan Liga Bola Sepak ASEAN, ia dilihat dapat membantu meningkatkan kualiti keseluruhan sukan itu di rantau ini.

“Kami dah buat Liga Bola Keranjang ASEAN. Adalah lebih hebat kalau ada Liga Bola Sepak ASEAN seperti di Eropah (Liga Juara-Juara). Cukup mengujakan untuk melihat pemain dari Malaysia dan Singapura beraksi. Kita perlu lebih banyak persaingan.

“Jika mereka (kebangsaan) bermain hampir setiap hari seperti di Liga Perdana Inggeris, saya percaya kita mampu untuk memiliki sebuah pasukan yang kuat. Mungkin satu hari nanti kita boleh lakukan sesuatu,” katanya.

AFP
.

KLFA tunai janji, turut beri bonus raya

Rusli Baba, Pengurus KLFA

MASALAH tunggakan gaji pemain Kuala Lumpur yang selama ini menjadi rungutan semua pihak akhirnya selesai berikut keputusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mahu menyelesaikan masalah tersebut.

Pengurus pasukan Kuala Lumpur, Rusli Baba ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjelaskan bayaran tunggakan gaji tiga bulan kepada pemain pada 13 Ogos dalam satu majlis jamuan berbuka puasa bersama pengurusan KLFA.

"Mengenai masalah tersebut, KLFA akan menjelaskan tunggakan gaji pemain pada majlis berkenaan dimana ianya akan dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan.

"Dan, kita harap dengan selesainya semua masalah ini, ia mampu menggembirakan pemain," kata Rusli kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, KLFA dilaporkan mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan pihaknya gagal membayar gaji tiga bulan kepada pemain.

Sehubungan itu, KLFA turut diberi amaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa sekiranya gagal melunaskan gaji dalam masa tempoh tiga bulan, skuad warga kota itu mungkin akan dihalang menyertai Liga Perdana.

SINAR HARIAN
.

Harimau Malaya tumpas kepada kelab Hungary

Gambar Arkib

Skuad bola sepak kebangsaan tumpas 0-2 kepada kelab Hungary, Gyirmot Gyor FC dalam perlawanan persahabatan di Budapest, Hungary awal pagi tadi. 

Pasukan negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya kini sedang mengadakan latihan di Vienna, Austria dari 4 hingga 16 Ogos sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki pada November ini. 

Kelab Hungary itu yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Hungary, János Csank membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi pemain tengah Norbert Tóth sebelum penyerang Magasföldi József menyumbat masuk gol kedua pada masa kecederaan (minit ke-92), menurut kelab itu seperti dipetik dalam laman web mereka http://www.gyirmotfc.hu. 

Anak buah Datuk K. Rajagobal itu akan menentang sebuah lagi kelab Hungary, TSV Hartberg empat hari lagi sebelum menamatkan Jelajah Eropah berdepan kelab Austria, Szombathely Haladas FC pada 14 Ogos. 

Skuad Harimau Malaya yang juga juara bertahan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010, telah diundi bersama naib juara edisi lepas, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura dalam Kumpulan B. 

Sebuah lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan akan ditentukan selepas pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki yang berlangsung dari 5-13 Oktober di Myanmar, yang bakal menampilkan pasukan tuan rumah, Brunei, Kemboja, Laos dan Timor Leste. 

Juara tiga kali, Thailand yang juga tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012 dengan Malaysia, telah diundi dalam Kumpulan A bersama juara edisi 2008 Vietnam, Filipina dan sebuah lagi pasukan daripada pusingan kelayakan. 

Perlawanan Kumpulan A akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand sementara aksi Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 24 November hingga 22 Disember. 

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir dan format perlawanan adalah bermain di tempat sendiri dan lawan dari 8-13 Disember manakala perlawanan akhir yang turut menggunakan format sama dari 19-22 Disember. 

Malaysia akan memulakan kempen menentang Singapura pada 25 November diikuti berdepan pasukan yang layak daripada pusingan kelayakan dua hari kemudian sebelum menamatkan aksi kumpulan bertemu Indonesia pada 1 November. 

BERNAMA
.