Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, July 31, 2012

Wan Jamak wajar diberi peluang terus bersama Kedah


WAN JAMAK bukan calan-calang jurulatih. Banyak rekod cemerlang beliau terutamanya ketika mengendalikan skuad Hoben Jang Hoben.

Mendapatkan jurulatih luar bukan satu jaminan untuk pasukan Kedah lebih trampil dalam saingan Piala Malaysia. Ia tetap satu percaturan berisiko.

Secara peribadi, saya berpendapat mengekalkan Wan Jamak sebagai jurulatih adalah langkah yang wajar. Walaupun bersama pasukan ketika musim telah bermula, tetapi ruang masa yang terhad untuk mempersiapkan Kedah untuk mencabar pasukan-pasukan lain bukan tugas yang mudah. 

Wan Jamak yang telah kenal pemain beliau dan mahir dengan corak permainanan pasukan lawan, saya lihat sebagai kelebihan yang patut dikekalkan.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

----

Status Wan Jamak belum jelas

BAGAIKAN 'telur dihujung tanduk'. Itulah gambaran kepada nasib jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan apabila mesyuarat untuk membincangkan masa depannya hari ini, masih belum mencapai kata putus sama ada di gugurkan atau kekal dalam skuad Kenari, musim depan.

Jelas Wan Jamak, tiada sebarang kata putus mengenai kedudukannya sebagai jurulatih memandangkan terdapat beberapa pemimpin yang tidak menghadiri mesyuarat berkenaan menyebabkan tiada keputusan dapat dibuat.

"Mesyuarat hari ini hanya membincangkan mengenai masa depan dan pencapaian dilakukan oleh saya sebagai jurulatih. Tapi keputusan sama ada saya digugurkan ataupun tidak masih belum mencapai kata putus.

"Apa-apa pun, saya sudah bersedia menghadapi sebarang keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan reda walaupun mengakui saya sedikit terkilan apabila terpaksa meninggalkan pasukan ini yang masih banyak tugas belum selesai," kata Wan Jamak ketika dihubungi Sinar Harian Online, petang ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya kemungkinan pihak KFA akan mengubah kembali hasrat untuk menggugurkan beliau , Wan Jamak berkata, harapan itu agak tipis kerana pihak pengurusan sendiri telah memutuskan untuk mengambil khidmat jurulatih luar negara.

"Apabila berita ini sudah terkeluar di surat khabar, maknanya pihak pengurusan betul-betul serius untuk menggugurkan saya. Dan ini bukannya khabar angin.

"Namun, sekiranya keputusan itu diubah, pastinya saya akan bekerja dengan keadaan tidak seronok," katanya.

Semalam, Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, pihaknya sedang berbincang untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Crotia bagi menggantikan Wan Jamak bagi menghadapi saingan Piala Malaysia nanti.

Dan kini, segala urusan masih di peringkat perbincangan dengan jurulatih tersebut.

Hasrat ini berikutan kegagalan Wan Jamak untuk mengembalikan kebangkitan Kedah, sebaliknya prestasi mereka terus jatuh merundum ke saingan Liga Perdana musim depan.

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH, SINAR HARIAN
.

Apex anggap saingan sihat



MENDENGAR sorakan gemuruh penyokong-penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam ketika Apex masuk menggantikan Farizal, seolah-olah sebagai pengiktirafan Apex masih lagi unggul sebagai penjaga gol utama pasukan Kebangsaan.

Dan beliau akan tetap menjaga gawang pasukan Kelantan untuk saingan Piala Malaysia dan AFC nanti.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
---

PENJAGA gol utama Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali Apex menyifatkan cabaran daripada rakan sepasukannya, Farizal Marlias sebagai satu persaingan sihat dalam sesebuah pasukan.

Katanya, itu satu petanda yang baik kerana semua pemain cuba memberikan aksi yang terbaik kepada negara.

"Satu persaingan yang sihat. Saya puji semangat yang dimiliki Farizal.

"Apa yang saya lihat, Farizal seorang penjaga gol yang hebat. Beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa," kata Apex melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online.

Apex berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan penjaga gol kedua kebangsaan, Mohd Farizal Marlias yang tekad untuk mengatasi pencapaian beliau dalam merebut posisi penjaga gawang utama kebangsaan.

SINAR HARIAN
.

Monday, July 30, 2012

Rakaman insiden-insiden kekasaran ketika Kelantan bertemu Selangor



Walaupun perlawanan tersebut telah lama berlangsung, tapi insiden-insiden yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke IV masih hangat diperkatakan.

Lebih-lebih lagi apabila pemain import Kelantan, Ghaddar turut dikenakan pertuduhan melakukan kekasaran terhadap Bunyamin.

Kita saksikan sendiri insiden-insiden berkenaan yang akan menjadi sebahagian daripada bahan bukti video yang akan dipertontonkan ketika Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang untuk mengadili kes yang melibatkan Ghaddar, Bunyamin dan Amri, pada 2 Ogos nanti.

TRW Social and Online Mediahttp://www.facebook.com/pages/TRW-Social-and-Online-Media/319477994812832


Sama-sama kita berdoa agar kes yang melibatkan Ghaddar akan diadili sebaik-baiknya oleh FAM.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.

Selamat datang ke KB Mafry Balang




Sabah FA yang bermesyuarat petang semalam, bersetuju untuk meminjamkan pemain pertahanan mereka, Mafry Balang kepada Kelantan.

Mafry yang sepatutnya mula bersama pasukan hari ini (31 Julai) memohon penangguhan daripada Pengurus Pasukan Kelantan, Tuan Hj Azman Ibrahim, sehingga 2 Ogos untuk menyelesaikan urusan peribadi sebelum menyertai pasukan Kelantan.

Mafry dijangka tiba di Kota Bharu pada jam 6.30 petang 2 Ogos. Dua pemain pinjaman Kelantan dari Kuala Lumpur, Aslam Najumudden dan Afiq Azmi telah menyertai latihan pasukan sejak 2 hari lalu.

Amierul Hisham
TRW Bulletin.
.

Sunday, July 29, 2012

Farizal up for tougher task against Mancini’s men



National goalkeeper Mohd Farizal Marlias can expect to be in the spotlight again when Malaysia take on English Premier League champions Manchester City at the National Stadium in Bukit Jalil tomorrow (9.45pm). 

Last Tuesday, the 26-year-old Negri Sembilan custodian was outstanding between the posts as Datuk K. Rajagopal’s men led another EPL giants Arsenal 1-0 before suffering a late meltdown to lose 2-1 at the same venue. 

Malaysia nearly pulled off a famous win after left-back Azmi Muslim stunned the visitors just before the breather with a 30-metre screamer but the Gunners bounced back with two quick kills through Thomas Eisfeld and Chucks Aneke in the last three minutes of the game. 

The national team could have lost by a bigger margin if not for the heroics of Farizal. 

The Gunners, who are on their pre-season Far East tour, found Farizal a major stumbling block and the keeper was even praised by Arsenal manager Arsene Wenger. 

Farizal, however, is not getting carried away after one outstanding performance, saying he is prepared for another tough evening. 

“I know the task is going to be more difficult this time. The City side have a more formidable forward line, which is led by Argentines Carlos Tevez and Sergio Aguero. The two need no introduction and I have seen them score so many times in the EPL last season,” said Farizal yesterday. 

National goalkeeper coach Mohd Fauzi Mukhlas said there was no doubt that Malaysia are blessed with some fine custodians, including Khairul Fahmi Che Mat who is nursing a knee injury.


“Khairul and Farizal are both top- notch goalkeepers. Khairul emerged tops when Farizal was injured a couple of years ago. Now it’s the other way around. Both are strong technically. Khairul is back in training but we do not want to risk aggravating his knee injury,” said Fauzi. 

Farizal said there was a healthy competition in the training camp and “it keeps us all on our toes”. 

The third-choice goalkeeper in the training squad is Selangor’s Norazlan Razali. 

“It is the same in all the other departments and we have great respect for each other … it’s a case of the best man wins,” said Farizal of Pahang. 

The national team are preparing for the defence of the Suzuki Cup Asean Football Federation (AFF) championship, which will be co-hosted by Malaysia and Thailand, from Nov 24-Dec 22. 

City arrived in Kuala Lumpur yesterday fresh from defeating Arsenal 2-0 at the Bird’s Nest Stadium in Beijing on Friday, courtesy of goals by Pablo Zabaleta and Yaya Toure.

ERIC SAMUEL, The STAR
.

Malaysia XI vs Manchester City


Rajagobal's charges are eager to spring an upset over a Balotelli-less Manchester City in what's still widely considered to be a battle between David and Goliath

Still smarting from a memorable performance against Arsenal last week, Malaysia will be optimistic when they welcome the visit of the newly crowned Premier League champions, Manchester City. Boasting some of the planet’s biggest football superstars such as Kun Aguero and Carlos Tevez, Malaysians will undoubtedly be excited to see their national stars put in another gallant effort to spring an upset to the Premier League's nouveau riche giants. 

National coach Datuk K. Rajagobal is looking forward to using the positives from his team's highly commendable display against the Gunners as he schemes to get the better of his more fancied counterparts.

“The Arsenal game has boosted our confidence. We hold City in high regard but won’t give them too much respect. If we play like how we did against Arsenal, I dare say that we could even snatch a win over City,” said a buoyant Rajagobal in Saturday's press conference.

Rajagobal can draw inspiration from the performances of combative midfielder Gary Robbat and goalkeeper Farizal Marlias, which impressed even the legendary Frenchman Arsene Wenger. However, he has got himself a headache in the scoring department as Malaysia’s strike force will be up against Kolo Toure and Vincent Kompany at the heart of the City defence.

Roberto Mancini on the other hand, will not be short of options as he has the likes of Argentine twin terrors Kun Aguero and Carlos Tevez to spearhead the attack. They will be ably assisted by the powerful midfielder Yaya Toure and England winger Adam Johnson. Toure stole the show in the recent 2-0 win over Arsenal in Beijing with a commanding performance from the midfield. Robbat will certainly have a busy time marking the Ivorian.

With so many stars on show, tomorrow's battle will surely be a world class exhibition.

Falah Abdullah, GOAL.COM
.

Barclays Premier League champions have touched down in Kuala Lumpur




Manchester City arrive in Kuala Lumpur for pre-season friendly match against a confident Malaysian side

With a world class team that would make even Europe’s most prestigious clubs turn green with envy, Manchester City boast some of the planet’s biggest superstars in Sergio “Kun” Aguero, Carlos Tevez as well as Vincent Kompany – and Malaysians will for the very first time get to watch them in action when the newly-crowned English Premier League champions cross swords with the Malaysian XI. 

Still smarting from a comfortable 2-0 victory over fellow Premiership contenders Arsenal in Beijing yesterday, City manager Roberto Mancini and his troops landed in Kuala Lumpur today for their date with the Malaysian team at the National Stadium, Bukit Jalil on July 30. Among the other headliners of the Citizen’s entourage are the famous Toure brothers, Kolo and Yaya, as well as internationals Alexsandar Kolarov, Adam Johnson and Pablo Zabaleta.

In the first of the Malaysian outfit’s double-headers against EPL juggernauts, over 53,000 football fanatics were thrilled to an electrifying match at the National Stadium on Tuesday when the Tigers dished out a highly commendable display against Arsenal.

The Malaysians had drawn first blood against the Gunners with Azmi Muslim’s first-half screamer before succumbing late in the game to goals by Thomas Eisfeld (87th) and Chucks Aneke (90th).

For their highly-anticipated showdown against City, national coach Datuk K. Rajagobal is aiming to use the positives from their last match as he plots to get the better of his more fancied opponents.

“The Arsenal game has boosted our confidence. We hold City in high regard but won’t give them too much respect. If we play like how we did against Arsenal, I dare say that we could even snatch a win over City,” said an optimistic Rajagobal.

Julian Kam, chief executive officer of ProEvents Group, the leading football marketing and management consultancy in Asia responsible for making this match possible, said: “We are proud to bring the English Premier League champions Manchester City to Malaysia. We hope they will have a good pre-season training in Malaysia and wish them all the best for the new season.”

Tickets for the match are priced at RM58, RM68, RM108 and limited VIP tickets at RM388. Tickets are available at all Ticketpro outlets nationwide, Ticketpro hotline 03-7880-7999 and www.ticketpro.com.my.

NOTE: Manchester City Training Session will be held on 29th July 2012 (Sunday), 5.30PM at National Stadium, Bukit Jalil.

Released by TRW Bulletin on behalf of ProEvents

GOAL.COM
.

Saturday, July 28, 2012

Harimau Malaya sudah bersedia



MANCINI (tengah) memegang trofi Liga Perdana England bersama Vincent Kompany (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Rajagobal (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan semalam.
---

MALAYSIA sudah bersedia untuk 'melayan' juara Liga Perdana England, Manchester City di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berkata, keazaman untuk melakarkan kejutan ke atas skuad kendalian Roberto Mancini itu sangat ketara kerana ia dianggap sebagai jalan terbaik bagi 'menebus' kekecewaan selepas tewas tipis 1-2 kepada Arsenal, Selasa lalu.

Begitupun, Rajogobal tidak mahu memberikan sebarang tekanan kerana beliau inginkan anak-anak buahnya mengulangi semangat dan keyakinan tinggi yang dipamerkan ketika menentang skuad The Gunners.

Beliau yakin skuad negara akan memanfaatkan peluang dan pengalaman pada aksi menentang Arsenal dan skuad The Citizens sebagai persiapan serta pendedahan terbaik menjelang kempen Piala Suzuki AFF bermula November depan.

"Keyakinan itu berbeza berbanding sebelum ini. Saya mahu mereka (Harimau Malaya) kekalkan keyakinan itu dan teruskan kesungguhan dalam setiap perlawanan.

"Bermain dengan pasukan, pemain terkenal seperti City dapat meningkatkan motivasi serta kesungguhan pemain kepada suatu tahap yang berbeza.

"Kalau kita boleh bermain dengan baik atau sekurang-kurangnya mencipta peluang untuk jaringan gol menentang pemain-pemain terbaik di dunia, itu adalah tanda-tanda yang baik bagi persiapan Piala Suzuki AFF.

"Saya mahu lihat pemain kita yang mana 'jangan terlalu takut', bermain dengan keyakinan tanpa sebarang tekanan.

"Mungkin (lebih penting adalah) kita mahu mengingatkan kepada pemain agar tidak mengulangi kesilapan ketika menentang Arsenal," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena ketibaan City di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan semalam.

Ditanya mengenai perubahan corak taktikal ketika melayan kunjungan City, Rajagobal menegaskan yang beliau perlu mencari pemain-pemain alternatif selepas senarai kecederaan pemain semakin meningkat.

Tambahnya, beliau berharap mentaliti penyokong berubah lebih ke arah positif kerana ketika ini skuad negara dalam proses 'pembelajaran' bagi menentang Arsenal dan City.

"Saya terpaksa menggantikan pemain selepas Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Mohd. Bunyamin Umar dan Mohd. Azmi Muslim mengalami kecederaan ketika menentang Arsenal," katanya.

Sementara itu, Mancini yang menyaksikan City menewaskan Arsenal 2-0, pada aksi persahabatan di Hong Kong kelmarin menganggap kunjungan pertama ke ibu negara sangat istimewa.

Katanya, beliau bersedia untuk memberikan aksi terbaik ketika menentang Harimau Malaya dan mahu menilai sebahagian pemain bagi diserapkan ke skuad utama.

"Saya harap perlawanan ini dapat membantu kami mempertingkatkan keupayaan pasukan.

"Apa yang boleh saya beritahu, saya mahu jadikan perlawanan itu lebih baik.

"Walaupun hanya aksi persahabatan, ianya cukup penting kerana ia membabitkan jelajah pramusim untuk menilai kelemahan dan kelebihan pasukan kami.

"Saya akan memastikan yang terbaik pada perlawanan (menentang Harimau Malaya) itu," katanya.

AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
.

Azzuddin tak mahu layan kritikan Kay Kim



“Saya tidak perlu jawab soalan itu,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang menyifatkan pegawai FAM sebagai jahil dan perlu dihantar ke sekolah untuk belajar undang-undang. 

Azzuddin ditemui pada sidang media Jelajah Asia Manchester City di Palace Of The Golden Horses, semalam. 

“Saya tidak mahu komen dan keluarkan sebarang kenyataan dengan cara ini (menerusi media),” katanya. 

Semalam, BH Sukan melaporkan Kay Kim menyelar beberapa tindakan FAM yang sering membuat banyak kenyataan bercanggah berkaitan sesuatu isu termasuk kejadian yang membabitkan 'kekasaran melampau' yang dilakukan pemain Selangor, Bunyamin Umar dan Amri Yahyah terhadap pemain import, Kelantan, Muhammed Ghaddar ketika aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohammad IV, pada 29 Jun lalu. 

Selepas kejadian itu, FAM dikatakan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengemukakan aduan dan bukti berhubung insiden itu bagi membolehkan Jawatankuasa Tatatertib FAM menjalankan siasatan terhadap Amri dan Bunyamin. 

Bagaimanapun, ketika kes yang sama menimpa Bunyamin, FAM tidak perlu menunggu aduan, sebaliknya terus mengeluarkan surat pertuduhan kepada Ghaddar.

BH
.

"FAM prejudis terhadap KAFA"



Badan induk itu boleh lakukan siasatan walapun desas desus

"Saya rasa mereka (pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia) perlu dihantar ke sekolah untuk belajar undang-undang."

Demikian kata pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengulas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dianggap prejudis terhadap sesuatu isu termasuk membabitkan kes pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar.

Beliau berkata, tindakan FAM itu agak jahil malah mereka membuat banyak kenyataan bercanggah berkaitan sesuatu isu sekali gus membuktikan badan induk bola sepak negara itu seperti kurang faham dengan peraturan yang ditetapkan mereka sendiri.

"FAM jahil dan tidak faham undang-undang"- Prof Kho Kay Kim

"Tidak betul kalau mereka cakap kena ada aduan dulu baru siasatan dibuat. Sepatutnya FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini, terus melakukan siasatan walaupun kejadian itu hanya diketahui melalui desas desus saja.

"Mereka ada hak untuk siasat. Dalam kes membabitkan Ghaddar, Amri Yahyah dan Bunyamin Umar, saya tidak cakap ada "double standard" tetapi FAM jahil dan tidak faham mengenai undang-undang," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam BH Sukan melaporkan walaupun terkilan dengan FAM yang dilihat seperti berdolak dalih, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan menyerahkan "bulat-bulat" kepada badan induk itu menjalankan siasatan terhadap Ghaddar.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata sebelum ini FAM meminta pihaknya membuat laporan sebelum siasatan boleh dijalankan terhadap Bunyamin kerana melakukan "kekasaran melampau" terhadap Ghaddar pada perlawanan Liga Super d Stadium Sultan Muhammad IV, 29 Jun lalu.

Bagaimanapun, ketika kes yang sama menimpa Bunyamin, FAM tidak perlu menunggu aduan, sebaliknya terus mengeluarkan surat pertuduhan kepada Ghaddar.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamaruddin Abdullah ketika dihubungi semalam, berkata apa yang sering menjadi masalah sekarang apabila banyak keputusan jawatankuasa yang pernah dinaunginya itu ditentukan oleh pihak sekretariat.

BH

Aslam dan Afiq sertai The Red Warriors



Skuad Kelantan pada hari ini menerima kehadiran dua pemain pinjaman dari Kuala Lumpur FA.

Kedua-dua pemain berkenaan, Aslam Najumudeen dan Afiq Azmi, tiba di Kota Bharu lewat malam tadi, bertemu Pengurus Pasukan untuk minum malam dan kemudiannya dibawa ke penginapan mereka di Kelantan Trade Center.

Menurut Aslam, beliau dan Afiq bertolak dari Kuala Lumpur dengan dua kenderaan kira-kira jam 3 petang. Oleh kerana masih tidak mahir dengan laluan ke Kota Bharu, mereka menghabiskan masa yang agak lama dalam perjalanan, mengikut Terengganu. Kedua-dua pemain ini sempat berbuka puasa di Kemaman.

Ketibaan mereka yang disambut oleh Pengurus Pasukan dan Md Zuki di Sedak Dok Dek Kopitiam Jalan Dusun Muda, di mana kedua-dua pemain ini menyertai rakan-rakan pemain The Red Warriors yang lain untuk minum dan makan "colek".

Pemain-pemain Kelantan yang turut bersama ialah Mohd Daudsu, Nor Farhan, Nurul Azuan dan Zairul Firti.

Apabila ditanya tentang kesediaan untuk berlatih dan bermain bersama pasukan Kelantan, Aslam berkata beliau berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh Kelantan untuk membantu dalam saingan Piala Malaysia nanti. Afiq, pemain yang berasal dari Kangar, Perlis pula berkata, ia merupakan satu penghargaan untuk bersama-sama pasukan yang telah bergelar Juara FA dan Juara Liga Super 2012.

Aslam dan Afiq kelihatan teruja apabila Hj Azman memberitahu mereka untuk turut bersedia bagi saingan suku akhir pertama Piala AFC, menentang Arbil FC di Iraq.

Hj Azman memaklumkan, Kelantan hanya akan menggunakan dua pemain yang dipinjam dari Kuala Lumpur FA setelah pemain yang ketiga, Mafry Balang, terpaksa diketepikan kerana tidak diberi pelepasan oleh Sabah FA.

Amierul Hisham
TRW Bulletin


TRW berlatih dalam gelap



Pasukan Kelantan memulakan latihan pertama mereka pada malam tadi setelah pemain dan pegawai menghabiskan cuti seminggu yang diberi baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, latihan 1 jam yang berlangsung di Padang Jubli Perak (MPKB) yang bermula jam 11 malam terpaksa dipendekkan kepada 30 minit kerana lampu limpah tidak dibuka.

Menurut Pengurus Pasukan, Tuan Hj Azman Ibrahim, berkemungkinan telah berlaku silap faham tentang jadual latihan yang dipersetujui secara lisan sebelum ini bersama penyedia kemudahan padang. 

Beliau berharap pasukan dapat berlatih dengan lebih selesa di padang yang sama pada malam esok.

Penolong Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, memberi tumpuan kepada kecergasan pemain-pemain semasa sesi berkenaan. Semua pemain Kelantan kelihatan turun berlatih kecuali Obinna, Ghaddar, Midja Dadic, dan pemain-pemain Kelantan yang bersama pasukan kebangsaan.

Amierul Hisham
TRW Bulletin 

Friday, July 27, 2012

KAFA serah kepada FAM



Penyelesaian tak boleh ditemui dengan berbalas kenyataan - Azman

Walaupun terkilan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat seperti berdolak dalih, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan menyerahkan buat-bulat kepada badan induk bola sepak negara itu menjalankan siasatan terhadap pemain importnya, Mohammed Ghaddar.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata jalan penyelesaian tidak boleh ditemui menerusi berbalas kenyataan dalam media dan KAFA mengambil pendekatan menyerahkan kepada FAM untuk menjalankan siasatan kes terbabit.

Beliau berkata, KAFA akan melihat bagaimana isu pemain Selangor, Bunyamin Umar dan Ghaddar ini diadili badan induk bola sepak negara itu.

Pertuduhan terhadap Ghaddar boleh dibuat Jawatankuasa Tatatertib FAM andai menemui bukti tanpa memerlukan sebarang aduan daripada mangsa.

"Kalau ini gayanya, saya tidak mahu komen apa-apa dan kita akan mengikut saluran dan peraturan yang ditetapkan FAM.

"Cuma seingat saya, dulu FAM pernah meminta pihak yang terbabit dalam isu ini tampil membuat laporan sebelum sebarang tindakan diambil, tetapi kini ada pihak tidak perlukan aduan," katanya ketika dihubungi semalam.

Berhubung Ghaddar bakal berdepan tindakan digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 jika sabit kesalahan, Azman berkata, beliau tidak boleh mengulas kes itu kerana perbicaraan mengenainya masih belum dijalankan.

"Kita belum tahu apa keputusan FAM. Jadi, kita tidak boleh ulas tindakan yang akan dikenakan terhadap pemain import Kelantan itu," katanya.

Semalam Berita Harian Sukan melaporkan FAM menegaskan pertuduhan terhadap Ghaddar boleh dibuat Jawatankuasa Tatatertib FAM andai menemui bukti tanpa memerlukan sebarang aduan daripada mangsa.

BH
.

Thursday, July 26, 2012

Bintang baharu United tunjuk belang

KAGAWA (tengah) menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Shanghai Shenhua 1-0 kelmarin

Pemain baharu Manchester United, Shinji Kagawa menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama The Red Devils ketika perlawanan persahabatan menentang Shanghai Shenhua kelmarin.

Kagawa muncul pemain terbaik selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika menewaskan kelab mewah China yang beraksi tanpa kelibat pemain baharu, Didier Drogba itu dengan keputusan 1-0.

Bintang Jepun yang ditandatangani daripada Borrusia Dortmund dengan nilai £17 juta (RM85 juta) itu menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas memanfaatkan hantaran Bebe pada minit ke-68.

"Kagawa berhak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan," kata pengurus United, Alex Ferguson.

"Dia menyesuaikan diri dengan baik dan akan menjadi pemain terbaik untuk kami serta saya sangat kagum dengan persembahannya."

Dalam pada itu, Ferguson mengesahkan bahawa dia berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Brazil, Lucas Moura dan pengendali veteran itu mengakui tidak akan berputus asa untuk memperkuatkan skuadnya.

"Kami akan mencuba segala-galanya pada musim panas ini untuk menambah beberapa muka baharu dalam skuad kami.

"Kami telah berjaya mendapatkan Kagawa dan Nick Powell dan kini masih berusaha dalam satu atau dua perkara lagi.

"Namun, saya tidak akan memberitahu pemain mana yang akan menyertai kami tetapi kami berusaha untuk menambah pemain dalam pasukan ini," katanya. 

AFP
.

FAM perlu selesai kemelut



BEKAS jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris kini berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat menyelesaikan segera kemelut penamatan kontraknya.

Selepas gagal mencari jalan penyelesaian dengan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), jurulatih berusia 54 tahun itu terpaksa mengadu kepada badan induk bola sepak negara.

Mat Zan berkata, semua perbincangan dengan PBSNT menemui jalan buntu dan berharap keadilan dapat dicari melalui jawatankuasa timbang-tara FAM.

“Saya sudah menyerahkan kes ini secara rasmi kepada FAM baru-baru ini kerana majikan saya sudah tidak lagi membayar gaji selepas menghantar surat penamatan kontrak beberapa minggu lalu.

“Persatuan negeri cuma membayar gaji saya hingga Mei lalu walaupun mereka ada berkata akan membayar dua bulan gaji, namun tidak ada pembayaran yang saya terima untuk Jun,” katanya.

Menurutnya, kedatangan Ramadan sekurang-kurangnya dapat menenangkan hatinya yang terguris akibat tindakan bekas majikannya mengelak daripada membayar pampasan setimpal kepadanya.

“Saya mempunyai kontrak sebagai ketua jurulatih hingga akhir tahun depan tapi persatuan cuba mencari jalan mudah dengan menuduh saya tidak hadir bertugas sekali gus melanggar perjanjian. “Mereka merehatkan saya, memberitahu khidmat saya tidak diperlukan lagi, mengambil jurulatih baru untuk menggantikan saya, menerima kereta dan rumah sewa yang saya serahkan semula kepada mereka dan akhirnya saya dipersalahkan kerana tidak datang bekerja selepas tempoh saya direhatkan tamat,” katanya.

Mat Zan berkata, apa yang menyedihkannya ialah cara dia dilayan PBSNT yang seolah-olah tidak langsung menghargai jasa pernah dicurahkan kepada bola sepak Terengganu.

“Kalau mereka tidak puas hati tahap pencapaian pasukan sepanjang hampir enam bulan saya menjadi ketua jurulatih, sepatutnya mereka mempunyai sedikit rasa hormat kepada saya yang pernah meraih Piala Malaysia untuk Terengganu pada 2001.

“Kalau nak diikutkan saya tidak perlu malu kerana kedudukan pasukan semasa saya menjadi ketua jurulatih jauh lebih baik daripada sekarang terutama apabila Terengganu jatuh dari tangga ketiga ke tangga kelima dan terkeluar daripada saingan Piala AFC,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata, pihaknya sudah berusaha sedaya upaya menyelesaikan isu penamatan kontrak Mat Zan.

“Kami menawarkan pembayaran pampasan gaji selama dua bulan namun kami tidak setuju dengan permintaan bekas jurulatih kami yang mahukan PBSNT membayar gajinya hingga tamat musim ini.

“Buat masa ini, kami sudah mengambil tindakan sebaik mungkin dan sekiranya perkara ini berlanjutan ke peringkat lebih tinggi, kami juga akan memberi kerjasama demi keadilan,” katanya.

Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my
.

Klinik bola sepak amal n9futbol.com



DALAM usaha melahirkan pemain bola sepak berbakat bermula di peringkat akar umbi, Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com) menganjurkan klinik bola sepak amal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Paroi Seremban, baru-baru ini.

Seramai 100 peserta berusia lapan hingga 17 tahun menyertai program julung kali diadakan itu yang bertujuan membantu pembangunan bola sepak di Negeri Sembilan selain berkongsi kemahiran bersama anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PADYA).

Pengarah program, Mohamad Aizat Mad Halid berkata, pada mulanya, pihaknya hanya menyasarkan untuk menarik penyertaan seramai 50 peserta tapi menerima permintaan luar dugaan dari kalangan ibu bapa dan terpaksa menerima permintaan mereka.

Katanya, klinik itu dikendalikan bekas jurulatih Sarawak dan Negeri Sembilan, Zaki Sheikh Ahmad.

“Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama lapan hingga 14 tahun dan kumpulan kedua 15 tahun ke atas.

“Mereka diberi bimbingan asas bola sepak termasuk skil kawalan bola, tendangan dan hantaran,” katanya.

Menurutnya, program itu juga sebagai motivasi kepada peserta mengasah dan mengembangkan lagi bakat mereka untuk terus maju dalam sukan itu.

Sementara itu, Zaki mengesan ramai peserta berbakat terutama berusia antara 10 hingga 17 tahun dan ibu bapa wajar memberi sokongan kepada anak masing-masing mengembangkan kebolehan.

Menurutnya, negara memerlukan ramai pemain bola sepak pelapis untuk menggalas cabaran bukan saja bagi saingan Liga Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
.

Hajat Kim Swee tak sampai



Semangat berkobar-kobar Ong Kim Swee dan anak buahnya untuk menjulang Piala Java yang dianjurkan buat julung kalinya di Jakarta, lebur apabila penganjur terpaksa menunda kejohanan itu, semalam. 

Dua kelab Eropah, Galatasaray dari Turki dan Everton England menarik diri pada saat-saat akhir menyebabkan penganjur kejohanan, Liga Prima Indonesia Sportindo (LPIS) terpaksa menunda kejohanan kepada pertengahan bulan depan tetapi belum menetapkan tarikhnya. 

Kim Swee dan barisan 23 pemainnya - gabungan 15 pemain Harimau Muda dan pemain negeri serta kelab - tiba ke Jakarta Isnin lalu untuk mengharungi perlawanan kejohanan yang sepatutnya bermula hari ini menentang Galatasaray.

Bagaimanapun, penarikan diri Galatarasay dan Everton, serta kegagalan penganjur mencari kelab pengganti menyebabkan kejohanan tidak dapat diteruskan mengikut jadual dan Kim Swee berharap dapat mengatur satu perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 23 Indonesia sebelum kembali ke tanah air.

Saya kecewa kerana kejohanan ini tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, kata Kim Swee ketika dihubungi semalam. Perkara sebegini di luar kawalan kita dan saya harap ia tidak akan berulang lagi.

Pembatalan kejohanan itu juga menyaksikan peluang untuk Kim Swee mengulangi persembahan cemerlang bersama skuad pilihannya yang tewas tipis 1-0 di tangan Chelsea pada perlawanan persahabatan tahun lalu, tidak kesampaian. 

Saya sentiasa mengharapkan perlawanan antarabangsa bagi memastikan pemain muda ini sentiasa fokus dan dapat meningkatkan prestasi mereka, kata Kim Swee.

Kim Swee bagaimanapun berharap tempoh rehat ini dapat digunakan sebaiknya pemain muda kendaliannya untuk mengembalikan kecergasan selepas mengharungi kelayakan Piala Asia B-22 di Myanmar baru-baru ini.

BH
.

Man City bawa ramai bintang


Tevez, Aguero, Kolo Toure, Yaya Toure dan Kompany turut serta

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City bakal tampil dengan pemain bintang antaranya Carlos Tevez, Sergio Aguero, Kolo Toure, Yaya Toure dan kapten, Vincent Kompany ketika berdepan skuad kebangsaan pada aksi persahabatan jelajah pra-musim di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Isnin ini. 

Kehadiran pertama kali City ke Kuala Lumpur itu turut disertai pemain sayap England, Adam Johnson; pakar sepakan percuma, Alexsandar Kolarov dan pemain pertahanan serba boleh, Pablo Zabaleta. 

Namun, kelibat beberapa bintang lain seperti Edin Dzeko, Gareth Barry, Samir Nasri, David Silva, Joe Hart, Nigel de Jong dan Mario Balotelli tiada dalam senarai 21 pemain City yang dikeluarkan ProEvents Group, selaku penganjur eksklusif siri Jelajah Asia City 2012, semalam. 

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam, berkata seluruh rakyat Malaysia bakal menjadi sebahagian sejarah apabila mereka berpeluang menyaksikan perlawanan sulung City di negara ini. 

Ini masa paling sesuai untuk City membuat penampilan sulung di Malaysia sebaik mereka dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris musim lalu. 

Dengan nama-nama besar yang menyertai siri jelajah ini, saya yakin perlawanan Isnin nanti bakal menjadi aksi bertaraf dunia, kata Kam, semalam. 

Tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan itu masih boleh didapati pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388 di semua cawangan Ticketpro seluruh negara. Maklumat lanjut hubungi talian 03-7880-7999 dan laman web www.ticketpro.com.my. 

Sesi latihan terbuka City bakal berlangsung di Stadium Nasional, bermula jam 5.30 petang, Ahad ini.

BH
.

Jepun buat kejutan ke atas Sepanyol

Pemain Jepun, Yuki Otsu (kiri) merai jaringannya ketika menentang Sepanyol
dalam saingan bola sepak lelaki Kumpulan D di Hampden Park Glasgow, malam tadi.

Jepun melakukan kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak Olimpik selepas menundukkan juara dunia dan Eropah, Sepanyol 1-0 di Hampden Park, malam tadi.

Jaringan babak pertama daripada Yuki Otsu memastikan Jepun mencatat kemenangan bersejarah itu sekali gus mengulangi kejayaan negara Matahari Terbit itu mengejutkan pasukan pilihan Brazil pada temasya Atlanta 1996. 

Dibarisi pemain muda berbakat dan dibantu Jordi Alba dan Juan Mata, yang menganggotai skuad yang menjuarai Euro 2012, Sepanyol sepatutnya tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.
 
Bagaimanapun, di sebalik penguasaan 65 peratus perlawanan berbanding 35 peratus lawan, Sepanyol dihukum dengan permainan bersemangat Jepun untuk membolehkan pasukan Asia itu mencatat kemenangan berharga.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Maghribi yang beraksi dengan 10 pemain berkongsi mata dengan Honduras selepas seri 2-2. 

Sementara itu, Korea Selatan mensia-siakan banyak peluang menjaringkan gol menentang Mexico yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di St James Park.

Dengan penyerang Giovani Dos Santos berada di bangku simpanan sejak mula sebelum masuk menggantikan Oribe Peralta pada minit ke-66, Mexico gagal mempamerkan perwatakan mereka sebagai pencabar utama memenangi pingat emas selepas lawan dari Asia itu menguasai perlawanan. 

Agensi
.

Tuesday, July 24, 2012

TRW Paka Fan Club anjur Majlis Iftar


Ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong The Red Warriors Paka, TRW Paka Fan Club, akan mengadakan Majlis Iftar Ramadan pada hari Selasa, 4 Ramadan 1433H (24 Julai). 

Setiausaha kelab berkenaan melalui kiriman SMS beliau memaklumkan majlis berkenaan diadakan di Restoran Pok Mat KT bermula jam 6.30 petang dan akan dimulai dengan bacaan Yaasin dan tahlil.

Menurut beliau lagi, tetamu yang hadir dijamu dengan nasi kerabu daging bakar disamping pelbagai juadah yang lain.

Amierul Hisham
TRW Bulletin
.

Menentang Gunners, Subra janji aksi terbaik


Ketika sebahagian besar pemain-pemain Kelantan yang lain sedang menikmati cuti mereka, ada yang masih meneruskan latihan bersama-sama skuad Kebangsaan bagi persediaan beberapa perlawanan persahabatan bulan ini. 

Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari, Nor Shahrul Idlan Talaha dan S. Subramaniam berada di kem latihan kendalian Rajagobal. Malaysia akan turun berhadapan pasukan Liga Perdana Inggeris malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Bagi saya semua pemain yang mereka miliki adalah berbahaya seandainya tidak diawasi dengan sebaik mungkin. Sebagai pemain pertahanan situasi memang sukar mengekang lawan namun saya sentiasa bersikap positif bagi memberikan aksi terbaik ketika diasak lawan yang sememangnya mempunyai berada pada tahap tersendiri.” - S. Subramaniam


Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

'KIKIS SIKAP HORMATI LAWAN'

Harian Metro

SIKAP terlalu menghormati lawan perlu dikikis seandainya skuad negara mahu ‘menghadiahkan’ sesuatu kepada peminat yang hadir memberikan sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal, malam ini.

Pandangan itu disuarakan tonggak pertahanan tengah negara, S Subramaniam yang kini bersaing sengit merebut tempat bagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal yang kini dalam rangka persiapan memilih barisan pemain terbaik bagi mempertahankan Piala AFF penghujung tahun ini.

Subramaniam, antara tonggak yang memainkan peranan membolehkan Kelantan meraih kejuaraan berganda musim ini berkata adalah penting untuk skuad negara memberikan sesuatu kepada peminat.

“Arsenal hadir membuat perlawanan latihan bagi menghadapi musim baru namun kita mempunyai kepentingan tersendiri, terutamanya kepada peminat,” kata pemainnya.

Namun situasi berlainan ketika skuad negara kendalian Rajagobal apabila tunduk 0-4 kepada anak buah Arsene Wenger menerusi jaringan Aaron Ramsey, Theo Wallcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Namun barisan pemain negara kali ini yang dihimpunkan selepas diuji sejak awal tahun diharapkan mampu memberikan saingan sengit dan persembahan terpuji seandainya sekali lagi ditewaskan Gunners yang tampil dengan barisan terkuat dalam Jelajah Asia 2012.

“Bagi saya semua pemain yang mereka miliki adalah berbahaya seandainya tidak diawasi dengan sebaik mungkin. Sebagai pemain pertahanan situasi memang sukar mengekang lawan namun saya sentiasa bersikap positif bagi memberikan aksi terbaik ketika diasak lawan yang sememangnya mempunyai berada pada tahap tersendiri,” katanya.

Rajagobal dijangka menurunkan barisan campuran membabitkan pemain lama dan baru dalam membentuk kombinasi mantap terutamanya dengan kehadiran bintang baru seperti Rozaimi Abdul Rahman dan penyerang Pahang, Azzamuddin Mohd Akil yang menyinar sejak beberapa aksi persahabatan bersama skuad negara sebelum ini.

Selepas Arsenal, skuad negara bakal berdepan cabaran lebih sengit apabila dijadualkan menentang juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City yang turut memilih Malaysia sebagai destinasi Jelajah Asia 2012 sebelum terbang ke Austria bagi memantapkan lagi persiapan menjelang Piala AFF yang berlangsung di Kuala Lumpur.
.

Negeri Sembilan pertaruh 3 serangkai pertahan Juara


Turut mendapatkan khidmat pemain pinjaman ialah juara bertahan Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan.

Setelah beberapa tunggak utama mereka mengalami kecederaan, 3 pemain yang bakal menyertai Negeri Sembilan dilihat sebagai percaturan terbaik dalam usaha mempertahankan kejuaraan tersebut.

Khairul Izuan Abdullah, pemain penyerang dari PDRM yang telah menjaringkan 27 gol dalam saingan Liga Perdana lalu akan digandingkan bersama pemain import Negeri Sembilan Jean-Emmanuel Effa Owona dan Ahmad Shakir Md Ali.

Negeri Sembilan turut mendapatkan dua pemain pinjaman yang belum dinamakan dari Sabah FA. Seorang pemain negeri di bawah bayu tersebut, Mafry Balang telah lebih awal disahkan menyertai pasukan Kelantan.

Negeri Sembilan menjadi Juara Piala Malaysia Edisi ke 85 setelah menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam musim lalu.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

KHAIRUL SETUJU BANTU JANG
Mohd Amin Jalil, sukan@hmetro.com.my

SELEPAS prestasi dalam saingan Liga Super kurang memberangsangkan, Negeri Sembilan bakal mendapatkan khidmat tiga pemain luar dalam misi mereka mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Selain pemegang kasut emas Liga Perdana musim ini, Khairul Izuan Abdullah dari PDRM yang sudah mengesahkan bersama skuad itu, dua lagi pemain dari Sabah dijangka bersama skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu.

Bagaimanapun dua pemain dari Negeri Di Bawah Bayu itu belum dapat diumumkan pengurusan pasukan kerana rundingan sedang dijalankan antara Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengan Persatuan Bola Sepak Sabah.

Penolong Pengurus Negeri Sembilan, Hamzah Mohd Nor, berkata secara lisannya kedua-dua pemain Sabah itu sudah menyatakan persetujuan bersama skuad Hoben Jang Hoben bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

Katanya, bagaimanapun majikan pemain terbabit belum membuat keputusan rasmi tapi pihaknya yakin ia tidak akan berdepan masalah mendapatkan khidmat kedua-dua pemain berkenaan.

“Setakat ini, Khairul Izuan yang menjaringkan 27 gol dalam saingan Liga Perdana sudah mengesahkan bersama kita (Negeri Sembilan) menghadapi Piala Malaysia dan dia akan berada di Seremban dalam sehari dua lagi kerana sedang bercuti.

“Saya yakin kehadiran Khairul Izuan dan dua pemain Sabah itu nanti akan dapat memperkuatkan lagi pasukan terutama di barisan depan menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula selepas perayaan Aidilfitri nanti,” katanya semalam.

Menurut Hamzah, kehadiran Khairul Izuan bakal melengkapkan gandingan penyerang tiga serangkai selepas memiliki Jean-Emmanuel Effa Owona dan Ahmad Shakir Md Ali, yang juga antara penjaring terbanyak Liga Super musim ini.

Malah katanya, kehadiran mereka juga dapat mengatasi masalah kecederaan membabitkan beberapa pemain antaranya Norhafiz Zamani Misbah, Muszaki Bakar dan G Mahathevan.

Mengenai persiapan, beliau berkata, latihan pasukan sudah bermula malam kelmarin bermula jam 10 malam dan beberapa perlawanan persahabatan sedang disusun antaranya dengan Pos Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Paroi.

“Saya berharap menerusi persiapan rapi ini, misi kita untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia tercapai sekali pun pencapaian dalam liga sekadar di tangga keenam,”
.

Monday, July 23, 2012

Kelantan beri kepercayaan kepada anak didik Razip Ismail


Ia bermula ketika pertemuan Liga Super Kuala Lumpur FA (KLFA) dan Kelantan lagi.

Ketika itu KLFA sebagai tuan rumah menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu sebagai gelanggang mereka. Ketika itulah bemula tiupan angin mengatakan Kelantan akan menggunakan pemain KLFA untuk saingan Piala Malaysia.

Itulah juga keputusan KAFA yang telah secara rasminya menamakan tiga pemain pinjaman bagi kempen Piala Malaysia yang akan bermula pertengahan September nanti.

Dua pemain dari Kuala Lumpur FA, Aslam Najumudeen dan Afiq Azmi, serta seorang dari Sabah FA,  Mafry Balang, akan menyertai skuad utama pasukan The Red Warriors dalam misi mereka untuk membawa piala ke 3 ke Kelantan.

Aslam Najumudeen adalah ketua pasukan Kuala Lumpur FA yang bertindak sebagai pemain pertahanan manakala rakan sepasukannya Afiq bermain di bahagian serangan. Sementara Mafry Balang pemain pertahanan pasukan Sabah dijangka akan memantapkan lagi kubu pasukan apabila digandingkan dengan pemain pertahanan sediada.

Kesemua pemain pinjaman ini akan mula berlatih bersama pasukan mulai hujung bulan ini.

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---

KELANTAN PINJAM 3 PEMAIN UNTUK KEMPEN PIALA MALAYSIA

Juara Piala FA dan Liga Super 2012, Kelantan akan meminjam dua pemain Kuala Lumpur dan seorang dari Sabah dalam memperkukuhkan pasukan itu bagi menghadapi Piala Malaysia bulan depan dan Piala Konfederasi Asia (AFC), September ini.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata pemain Kuala Lumpur itu ialah Aslam Najumudeen dan Afiq Azmi, dan Mafry Balang dari Sabah, katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis pelancaran bufet Ramadan di Perdana Resort di sini, hari ini.

Beliau berkata: "Ketiga-tiga mereka ini juga turut tersenarai sebagai antara pemain utama untuk beraksi dalam Piala Malaysia musim ini." 

"Selain itu, kita juga akan menyenaraikan Keita Mandjou dan Mijo Dadic yang baru menandatangai kontrak beberapa minggu yang lalu sebagai persediaan untuk kedua-dua piala tersebut," katanya. 

Annuar berkata Kelantan juga akan mengekalkan Obinna Nwaneri walaupun beliau digantung satu perlawanan untuk AFC, serta Mohamad Ghaddar juga akan berada dalam kesebelasan utama.

Annuar berkata walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenar untuk menukar keseluruhan pemain untuk saingan piala tersebut, namun pasukan Kelantan tidak bercadang untuk melakukannya. 

Tambahnya, walaupun Kelantan sedikit tertekan pada saingan musim hadapan berikutan terpaksa beraksi di dua saingan yang berbeza, namun yakin mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan pada tahun ini. 

BERNAMA
.

Pinjam? Belum pasti - Che Mat Jusoh



Apabila pengesahan pasukan yang layak untuk bersaing di Piala Malaysia diperolehi, bermulalah adengan pancing memancing. Pasukan yang mempunyai kemampuan kewangan yang baik, mula memasang pukat.

Di Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kata mereka sedia dapatkan pinjaman. Datuk Che Mat Jusoh pula kata, "belum pasti."

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---


TERENGGANU BELUM PASTI GUNA PEMAIN PINJAMAN

Terengganu belum pasti menggunakan khidmat beberapa pemain pinjaman untuk menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Menegaskan demikian, pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh berkata ini kerana pemain-pemain pilihan yang menjadi rebutan di kalangan pasukan yang bertanding telah pun diambil oleh pasukan lain. 

Menurut beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), skuad Penyu mungkin akan memberi perhatian sepenuhnya kepada pemain-pemain sedia ada kerana mereka juga merupakan pemain yang baik dan perlu diperkemaskan sahaja.

Che Mat berkata, beliau yakin beberapa orang pemain utama yang mengalami kecederaan seperti pemain tengah, Reeshafiq Alwi, Manaf Mamat (penyerang) dan Sharbinee Allawee (penjaga gol) dijangka akan sembuh menjelang perlawanan itu. 

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sedia menggunakan khidmat pemain luar untuk memantapkan pasukan Terengganu sekiranya berjaya melangkah ke saingan Piala Malaysia.

BERNAMA
.

Tuesday, July 17, 2012

QPR ASIA TOUR 2012 : Menanti QPR di Kota Bharu



Menurut Pegawai Akhbar QPR, Matt Webb, sambutan yang diberikan ketika pasukan sampai dan berada di Kota Kinabalu adalah diluar dugaan dan menjadi kenangan manis kepada pasukan ketika berada di Negeri Di Bawah Bayu.

Pemain-pemain QPR juga telah meahirkan perasaan gembira mereka dan memberi pujian dalam laman sosial twiiter kepada peminat-peminat bola sepak tempatan.

Tidak mahu ketinggalah, Kelantan juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan kunjungan QPR ke Kota Bharu pada 19 Julai ini.

Menurut Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan malam tadi, acara sambutan ringkas diatur untuk meraikan QPR akan bermula di lapangan terbang, sebelum konvoi dari kelab kenderaan bermotor, kelab penyokong dan peminat bola sepak tempatan mengiringi rombongan QPR ke pengingapan mereka di Hotel Grand Riverview (GRV)

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agong KAFA, Tuan Hj Azman dan Pegawai Media KAFA, Wan Badri Wan Omar.

Pasukan QPR dijangka berlepas dengan penerbangan khas dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12 tengah hari. Acara sambutan di lapantan terbang akan diketuai oleh barisan EXCO Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Paluan rebana, persembahan silat dan sorakan (chant) Ultras Kelantan akan mengiringi ketibaan rombongan di GRV. Sesi bertemu peminat selama 30 minit di lobi hotel dijangka bermula jam 2 petang, selepas mereka selesai menikmati jamuan makan tengah hari. 

Air Asia, Warriors dan Umbro akan mengadakan promosi dan jualan pelbagai barangan khas bersempena majlis tersebut.

Sementara pemain-pemain berehat, satu sidang media perlawanan yang akan dihadiri oleh jurulatih dan ketua pasukan kedua-dua pasukan akan diadakan pada jam 2.30 petang.

Pasukan QPR akan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSM4) kira-kira jam 5 petang untuk sesi latihan bersama pasukan Kelantan.

Acara iringan turut diadakan di SSM4 bagi meraikan peminat-peminat yang hadir di stadium. Selain berpeluang menyaksikan kedua-dua pasukan mengadakan latihan, mereka juga akan melihat kehebatan penjaga gol dan pemain-pemain lain QPR dan TRW yang akan diuji melalui tendangan penalti.

Peminat-peminat bertuah akan mendapat barangan yang akan disampaikan sendiri oleh pemain-pemain QPR.

Selesai acara di SSM4 lebih kurang jam 6.45 petang, QPR akan kembali ke pengingapan untuk bersiap sedia sebelum menghadiri jamuan makan malam di hotel yang sama. Jamuan makan malam ini turut dihadiri oleh pemain-pemain Kelantan (TRW) yang akan mengarak dua piala yang mereka menangi, Piala FA dan Piala Liga Super, ke dalam dewan sebelum jamuan bermula.

Lebih 500 tetamu termasuk pegawai serta pemain pasukan The Red Warriors, skuad Belia dan Skuad Presiden Kelantan dijangka memeriahkan upcara makan malam tersebut.

QPR dan TRW akan menaiki penerbangan yang sama untuk ke Kuala Lumpur selepas jamuan makan malam.

Perlawanan Kelantan dan Rangers akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012, jam 9.15 malam.

ATUCARA RINGKAS

11.00 am - QPR berlepas dengan penerbangan KHAS dari Kuala Lumpur
12.00 pm - QPR dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
12.45 pm - Rombongan tiba di Hotel Grand Riverview, Makan Tengah hari di Restoran
02.00 pm - Sesi Bertemu Peminat di Lounge Hotel
02.30 pm - Sidang Media Pra Perlawanan TRW-QPR di M2, Hotel Grand Riverview
04.45 pm - Rombongan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV
06.45 pm - Selesai acara di stadium dan kembali ke hotel
08.00 pm - Jamuan makan malam di Grand Ballroom
10.00 pm - QPR dan TRW berlepas ke Kuala Lumpur

*Tertakluk pada pindaan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin