Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Monday, July 23, 2012

Pinjam? Belum pasti - Che Mat Jusoh



Apabila pengesahan pasukan yang layak untuk bersaing di Piala Malaysia diperolehi, bermulalah adengan pancing memancing. Pasukan yang mempunyai kemampuan kewangan yang baik, mula memasang pukat.

Di Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kata mereka sedia dapatkan pinjaman. Datuk Che Mat Jusoh pula kata, "belum pasti."

Amierul Hisham
TRW Bulletin

---


TERENGGANU BELUM PASTI GUNA PEMAIN PINJAMAN

Terengganu belum pasti menggunakan khidmat beberapa pemain pinjaman untuk menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Menegaskan demikian, pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh berkata ini kerana pemain-pemain pilihan yang menjadi rebutan di kalangan pasukan yang bertanding telah pun diambil oleh pasukan lain. 

Menurut beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), skuad Penyu mungkin akan memberi perhatian sepenuhnya kepada pemain-pemain sedia ada kerana mereka juga merupakan pemain yang baik dan perlu diperkemaskan sahaja.

Che Mat berkata, beliau yakin beberapa orang pemain utama yang mengalami kecederaan seperti pemain tengah, Reeshafiq Alwi, Manaf Mamat (penyerang) dan Sharbinee Allawee (penjaga gol) dijangka akan sembuh menjelang perlawanan itu. 

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sedia menggunakan khidmat pemain luar untuk memantapkan pasukan Terengganu sekiranya berjaya melangkah ke saingan Piala Malaysia.

BERNAMA
.

0 comments:

Post a Comment