MALAYSIA adalah di antara sebelas buah negara yang terpilih untuk menyertai program pembangunan perintis Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dilancarkan Mac lalu. Program yang diperkenalkan oleh AFC tersebut akan memberi fokus kepada pembangunan kelab dan liga bola sepak di peringkat Kebangsaan.
Negara-negara lain yang terpilih ialah Malaysia, Bangladesh, Iran, Jordan, Myanmar, Oman, Pakistan, Filipna, Sri Lanka, UAE dan Yaman.
Ketua Pembangunan AFC Kaita Sugihara berkata, visi program baru ini adalah untuk memperkasakan ahli-ahli persatuan dengan mempertingkatkan mutu liga bola sepak tempatan dan pengurusan kelab-kelab bola sepak yang menyertainya melalui kaedah yang direka khusus oleh AFC.
Program pembangunan ini juga merupakan langkah awal tranformasi liga bola sepak tempatan sekarang yang penyertaannya dikalangan persatuan bola sepak negeri kepada liga bola sepak yang disertai oleh kelab-kelab bola sepak profesional di dalam negara.
Sepuluh perkhidmatan AFC yang ditawarkan kepada ahli yang menyertai program perintis ini ialah:
- Perancangan Strategik untuk menepati kriteria ACL/Piala AFC
- Pengurusan Liga dan Rundingcara Pentadbiran
- Program Mentor untuk Pemasaran Liga
- Program Mentor untuk Pengurusan Acara
- Seminar Penajaan Kelab
- Seminar Pembangunan Kelab Penyokong
- Seminar Pengurusan Pasukan Kelab
- Seminar Pembangunan Kelab
- Seminar Pemain Profesional
- Siri lawatan oleh Eksekutif AFC
Amierul Hisham, TRW Bulletin
.
.
0 comments:
Post a Comment