Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 16, 2012

LIGA SUPER : Selangor Out To Prove A Point

SELANGOR will be hoping to shed their "draw specialist" tag when they meet Johor FC in a Super League match on their return to the Shah Alam Stadium today.



The team have won just five and drawn six of their 14 matches and coach Irfan Bakti is upset with his team's inability to win more consistently.

"We lack the instinct to win matches. It is a problem that we need to solve fast," said Irfan.

"(K.) Devan's resignation could affect Johor FC tomorrow (today) and I hope my team will take this opportunity and beat them for the first time this season."

Johor FC edged Selangor on penalties in last month's second round of the FA Cup before the teams drew 1-1 in last weekend's league match.

Selangor, however, hope their return to the Shah Alam Stadium, which was closed for five months for renovations, would inspire them to victory today.

Selangor FA general-secretary Datuk Hamidin Mohd Amin said his team need nothing less than three points to re-ignite their title ambitions.

"We have done so much, including organising motivational talks, to help our players regain their confidence. They have improved but not at the level of winning matches consistently.

"We have the ability to beat the top teams but somehow struggle against the lower sides. We cannot afford to continue like this," said Hamidin.

Selangor's strikeforce has improved following the arrival of Bosko Balaban but the Croatian, who has scored six goals, is still far from his best.

"We tend to be wasteful infront of the opponent's goal. Balaban and his teammates will have to work harder," Hamidin added.

Meanwhile, Singapore's LionsXII will be hoping to bounce back from last weekend's rare league defeat to PKNS FC as both teams meet again at Jalan Besar Stadium today.

PKNS ended the Lions' 10-match unbeaten run by edging the Singapore side 1-0 in Kelana Jaya.

"We need to avoid defeat at all cost or our title ambitions could be affected. I need to re-shuffle as a few key players are injured," said Lions' coach V. Sundramoorthy.

By: NST

International Friendlies : Malaysia Bank On Safee To Meet Sri Lanka


SAFEE Sali will lead Malaysia's strike force in an 'A' international friendly against Sri Lanka on April 28 where they will be hoping for their first win of the year.

Malaysia must win to avoid further embarrassment following their 1-1 draw with the Philippines, in their only other international, in Manila on Feb 28.

The failure to play matches regularly led to Malaysia falling four spots to 156th in Fifa's latest world rankings.

FA of Malaysia (FAM) general-secretary Datuk Azzuddin Ahmad was criticised for stating that there was no need to panic in regard to the national team's slide.

"We expected it as our national team had played only one international match. We are better than 156," said Azzuddin last week.

National coach K. Rajagobal is taking a different approach and is preparing a team good enough to retain their AFF Cup title in November.

He has tested over 60 players since January in both training and friendly matches as his strategy is to look at as many players as possible before finalising the AFF Cup squad.

The squad:
Shahrom Abdul Kalam (Per), 
Azamuddin Mohd Akil (Pah), 
Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Asraruddin Putra Omar, K. Gurusamy, G. Jeevananthan (all Sel), 
Ahmad Shakir Md Ali, Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah. S. Kunanlan (all NS), 
Rozaimi Abdul Rahman (Sab), 
Sani Anuar Kamsani, Ashri Chu Chu (Sar), 
Aidil Zafuan Abd Razak, Amiridzwan Taj Tajudin (all ATM), 
Helmi Remeli (PKNS), 
Amar Rohidan, Azmizi Azmi (Ked), 
Nizam Abu Bakar (Felda), 
Ahmad Hazwan Bakri, Mahalli Jasuli, Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (all Tigers), 
Mohd Faiz Subri (T-Team), 
Safee Sali (Pelita Jaya).

By: NST

LIGA SUPER : Kelantan Mahu Menang Semua



KELANTAN bertekad untuk membuka tirai pusingan kedua Liga Super dengan langkah kanan apabila mereka dijadualkan bertemu T-Team di Kuala Terengganu.

Selepas gagal mengambil kesempatan mengutip mata penuh ketika aksi di gelanggang sendiri Sabtu lalu, malam ini merupakan peluang terbaik untuk Kelantan mengukuhkan kedudukan di puncak liga biarpun kekurangan dua perlawanan berbanding Lions XII.

Aksi yang kurang bertenaga selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan T-Team pantas disedari oleh ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang dijangka bakal melakukan beberapa rombakan.

Menurutnya, beberapa pertukaran akan dilakukan selepas pemain tengah, Shakir Shaari kembali berada dalam kesebelasan utama.

Pada perlawanan sebelum ini, Shakir direhatkan atas alasan keletihan.

"Saya telah memberitahu semua pemain tentang kesilapan yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini dan saya harap mereka faham serta tidak mengulanginya lagi.

"Bukan senang untuk menang tetapi saya percaya kami mampu melakukannya.

"Shakir akan kembali dan saya mungkin akan merehatkan Rizal Fahmi kerana dia sudah bermain dalam banyak perlawanan. Ghaddar juga sudah pasti akan bersama kita untuk mengetuai jentera serangan," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambah Hodak, seorang lagi penyerang, Norfarhan Muhammad mengalami kecederaan dan beliau akan memantau keadaan pemain itu sebelum membuat keputusan sama ada diturunkan atau sebaliknya pada perlawanan malam ini.

Katanya, pasukan T-Team memiliki kekuatan tersendiri, terutamanya apabila mereka bermain menggunakan corak hantaran pendek selain pemain-pemain tengah mereka yang mempunyai kualiti untuk merencanakan gerakan.

"Mereka sentiasa bekerja keras dan saya fikir kita perlu bersedia untuk menyekat mereka. Corak permainan juga pantas dan mereka sentiasa mahu menewaskan kami.

"Mereka pasti memiliki kelebihan selain aksi di tempat sendiri. Mereka juga mempunyai rehat yang cukup kerana ini merupakan perlawanan kedua mereka dalam tempoh tujuh hari berbanding kita yang terpaksa berdepan dengan empat perlawanan," ujarnya.

Bagaimanapun, Hodak sentiasa optimis Kelantan sentiasa mampu mengatasi mana-mana pasukan termasuklah ketika beraksi di gelanggang lawan.

"Mata penuh di Kuala Terengganu malam esok (malam ini) akan memberikan kita lebih keyakinan untuk terus berdepan beberapa lagi siri perlawanan penting, terutamanya pada saingan separuh akhir Piala FA dan Piala AFC.

"Saya percaya kita mampu tetapi dengan syarat kita harus beraksi lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.

"Kita juga berharap para penyokong akan hadir beramai- ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan," jelas Hodak.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

LIGA SUPER : Vedran Gerc pemain import baru Kedah


ALOR SETAR - Kedah memilih Vedran Gerc dari Croatia sebagai pemain import barunya bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu yang semakin tumpul dalam saingan Liga Malaysia.

Gerc, 26, menggantikan pemain Ghana, Hamidan Mohammed yang disingkir selepas gagal memberi persembahan memuaskan termasuk ketika kalah 0-2 kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini Jumaat lepas.

Gerc akan bergandingan dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian serangan pada aksi menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din yang mengesahkan pengambilan pemain import baru itu, berkata pemain terbabit menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dua hari lalu.

"Pihak pengurusan dan jurulatih berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain tersebut dalam beberapa sesi perlawanan ujian sebelum ini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Katanya, pemain yang mempunyai ketinggian 1.84 meter itu mempunyai pengalaman luas ketika beraksi dengan beberapa kelab terkemuka Croatia, dan diharapkan dapat membantu Kedah memburu kemenangan.

Hamidan merupakan pemain import ketiga yang disingkirkan oleh KFA kerana gagal mempamerkan aksi memberangsangkan bagi membantu pasukan tersebut mencipta kemenangan dan melonjak pasukan tersebut ke tangga lebih baik dalam saingan Liga Super.

KFA sebelum ini menggugurkan dua pemain Brazil, Daniel Baroni dan Danillo Rafael dan digantikan dengan Abdelfatah Safi dan Hamidan.

Oleh: Bernama

International Friendlies : Filipina terima jemputan Malaysia, 1 Jun di Kuala Lumpur



PERSEKUTUAN Bola Sepak Filipina (PFF) mengumumkan mereka bersetuju menerima pelawaan Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, menemukan pasukan kebangsaan daripada kedua-dua negara pada 1 Jun nanti.

Pertemuan terakhir Malaysia dan Filipina berlangsung di Manila pada 29 Februari lalu, menyaksikan Malaysia, Juara Piala AFF Suzuki 2010, mendapat gol penyamaan melalui jaringan Syakir Ali pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan seri 1-1. Gol Filipina dijaringkan oleh Denis Wolf pada separuh masa pertama perlawanan.

Harimau Malaya merupakan pasukan pertama yang akan menguji gandingan terkini pasukan Filipina yang mencipta sejarah bola sepak tersendiri setelah berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan yang sama.

"Malaysia telah menjemput kami untuk pertemuan persahabatan di Kuala Lumpur pada 1 Jun, kita akan ke sana," menurut Mariano 'Nonong' Araneta, Pengerusi PFF, dalam sidang media di Manila minggu lalu.

"Saya telah berbincang dengan (pengurus pasukan) Dan (Palami), dan beliau bersetuju"

Araneta juga memberitahu, PFF juga telah menghantar jemputan untuk perlawanan persahabatan kepada Thailand dan Indonesia pada 5 Jun dan 12 Jun, dan berharap salah satu perlawanan tersebut dapat diadakan di Stadium Panaad, Bandaraya Bacolod.

Stadium Panaad sedang di peringkat penilian untuk kelulusan AFC.

"Saya akan terus berbincang dengan pegawai dari Indoensia dan Thailand apabila mereka datang ke sini untuk Mesyuarat Majlis AFC pada 21 dan 22 April nanti," katanya lagi.

"Kita mungkin mengadakan perlawanan pada 5 Jun ti Bacolod. Kita akan menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan, dan kita akan pastikan setiap tempat duduk bernombor, seperti yang disyaratkan."

Oleh : Amierul Hisham

Sunday, April 15, 2012

LIGA SUPER : Ghaddar kembali disenaraikan


SEPERTI yang diramal, penyerang import dari Lebanon, Muhammad Ghaddar kini kembali menyarung jersi skuad Liga Super Kelantan selepas berjaya meledak lima gol dalam dua perlawanan terakhir.

Hatrik ketika aksi di Kota Bharu dan dua lagi gol direkodkan di Kota Malang, Indonesia ketika aksi menentang Arema FC dalam kempen Piala AFC berjaya memikat hati pihak pengurusan.

Selepas hampir dua bulan direhatkan ekoran bergelut dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, Ghaddar membuktikan beliau adalah taruhan terbaik untuk Kelantan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan memasuki pusingan kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Rosmadi Ismail berkata, keputusan membawa masuk kembali Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, selepas meneliti prestasi semasa pemain berkenaan, pihak pengurusan dan jurulatih, Bojan Hodak setuju untuk menyenaraikan Ghaddar sebagai pemain import untuk aksi Liga Malaysia.

"Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan meneliti laporan yang disediakan oleh pihak jurulatih dan kita berpendapat Ghaddar lebih baik namun, khidmat Nwoha tetap diperlukan.

"Tidak timbul campur tangan daripada pihak pengurusan dalam keputusan ini kerana sejak dulu lagi kita menyerahkan urusan pasukan kepada pihak jurulatih untuk membuat penilaian," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan Nwoha juga tertakluk kepada perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain tersebut. Sekiranya Nwoha bersetuju untuk kekal, beliau akan beraksi pada Piala AFC.

Katanya, setakat ini Kelantan mengekalkan empat pemain importnya termasuk dua lagi, pemain pertahanan Obinna Nwaneri untuk Liga Malaysia dan Denny Antwi yang disenaraikan untuk beraksi pada Piala AFC.

"Merujuk prestasi Ghaddar dalam perlawanan lepas, kita berharap dan yakin beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan.

"Semua tahu kita mempunyai jadual yang ketat, jadi kita memerlukan pemain yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi. Kita harap Ghaddar bersedia untuk itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, penggantungan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan proses pengurusan pasukan.

Jelasnya, pihak pengurusan menjalankan tugas seperti biasa dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

LIGA SUPER : Ejekan iringi kekalahan Sabahawks



EJEKAN penyokong sendiri mengiringi kekalahan skuad Sabahawks apabila kecundang di tangan Perak 3-1 dalam aksi penutup pusingan pertama Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Rata-rata penyokong pasukan negeri itu kecewa dengan aksi hambar pasukan mereka meskipun mendahului pasukan pelawat seawal minit pertama apabila Zainizam Marjan menanduk mudah menewaskan Mohd Nasril Nourdin yang terkeluar daripada posisinya.

Namun, kegembiraan penyokong tidak bertahan lama dan berakhir pada minit ke-65 apabila penyerang Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli merembat deras menewaskan penjaga gol tuan rumah, Syed Adney Syed Hussein, bagi menyamakan kedudukan.

Keadaan mula parah dua minit selepas itu apabila kegopohan di kotak penalti menyaksikan pemain tuan rumah, Mafry Balang tertolak bola ke gawang sendiri hingga menyebabkan pasukan pelawat selesa mendahului pada minit ke-67.

Sabah akhirnya terpaksa akur tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri sebaik penyerang import Perak, Lazar Popovic melepaskan rembatan kencang menewaskan Syed Adney untuk kali ketiga dan membawa pulang mata penuh.

Kecewa dengan keputusan itu, pengendali Sabahawks, Justin Ganai bingkas bangun meninggalkan padang sejurus wisel penamat dibunyikan.

Difahamkan, jurulatih Sabahawks itu terlalu kecewa dengan kegagalan anak buahnya mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri.

Keadaan diburukkan lagi apabila segelintir penyokong Sabahawks meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain dan pengurusan pasukan Sabah termasuk enggan meninggalkan tempat duduk walaupun perlawanan sudah berakhir.

Sabah akan bertemu Perak dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua di Stadium Perak, esok.

Oleh Erdie Ab Wahid
hmkk@hmetro.com.my