Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, July 3, 2012

Kelantan terus cemerlang di gelanggang lawan


Aksi pemain Kelantan ketika menentang skuad Negeri Sembilan.
Kelantan menang 3-2. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor 
SUASANA di kafe seperti di dalam stadium dengan pengunjung yang hadir bertempek, bersorak menyokong pasukan yang beraksi ratusan kilometer jauhnya dari Kota Bharu.

Separuh masa yang pertama amat mendebarkan. Kelantan turun tanpa sebahagian besar pemain utama yang terlibat dengan kecederaan dan menjalani hukuman penggantungan. Barisan pelapis dan pemain sokongan dari skuad junior menjadi harapan dan sandaran.

Gol pertama pihak lawan amat menyentap perasaan. Ketika itu nama Obinna kerap disebut. Obinna dilihat sebagai benteng pertahanan utama Kelantan tetapi tidak dapat bersama pasukan kerana digantung satu perlawanan.

Keserasian pemain yang agak lama tidak beraksi dan pemain-pemain junior yang masih perlukan banyak pendedahan sememangnya amat menguji pasukan. Pemain Kelantan perlu memenangi "keampuhan" di kalangan mereka sebelum mereka boleh mengatasi pihak lawan.

Bojan Hodak tidak mudah melatah dan tidak tergopoh-gopoh menukar pemain serta mengubah corak permainan. Jurulatih tersebut membiarkan Negeri Sembilan "selesa" dengan "kelemahan" Kelantan, sebelum memasukkan Ghaddar dan Piya di separuh masa ke 2. 

Dan ketika itu, semuanya berubah. Alhamdulillah.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---



Kredit Video : Sokernet


KELANTAN KEKAL PENDAHULU LIGA SUPER
NEGERI SEMBILAN 2, KELANTAN 3


KELANTAN mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.

Penyerang skuad Rusa, Mohd Firdaus Azizul membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Mohd Azlan Ismail menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-46.

Mohammed Ghaddar Mahmoud menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-63 sebelum Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat lima minit kemudian.

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan mengurangkan defisit jaringan apabila menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.

TERENGGANU 2, KUALA LUMPUR 1

Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol skuad Penyu dijaringkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-13 dan 84 manakala gol tunggal skuad warga kota dijaringkan Emmanuel Okine pada minit ke-30.

JOHOR FC 2, SABAH 1

Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dua gol Johor FC dijaringkan Mohd Syazwan Zainon seawal minit kedua dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-45 manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.

SELANGOR 1, KEDAH 1

Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-62 sebelum Muhd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan.

PERAK 1, PKNS 2

Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

Penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol pendahuluan skuad Seladang pada minit ke-43 sebelum pasukan pelawat membalas dengan dua gol menerusi Mohd Fazli Baharuddin pada minit ke-75 dan 78.

SARAWAK 0, T.TEAM 1

Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit
ke-30. 

BERNAMA
.

Monday, July 2, 2012

Kelantan bakal bertemu barisan terbaik QPR


PENGURUSAN dan pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Queen Park Rangers mempunyai alasan mereka untuk memilih Sabah dan Kelantan dari Malaysia sebagai pasukan yang akan ditentang dalam perlawanan persahabatan bersempena "QPR Asia Tour 2012".

Pengarah Perdagangan QPR, Euan Inglis bersama
Pengurus Pasukan Kelantan, Tuan Hj Azman Ibrahim
Menurut Pengarah Perdagangan QPR, Euan Inglis, Pengerusi kelab berkenaan , Tony Fernandez, membuat keputusan memilih Sabah sebagai menyokong keperluan perkembangan dan pengukuhan perniagaan Air Asia yang mahu menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah satu hub antarabangsa syarikat penerbangan berkenaan.

Keputusan tersebut juga adalah sebagai tanda terima kasih Air Asia kepada rakyat dari negeri berkenaan yang menyokong kehadiran syarikat penerbangan tersebut dan sekaligus membuka ruang kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak Sabah untuk melihat aksi pemain-pemain mereka bersama barisan pemain antarabangsa dari kelab yang terkenal dengan nama jolokan "R".

Sidang Media di Hotel Grand Riverview
Kelantan pula, menurut Inglis, merupakan sebuah pasukan yang diiktiraf sebagai pasukan juara dalam Liga Tempatan. Keupayaan pasukan Kelantan menjuarai Piala FA dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC 2012 dilihat sebagai kekuatan yang perlu diuji QPR yang turut disertai beberapa pemain baru untuk Liga yang akan bermula Ogos nanti.

Tanpa memandang rendah pencapaian Kelantan dalam arena bola sepak rantau ini, Inglis memberi jaminan QPR akan menurunkan barisan terbaik mereka, termasuk nama-nama seperti Robert Green, Dijbril Cisse, Shaun Wrigh-Phillips, Anton Ferdinand dan Bobby Zamora.

Cenderhati daripada KAFA
Pasukan QPR yang dikendalikan oleh Mark Hughes dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Hong Kong pada 14 Julai 2012. Mereka akan mengadakan perlawanan dengan pasukan Sabah di Stadium Likas pada 17 Julai, kemudian bertemu pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012 dan mengakhiri kembara Asia mereka di Surabaya untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Persebaya pada 23 Julai 2012.

Bagi tujuan persediaan tersebut, Inglis telah mengadakan lawatan ke semua stadium perlawanan bagi memastikan ia berada ditahap yang baik bagi menjamin kelancaran perlawanan. Beliau, berharap Kembara Asia QPR 2012 ini akan mencapai matlamat seperti yang ditetapkan dan membantu kelab bersedia menentang Swansea ketika bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris pada pertengahan bulan Ogos akan datang.

Dalam perkembangan yang lain, Tan Sri Annuar Musa yang mengilhamkan perlawanan ini berkata, penyokong-penyokong pasukan Kelantan harus mengambil peluang untuk hadir dan menyaksikan perlawanan bersejarah ini.

Menurut beliau, Kelantan akan dibarisi oleh pemain-pemain sediada dan akan diperkuatkan dengan pemain-pemain hebat daripada pasukan Liga Super yang tidak layak untuk saingan Piala Malaysia. Peluang beraksi bersama pasukan ternama merupakan satu pendedahan yang amat bernilai sebelum pasukan beraksi semula pada bulan September untuk Piala AFC dan Piala Malaysia.

Tiket-tiket perlawanan persahabatan berkenaan yang berharga RM33, RM53 dan RM73 akan mula dijual secara atas talian melalui laman web AirAsia RedTix (talian hotline 03-8775 4666, 9am-6pm, kecuali pada hari minggu), juga di lokasi-lokasi Rock Corner, Victoria Music dan KL Life Center.

Manakala di Kota Bharu, tiket-tiket boleh dibeli di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan di Wisma KAFA mulai hujung minggu ini.

KLIK untuk gambar-gambar sekitar majlis Sidang Media QPR Aisa Tour 2012, di GRV Kota Bharu.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

Nota:
Saya menemuramah Euan Inglis di Lounge Cafe GRV selepas menghadiri majlis sidang media perlawanan yang diadakan di Hotel Grand Riverview Kota Bharu pada 2 Julai.
. 





Shahiran sertai pasukan senior


Penyerang pasukan bola sepak SUKMA Kelantan yang juga merupakan penyerang skuad Presiden Kelantan, Muhammad Shahiran Md Zin, akan menyertai skuad senior untuk perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan pada 3 Julai 2012.

Menurut Mohd Yusri Ismail, pengurus pasukan bola sepak SUKMA Kelantan, Shahiran akan meneruskan perjalanan dari Kuantan ke Seremban untuk membantu pasukan di bahagian serangan.

Pasukan Liga Super Kelantan berhadapan dengan masalah ketiadaan pemain apabila beberapa tunggak utamanya mengalami kecederaan. Terbaru dalam senarai kecederaan ialah Mohd Badri Mohd Radzi, Ketua Pasukan Kelantan yang terpaksa dikeluarkan semasa separuh masa pertama aksi menentang pasukan Slangor baru-baru ini.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin
.

Sunday, July 1, 2012

Laluan pasti lebih mudah beraksi di laman sendiri


PERLAWANAN menentang Myanmar adalah penentu kelayakan skuad bawah 22 negara ke Piala AFC Bawah-22 2013 - situasi yang sudah dijangka oleh Ong Kim Swee - tetapi perjalanannya tentu lebih mudah jika Malaysia beraksi di laman sendiri. 

Myanmar menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah dengan meletakkan pasukan lain dalam kumpulan bermain pada awal petang manakala mereka hanya sekali beraksi pada sebelah petang dengan selebihnya pada lewat petang. Tuan rumah itu sebaliknya bertemu Korea Selatan hanya pada perlawanan ketiga mereka selepas puas mengasah kuku pada dua perlawanan mudah menentang Filipina dan Vietnam. 

Keputusan seri 0-0 dicapai tuan rumah untuk mengutip kelebihan satu mata ke atas skuad negara. 

Kim Swee mengakui, cuaca panas pada awal petang sedikit mengganggu tumpuan dan kecergasan anak buahnya sehingga memaksa mereka bekerja keras sebelum memecah kebuntuan ketika menewaskan Vietnam 3-0 pada perlawanan keempat. 

“Sebagai tuan rumah, kita berhak mengatur jadual perlawanan supaya berpihak kepada kita. Ini akan memberikan kita kelebihan, ditambah lagi dengan sokongan padu penyokong tempatan,” kata Kim Swee mengenai kelebihan beraksi sebagai tuan rumah yang tidak direbut Malaysia. 

Malah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga memberi jaminan kerajaan akan memberi sokongan andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan mahu membida menjadi tuan rumah untuk pusingan kelayakan ini. 

Syed Riduan Ahmad, BERITA HARIAN
.

FAM tunggu aduan kes Amri


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya yang didakwa mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, Jumaat lalu. 


Kredit Video kepada Sokernet.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu. 

“Selepas menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

BERITA HARIAN
.

FAM tunggu aduan rasmi KAFA


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya mengasari pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata, pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu.

"Setelah menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlaanan dan laporan perlawanan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Azzudin berkata, FAM akan menyiasat kes ini secara adil dan mengambil tindakan tatatertib terhadap Amri jika terdapat bukti kukuh.

Sementara itu, Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar laporan dan bantahan secara rasmi kepada FAM secepat mungkin.

"Kita masih menunggu salinan rakaman perlawanan sebagai bahan bukti dan akan membuat analisis sebelum membuat laporan dan bantahan kepada FAM," katanya.

Beliau berkata isi laporan dan bantahan juga mempersoal sikap pengadil yang seolah-olah tidak mempedulikan insiden yang berlaku di depan matanya," katanya.

SINAR HARIAN, 2 Julai
.

Kelantan senaraikan pemain skuad bola sepak SUKMA


Pengurusan Skuad bola sepak SUKMA Kelantan pada hari ini telah menamakan 18 pemain yang akan bersama pasukan dalam kejohanan dwi tahunan yang akan diadakan di Kuantan Pahang dari 7 hingga 16 Julai 2012.

Mohd Yusri Ismail, Pengurus Pasukan, melalui kiriman SMS memaklumkan pasukan akan bertolak ke Kuantan pada jam 8 pagi 2 Julai 2012 dengan misi memburu pingat Emas bagi negeri Kelantan dalam acara sukan bola sepak kejohanan tersebut.

Skuad bola sepak Kelantan menerima sentuhan Jurulatih Nafuzi Zain, yang juga adalah penolong jurulatih Skuad Presiden Kelantan.

Pihak pengurusan terpaksa mengenepikan dua pemain, Khairul Izuan Rosli dan Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin, yang sedang bersama pasukan senior dalam misi memburu Juara Liga Super 2012.

Kami ucapkan Selamat Berjaya kepada pasukan Kelantan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin


Senarai pemain skuad bola sepak Kelantan, SUKMA Pahang 2012
Fakrul Zaman Wan Abdullah
Judtana a/l Eh Put
Muhamad Eskandar Ismail
Muhamad Akid Ramli
Bahaman Ab Ghani
Faizol Nazlin Sayuti (KP)
Mohamad Aris Zaidi
Mohamad Asif Mohd Azman
Mohammad Azyu Ikmal Che Mat Nor
Mohamad Nurfirdaus Roswanan
Mohamad Qayyum Mar Joni Sabil
Mohamad Ramadhan Abd Hamid
Mohamad Zabeel Mat Nor
Mohd Azmi Hamzah
Muhammad Khairuddin Ramli
Muhamad Syazwan Yusuf
Muhammad Norsyahrul Hawari Hanafi
Muhammad Shahiran Md Zin.
.