Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 5, 2012

Wahai TV3, Itu Tidak Betul!


RAMAI yang terkeliru apabila mengikuti slot saya ditemuramah oleh TV3 untuk Buletin Utama baru-baru ini. Tidak kurang pula yang mengatakan saya telah dibayar untuk mengatakan apa yang dikata, dan ada juga yang berkata saya telah "beralih kem"

Mereka yang mengenali saya secara rapat tidak begitu cepat melatah dengan apa yang mereka lihat. Tetapi mereka yang "bau-bau bacang", menerima apa yang mereka lihat dan dengar "as it is", mungkin mengatakan saya "pencacai FAM".

Kerana itu pos awal saya di laman sosial sejurus selepas ditemuramah, berbunyi:

"Jika anda mengikuti komen-komen dari saya dan tiga rakan pada malam ini di Buletin Utama, itu adalah pandangan umum kami, spesifik merujuk kepada pertanyaan media. Senyum, tak perlu kata apa-apa." Selasa, 3 April 2012


Soalan media kepada saya ketika itu, "adakah tindakan penyokong Kelantan yang terang-terangan melibatkan nama "Sultan Pahang" yang disebut-sebut dalam satu sebaran video "demonstrasi" baru-baru ini mencerminkan cara aggresif penyokong yang patut disokong?"

Dan maksud jawapan saya, spesifik merujuk kepada soalan berkenaan,
Perlakuan orang-orang tertentu FAM telah menyebabkan penyokong aggresif dalam meluahkan perasaan marah mereka; ada yang terlalu marah hingga menyebut terlepas sebut "Sultan Pahang itu dan ini.."
Tetapi tindakan berkenaan tidak wajar menjadi gambaran media bahawa semua penyokong Kelantan demikian. Semua bersetuju perubahan dalaman FAM perlu dilakukan, bermula dengan kepimpinan Presiden FAM sendiri.
Dan FAM, sebagai badan bola sepak Negara yang bukan baru wujud, melalui Jawatankuasa Tatatertibnya yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Abdul Razak, harus bersikap telus dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, dalam mengadili kes Tan Sri Annuar Musa.
Kita menyokong Tan Sri Annuar Musa dan memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa Tatatertib. Jika Tan Sri Annuar Musa, sebagai orang yang kena tuduh, bersedia untuk menerima hukuman jika disabitkan kesalahan, kita sebagai penyokong wajar berbuat yang sama, menerima dan terus menyokong Tan Sri dalam membangunkan sukan bola sepak Negara.
Yang mana dalam maksud jawapan saya ini anda ikuti di siaran TV?

Apabila berlaku "cut and paste", yang panjang jadi pendek dan "storyboard"nya disesuaikan oleh Penerbit Berita Sukan TV3 untuk mencipta sensasi, hasilnya, media mengatakan saya lebih rasional, dan orang lain tidak rasional.

ITU TIDAK BETUL.

Secara "kebetulan", Presiden juga adalah Sultan Pahang. Siapa Presiden di negeri beliau, itu adalah hal peribadi dan tidak saya kisahkan. Tapi jika dirujuk sebagai Presiden FAM, itu adalah umum dan termasuk dalam apa yang saya ambil tahu.

Dan satu lagi, saya BUKAN Pegawai Media KAFA. ITU JUGA TIDAK BETUL.

Oleh:
Amierul Hisham
TANPA IZIN




LEVERAGE : Azzudin dan FAM - Siri 3 Minit Mesyuarat


HUKUMAN telah dijatuhkan, tanpa peluang merayu. Tiga puluh bulan, bermakna bekas Timbalan Presiden ini akan terlepas peluang untuk dicalonkan dalam Kongres akan datang yang dijangka berlangsung kira-kira lapan belas bulan lagi.

Tetapi, penghakiman berkenaan tidak akan menamatkan siri LEVERAGE ini. Ia akan membuka lebih ruang untuk pendedahan demi pendedahan dibuat, untuk mempastikan setiap jasa baik dan penat lelah Azzudin dihargai umum.

Kabinet baru FAM yang terbentuk selepas mesyuarat Kongres yang terkini diilhamkan oleh Timbalan Presiden 2 (yang kini digantung 30 bulan daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola sepak di Malaysia), dan beberapa EXCO yang dilantik Kongres.

Di antara aktiviti awal yang dilakukan adalah mencadangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM, nama-nama  Jawatankuasa Tetap dan fungsinya, calon Pengerusi serta ahli-ahlinya. Perkara tersebut telah dihalusi dan diserahkan kepada Azzudin, sebagai Setiausaha Agong, untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Pertama.

Mesyuarat kali Pertama dipengerusikan oleh Presiden FAM. Dan apabila aturcara Mesyuarat berlembaran kuning dibuka untuk diteliti, cadangan yang dibawa oleh Timbalan Presiden 2 bersama beberapa EXCO, tiada dalam butiran untuk dibincang dan diluluskan.

Sebagai ganti, tertera nama-nama Jawatankuasa, nama Pengerusi dan nama-nama Ahli yang siapsedia untuk dititah oleh Presiden sebagai lantikan, untuk makluman Jawatankuasa Eksekutif.

Timbalan Presiden 2 sendiri terkejut kerana beliau hanya diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, tidak seperti kebiasaan tugas yang digalas oleh Timbalan-Timbalan Presiden sebelum ini, yang turut tersenarai di dalam Jawatankuasa Kewangan.

Lebih menghairankan, mereka yang tersenarai dalan Jawatankuasa Kewangan, sebuah jawatankuasa yang penting dalam persatuan, ada yang terdiri daripada calon-calon yang kalah bertanding dalam pemilihan Kongres ketika itu.

Dakwat magis pena Azzudin terlebih dahulu telah "memadamkan" cadangan-cadangan oleh Timbalan Presiden 2.

Dan rasmilah pelantikan-pelantikan berkenaan sebagai "Lantikan DiRaja".

Apabila diajukan soalan kepada Azzudin tentang ke mana perginya cadangan daripada Timbalan Presiden 2, dengan mudah beliau merujuk, ia adalah kehendak Presiden.

Untuk rekod, Timbalan Presiden 2 dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Kebangsaan, Pengerusi MSL dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan (Senior).

Kongres FAM 2010

Sebelum pemilihan Kongres lagi, beberapa kabinet bayangan telah diwujudkan di antara kem-kem calon yang bertanding. Timbalan Presiden 2, walaupuan berlatarbelakangkan politik, ternyata naif tentang politik dalaman yang diamalkan FAM. Dan beliau, bertanding hanya kerana Hamidin yang menyarankannya, tanpa berkempen dan bulat-bulat menyerahkan kepada wakil Kongres untuk buat pemilihan.

Azzudin yang "berasa terancam" apabila Timbalan Presiden 2 mendapat kepercayaan badan gabungan untuk memegang jawatan Timbalan Presiden FAM, telah "memaksa" Timbalan Presiden 1 bertanding; sanggup terbang ke Afrika Selatan (penerbangan Kelas 1) supaya borang pencalonan dapat ditandatangi calon berkenaan.

Dan apabila keputusan jawatan Timbalan Presiden diumumkan, nyata Kongres memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden 2 untuk memegang jawatan Timbalan Presiden berpandukan perbezaan undi yang tidak begitu ketara di antara dua pemenang jawatan berkenaan.

Sehingga sekarang, itulah satu-satunya mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden sendiri. Tiga atau empat mesyuarat yang lain (yang sepatutnya diadakan setiap bulan), dipengerusikan oleh Timbalan Presiden 1.

Hairan, jika Jawatankuasa Eksekutif jarang-jarang bermesyuarat, bagaimana kelulusan diperolehi oleh Azzudin untuk berbuat itu dan ini, khususnya yang melibatkan kewangan persatuan?

Apabila Timbalan Presiden 2 bertanya, jawapan mudah oleh Azzudin, "semuanya telah diuruskan."

Cekap sungguh.

Oleh:
Amierul Hisham
TANPA IZIN

Nota:
Oleh kerana Timbalan Presiden 2 telah digantung tugas, untuk artikel-artikel seterusnya saya akan gunakan nama ganti, TSAM untuk beliau.

Akan datang...
"Maaf Tan Sri, Tan Sri kena beli tiket sendiri..."

PIALA PRESIDEN : Kelantan Tewas Tipis 0-1 Kepada SSTMI


SKUAD Presiden Kelantan tewas 0-1 dalam pertemuan pusingan ke 2 Piala Presiden menentang SSTMI di Kota Bharu petang tadi.

Gol kemenangan SSTMI dijaringkan pada minit-minit akhir perlawanan oleh pemain SSTMI, Shahwan yang seterusnya melihat SSTMI pulang dengan 3 mata penuh.

Ketua Jurulatih Skuad Presiden Kelantan, Hashim Mustapha, ketika ditemui selepas perlawanan menentang SSTMI di Kota Bharu sebentar tadi berkata, Kelantan banyak mensia-siakan peluang menjaringkan gol dan banyak melakukan kesilapan di benteng pertahanan.

Beliau yang kembali mengendali skuad Presiden Kelantan selepas tamat menjalani kursus Kejurulatihan Lesen A yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), turut memuji pemain-pemain SSTMI yang beraksi lebih baik. Pertemuan pusingan pertama kedua-dua pasukan berlangsung pada 6 Februari lalu di Johor, dengan keputusan Kelantan menang 1-0.

Berkenaan kurus jurulatih yang beliau hadiri, Hashim yakin akan lulus dalam peperiksaan Jurulatih Kelas A yang dihadiri baru-baru ini.

Walau bagaimanapun beliau akui, sesi teori dan soalan berkenaan hal-hal perubatan sedikit mencabar berbanding dengan sesi praktikal atas padang.

Menurut beliau, Shahiran dan Faizol Nazlin akan mengikuti skuad Kelantan ke Sarawak untuk pertemuan Liga Super pada 7 April nanti. Shahiran turut tersenarai untuk pertemuan Piala Presiden bertemu Pulau Pinang SDM di Stadium Batu Kawan pada 9 April nanti.

"Saya lebih berharap Faizol Nazlin dapat bersama kita kerana kita perlukan barisan pertahanan yang lebih baik sekarang," menurut Hashim.

Oleh:
Amierul Hisham

STATISTIK Perlawanan


Pertukaran KELANTAN
24' MASUK Muhammad Eskandar, KELUAR Mohamad Nurfirdaus
46' MASUK Bahaman Ab Ghani, KELUAR Mohamad Noraiman
57' MASUK Muhammad AKid, KELUAR Muhamad Azmi
65' MASUK Md Azyu Ikmal, KELUAR Mohamad Asif
82' MASUK Mohamad Hairi, KELUAR Muizzuddin Narzuki

Pertukaran SSTMI 65' MASUK Muhd Shahrul, KELUAR Mohd Muzaimir
72' MASUK Mohd Aefeq, KELUAR Shahwan
86' MASUK Mohd Amin, KELUAR Muhd Arif

Kad Kuning
33' KELANTAN, Mohamad Qayyum
72' KELANTAN, Md Ramadhan (PG)
88' KELANTAN, Muhammad Akid

Jaringan GOL
90' SSTMI, Shahwan

PERLAWANAN SETERUSNYA
9.4.12, 4.45pm
P.PINANG SDM lwn KELANTAN
Stadium Negeri Batu Kawan, P. Pinang

Foto http://www.facebook.com/media/set/?set=a.383965064971269.93602.100000733376052&type=1

Monday, April 2, 2012

AFC CUP : Arema Indonesia di Kota Bharu

Lim Irwan, Pengurus Pasukan Arema bersama Zuki

PENGURUSAN dan pemain-pemain pasukan bola sepak AREMA Indonesia selamat sampai di Kota Bharu dengan penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur jam 5 petang tadi. Ketibaan mereka di lapangan terbang Sultan Ismail Petra disambut oleh pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) .

Rombongan pasukan seramai 22 orang yang diketuai oleh Presidennya, Soetanto Tjahjo, bertolak dari Surabaya dengan penerbangan jam 9 pagi.

Menurut Pengurus Pasukan Arema, Lim Irwan, Ketua Jurulatih Arema Dejan Antonic bersama Penolong Jurulatih Darko Vargec dan dua pemain mereka akan tiba secara berasingan pada malam ini dan malam esok kerana terpaksa menguruskan hal visa di Jakarta.

Pasukan Arema menginap di Hotel Grand Riverview Kota Bharu.

Lim Irwan yang baru empat bulan mengendalikan pasukan negara jiran itu berkata, pemain-pemain Arema sekarang sedang dalam proses penyesuaian selepas berlaku aktiviti "keluar masuk" pemain baru-baru ini.

Arema di barisi oleh pemain-pemain import dari Serbia, Slovakia, Latvia dan seorang pemain import Asia dari Australia.

Keputusan perlawanan terdahulu pasukan Kelantan dan Arema dilihat seimbang. Arema seri 1-1 dengan Ayeyawady United FC dan kalah 1-3 kepada Navibank Saigon, manakala Kelantan seri tanpa jaringan dengan Navibank Saigon dan tewas kepada Ayeyawady United FC 1-3.

Sidang akhbar pra perlawanan akan berlangsung di Hotel Grand Riverview pada 3 April, jam 10.30 pagi. Arema akan menjalankan sesi latihan mereka di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada jam 8.30 malam.

Oleh:
Amierul Hisham

Sunday, April 1, 2012

AFC Rombak Sistem Penilaian Kelab


KESATUAN Bola Sepak Asian (AFC) dijangka mengadakan rombakan sistem penilaian kelab bola sepak di rantau ini untuk membolehkan lebih banyak pasukan yang layak dari negara-negara Asia menyertai kejohanan di peringkat Antarabangsa.

Menurut Stuart Ramalingam, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MSL, yang kini berkhidmat dengan AFC yang berpengkalan di Bukit Jalil, sistem penilaian yang berpandukan kepada gred Liga utama negara menyebabkan banyak kelab bola sepak yang baik tidak dapat diketengahkan untuk aksi-aksi diperingkat yang lebih tinggi.

Stuart menggantikan seorang pegawai AFC dari Jepun yang bersara pada bulan lalu.

Untuk rekod. Liga Malaysia berada di taraf Gred D penilaian AFC, manakala negara-negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand berada di penilaian yang lebih baik. Lebih mengejukan Liga India diberi Gred B, jauh lebih baik daripada Liga Malaysia.

Banyak kriteria yang perlu diambil perhatian dalam usaha untuk memperbaiki penilaian berkenaan. Di antara yang penting adalah seperti aspek pengurusan Liga, kewangan, promosi dan kelab penyokong tempatan.

Menurut Stuart, kelemahan dalam pengurusan dan pentadbiran Liga tempatan telah menyebabkan banyak pasukan yang hebat "tersekat".

Dalam rombakan penilaian untuk penyertaan kejuaraan anjuran AFC, satu mekanisma baru akan digunakan untuk membuat penilaian terus ke atas kelab-kelab bola sepak tempatan. Kelab-kelab bola sepak yang memenuhi kriteria baru ini akan layak untuk berkasi di dalam kejohanan seperti ACL, walaupun kedudukan gred Liga tempatan tidak memenuhi piawaian AFC.

"Tidak adil untuk menafikan peluang kelab bola sepak yang baik, semata-mata kerana Liga yang mereka sertai tidak menapai tahap yang ditentukan," kata Stuart.

Jika perkara ini dapat direalisasikan, mungkin akan lebih banyak kelab-kelab bola sepak tempatan akan layak untuk pertandingan yang lebih tinggi, dan secara tidak langsung akan memeriahkan lagi kejohanan-kejohanan di peringkat Asia, bersesuai dengan tema AFC yang berbunyi, " The Future Is Asia".

Oleh Amierul Hisham

LEVERAGE : Azzudin dan FAM - Siri 2 Kisah Azraai Khor


AZZUDIN juga dikatakan "mahir" dalam aspek kejurulatihan sukan bola sepak.

Atas pertimbangan profesional beliau suatu ketika dulu, Mohd Azraai Khor Abdullah telah dicadang dan dilantik menjadi Ketua Jurulatih skuad Kebangsaan.

Azraai Khor ketika itu adalah di antara jurulatih yang hebat, berjaya membawa Kedah memenangi kejohanan "double treble" untuk musim 2006/07 dan musim 2007/08. Azraai juga memenangi pelbagai anugerah kejurulatihan daripada FAM pada musim-musim berkenaan.

Semua pencapaian Azraai ini dicatat dan dihurai dengan baik oleh Azzudin dalam pembentangan beliau.

Setelah Azraai diberi kepercayaan mengemudi skuad Kebangsaan untuk berada dalam "Liga Slovakia", satu lapuran prestasi dihantar oleh Azzudin untuk penilaian FAM.

Ternyata, Azzudin begitu peka dengan perkembangan skuad negara hingga beliau mengikuti segala tindak tanduk Azraai sewaktu bersama pasukan di Slovakia.

Dan sekali lagi, berdasarkan kepada pemerhatian profesional beliau, Azzudin memberi lapuran bahawa Azraai tidak menepati mutu pengendalian kejurulatihan dan tidak berpakaian yang sesuai ketika melatih pasukan.

Azzudin melapurkan Azraai berseluar "jeans" ketika mengendalikan latihan.

Hebat Setiausaha Agong; pemerhatian yang begitu baik bukan saja kepada pasukan, tapi juga kepada jurulatih. Mungkin kerana rasa bertanggungjawab, Azzudin telah mencadangkan Azraai dipecat daripada tugasnya waktu itu.

Katanya, "maklumat penilaian" keupayaan Azraai yang disediakan oleh Azzudin, mendapat nasihat daripada seorang rakan beliau yang menjadi agen di Slovakia.

Azraai dipecat, tapi kontrak bersama FAM tidak ditamatkan; seperti digantung tak bertali.

Jika anda tidak mengenali Azzudin ketika itu, mungkin anda berpendapat beliau berlatarbelakangkan kejurulatihan.

EXCO berubah tapi Azzudin kekal sebagai Setiausaha Agong.

Awal tahun ini, rombongan FAM ke Jepun yang diketuai oleh Timbalan Presiden 2, telah bertemu dengan pengurusan Liga Jepun (J-League).

Pelbagai sesi penerangan dan pertukaran maklumat pengurusan dijalankan dengan jayanya di pejabat J-League. Timbalan Presiden 2, selaku Pengerusi MSL, juga berkesempatan bertemu empat mata dan berbincang dengan Pengerusi J-League di pejabatnya.

Saya agak terkejut apabila diberitahu kunjungan balas delegasi J-League ke MSL di bawa ke hotel di mana sesi pertemuan rasmi diadakan di "pejabat sementara MSL".

Ketika itu barulah saya tahu, Timbalan Presiden 2 yang juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dan Pengerusi MSL, tiada ruang pejabat di Wisma FAM.

Mungkin tiada ruang yang sesuai dan luas di Wisma FAM untuk dijadikan pejabat Timbalan Presiden 2 FAM. Yang penting, kunjungan dan perbincangan antara dua delegasi Liga ini berjaya disempurnkan dengan jaya, walaupun dalam keadaan "tidak sempurna"

Alhamdulillah.

Oleh:
Amierul Hisham
TANPA IZIN

Akan datang...
"Calon yang kalah bertanding jadi Ahli Jawatankuasa Kewangan FAM?"

LEVERAGE : Azzudin Dan FAM - Siri 1 SUA Yang Cemerlang


SECARA peribadi saya tidaklah mengenali sangat orang yang bernama Azzudin ini.

Saya tidak ada pertalian darah dengan beliau, tidak penah berkhidmat bawah arahan beliau di Angkatan Tentera Malaysia dan tidak pernah terlibat secara langsung dengan beliau di dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Katanya, Azzudin ini seorang pesara tentera yang mendapat perlantikan "istimewa" daripada Presiden FAM sebagai Setiausaha Agong .

Kata-kata beliau, "Presiden masih memerlukan saya", memberi gambaran jelas yang kenapa beliau masih di dalam persatuan walaupun ada calon-calon lain yang dipertimbangkan ketika itu.

Apakah tugas Azzudin sebagai Setiausaha Agong FAM?

Mudah. Menjalankan arahan dan melaksanakan kerja seperti yang diputuskan oleh Kongres, yang terdiri daripada perwakilan badan gabungan, dan keputusan Mesyuarat EXCO. Tiada yang pelik mengenai perkara berkenaan.

Beliau terlalu rajin dan kerap membebankan diri sendiri dengan "tugas-tugas tambahan", di antaranya seperti mengubah keputusan-keputusan penting dalam minit mesyuarat tanpa pengetahuan ahli mesyuarat dan meringankan kerja-kerja EXCO dengan membuat keputusan sendiri supaya EXCO tidak perlu "menghabiskan masa" berjam-jam untuk bermesyuarat.

Kerana kecemerlangan beliau ini, Azzudin menjadi orang kepercayaan Presiden FAM dan bersesuaian dengan tanggungan kerja beliau yang berat, pejabat beliau selesa dan luas, cukup untuk menempatkan fail-fail keja yang begitu banyak.

Rasanya pejabat beliau adalah yang ketiga luas, selepas Pejabat Presiden dan Pejabat Timbalan Presiden 1. Saya cuba rujuk direktori Wisma FAM kedudukan pejabat Timbalan Presiden 2, tapi maklumat berkenaan tiada.

Anggapan saya, mungkin pejabat Timbalan Presiden 2 sama selesanya dengan Timbalan Presiden 1, kerana kedua-dua mereka adalah Timbalan Presiden.

Berbalik kepada Azzudin, kerana terpaksa melaksanakan kerja kadang-kadang hingga ke luar negara, dan terpaksa berjumpa Presiden yang "menetap" di United Kingdom, beliau terbang dengan penerbangan Kelas Satu (Business Class).

Jika tidak tentu beliau akan letih dalam perjalanan semasa persiapan Kongres Tahunan FAM untuk tahun 2010. Terpaksa bertemu dengan Tengku Abdullah yang berada di Afrika Selatan untuk menyelesaikan dokumen pencalonan sebagai Timbalan Presiden dan berjumpa Presiden di London ketika itu untuk tanda tangan minit mesyuarat.

Kerana kerja keras beliau ini dan kebolehan beliau menjadi Hand Nadim yang cemerlang kepada Presiden, beliau menerima gaji bulanan yang agak lumayan, RM25 ribu sebulan, dan pendapatan beliau tersebut tidak dikenakan cukai.

Tahniah Azzudin!

Saya akan menulis tentang kehebatan Setiausaha Agong ini yang telah menyumbang kepada perkembangan sukan bola sepak tanah air dalam artikel seterusnya.

Oleh:
Amierul Hisham
TANPA IZIN

Akan datang...

"Timbalan Presiden 2 tiada kerusi dan meja di Wisma FAM?"