SAYA memang menantikan waktu perdana untuk melihat apa yang terkini dalam slot suka Buletin TV3.
Dan hari ini, ada penampilan istimewa Dato' K. Rajagobal yang ditanya tentang persiapan pasukan Kebangsaan menjelang misi mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lalu.
Seperti lazimnya, Rajagobal berpendapat pasukan Kebangsaan berada di landasan yang betul di sebalik keputusan-keputusan perlawanan persahabatan yang tidak berpihak kepada skuad Harimau Malaya bimbingan beliau.
Beliau menegaskan apa yang beliau sampaikan kepada media sebelum ini masih sama.
"Jika anda bertanya kepada sesiapa saja dalam pasukan, mereka akan kata perkara yang sama", ujar Rajagobal.
Bermakna, sama ada saya bertanya kepada Pengurus Pasukan, Ketua Jurulatih, jurulatih-jurulatih, malahan kepada Ketua Pasukan, saya akan mendapat jawapan yang sama. Jawapan yang bagaimana?
Tentunya, jawapan yang "sedap-sedap", seperti; pemain masih diperingkat ujian, pasukan masih dalam proses membina persefahaman pemain, keputusan perlawanan-perlawanan persahabatan tidak boleh dijadikan ukuran pencapaian, dan pasukan optimis untuk mengekal kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.
Saya tak pasti kenapa soalan-soalan seperti, kenapa pasukan Kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab dan pasukan negeri, yang keputusannya langsung tidak membantu memperbaiki "ranking" pasukan? Kenapa dalam beberapa kejadian jemputan pasukan Kebangsaan kepada pasukan lain "tidak dilayan"?
Mungkin soalan-soalan seperti itu tidak ditanya, ataupun jika ditanya, perantara sidang media kata "next question". Siapa di dalam FAM yang boleh memberi jawapan kepada soalan-soalan seperti ini? SUA dan Presiden saja? Apa yang mereka tahu?
Rajagobal berada di tempat yang "lumayan" sebagai Ketua Jurulatih, dan nyata beliau amat selesa apabila sentiasa didokong oleh Datuk Subahan dan Dato' Azzudin, yang bersama dalam sidang media siang tadi.
0 comments:
Post a Comment