PENGURUS Pasukan Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal, dalam kenyataan media hari ini dilapurkan memberi komen, "BARISAN serangan kurang menyengat!", dengan merujuk kepada mutu permainan pasukan Kebangsaan yang mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina baru-baru ini.
Beliau dilapurkan mengakui bahawa pasukan negara mempunyai masalah penyudahan.
Walau bagaimanapun, kenyataan beliau yang mahukan Harimau Malaya memperbaiki kelemahan tersebut dan seterusnya "membalas dendam" apabila bertemu Singapura dalam satu lagi perlawanan persahabatan yang dijadualkan pada 8 Jun 2012 agak mengelirukan.
Harimau Malaya perlu memperbaiki apa yang lemah dan mereka perlu terus bermain tanpa tekanan. Aksi "membalas dendam" lebih sesuai jika pasukan sudah berada dalam pertandingan dan tidak tepat jika digunakan dalam aksi-aksi perlawanan persahabatan. Pendekatan "mengekalkan kejuaraan" sepatutnya diambil.
Turun dan berlawan sebagai Juara yang digeruni. Jangan turun hanya sekadar untuk memanaskan badan.
Stephan Markus Schrock, penyerang pasukan Filipina berkata beliau teruja ketika Filipina bertemu Malaysia tetapi beliau kecewa apabila pasukan Malaysia tidak menunjukkan kekuatan sebenar seperti yang beliau harap-harapkan.
Ingat, "kita BAGUS team", meminjam kata Peter James Butler.
-Amierul Hisham
Ayuh bangkit: Subahan
2012/06/04
SAFEE Sali (kanan) diasak pertahanan Filipina, Angel Guirado pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.
Kegagalan atasi Filipina tidak patahkan semangat Harimau Malaya
BARISAN serangan kurang menyengat!
Itu kesimpulan pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal ketika pasukan negara gagal menjaringkan gol ketika seri 0-0 dengan Filipina, Jumaat lalu.
“Tempoh kem latihan skuad negara ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi masalah itu dan saya cukup yakin kita mampu membalas dendam kekalahan kepada Singapura pada kelayakan Piala Dunia sebelum ini,” katanya menjelang aksi persahabatan menentang Singapura pada Jumaat ini dan Selasa depan.
Lapuran BH
0 comments:
Post a Comment