Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Sunday, June 10, 2012

VIDEO : Ultras Malaya gegar Kota Singa

ULTRAS MALAYA telah menggemparkan kota Singa dengan kehadiran mereka untuk sokongan yang kepada pasukan Malaysia Jumaat lalu.

Kehadiran kumpulan setia kelab atau negara masing-masing yang dikenali sebagai 'Ultras' biasanya mampu menangani situasi rusuhan dengan keupayaan mereka mengurus dan mengawal  penyokong sendiri.

Ultras Malaya dilihat telah berjaya mengurus perjalanan dan pertemuan lebih 400 penyokong Harimau Malaya yang datang  dari merata di Malaysia untuk ke Jalan Besar. 

Perarakan mereka yang teratur di kawasan stadium Jalan Besar  malangnya terjejas apabila seorang penyokong Singapura mencetuskan kemarahan mereka dengan kata-kata dan aksi yang menghina sehingga menyebabkan beberapa Ultras bertindak mengejar penyokong itu.

Seorang lagi penyokong Singapura pula telah cuba menarik perhatian kontingen Malaysia ini tetapi penyokong berkenaan telqh dihalang dan diiring keluar oleh pihak Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) dari stadium. 









Pertembungan antara Ultras dan pegawai keselamatan berakhir setelah beberapa minit apabila pihak polis menghantar unit sokongan yang telah mengasingkan mereka daripada penyokong Singapura.

Rentak perlawanan pula disemarakan dengan sorakan Ultras yang menakjubkan, tanpa duduk, tanpa henti - sesuatu yang tidak biasa disaksikan oleh penyokong bola sepak Singapura. 

Malaysia membuka tirai dengan jaringan Azamuddin Akil pada minit 43 dari hantaran Safee Sali sebelum ketua pasukan Safiq Rahim menambah kepada kelebihan gol dengan tendangan percuma pada minit ke 69.

Tradisi kontroversi pertembungan antara dua negara ini diteruskan apabila pengadil Hong Kong Ng Kai Lam memberi tendangan penalti yang kemudian diambil oleh Mustafic sebelum ia diselamatkan penjaga gol Kelantan itu. Walaubagaimanapun Ng telah memberi Aidil kad kuning dalam minit kontroversi dan menghadiahkan pasukan tuan rumah tendangan percuma dalam kotak yang disepak masuk oleh Shahdan Sulaiman.

Shahdan sekali lagi bertindak baik pada minit terakhir dengan hantaran lintang kepada Qiu Li yang terus merobek pintu gol Malaysia untuk gol penyamaan.

Pihak polis menyatakan yang seorang penyokong Singapura telah diberkas sementara FAS telah menyatakan yang mereka tidak akan membenarkan kekecohan untuk berlaku dan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa yang membantah, biarpun penyokong sendiri. 

Singapura akan bertemu Malaysia lagi di stadium Shah Alam pada 12 Jun.

.

0 comments:

Post a Comment