Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Monday, May 21, 2012

AFC CUP : Che Mat - Lupakan episod lalu, sasar AFC


EKORAN kegagalan pasukan Terengganu beraksi di pentas final Piala FA bulan lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh mahu bersikap realistik dan melupakan episod duka skuad Peteh dengan menumpukan perhatian dalam pusingan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Rabu ini.

“Saya berharap pemain Terengganu akan melupakan episod lepas dan bangkit mencipta kemenangan walaupun terpaksa beraksi tanpa tonggak utama termasuklah penyerang berbisa, Abdul Manaf Mamat yang masih lagi berehat ekoran kecederaan,” kata Che Mat.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai jurulatih baru, Peter James Butler yang berpengalaman mengendalikan Kelantan pada 2009 dan 2012 dilihat sebagai kelebihan untuk membantu skuad Penyu dalam kunjungan ke Kota Bharu, Che Mat berkata, beliau meletakkan sepenuh kepercayaanke atas pengganti Mat Zan Mat Aris itu untuk membawa skuad Peteh ke peringkat separuh akhir Piala AFC.

“Walaupun masih terlalu awal untuk menilai corak latihan serta keserasian beliau bersama pasukan memandangkan esok adalah perlawanan kedua buatnya selepas sah sebagai jurulatih Terengganu 14 Mei lalu, saya tetap yakin beliau mampu mengembalikan semula rentak kecemerlangan pasukan untuk mendapatkan kejayaan.

“Malah dengan pengalaman yang dimiliki oleh Butler, Insya-Allah kita mampu menyekat kemaraan Kelantan,” kata beliau.

Terengganu naib juara kumpulan F dengan 10 mata (tiga menang,sekali seri dan dua kalah) manakala Kelantan menjuarai kumpulan H dengan 13 mata hasil daripada empat kemenangan, satu seri dan sekali kalah akan bertemu dalam saingan kalah mati bagi meneruskan pusingan seterusnya untuk mewakili Malaysia.

Oleh NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH, SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment