Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Saturday, May 12, 2012

KOLUMNIS : DJ Amierul Sham dilabel "lalang" kerana Red Warriors - DUNIA WARRIORS


Assalamualaikum buat semua pembaca. Kali ini krew "Dunia Warriors" telah menemuramah seorang lagi aktivis The Red Warriors yang telah banyak menyumbang keringat dan jasa buat pasukan Kelantan. Apa yang menarik, kali ini aktivis TRW kami bukannya orang yang berasal dari Kelantan, bukn anak jati Kelantan tidak seperti sebelum ini.

Nama Sham Lokman mungkin tidak cukup dikenali oleh sekalian penyokong. Namun dikalangan pendengar radio setia TRW.FM dan TRC Gegar, sudah pasti anda sudah sebati dengan nama "bro Sham" yang sering kali suara beliau kedengaran sebagai juruhebah di kedua-dua radio online berkenaan.

Berasal dari Johor Bahru, Sham Lokman atau lebih dikenali sebagai Amierul Hisham di laman sosial Facebook, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanutkan pelajran ke Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang pengajian perladangan. Selepas tamat belajar di ITM, Sham Lokman mencuba pula bidang kejuruteraan (A Level), menyambung pengajian di Southern Illinois Univercity dan kemudiannya berkhidmat dengan syarikat Motorola selama 4 tahun.

Mari sama-sama kita ikuti kisah seorang Johorean berjiwa pahlawan merah yang dianggap sebagai pasukan kesayangan beliau.


Bagaimana anda mula terlibat dengan pasukan Kelantan?
Pada tahun 2008, saya bermula dengan inisiatif yang dibuka oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), di mana saya terbaca Kelate.Net melancarkan laman sesawang baru mereka. Ketika itu saya menawarkan diri untuk memberri khidmat membuat siaran langsung radio online untuk perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.

Selain daripada mengendalikan radio, apa lagi yang anda lakukan?
Selain daripada mengendalikan radio, kadang kala saya dipanggil untuk mengacarakan majlis oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), dan juga turut membantu hal berkenaan teknologi maklumat untuk persatuan.

Anda berasal dari Johor, tapi kenapa sokong pasukan Kelantan?
Yang pertamanya, sebab saya berkahwin dengan orang Kelantan. Isteri saya orang Kelantan. Jadi, apa yang isteri saya suka, saya suka lah. Sebab yang kedua, kalau kita dah selalu dekat dan ambil tahu tentang pasukan, kita mula kenal penyokong-penyokong, pihak pengurusan dari bawah hinggalah ke Presiden, Tan Sri Annuar Musa, kita berasa kita lebih rapat dan komunikasi antara satu sama lain juga semakin baik, maka datanglah rasa "kecintaan" kepada pasukan. Asalkan di Kelantan, orang yang kita kenal, kita dah jadi macam satu keluarga.

Tugas rasmi anda dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)?
Saya tiada tugas sepesifik dalam KAFA. Biasanya saya akan dipanggil untuk membantu jawatankuasa pengurusan acara untuk karnival dan sebagainya. Antara karnival yang pernah saya melibatkankan diri ialah karnival di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Gua Musang dan Karnival ARMY. Saya juga pernah membantu Jawatakuasa Merchandise untuk membuat promosi elektronik. Pernah juga dipanggil oleh Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak ARMY di bawah Dato' Ismail semasa mahu melancarkan ARMY suatu ketika dulu. Dalam radio online pula, saya menjadi moderator untuk TRW.FM dan TRC Gegar. Kita tidak ada organisasi. Pada awalnya ia diuruskan oleh satu kumpulan sukarelawan sebelum diamilalih oleh sekumpulan yang lain. Saya pernah cuba mengundurkan diri dari TRW.FM tapi telah dipanggil balik untuk meneruskan khidmat.

Bagaimana pula radio online beropersi? Apakah mendapat sumbangan dan tajaan?
Dalam operasi radio, memang tiada sunbangan kewangan daripada mana-mana pihak. Semuanya dikeluarkan dari poket sukarelawan sendiri. Radio pada asasnya dianggap sebagai sau hobi. Kita lakukan sebagai hobi.  Sama seperti orang lain yang suka memancing, perlu membeli joran, umpan dan sebaginya, jadi hobi saya ialah penyiaran di mana radio merupakan medium saya. Maknanya saya tidak ralat jika menggunakan belanja sendiri untuk menampung kos operasi dan lebih baik lagi, jika dapat memuaskan hati pendengar.

Apakah radio online mendapat sambutan?
Daripada segi sambutan, Alhamdulillah. Setakat yang kita kendalikan radio sejak 2008, sambutan ketika "peak time" terutama ketika siaran langsung adalah tinggi. Dan pada waktu biasa, ia kembali normal seperti radio-radio online yang lain.

Antara cabaran dan kekangan menguruskan radio online?
Dari segi operasi, kita beroperasi dalam tanggugan sendiri. Cabarannya bila kita mampu buat sesuatu setakat yang kita mampu, tetapi mendapat permintaan tinggi. Jadi kita akan berfikir samada untuk sahut atau tidak cabaran berkenaan. Selain itu, cabaran dari segi masa di masa masa yan sepatutnya kita habiskan bersama keluarga terpaksa kita korbankan untuk berkhidmat.

Walaupun kerap kita katakan, kewujudan radio online ini merupakan inisiatif sendiri dan diberi secara percuma, masih lagi orang ada yang tidak berpuas hati. Tapi kita anggap itu sebagai satu cabaran. Orang ramai (pendengar) terbuka untuk mengkritik dan terpulang atas kebijaksanaan kita macam mana nak gunakan kritikan itu untuk membina kita atau menjatuhkan kita.

Kata-kata akhir serta harapan anda?
Setiap kali kita dah suka satu pasukan, kita akan suka. Dan bila orang bertanya kenapa anda orang Johor suka pasukan Kelanan, jawapannya mudah. Saya sudah "jatuh cinta" dengan pasukan Kelantan. Jadi apabila melihat satu perkara yang orang Kelantan sendiri buat buruk kepada pasukan mereka sendiri, saya sebagai "orang luar" anggap ia sebagai satu perkara yang menyedihkan. Tragedi tahun 2009 sebagi contohnya, Ketika saya menjalankan tugas mengulas perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan, berlaku kekecohan dan rusuhan di luar stadium seleas perlawanan. Kereta saya turut terlibat dirosakkan dan hampir terbakar menyebabkan saya menanggung kerugian. Tapi kenapa saya mash lagi sokong Kelantan? Sebab, saya sudah "jatuh cinta" dengan Kelantan.

Banyak orang cakap tentang penyokong lalalng, saya tak nak komen. Cuma cara penyokong itu terpulang pada diri masing-masing. Bentuk sokongan tak payah kita nak heboh-hebohkan. Kita yang lain pula tak perlu persoalkan apa pasukan orang kepada pasukan. Jadi bila semua tahu pucuk pangkalnya adalahThe Red Warriors, pasukan Kelantan yang satu, yang sama, kenapa kita tidak boleh BERSATU untuk beri sokongan pada yang SATU daripada puluhan ribu individu? Sedangkan kita mengharapkan pasukan yang satu ini memberi kepuasan kepada puluhan ribu penyokong.

Jadi bila kita ada isu tentang pasukan, pemain, pengurusan, bila kita baca perlu kita fikir dengan bijak sebelum kita melontar kata-kata dan "memanaskan" suasana. Bila perkara ini menimbulkan perasaan benci pada pasukan dan pemain, rasa kasih dan semangat bersatupadu mula kurang. Dan bila kita sudah tidak percaya pada pasukan, siapa lagi yang akan percayakan pasukan? Jangan buat terlalu banyak gosip yang kita sendiri tidak mampu kawal. Dalam media, kalau kita meulis sesuatu, kit kena tahu etika. Kenapa kita menulis, sebab kita menulis dan apa impak daripada tulisan kita. Kita perlu bertanggungjawab dan itu prinsip saya.

Jadi kepada penyokong Kelantan, harapan saya, walapun pada awal musim kita didatangkan dengan pelbagai masalah, bukan setakat pemain, jurulatih, malah pengurusan, kita berilah peluang kepada orang yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Nak bergosip-gosip, nak buat andaian, boleh, tapi janganlah melampau sehingga kita sendiri tidak mampu mengawalnya. Perjalanan pasukan Kelantan musim ini masih jauh, masih banyak cabaran yang perlu diharungi.

Oleh : DUNIA WARRIORS, Edisi Mac/April 2012
"Dapatkan naskhah anda di pasaran"

0 comments:

Post a Comment