Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Friday, May 25, 2012

Kelantan bakal didenda



MESKIPUN mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menewaskan Terengganu 3-2, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin, Kelantan menerima khabar duka apabila berdepan kemungkinan dikenakan denda gara-gara tindakan segelintir penyokong yang membaling objek dan mercun ke padang.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim berkata, Kafa dimaklumkan komisioner perlawanan, Munem Fakhroury bahawa tindakan segelintir penyokong itu akan dilaporkan ke peringkat atasan AFC.

Katanya, Kafa sedia maklum kesalahan seperti itu akan dikenakan tindakan denda berjumlah AS$5,000 (RM15,773) untuk setiap kesalahan, namun pihaknya belum menerima keputusan rasmi daripada AFC.

“Kami terkilan kerana kejayaan layak ke suku akhir saingan AFC dicemari tindakan segelintir penyokong yang tidak berdisiplin. Kita bangga kerana mempunyai ramai penyokong namun apabila segelintir penyokong tidak berdisiplin, ia memberi masalah kepada pasukan dan kita harap segelintir peminat itu boleh mengubah sikap dan lebih profesional sesuai dengan pencapaian pasukan sekarang,” katanya, semalam.

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com

0 comments:

Post a Comment